24 Mac 2009

Tiindakan UMNO Halang Akhbar Online Buat Liputan Tidak Hormati Kebebasan Akhbar

Daripada undian SMS 7 Edition malam ini, 98% menyatakan UMNO tidak menghormati kebebasan akhbar di negara ini apabila menghalang akhbar-akhbar online dari membuat liputan untuk Perhimpunan Agung ke 59 parti itu yang bermula hari ini.

Ia adalah tindakan susulan selepas Kementerian Dalam Negeri mengumumkan penggantungan akhbar Suara Keadilan dan Harakah semalam.

Sekurang-kurangnya enam media baru termasuk laman web berbahasa Inggeris, Malaysiakini, The Nut Graph dan Malaysian Insider serta akhbar Siasah dan Merdeka Review serta laman web berbahasa Cina, Laksou tidak mendapat kelulusan akreditasi media daripada ibu pejabat Umno.

Tidak ada alasan diberikan dan arahan tidak meluluskan permohonan daripada media baru tersebut dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Mansor.

Walau bagaimanapun laman web politik, Agenda daily yang dikaitkan dengan Umno mendapat pas media bagi petugas medianya.



1 ulasan:

  1. Dalam keadaan tertentu pihak mereka seperti ingin menyembunyikan sesuatu dari pandangan dan pendengaran masyarakat.Apa pun tindakan mereka tidak akan dapat menutupi apa jua kekurangan atau pun kesalahan yang mereka telah lakukan selama ini dan juga pada apa yang akan berlaku.Setiap yang buruk dan jijik itu pasti akan tersingkap aib nya.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.