Hanya 10.4% Melayu mengundi berdasarkan RUU 355, 70.1% tidak tahu
Kajiselidik yang dilakukan Invoke, sebuah badan penyelidikan bebas mendapati hanya 10.4% pengundi Melayu/Bumiputera Islam yang akan mengundi berpandukan kepada keputusan Rang Undang-undang 355 (RUU355) manakala 54.3% dari pengundi Melayu/Bumiputera Islam yang berhasrat mengundi Pas tidak tahu mengenai RUU355.
Malah 70.1% atau 30,173 orang pengundi Melayu/Bumiputera Islam langsung tidak tahu mengenai RUU355 manakala 19.5% pengundi Melayu/Bumiputera Islam, walaupun tahu mengenai RUU355, merasakan ia bukan isu penentu undi dalam PRU14.
Keputusan kajiselidik Invoke itu disertai 43,030 orang pengundi Melayu/Bumiputera Islam yang ditanya mengenai pengaruh RUU355 ke atas pilihan undi.
Menurut kenyataan media Invoke yang dikeluarkan pengasasnya, Rafizi Ramli hari ini, kajian itu dilakukan ekoran polemik politik mengenai usul RUU355 untuk menaikkan had hukuman yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah syariah telah menjadi isu politik nasional.
"Banyak keputusan politik yang telah dan akan dibuat oleh ahli politik, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan masyarakat umumnya berkisar kepada pendirian menyokong/tidak menyokong RUU355.
"Kajiselidik ini bertujuan menentukan secara kuantitatif sejauh mana pengaruh RUU355 dalam menentukan undi pengundi Melayu/ Bumiputera Islam dalam pilihan raya umum akan datang (PRU14)," kenyataan media itu dipetik.
Invoke menjelaskan, seramai 1.1 juta pengundi Melayu/Islam Bumiputera ditelefon secara rawak menggunakan sistem interaktif suara (lebih dikenali sebagai “Interactive Voice Response” sistem atau IVR) yang dibangunkan sendiri oleh I-CPI.
Responden akan ditanya soalan dan pengundi akan menekan butang telefon untuk merekodkan jawapan. Contoh – “Tekan 1 untuk “Ya”, Tekan 2 untuk “Tidak”. Jawapan yang diberikan oleh responden akan direkodkan terus oleh sistem IVR di dalam server I-CPI.
Sistem IVR telah diprogram untuk menelefon pengundi yang melambangkan pecahan pengundi di setiap negeri.
Sekiranya kadar jawapan di satu negeri itu rendah, sistem IVR akan mendail lebih banyak pengundi di negeri itu agar jumlah responden dari negeri itu sama dengan peratusan pengundi keseluruhan di negeri itu.
Responden turut memasukkan maklumat seperti jantina, umur dan poskod kawasan.
Keseluruhan kajiselidik mengambil masa satu setengah minit.
Polemik berhubung RUU 335 berterusan apabila Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi mengumumkan kerajaan akan membentangkan sendiri rang undang-undang itu di Dewan Rakyat setelah Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang menangguhkan pembentangan usul sebanyak dua kali pada dua sesi parlimen lalu. -MD
ULASAN GB
Sungguh jelas bahawa isu RUU 355 bukanlah isu yang penting di dalam PRU yang akan datang ini kerana kajiselidik INVOKE membuktikan:
70.1% atau 30,173 orang pengundi Melayu/Bumiputera Islam langsung tidak tahu mengenai RUU355 manakala 19.5% pengundi Melayu/Bumiputera Islam, walaupun tahu mengenai RUU355, merasakan ia bukan isu penentu undi dalam PRU14.
Yang ketara UMNO berjaya menjadikan isu RUU 355 sebagai isu untuk memerangkap PAS dan memisahkan PAS dari Pakatan Harapan.
PAS terus tertipu dengan UMNO apabila Rang Undang-undang 355 itu jatuh ke kedudukan ke-11 daripada ke-6 pada sesi Dewan Rakyat yang bersidang sekarang
PAS menjadi parti yang lansung tidak mempunyai integriti ... disuruh bentang, bentang, disuruh tangguh, tangguh.... kini RUU 355 entah ke mana.... dan PAS yang menganggap perjuangan hudud (kini RUU 355) sebagai nyawanya kini sepi seribu bahasa walaupun telah dengan hiruk pikuk mengadakan perhimpunan RUU355 di Padang Merbok pada bulan lalu.
FEATURED ADS

Usul RUU 355 Abdul Hadi menggelongsor ke kedudukan ke-11
Rang Undang-undang Persendirian Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 1965 atau RUU 355 jatuh ke kedudukan ke-11 daripada ke-6 sebelum ini.
Ini ekoran tindakan kerajaan memasukkan lima rang undang-undang baharu dalam senarai usul yang perlu dibincangkan pada sesi Dewan Rakyat yang bersidang sekarang.
