7 Mei 2009

Isu kerajaan Nizar : 43 NGO Serah Memo Kepada Sultan

Sebanyak 43 Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang mewakili pelbagai bangsa menyerahkan satu memorandum kepada Sultan Perak memohon perkenan baginda membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Memorandum yang berupa petition rakyat Perak memohon perkenan Sultan untuk diadakan pilihanraya bagi memberikan rakyat mandat untuk memilih kerajaan negeri yang mereka mahukan.

Jurucakap kumpulan NGO berkenaan Mohd Nazri Sahat berkata pihaknya bebas daripada pengaruh mana-mana parti politik tetapi perihatin kepada kemelut politik yang berlarutan di Perak.

Beliau kemudiannya menyerahkan memorandum itu kepada Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Samsul Bahari Hassan di Istana Iskandariyah untuk diserahkan kepada Sultan Azlan Shah.

Memorandum yang ditandatangani oleh 5,000 aktivis mewakili pelbagai NGO memohon Sultan Perak untuk menyelesaikan kemelut politik yang telah berpanjangan dan semakin meresahkan rakyat.

Di dalam satu perkembangan berasingan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat kesal dengan keengganan Zambry Kadir dari UMNO untuk menangguhkan sidang dewan undangan negeri sehingga mahkamah memutuskan siapa ketua kerajaan negeri yang sah.

Di mahkamah, keputusan perbicaraan Hj Nizar vs Zambry yang sepatutnya diketahui hari ini ditangguhkan pagi esok oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Perbicaraan yang bermula sejak hari Isnin yang lalu dengan masing-masing peguam bela membentangkan hujjah mereka, peguam negara juga turut dibenarkan mencelah dalam perbicaraan tersebut, tetapi celahannya lebih memihak kepada Zambry.

Pagi esok, peguambela Hj Nizar akan menggulung hujjah dan selepas penggulungannya, Hakim Mahkamah Tinggi dijangka akan memutuskan siapa MB yang sah di Perak. Samalah kita berdoa dan solat hajat, mudah-mudahan Hj Nizar akan menang dalam kes ini.



1 ulasan:

  1. UMNO/BN mana tau apa maknanya " matang ". Depa cuma tau perkataan " NATANG " saja. BN boleh !!!

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.