24 Mac 2009

Mazlan dan Kadar Buat Laporan Kepada ROS Terhadap Umno

2 orang ahli UMNO hari ini membuat aduan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) terhadap parti mereka sendiri dengan harapan agensi tersebut mengambil tindakan terhadap Umno berhubung kes politik wang dan larangan bertanding.

Datuk Kadar Shah Sulaiman dan Datuk Mazlan Harun mencipta nama tahun lepas apabila membuat dua laporan kepada ketika itu Badan Pencegah Rasuah berkaitan pelan peralihan kuasa di antara Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Najib Razak.

"Kami buat ini kerana sayanghkan parti. Kami tidak mahu Umno mengamalkan dua peraturan yang berbeza hanya kerana ia parti pemerintah," kata Kadar Shah merujuk sambil kepada tindakan Lembaga Disiplin Umno terhadap kes rasuah dan politik wang yang dianggap pilih kasih dan pendakwaan selektif.

Mereka berdua yang merupakan anak tokoh Umno mahukan ROS mengambil tindakan tegas terhadap beberapa langkah yang diambil oleh Lembaga Disiplin yang dilihat bercanggah dengan peraturan ROS termasuk sistem kuoto yang didakwa menggalakkan rasuah dalam parti.

Kegagalan ROS berbuat demikian akan mencetus kan langkah seterusnya iaitu mendapatkan perintah mahkamah untuk memaksa ROS bertindak, kata Kadar Shah lagi.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan tempoh menunggu tindakan ROS dan bila tindakan mahkamah akan diambil.



1 ulasan:

  1. Bila orang umno sendiri(orang penting juga dalam umno) telah merasa dangkal dan cukup malu pada setengah perlakuan rasuah dari perlakuan rasuah olih orang penting dalam umno,maka disini cukup jelas hayat mereka telah semakin dekat pada karam nya.Dan selagi mana mereka tidak kembali pada pertunjuk Allah(yakin rasuah itu perkara yang cukup dilarang olih Allah),maka selama itu lah mereka tidak akan menemui jalan perbaikan.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.