Shamsul Firdaus menerima surat pemberhentian kerja semalam setelah mengambilnya di pejabat pos berdekatan.
Dalam surat bertarikh 30 April, imam itu ditamatkan perkhidmatannya mulai 1 Mei kerana majikan berhak berbuat demikian menurut Seksyen 12 (1) Akta Pekerjaan.
Tiada alasan pemecatan dinyatakan dalam surat tersebut yang ditandatangani pengerusi Masjid Saidina Omar Alkhattab, katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Sebelum ini, beliau digantung daripada menyampaikan khutbah antara 1 Mac hingga 30 April oleh pentadbiran masjid itu tanpa sebarang siasatan dalaman walaupun beliau memohon berbuat demikian.
Beliau difahamkan, tindakan tersebut diambil susulan bantahan seorang ahli parlimen BN yang menetap berhampiran masjid tersebut - beberapa ratus meter dari rumah lama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jalan Setiamurni 8 - yang mendengar khutbah.
Beliau mendakwa pemecatan beliau didalangi oleh Umno yang mengenakan tekanan politik ke atas Jawatankuasa Pengurusan Masjid tersebut.
2 la asyik22 salah umno.DSAI mian blkg umno salah. Anak nik aziz ckp umno salah.Krjn ppaduan umno salah Krisis ekonomi dunia umno salah. PR menang PRU umno salah. X nampak pun en samsul firdaus ni cam maklaikat x buat salah. Tulis la MP BN yg mana .Namanya sapa. Tulis pun tergantung2. Kau ni hisap fit ke main ais.Tulis nama DSAI je kot2 dia la yg pecat. Mana tau en samsul x bagi.... Kan kwsn WP ni majoriti PR yg pegang.Ha kantoi. Sok leh panggil Musahssn tangkap kau
BalasPadam