19 Apr 2009

UMNO BN Cadang Tidak Bertanding Di Penanti : MCA, Gerakan, PPP Sokong

Susulan kenyataan PM, Datuk Seri Najib Razak bahawa BN mungkin tidak bertanding di dalam pilihanraya kecil Penanti, Presdien MCA menyokongnya dengan menyatakan ia akan meredakan kehangatan politik di negara ini.

Menerusi blognya Datuk Ong Tee Keat memaklumkan BN bersedia untuk tidak meletakkan calonnya bagi memastikan parti itu menumpukan perhatian, masa serta tenaga untuk memperkuatkan negara. Tambahnya rakyat tlah memberi mesej jelas pada pilihanraya baru-baru ini BN perlu melakukan perubahan lebih banyak untuk dinikmati oleh rakyat. Adalah hak BN untuk tidak bertanding tetapi tidak menolak kemungkinan adanya calon Bebas yang masuk bertanding.

PPP turut menyokong penuh keputusan BN untuk tidak bertanding. Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon sebelum ini juga menyokong cadangan Najib untuk BN tidak bertanding dalam pilihanraya berkenaan.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan mengumumkan Jumaat ini kekosongan kerusi DUN penanti serta tarikh penamaan calon dan menngundi di DUN berkenaan.




2 ulasan:

  1. selagi belum berakhir tempoh penamaan calon, jangan percaya apa kata BN.

    bila penyokong PR tak ke penanti, masa tu - dia bawa calon BN bersama ratusan ribu penyokong dari seluruh negara. hehe.

    everything is possible in this BolehLand. jangan terjatuh lubang dua kali.

    BalasPadam
  2. Dia dah merajuk la tu. Mari kita ramai-ramai gi jumpa dia, kita pujuk dia baik-baik.

    Kita kata kat dia, kali ni kat Penanti, PR tak main kasar.

    Kita kata kat dia, dia boleh guna Utusan Malaysia, Berita Harian, RTM, TV3 untuk jadi alat kempen parti dia seperti biasa.

    Kita kata kat dia juga, kalau dia nak gantung Harakah dan Suara Keadilan untuk selama 6 bulan dari sekarang pun boleh. Asalkan dia benarkan BN masuk bertanding.

    Buruk sangat rupa kalau orang tua merajuk.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.