Pas tolak kerjasama dengan Bersatu, ada hubungan DAP, Amanah
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi menegaskan parti itu tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang mempunyai hubungan dengan DAP dan parti Amanah Negara (Amanah).
Beliau berkata, Pas tidak perlu menunggu tempoh sebulan untuk menjawab tawaran Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad untuk Pas menyertai Pakatan Harapan.
Berikut transkrip penuh sesi soal jawab Abdul Hadi (TGHH) bersama media dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Kebajikan Pas di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Ahad lalu yang disiarkan laman web rasmi Pas:
BAHAGIAN PERTAMA
Wartawan: Semalam dalam ucapan di Kedah, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi masa Pas selama sebulan untuk menentukan sama ada akan berada di dalam Pakatan Harapan atau tidak.
TGHH: Kita sudah membuat keputusan semua parti yang ada hubungan dengan DAP dengan Pan, kita tak ada hubungan dengan mereka, itu senang je, tak perlu tunggu masa, itu dia.
Wartawan: Jadi, tak perlu tunggu sebulan Datuk Seri ya?
TGHH: Tak perlu, bila dia dah ada hubungan dengan DAP dengan Pan, habislah, tak ada.
Wartawan: Betul ke Datuk Seri tak nak jumpa langsung dengan pemimpin Bersatu untuk berbincang?
TGHH: Ya?
Wartawan: Betul ke Datuk Seri tak nak berjumpa langsung dengan pemimpin Bersatu untuk berbincang mengenai...?
TGHH: Saya pernah berjumpa, tapi dasar kita itu dia, maknanya kalau ada hubungan dengan DAP dengan PAN, tak perlu bincang, kita dah ada keputusan itu.
Wartawan: Tapi kalau PKR boleh bekerjasama dengan...?
TGHH: PKR pun kita akan buat keputusan.
Wartawan: Maknanya ada keputusan...?
TGHH: Ya, akan buat keputusan.
Wartawan: Bila Datuk Seri?
TGHH: Insyaa Allah selewat-lewatnya masa Muktamar.
Wartawan: Sebelum Muktamar?
TGHH: Masa muktamar selewat-lewatnya Insyaa Allah
Wartawan: Masa muktamar lah?
TGHH: Ya, ya.
Wartawan: Jadi keputusan sama ada untuk bekerjasama dengan PKR pula kali ini Datuk Seri ya?
TGHH: Ya, termasuk, termasuk semua sekali.
Wartawan: So, sekarang ini kerjasama dengan PPBM macam mana Dato' Seri masih terbuka ke masih tertutup?
TGHH: Kita terbuka dengan semua, kerjasama dalam isu-isu yang tak ada masalah. Masalah politik, itu ada masalah, kerana DAP dengan rangkaian dia Dewan Himpunan Penyokong dia, yang Pan itu Dewan Himpunan Penyokong DAP lah, dia nyata bila menentang RUU355, menentang perlaksanaan syariat, menentang itu, itu sempadan, line (garisan) merah itu, tak boleh langgar itu, ya
BAHAGIAN KEDUA
TGHH: Saya rasa dia (Husam Musa) tak mahu bertanding pilihan raya yang akan datang, itu dia tak mahu bertanding pilihan raya akan datang, dia buat begitulah. Kalau bawa ke mahkamah, benda bohong, bila bohong, sudah tentu kalah, kalah diisytihar tak boleh bertanding pilihan raya, dia tak mahu bertanding, senang beritahu je. Dia tahu dia kalah bertanding pilihan raya. ya?
Wartawan: Adakah macam, bila meletak tarikh untuk dibawa untuk saman Husam Musa itu sendiri?
TGHH: Itu saya rasa Datuk Tuan Ibrahim sudah membuat kenyataan dalam, sudah ada perbincangan, tapi itulah taktik, saya tahu dia punya tujuan dia, tak mahu bertanding pilihan raya.
BAHAGIAN KETIGA
TGHH: Kita jemput semua, semua orang Islam termasuk orang bukan Islam yang mendokong RUU355.
Wartawan: Apa harapan Dato' Seri perhimpunan itu lah tak lama lagi ini?
TGHH: Saya mengharapkan semua parti-parti yang orang Islam, orang Islam yang terlibat semua parti-parti politik menyokong, ini adalah kewajipan orang Islam untuk meninggikan martabat Mahkamah Syariah, dan tak ada kena mengena orang bukan Islam. Mereka tak perlu campur tangan kerana perlembagaan mengatakan bahawa Mahkamah Syariah tak boleh hukum orang bukan Islam, tak ada sebab mereka menentang RUU355. Ya?
