Mengikut seorang panalisis politik pula, Prof Madya Dr Ahmad Nizamuddin Sulaiman beberapa faktor yang perlu diambilkira iaitu perbelanjaan yang besar, peluang, imej dan perhitungan politik BN sendiri.
Perbelanjaan yang besar akan menjadi sia-sia apabila peluang kemenangan adalah kecil. Sekalipun mungkin imej terjejas kerana akan dikatakan takut dan sebagainya namun jika diambilkira perbelanjaan yang besar maka adalah lebih wajar untuk tidak bertanding.
Tiada implikasi yang besar jika BN tidak bertanding, kerana kedudukan BN di dalam DUN Pulau Pinang bukanlah di dalam kedudukan yang genting. Jika menang pun tidak signifikan kerana pertambahan satu kerusi tidak merubah apa-apa. Lebih baik tidak masuk bertanding kerana ia dapat mengekalkan nama baiknya daripada BN tewas dan dipermain-mainkan di dalam kempen nanti.
Walaubagaimana pun Bernama melaporkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Barisan Nasional (BN) tidak sepatutnya mengaku kalah dan perlu meletakkan calon pada pilihan raya kecil itu.
"Saya fikir kalau kawasan itu kawasan Umno, kita tentu bertanding, ini pasal kita ingat ini kawasan parti lawan, kita tak nak bertanding.
"Jadi kalau kita nak tunggu kawasan Umno, nanti tidak ada kawasan Umno, kita tak bertandinglah," katanya.
Dr Mahathir berkata, BN tidak pernah takut untuk meletakkan calon di mana-mana kawasan termasuk kubu kuat PAS di Kelantan.
Katanya, Umno perlu bertanding, jika tidak ia akan mengecewakan ahli dan penyokong BN di kawasan tersebut selain mencemar semangat dan maruah pejuang parti terdahulu
Justeru kita sama-sama saksikan samada Najib akan berpegang teguh kepada kata-katanya untuk tidak bertanding atau mengubah pendiriannya uuntuk mengikut telunjuk Mahathir. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.