Antara rang undang-undang baharu itu adalah Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2016 oleh Menteri Kewangan; Rang Undang-undang Timbang dan Sukat (Pindaan) 2017 oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; dan Rang Undang-undang Perdagangan Strategik (Pindaan) 2017 oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Dua lagi rang undang-undang baru yang bakal dibentangkan adalah Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2017 oleh Menteri Pendidikan Tinggi; dan Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2017 oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Menggelongsor ke kedudukan ke-11 dalam senarai usul, jelas peluang Abdul Hadi yang juga Presiden Pas untuk membentangkan usul RUU 355 buat kali ketiga setelah ditangguhkan beliau sebanyak dua kali tidak kesampaian pada sesi Dewan Rakyat kali ini.
Apatah lagi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Kerajaan BN akan membentangkan sendiri RUU 355 di sidang Parlimen kali ini.
Dipetik Utusan Malaysia, 18 Mac lalu, Ahmad Zahid berkata, tindakan itu selaras hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang begitu komited mengetengahkan hasrat berkenaan tanpa mengganggu-gugat kepentingan kaum dan agama lain di negara ini.
Timbalan pengerusi BN itu berkata, perkembangan itu memperlihatkan kerjasama kerajaan BN dengan “rakan baru” yang pernah menjadi musuh politik untuk bersama memelihara kesucian agama Islam dan kedaulatan bangsa.
“RUU 355 akan dibentang sendiri oleh kerajaan di Parlimen tidak lama lagi. Insya Allah dengan doa untuk kita menyatukan orang Melayu. Biarlah kita kehilangan segelintir ‘kawan’ kita, tapi kita akan dapat ‘kawan baru’ yang kumpulannya lebih besar bersama kita.
“‘Kawan baharu’ kita ini mungkin dulu musuh politik kita, tapi mereka sudah faham untuk sama-sama tangani masalah (berkaitan Islam) dengan tidak mengetepikan agama lain,” jelasnya. -MD
ULASAN GB
Sungguh jelas bahawa isu RUU 355 bukanlah isu yang penting di dalam PRU yang akan datang ini kerana kajiselidik INVOKE membuktikan:
70.1% atau 30,173 orang pengundi Melayu/Bumiputera Islam langsung tidak tahu mengenai RUU355 manakala 19.5% pengundi Melayu/Bumiputera Islam, walaupun tahu mengenai RUU355, merasakan ia bukan isu penentu undi dalam PRU14.
Yang ketara UMNO berjaya menjadikan isu RUU 355 sebagai isu untuk memerangkap PAS dan memisahkan PAS dari Pakatan Harapan.
PAS terus tertipu dengan UMNO apabila Rang Undang-undang 355 itu jatuh ke kedudukan ke-11 daripada ke-6 pada sesi Dewan Rakyat yang bersidang sekarang
PAS menjadi parti yang lansung tidak mempunyai integriti ... disuruh bentang, bentang, disuruh tangguh, tangguh.... kini RUU 355 entah ke mana.... dan PAS yang menganggap perjuangan hudud (kini RUU 355) sebagai nyawanya kini sepi seribu bahasa walaupun telah dengan hiruk pikuk mengadakan perhimpunan RUU355 di Padang Merbok pada bulan lalu.
Pada pendapat aku RUU yang UMNo punye yang akan dibentang dan mungkin sebahagiannye jer yg akan diluluskan.Yang Hadi punye Besar Kemungkinan akan diTangguhkan atau dibenarkan Hadi bentangkan dan kemudian diTangguhkan oleh Speaker Dewan untuk dibahaskan pada Tahun depan.hehehe.
BalasPadamKuyup lagi serban tok lebai kena kincin..
PadamSalam:
BalasPadamAlahai PAS,seperti kata ketua pemudanya,mereka rela diTIPU berkali-kali oleh umno daripada berkawan dgn DAP dan Amanah.
Saya nak ingatkan pemimpin-peminpin PKR,turunlah padang,ramai ahli-ahli kamu yg terkial-kial di bawah sana.Pelik sangat ahli2 akar umbi pkr.sekarang ni majoritinya akan sokong PH,mereka dapat banyak INFO,dari pemimpin2 lain dlm PH`
PEMIMPIN2 aMANAH ramai yg turun padang,senang mencari mereka,semasa lepas subuh,minum sekali di warung2 dan selalu bertemu di pasar tani.Signboard parti Amanah/ppbm sudahpun tumbuh macam cendawan,TAPI MALANG sekali signboard PKR,TIADA KELIHATAN,malah signboard lama yg tumbang/rosak,tiada siapapun datang nak perbaiki.signgboard pkr di dun MB,SATUPUN takada?Apa dah jadi???Jangan nanti orang kata pemimpin2 pkr,asyik sibuk berpolitiking sesama sendiri sahaja.Yang saya nampak,pimpinan pkr faction DSAI sahaja bekerja berhempas-pulas,yg lain-nya hanya harap nak sub-con pada pada parti2 sahabat.