Wartawan: Datuk Seri, bagaimana pula dengan setakat ini respon daripada parti-parti setakat ini, daripada Umno, daripada Pakatan Harapan ke kalau ada sendiri ke, macam mana dengan respon mereka terhadap RUU355, adakah akan ada....?
TGHH: Ada yang menunjukkan sikap yang sangat, respon yang sangat positif, majoritinya positif.
Wartawan: Siapa yang bersikap responsif itu?
TGHH: Itu akan dilihat kehadiran lah, kehadiran hari Sabtu ini, saya tak boleh membuat satu kenyataan terbuka lah, insyaa Allah.
Wartawan: Tapi Dato' Seri menjangkakan orang bukan Islam akan turut menghadiri lah RUU355 ini?
TGHH: Saya percaya khususnya Dewan Himpunan Penyokong akan hadir, termasuk kalangan NGO-NGO yang bukan Islam yang memahami tentang tujuan 355. -MD
VIDEO BERKAITAN
UCAPAN TERBARU DATO MAHFUZ OMAR
MENGENAI PENDIRIAN PAS:
ULASAN GB
Nampaknya PAS bermusuh dengan semua parti, baik DAP, AMANAH, PPBM dan PAS dan Keadilan (PKR) kecuali UMNO BN.
Ia sangat bagus apabila PAS membuat pendirian begitu. Sekurang-kurangnya rakyat membuka mata bahawa parti-parti yang disebutkan itu tak perlu lagi terhegeh-hegeh dengan PAS.
PAS sepertimana kata Mahfuz, perlu ada harga maruah diri dengan keluar dari kerajaan Selangor kerana ia ditadbirkan bersama oleh PKR dan DAP.
Mengapa dengan Bersatu tak boleh tunggu sebulan tetapi dengan PKR yang dah jelas sebagai komponen di dalam Pakatan Harapan yang disertai bersama DAP dan AMANAH tetapi perlu tunggu muktamar?
Ini menunjukkan PAS bersifat hipokrit, kerana ada kepentingan fulus, ada kepentingan jawatan dan ada kepentingan politik di Selangor justeru itu tidak mahu keluar dari kerajaan Selangor.
Yang Presiden PAS tak sebut ialah UMNO BN. Ertinya PAS kini bermusuh dengan semua parti-parti politik di Malaysia kecuali UMNO BN. Bukankah lebih baik PAS tak perlu berkluk-klek dan tidak perlu segan silu untuk isytiharkan sahaja bersatu dengan UMNO BN?
FEATURED ADS

pIS bukan sahaja bermusuh dgn semua party
BalasPadamTapi PiS juga bermusuh dgn Allah
Fikh fatwa fakta yg dikeluarkan oleh PIS adalah sangat menyeleweng.. Sehinggakan semua ayat yg di ubahsuai oleh atakiri kanan dan ayoh jadi pin boleh di bentuk sebuah alkoran sesat abad ke 21.
Masyallah dgn konar belit terjemahan atakiri kanan boleh kalahkan hadith moslim bukhari..
Kalau non.muslim.baca tagsir atakiri mereka.anggap ia adalah ayat alkoran yg baru di cipta..
Dah sampai tahap alarqam dah PIS nih!! Patut bubarkan !!!
Saya masih suka bercakap tentang 'keputusan' dan 'pilihan' PAS untuk keluar dari blok pembangkang satu masa dulu.
BalasPadamAda kalangan pemimpin-pemimpin PAS membenarkan satu pertindihan dalam jamaah itu, satu bahagian dilabelkan sebagai liberal dan satu lagi dilabel sebagai kepimpinan ulamak. Ini merupakan bibit awal perpecahan dalam PAS.
Pengasingan ini telah mula teserlah sejak dari muktamar PAS terdahulu dan kemuncaknya telah meluluskan usul untuk tidak bersama DAP dan sekaligus memusnahkan Pakatan Rakyat. Impak ini sangat besar yang tidak terfikir oleh PAS yang ada siku dan lutut dalam jubah.
Perpecahan PERTAMA kerana pas telah keluar dari blok pembangkang lalu memusnahkan Pakatan Rakyat dan telah secara sistematik menjatuhkan mereka yang tidak sehaluan dengan ideologi mereka.
Ini juga berlaku urutan daripada ketidak sepakatan beberapa pemimpin PAS dan berebut-rebut untuk 'menguasai' kerusi MB Selangor dengan PKR.
Akhirnya diumumkan bahawa mereka dan pemimpin yang keluar dari PAS disuruh membuat parti lain, tidak ada usaha untuk memujuk dan mempelawa menjadi sebahagian dari penggerak parti. Maka tertubuhlah AMANAH.
