Sekumpulan anggota polis di percayai Special Branch, dengan tiga buah kenderaan, menyerbu beliau, sebaik sahaja Naib Presiden PAS itu keluar dari restoran berkenaan.
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub yang berada di tempat kejadian, menyelar tindakan polis yang dianggap beliau tidak bertamadun itu.
"Tangkapan dibuat secara kasar dan tidak bertamadun, mereka (polis) menyerbu dengan menangkap beliau tanpa mengemukakan waran.
"Saya dan beberapa rakan lain cuba membantu abang Mat (Mohamad Sabu) tetapi dihalang anggota yang ramai," ujarnya kesal.
"Saya sendiri ditangkap dan dihumban ke tepi jalan secara biadap oleh anggota polis. Saya bertanyakan sama ada mereka membawa waran untuk menangkap Mohamad Sabu dan mereka menjawab tidak ada.
Hal tersebut disifatkan oleh banyak pihak sebagai keterlaluan dan penggunaan kekasaran yang melampau oleh anggota polis mesti dihentikan.
Polis meminta rakyat bekerjasama dengan mereka tetapi sebaliknya mereka lansung tidak mematuhi undang-undang di dalam menjalankan tugas.
"Ketua Polis Negara perlu bertanggungjawab dan perlu diheret ke mahkamah dan dihukum," tegas seorang peguam di sini hari ini.
Jenayah berleluasa di dalam negara, tetapi mereka menumpukan perhatian dalam hal-hal nak pertahankan dan mengampu kerajaan Barisan Nasional," tegasnya lagi.
1 Malaysia... 1 dunia kini kenal siapa Najib... Polis, SPRM, SPR, semuanya dibawah telunjuk umno laknatullah... Kemaafan tiada untukmu selagi kamu tidak bertaubat... Kepada semua penyokong Umnobn insaflah... Jangan bila nyawamu hampir terlucut baru menyesal... Ingatlah doa mereka yang kamu zalimi akan segera dimakbulkan oleh Allah. Nyahkan perosak keadilan negara
BalasPadam