13 Jul 2017

[VIDEO] Husam Dakwa Anuar Tan Berbohong Tentang Alamat Climate Protector

ADUN Salor, YB Husam Musa mempersoalkan mengenai kesahihan alamat syarikat Climate Protector yang telah disebut oleh exco kerajaan negeri kelantan, YB Anuar Tan Abdullah di dalam ucapan penggulungan persidangan dewan undangan negeri Kelatan pada 11 Julai 2017.

Anuar Tan telah menyebut bahawa alamat syarikat Climate Protector adalah di PT327 Tingkat 1, Bangunan MPKB, Pasar Berek 12, Kota Bharu.

Namun setelah disemak oleh Husam ternyata bahawa syarikat berkenaan (Climate Protector) tidak beralamat di situ, ia hanya didaftarkan bersama berpuloh-puloh syarikat lain dengan sebuah syarikat perkhidmatan Kesetiausahaan dan Pengurusan bernama "Erra Management & Secretarial Services".


Husam melahirkan rasa kehairanannya bagaimana sebuah syarikat yang menguruskan sejuta ekar hutan simpan bagi perdagangan karbon yang bernilai berbilion ringgit seperti dakwaan Anjuar Tan, tidak mempunyai alamat operasi yang mempunyai kakitangan tetapi hanya menggunakan alamat setiausaha syarikatnya sebagai alamat berdaftar.

Husam juga menyatakan bahawa alamat-alamat Climate Protector yang lain seperti alamat seperti mengikut lamanwebnya: B 5, Plaza Mt Kiara, tidak wujud.

Begitu juga alamat mengikut dokumen perjanjian: No 5-2, Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Link, KL, tidak wujud.

Husam mempersoalkan sebagai sebuah syarikat bertaraf antarabangsa di bawah mekanisma UN, tidak mempunyai pejabat tetapi mendakwa mempunyai pejabat?

Beliau turut mempertikaikan bagaimana Anuar Tan boleh menegaskan hal ini tanpa memeriksa sama ada faktanya benar atau tidak?

"Bukankah itu satu pembohongan? Dan percaya pada pembohongan. Dan menyambung pembohongan," kata Husam.

Husam seterusnya menyatakan "Integriti YB boleh tercemar. Bukankah ini boleh dijadikan petanda stok integriti CP bercampur karbon dioksida yang tinggi?

Sementara itu rata-rata orangramai mempertikaikan kenyataan Anuar Tan yang mereka sifatkan Anuar Tan telah berbohong di dalam dewan.

"Lazimnya sebuah syarikat yang tidak mempunyai alamat operasi adalah syarikat untuk menipu supaya mereka tidak dapat dikesan dan dijejaki," kata seorang bekas penjawat awam yang kini sedang menjalankan perniagaan enterprais.

"Jika saya sendiri yang berniaga sekadar sebuah enterprais sahaja terpaksa menyewa bangunan sehingga RM1,000 sebulan dan menggaji empat orang kakitangan untuk perniagaan saya yang kecil ini, memang pelik jika sebuah syarikat Sdn Bhd yang diberikan kuasa oleh kerajaan negeri menguruskan sejuta ekar tanah di Kelantan tidak mempunyai alamat operasi yang tetap," katanya lagi.

Sementara itu seorang bekas guru yang juga pernah menjadi calon pilihanraya memuatkan di dalam status facebooknya menulis dengan sinis:



BERIKUT IALAH TULISAN HUSAM YANG DIPETIK DARI FACEBOOK
Sekejap tadi saya telah menghantar pesanan SMS kepada YB Dato Anuar Tan seperti di bawah:

Salam YB Dato Anuar Tan. Jom! Melawat Pejabat CP di Berek 12.

Ucapan penggulungan Dato semalam menyebut dengan penuh yakin bahawa Pejabat Climate Protectors adalah di PT327 Tingkat 1, Bangunan MPKB, Pasar Berek 12, Kota Bharu.

Kami berkesempatan melawat alamat yang dinyatakan oleh Dato tengah hari ini. Kami tidak menemui pejabat yang dinyatakan.

Alamat itu menempatkan Pejabat Setiausaha Syarikat iaitu Erra Management & Secretarial Services.

Saya telah menanyakan pengurusan Erra Management dan mengesahkan tidak wujud pejabat CP di situ.

Bagaimana YB boleh menegaskan hal ini tanpa memeriksa sama ada faktanya benar atau tidak?

Ini membawa kesan berbohong di dalam DUN. Ini menjadikan kesemua tiga premis yg dinyatakan oleh CP sebagai tidak wujud.

Alamat mengikut laman web: B 5, Plaza Mt Kiara, tidak wujud.

Alamat mengikut dokumen perjanjian: No 5-2, Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Link, KL, tidak wujud.

Sebuah syarikat bertaraf antarabangsa di bawah mekanisma UN, tidak mempunyai pejabat tetapi mendakwa mempunyai pejabat?

Menghairankan.

Saya bayangkan, untuk menguruskan sejuta ekar hutan simpan bagi perdagangan karbon yang bernilai berbilion ringgit seperti dakwaan YB, pejabat nya penuh dengan kaki tangan dan pakar, peralatan canggih serta sibuk dengan pelbagai acara pengurusan.

