Pendirian beliau sebagai seorang ulama terkemuka dan dihormati rakyat Perak selama ini akan terus tercalar dan menghakis saki baki kehormatan yang ada pada beliau apabila kenyataan beliau kebelakangan ini banyak mirip kepada mempertahankan kepentingan Umno dan Barisan Nasional.
Sebelum ini beliau diminta untuk memberi pandangan mengenai penggunaan bomoh untuk menjampi Dewan Undangan Negeri Perak sebelum sidang 7 Mei yang lepas namun beliau memilih untuk membisu seribu bahasa.
Begitu juga sikap beliau yang tidak mahu memberi komen mengenai budaya kuning yang berleluasa semasa penganjuran Jom Heboh di Lumut bulan lalu. Beliau jugalah yang mengeluarkan bahawa acara Jom Heboh tersebut adalah haram di sisi Islam beberapa tahun lalu tetapi menutup mulut apabila Umno dan Barisan Nasional mendalangi rampasan kuasa sejak Februari lalu.
Bagaimana pun Harussani begitu cepat memberi "fatwa" mengkritik tindakan-tindakan pro-rakyat yang diambil oleh Pakatan Rakyat Perak di bawah pimpinan Nizar Jamaluddin.
Seperti keputusan Mahkamah Rayuan yang mmembenarkan permohonan Dr Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamamah Tinggi dalam tempoh kurang daripada empat jam setelah permohonan dikemukakan, Harussani juga mengikut jejak langkah yang sama apabila membidas keputusan Pakatan Rakyat itu tidak sampai beberapa jam setelah pengumuman dibuat.
Apabila dihubungi melalui talipon beliau begitu pantas sekali beliau memperlecehkan semangat rakyat Perak untuk menegakkan amalan demokrasi di negeri mereka yang telah dinodai oleh Umno dan BN.
Beliau berkata Pakatan Rakyat sepatutnya menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan tidak menimbulkan masalah apabila keputusan itu tidak memihak kepada bekas Menteri Besar.
"Kenapa hendak datangkan masalah, kalau menang belah dia tidak apa tetapi apabila kalah hendak bangkang," katanya ketika dihubungi media semasa berada di Mekah Jumaat lalu.
"Dia punya pasal lah, tidak ada kena mengena dengan hukum Islam tetapi kalau keputusan mahkamah begitu, haramlah hukumnya,".
Harussani lebih senang mengeluarkan fatwa mengharamkan apa sahaja tindakan Pakatan Rakyat yang berjuang untuk rakyat dan memihak kepada keputusan badan kehakiman walaupun keputusannya dipersoalkan banyak pihak.
Mungkin Mufti Perak itu patut dipertimbangkan sebagai calon Umno untuk bertanding di pilihan raya akan datang memandangkan beliau lebih sayang kepada Umno dan BN daripada mempertahankan hak rakyat.
Mufti setiap negeri adalah ehsan lantikan BN/UMNO, memang sepatutnya mereka mendokong UMNO, maka dengan sendirinya ilmu agamanya gugur kerana mereka telah berpihak dan tidak akan membuat penilaian dengan ajaran Al-Quran dan Hadis, melainkan dengan ilmu sekular BN.... piiiraahhhh
BalasPadamKalau bagaidikata saorang mufti berkatax dugaan allah pada alim ulamah, tunggu saja bala allah pada sesiapa saja yg mempersendakan ...ws
BalasPadam