Perpecahan KEDUA akan berlaku lagi. Pepecahan sekali ini adalah disebabkan isu integriti, disiplin dan isu kerjasama dengan parti yang dulunya ditentang habis habisan iaitu UMNO. Bermula dari isu banjir besar yang hingga kini tidak terurus hingga ke isu pembalakan berleluasa dan seterusnya isu-isu pentadbiran yang kurang bijak pimpinan Kerajan yang dinaungi oleh PAS.
Perpecahan ini akan memperlihatkan perpindahan sokongan beramai-ramai secara senyap dan paling tidaknya ahli-ahli dan penyokong PAS tidak akan mengundi mana-mana parti di PRU14. Ini memberi kelebihan kepada samada UMNO atau AMANAH.
Perpecahan ini berlaku setelah kematian Nik Aziz. Sejak itu, PAS dilihat semakin merundum dari hari ke hari. Pelbagai isu tekah wujud dan terbongkar. Jika dilihat secara kasar, keruntuhan ini adalah disebabkan oleh barisan "pemimpin" yang nampaknya tidak 'Ikhlas' dalam perjuangan dan tidak mendalami motif asal perjuangan PAS.
Kini PAS sudah memutuskan semua hubungan dengan hampir semua parti pembangkang kecuali PKR di Selangor? Hanya merapatkan diri dengan UMNO sahaja satu jalan terakhir.
Juga menjadi serba salah jika tidak menyokong UMNO jika mungkin habuan RM90 juta untuk pemimpin tertentu PAS adalah satu yang benar.
Percayalah PAS akan jadi seperti melukut ditepi gantang dalam politik Malaysia.
Tukar pimpinan, PAS akan hidup kembali dan berwajah baru TETAPI memakan masa. Sekian - Ancient Mariner
Salam:
BalasPadamKesihan pada ahli-ahli PAS,Meyangkakan HADI akan membuat rujukkan pada Al-Quran & Hadith bila membuat keputusan yg besar.Alasan tidak bersama dgn PPBM disebabkan oleh DAP&Amanah.Tapi di selangor PKR bersama DAP&Amanah,boleh pula PAS bekerjasama.NAMPAK JELAS,Lagi terang,lagi bersuluh,RUJUKAN Hadi ialah "FULUS/DUIT"adalah FAKTA,bukan fitnah.
Kenapa Hadi sendiri tidak SAMAN Husam,kerana ini MARUAH sebagai saorang Ulamak Dunia.Disebabkan "FULUS/DUIT" Juga.Bukan memberi jawapan seperti JKK bawahan.Dia saorang president Parti dan saorang yg dikatakan arif tentang agama.
sekian.
Elok sangatlah pas tak nak joint PH, mudahlah bagi PH mengagih kawasan untuk PRU14 nanti. AMANAH tak ada masalah untuk meletakkan calon di mana-mana kawasan parlimen atau DUN berbanding jika ada pas dalam PH. Kalau pas dalam PH hanya akan menjadi beban, duri dalam daging. Kepada PKR dan BERSATU lupakan saja pas, sebaliknya perkasakan PH. Kami ahli biasa parti pun dah boleh baca niat busuk hati president dan pemimpin pas tak kanlah pemimpin PKR dan BERSATU tak tahu. Sifat angkuh Dan takabur pemimpin pas bukanlah akhlak Islam tapi dipandu oleh syaitan yang sesat lagi menyesatkan.
BalasPadamKepada pas kalau dah ambil keputusan untuk tidak mahu PH, nasihat saya Exco pas di Selangor letak jawatan saja. Atau kerana tembolok dan perut kamu semua kamu tebalkan muka saja dengan terus pegang jawatan itu. Kalau Iskandar ada cadangan untuk tidak berlaku pertandingan tiga penjuru pada PRU14 di Selangor nanti tidak lebih hanyalah kerana tembolok dan perut kamu saja.
Sudah di takdir kan berakhirnya pas di tangan hadi. Dulu masa amanat hadi...perpecahan melayu begitu memilukan....akhirnya Allah tunjukkan siapakah munafik ini...islam itu dinilai pada akhir kehidupan....dimanakah kita pada masa itu...walaupun byk ulamak yg mati...ditangan pemerintah zalim...tetapi mereka dikenang sebagai pejuang islam....hadi dimana kita nak letakkan....fikir2kan wahai walaun2 semua
BalasPadamKita dikejutkan dengan kenyataan pimpinan Pas bahawa parti itu kini menjadi "king maker". Entah di mana kebenaran faktanya bahawa parti itu berkeupayaan menjadi penentu kepimpinan. Pas mengangkat dirinya terlalu kuat, namun pada hakikatnya untuk survival pada PRU 14 ini pun diperkirakan sudah cukup nazak. Pas sudah kehilangan sebilangan besar ahli-ahli profesionalnya kerana menganggotai Amanah. Pas juga kehilangan sebahagian besar pengundi Cina kerana tidak lagi bertahaluf siyasi dengan Dap. Pas kini didokong kuat oleh walaun-walaun yang berandaian bahawa pemimpin mereka kasyaf dan maksum. Walaun-walaun Pas sudah hilang pertimbangan, sama seperti kumpulan al-Arqam yang terlalu memuja al-marhum skeihkul mereka.