Paling tidak, seorang staf untuk melayan pertanyaan.

Semua itu di alam maya atau perdaya? Tapi kenapa mendakwa ada pejabat di alam nyata? Pada hal nyata tidak ada.

Bukankah itu satu pembohongan? Dan percaya pada pembohongan. Dan menyambung pembohongan.

Integriti YB boleh tercemar. Bukankah ini boleh dijadikan petanda stok integriti CP bercampur karbon dioksida yg tinggi?

Menghairankan 'ore cerdik supo ambo' yg disebut oleh YB ditujukan kpd YB sendiri semasa berucap semalam, berani meluluskan sejuta ekar hutan untuk diurus oleh sebuah syarikat yang tidak berpejabat.

Tetapi berbohong adalah satu keberanian yang lebih menghairankan.

YB Dato Husam Musa
Naib Presiden Parti AMANAH Negara,
ADUN Salor, Kelantan
12 Julai 2017/18 Syawal 1438









RAYUAN SUMBANGAN

Saya amat memerlukan sumbangan tuan-puan untuk mendapat sebuah laptop berkuasa tinggi (i7) bagi kerja-kerja mengemaskinikan blog ini. 

Laptop GB yang ada kini sudah begitu lama dan tidak lagi dapat menampung kerja-kerja berat seperti pengeditan video, grafik dan live streaming. Ia mudah panas dan padam tiba-tiba menyebabkan pengemaskinian blog pun jadi tergendala. 

Justeru itu, GB dengan rendah hati merayu sumbangan dari tuan-tuan dan puan-puan untuk menghulurkan sumbangan bagi membantu GB mendapatkan sebuah laptop i7 yang baharu (jenama MSI atau ASUS) dengan cool-iced technology. Sumbangan boleh dilakukan ke akaun pemegang amanah tabung Kelab Greenboc seperti tertera di bawah ini:

Akaun Maybank: 104058248904
Nama: ZULKIPLY BIN HARUN

Maklumkan semua sumbangan sdra kepada email: greenboc@gmail.com

Semuga Allah membalas jasa baik tuan-puan dengan ganjaran berlipat ganda.

p/s Iklan ini akan dipadam apabila sumbangan telah mencukupi. 






FEATURED ADS





6 ulasan:

  1. kalau pak lebai menipu itu dikira bohong sunat. demi islam apa pun boleh. yg penting niat mesti kerana Allah.

    jommm membalak bersama ulamak. takbir!!!

    BalasPadam
  2. Apa la punya bengap Anuar Tan itu, buat apa beri alamat yang mudah dicari oleh Husam? Bukankan lebih molek beri alamat di puncak pokok balak di tengah hutan rimba, aku fikir sudah tentu sukar bagi Husam untuk mencarinya.

    BalasPadam
  3. Aku bukan nak kondemkan anuar tan.. atau nak berbangga pada diri sendiri... rasa aku berkeupayaan utk berdepan dgn anuar tan ni.. ckp gagap2.. memang kena pancung ayat je dgn aku.. entah atas dasar apa anuar tan ni.. di pilih sebagai exco.. tp kalau jadi imam masjid.. kesopanan dan kelembutan dia memang terserlah...

    BalasPadam
  4. pepatah org dulu2 yg sekarang terjadi pada pas..."siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama2 mencuri"....

    BalasPadam
  5. Padan padan laaa anuar tan...no more vote for u next pru di DUN kota lama...mung bakal hilang 5 undi di DUN kota lama....

    -pegundi DUN kota lama-

    BalasPadam
  6. INI MENUNJUKKAN UNDANG-UNDANG M,SIA MASIH LAGI LEMAH, SAMPAI ADA ORG BLH AMBIL KESEMPATAN UTK MELAKUKAN RASUAH, SALAH SATU PERKARA DILUAR TABII. NEGARA LUAR AMBIL CTH PALING DKT SINGAPORE, OF CAUSE NEGARA SINGAPORE BUKANLAH BAGUS BUT IN TERM OF LAW APATAH MELIBATKAN FINANCIAL TAK SAMPAI 1 BULAN SUDAH KENA ACTION UNDANG-UNDANG KRN RASUAH. BAHKAN COMPANY YG DORMANT, SINGPORE GOVERNMENT TAKKAN LEPAS BEGITU DUE POSSIBILTY OF RASUAH.DORMANT SHJ MAKA BERSIAPA SEDIA U KENA CARI OLH PIHAK BERKUASA SINGAPORE THAT HOW CASE RASUAH JHO LAW DPT DIHIDU OLH KERAJAAN SINGAPORE SAMPAI 3 BANK SINGAPORE TERLIBAT DGN WANG RASUAH JHO LOW DIARAH TUTUP. IN M,SIA I DON WANT TO SAID BEBERAPA PULUH SYARIKAT HANTU, TIDAK DISIASAT OLH SSM DAN SPRM SBB ADA KELIBAT JENAYAH DLM SYARIKAT HANTU NI. NO CHOICE, RAKYAT PERLU CONQUER GOVERNMENT, SUPAYA SYARIKAT HANTU, TAK KIRA MILIK ORG ASING MAHUPUN M,SIA DISIASAT, ENSURE RASUAH DAN PENGGANAS DPT DIHIDU.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.