Apatah lagi tekanan rakyat untuk dikembalikan mandat kepada mereka akan bertambah mendesak berikutan keputusan Mahkamah Rayuan memperbaharui lesen Umno dan Barisan Nasional untuk terus menduduki tampuk kerajaan negeri secara tidak sah.
Mogok lapar itu dijangka akan disertai rakyat teramai termasuk umat Islam yang akan mengerjakan puasa sunat bersama-sama demikian dinyatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Remis, Nga Kho Ming di Pejabat DAP Ipoh pagi semalam.
Nga berkata mogok itu akan bermula pada jam 10.00 pagi hari Selasa 26 Mei dan berakhir pada hari Khamis, 28 Mei pada waktu maghrib di Pejabat PAS Perak. Mereka yang menyertai program itu dibenarkan minum selama setiap 6 jam dan tidak dibenarkan makan dalam tempoh itu sementara bagi umat Islam peraturan puasa akan dipatuhi.
Menteri Besar Rakyat Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddindan Speaker V. Sivakumar dijangka melancarkan mogok lapar/puasa itu di Ipoh dan turut serta dalam program tersebut.
"Ia akan disertai oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Perak dan pertubuhan bukan kerajaan yang berminat. Mereka yang berminat boleh menghubungi kami (sekretariat)," kata beliau.
Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak berkata, mogok lapar yang diadakan adalah "untuk mendapatkan kembali hak rakyat".
Mereka akan mengadakan mogok lapar di Wisma DAP yang terletak berhampiran dengan Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Pejabat Menteri Besar, Exco dan Dewan Undangan Negeri.
Sementara itu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini melahirkan rasa kurang senangnya tindakan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat di Perak untuk mengadakan mogok lapar bagi menggesa Dewan Undangan Negeri (DUN) itu dibubarkan adalah perkara yang tidak wajar dilakukan.
Banyak pihak membidas kenyataan Najib berkenaan kerana beliau tidak ada hak untuk menyekat rakyat Perak untuk berpuasa bagi umat Islam dan menahan lapar dan dahaga bagi bukan Islam esok.
Setelah beliau sendiri terlibat secara terang-terangan mengaturkan konspirasi rampasan kuasa dan juga mengaturkan keputusan mahkamah rayuan kini beliau cuba bertindak menghalang rakyat melakukan ibadah kepada Allah untuk merayu kebenaran dan keadilan.
"Siapa yang tak mengetahui Najib terlibat di dalam mengaturkan keputusan Mahkamah Rayuan sedangkan beliaulah orang yang tersentak dengan keputusan Mahkamah Tinggi dahulu yang memberikan kemenangan kepada Nizar. Beliau telah terang-terangan mengugut rakyat Perak supaya tidak terlalu teruja dengan keptusan itu yang membawa erti belia akan melakukan sesutau untuk menterbalikkan keputusan berkenaan," kata seorang rakyat Perak.
"Apabila UMNO berpaut kepada mahkamah yang boleh disalahgunakan untuk kepentingan mereka, rakyat Perak tiada pilihan kecuali mengharapkan Allah s.w.t. supaya kebenaran dan keadilan itu dapat ditegakkan. Tidak ada siapa lagi percaya kepada institusi kehakiman negara yang dilacurkan oleh Najib dan UMNO," tambahnya.
bukankan saling ingat mengingati itu dituntut dlm islam .sbb itu beliau bagi pandangan , nak mogok , mogok la tapi yg islam tu betulkan niat dulu ,niat berpuasa jadi amalan tadi tidak sia-sia . lepas tu ajar la sikit2 kelebihan puasa ni kepada rakan2 bukan islam ,mudah2an mereka tertarik dgn menganuti islam . jangan la kita terbalik pula dgn budaya mogok lapar ni , ini bukan budaya kita- budaya org2 tamil . kalau kita membudayakan puasa itu hari2 kecuali hari2 tertentu ,itu adalah terlebih baik . Cuma satu nak ingatkan , jgn ajar budaya mogok lapar ini kepada rakyat kerana yg rakyat tahu sekarang cuma membudayakan berpuasa sunat sepanjang tahun kecuali hari2 tertentu . Takbir ......Allahuakbar .... mat baling
BalasPadamhanya orang islam yang bodoh aje yang akan berpuasa kerana nak bagi DAP atau kafirun berkuasa kat perak.
BalasPadamorang islam berpuasa pun bodoh ke?BODOH!!=))
BalasPadamdr luaran mmg la nmpak cm mogok lapar ke pe,tp sukati la kalo org nak puasa ke x..tgk la niat cmne..kalo dah mmg niat demi Allah, alhamdulillah.. ko xde hak nak ckp org bodoh!!
(org kte kalo kte nk buat amal xbaik menunjuk2..tu riak namenye..agaknye sbb tu la name program tu bukannye puasa sunat beramai2..)
aku bukan menyokong kafirun..tp aku cume nak cakap,xkan la aku nak sokong pemimpin Islam hang hanya pd IC,tp x mngamalkan nilai2 Islam langsung kut?kalo pemimpin Islam sejati,buat cara pemimpin Islam la..amik contoh mudah,tgk cara pemimpin tu berjabat tangan sesama jantina ke atau berjabat sesuka ati..?LU PIKIR LA SENDRI!!Allahuakbar!!
Anonymous said...
BalasPadamhanya orang islam yang bodoh aje yang akan berpuasa kerana nak bagi DAP atau kafirun berkuasa kat perak.
========
Dalam kerajaan dr zambry tak ada ke kafirun? semua orang islam ke? Masa pilihanraya, ada kawasan majoriti melayu yang UMNO bagi MCA atau MIC atau gerakan letak calon. Ni apa cerita? Masa kempen penceramah-penceramah UMNO dok suruh sokong dan menangkan calon BN bukan melayu? Apa cerita ni yob!
bat8
Kalau dah menentang hudud, memperlekeh orang membaca ayat-ayat suci, saya fikir lebih kafir dari sesetengah orang kafir dalam DAP. Eli Wong, Teresa Kok tu hatinya bukan sekafir yang anda fikir.
BalasPadam