6 Mei 2009

7 Mei: Konspirasi bomoh, jin, polis dan Umno/BN menuju klimaks!

Hari ini saya telah mengetuai rombongan NGO-NGO Islam Perak menyerahkan memorandum kepada Majlis Agama Islam Perak tentang isu bomoh di DUN Perak. Setakat ini belum ada ahli EXCO Kerajaan KUDETA BN Perak yang menafikan terlibat membawa bomoh tersebut. Tidak sukar untuk Jabatan Agama Islam Perak mengenal pasti individu yang terbabit. Hanya ada 4 orang EXCO berbangsa Melayu yang lelaki. Kalau siasatan dilakukan tanpa rasa takut tentu boleh dedahkan pengamal KURAFAT tersebut.

Ingatlah amaran Rasulullah tentang kebinasaan yang akan menimpa umat yang hanya menghukum rakyat bawahan yang bersalah sedangkan orang-orang kenamaan dibiarkan bebas tanpa hukuman.

Maka adalah rakan-rakan yang cuba membantu untuk meleraikan kemungkinan sihir yang digunakan. Pakar-pakar syifa' yang membantu telah mengenal pasti kehadiran JIN di dalam dewan tersebut. Wallahualam.

Yang pasti apabila speaker V.Sivakumar membuat semakan senarai orang-orang yang diberikan pas masuk kesidang 7/5 oleh SUK (Dato' Rahman Hasyim) tak kurang daripada 20 individu yang tidak dikenali. Mereka bukan ADUN , bukan isteri ADUN, bukan keluarga diRaja bukan ketua-ketua jabatan negeri atau persekutuan atau ulama'. Sebenarnya merekalah JIN-JIN yang dihadirkan khusus untuk konspirasi tertentu.

Mengikut maklumat rakan-rakan yang bekerja di pejabat SUK mereka adalah anggota-anggota polis cawangan khas (SB) yang diberikan pas istimewa oleh 'SPEAKER' kudeta BN.Terkejut beruk SPEAKER sebenar V.Sivakumar.

Apa agaknya peranan SB dalam dewan DUN Perak sedangkan polis tidak sepatutnya hadir dalam sidang tersebut. Tunggu dan lihat klimaks konspirasi pada 7/5. Diharap V.Sivakumar dapat menggunakan sedikit kuasa nyawa-nyawa ikan yang ada padanya. -peraknangis


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.