Insyallah PR14 nanti,PH akan berjaya DGN BERSYARAT"PEMIMPIN2 komponen PH,KENA BERSATU HATI dan memulakan gerak-kerja dari sekarang,ikut seperti gerak-kerja Husam di kelantan"Pastikan majority voters diatas pagar faham dan tahu apa PH nak buat jika menang nanti"..Manefesto yg penting ialah..Hapuskan GST/bR1M SAMBUNG besyarat ekonomi okay,hapuskan rasuah,harga-barang/minyak dikawal,biasiswa diperkenalkan kembali...
go PH go
sekian.
Biasalah Omar, pKR ni top heavy..jeneral ramai...askar tak dak...gerak kerja party kena seimbang...ppbm pun sama ...jeneral ramai...askar nak buat kerja entah ade ke tidak...semak lah
Padamkemuncak ruu di padang merbuk je
BalasPadamHari tu dah bentang kat padang merbok kan...300 ribu datang undi.
PadamKena kencing lg PAS PIS PUS ni...
BalasPadamHe5
Rakyat Malaysia makan pun tak.lepas..
BalasPadamNak cerita pasal sebat penjara 30tahun dan hukum bunoh
Agama apa yg pas dan umno anuti???
Confirm bukan ajaran islam !!!
Pada pendapat aku pemimpin pas x ditipu pasal ruu cuma yg DU tipu adalah walaun dan penyokong pas , mereka adalah barua yg bersembunyi dlm pas dan muncul bila benteng yg kukuh selama ini tiada , tuan guru Nik aziz , golongan profesional dan ds Anwar ,
BalasPadam.
BalasPadam.
Bila RUU PAS tak ada pulak UMNO sebut nak tenguk dulu. Bila UMNO ambil dari PAS, Hadi kata nak tenguk dulu.
Apa UMNO selama ini tak reti ke handle hal-hal Islam. Kalau sangsi jangan lah bagi UMNO rampas. Tak kan dalam hal ini PAS tak boleh berkeras sikit.
Apa salah PAS yang mulakan dan PAS yang menyudahkan ? Apa beza urusan Islam yang PAS buat dengan UMNO buat ?
Jika ada yang kurang atau jika ada yang tak kena pada pembentangan RUU UMNO cuma beritahu Hadi. Tak perlu ambil RUU dari PAS.
Mengapa RUU UMNO PAS boleh tenguk dulu? Apa kah PAS boleh tegur UMNO atau membantah sedangkan tujuan asal bentang RUU ia lah yang itu juga. Memperkasakan Mahkamah Syariah.
Lagi pun biar lah UMNO bentang dulu dan kemudian di bahaskan. Atau apakah Hadi ada muslihat sengaja untuk melambatkan UMNO membentang RUU ?
Apa-apa kepunyaan Allah bukan untuk di permainkan.
Wallahhuallam.
Pada pendapat aku bukan pas tertipu dgn umno tp pas bsama umno dah berpakat sama2 nk tipu org melayu islam konon perjuangan blandaskan islam padahal duit dah kautim sama2 makan...90juta dah kenyang dh,tgu dut baru plak....
BalasPadamMaka bersabdalah golongan walaunta, walaunti,dan pemikir siku lutut berserban dalam PAS: Sesungguhnya dikencing kali ini terasa penuh nikmatnya....seperti baru lepas kena pil kuda....terasa penuh ketaksuban ketololannya
BalasPadamTIADA GUNA FOR US UNDANG-UNDANG RUU355 YG BERKITABKAN UNDANG-UNDANG PENJAJAH. WE WANT IT DIBUBARKAN AKN GANTI 100% IKUT AL-QURAN AND HADIS WHICH FOR SURE PAS TAKAN BUAT, WHY? SALAH SATU JENAYAH ADA TERMAKTUB DLM AL QURAN DAN HADIS IAITU WHOEVAR UMAT ISLAM MULUT GATAL SANGAT FITNAH DAN TUDUH ORG TANPA BUKTI KUKUH SAMPAI MENJEJASKAN IMEJ DAN MARUAH UMAT ISLAM, HUKUMAN DIA SEBAT 100 KALI DAN KENA BUANG DEARAH SELAMA SETAHUN. JANGAN PAS BUAT TAK TAHU AS THIS ONE HUKUM HUDUD WHICH CLEARLY BEEN MENTION SELAIN DARI MEMBUNUH DAN MEROMPAK.
BalasPadamPAS FOR ALL time dikencing UMNO. Parti Cap Tolol Berserban
BalasPadamLebai ni mana fitnah. Depa nak dedak sikit je utj beli porche ngan audi je.
BalasPadamPada pendapat aku bukan pas kena kencing
BalasPadamTp pas dah sepakat dgn umno... Umno kasi dedak pas telan..terpulangla umno nk guna skrip apa pas akan follow je....