BalasPadamJika Pas tidak mahu bersama Pakatan Harapan dan Bersatu, demi kelangsungan parti, Pas perlu bergabung dengan BN. Pas telah mula membentuk Gagasan Sejahtera bersama Parti Ikatan yang ahlinya cuma 75 orang. Gagasan ini tidak mampu pergi jauh melainkan laju menuju pusaranya. Jika berlaku pertembungan tiga penjuru pada PRU 14, Pas akan hilang di persada politik tanah air, dan Pakatan Harapan dan Bersatu akan kecundang. Maka BN akan terus berkuasa dengan kemenangan yang lebih bergaya. Dipendekkan bicara, jika benar-benar berlaku pertembungan tiga penjuru, maka Paslah yang menjadi "maintenance king" atau pengekal kerajaan kleptokrasi BN.
Pas tidak boleh berkawan dengan semua parti-parti pembangkang kerana ketokohan Hadi Awang tidak mampu menyaingi kredibiliti Anwar Ibrahim, Mahathir, Lim Guan Eng, Mat Sabu, Husam dan ramai lagi tokoh-pembangkang. Penternak dapat menjinakkan ayam ternakannya dengan memberi makan dedak. Rupa-rupanya Pas berjaya dijinakkan oleh Umno dengan dedak juga. Sarawak Report dan Husam Musa ada butiran mengenai dedak Umno ini.
Yg mengundi adalah rakyat..rakyat perlu bijak..umno sendiri sudah berpecah dgn keujudan pbrm..jadi harapan dan peluang PH menang tetap besar dan cerah..lg pun pengundi pas pun dah tinggal berapa kerat.
PadamPKR takde hubungan dgn Amanah & Dap ke? Atau demi duit & kuasa?
BalasPadamkita pun tk harap pas bersama PH kerana rekod khianat ada pada pashadi yg tak boleh dipercaya langsung kerana beramal takiyyah.
BalasPadamcumanya sgt pelik.. dgn syiah yg bunuh rogol kafir sahabat dan umat islam (hadi pun kalau ngaku sunni adalah kafir disisi syiah) eeehhh hadi bukan main bela dan saying sgt. sehingga kenyataannya yg terakhir isu syiah dan Syria, hadi masih menyayangi syiah dan iran.
malah dikatakan iran adalah kawan bukan musuh. yg musuh adalah Saudi yg dilabel wahabi oleh syiah.
malangnya dengan Amanah dan DAP yg tidak pernah membunuh umat islam, membakar Quran dan masjid, tidak pernah mengkafir sahabat rdh, tidak pernah merogol dan menyembelih umat islam... hadi cukup memusuhi dgn alasan Amanah DAP menentang islam.
begitulah peliknya akidah hadi.
takpe kita tunggu hadi masuk hospital.. Amanah dan DAP datang melawat beramai2 bawa pisang. nk tengok apa reaksi hadi.... jgn terus ICU udah le.. hihih
hadi..hadi.. tercatitlah sudah dalam sejarah bahawa hadilah orgnya yg meruntuhkan sebuah gerakan islam yg disegani dan telah dibina oleh ulamak2 pejuang sebelum ini... bukan DAP yg runtuhkan PAS.
Hanye pIGS dihatiku...hmmm...baru buas hati....boleh bertanding mana aku suka...tak payah nak bergaduh pasal kerusi lagi....all mine...hahaha
BalasPadamSemua pasal duit saja
BalasPadamBudak BODOH tetiba ada juta juta , tak kan nak gaku bodoh....
Pikir saja lah
Makan sepuloh keturunan pun tak habis....
Dah baham 90 juta, UMNO lah segala-galanya. Rakyat pergi mamposlah, asal aku dapat dedak 90 juta.
BalasPadamHadi dah buat akujanji dengan najib mana mungkin boleh kencing UMNO. Jadi BERSATU lupakanlah hasrat untuk pas joint PH. AMANAH dan DAP hanya dijadikan alasan untuk pas menolak tapi yang sebenarnya aku janji dengan najib, I help you, you help me yang menghalang. 90 juta bukan ciput, yang dulu dikafirkan sekarang jadi kawan walaupun kawan ni lebih jahat dari masa amanat hadi duly.