24 Okt 2016

Tiba-tiba Najib Tak Hadir Parlimen Hari Ini...

'Kami dikritik keluar dewan, tapi Pekan tak hadir pun hari ini'

Ketua pembangkang menyelar tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak hadir mendengar ucapannya ketika membahaskan Belanjawan 2017 di parlimen hari ini.

“Kami diselar kerana ‘keluar dewan’ tetapi hari ini apa yang amat ketara dan menjolok mata ialah YAB Pekan (Najib) tidak hadir pun ke dewan,” kata Datuk Seri Wan Azizah Ismail.


Jumaat lalu, pembangkang keluar dewan ketika Najib yang juga menteri kewangan membentangkan Belanjawan 2017.

Ia berlaku selepas kekecohan dalam Dewan Rakyat apabila pembangkang mengangkat plakad “Siapa MO1”.

Pembangkang bertindak demikian selepas Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata pihak yang tidak mahu mendengar pembentangan itu boleh keluar dewan.

Azizah hari ini berkata, sepanjang Datuk Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan menteri kewangan sebelum ini, tidak pernah sekalipun beliau tidak hadir ketika ketua pembangkang membahaskan belanjawan.

“Ini jelas menunjukkan ketokohan dan jiwa besar beliau yang bersifat terbuka untuk menerima kritikan dan teguran daripada pihak pembangkang.

“Sahsiah sebegini penting dalam amalan demokrasi kerana negara memerlukan kerajaan dan pembangkang supaya wujud semak dan imbang yang berkesan.

“Ini barulah kematangan dalam sistem demokrasi,” kata isteri Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Sungai Buloh.

ULASAN GB

Apa yang dapat dikatakan lagi jika bukan hipokrit namanya?

Masa pembentangan belanjawan, bukan sekadar membentang belanjawan, tapi Najib mengambil segenap peluang untuk menyindir dan mengata pembangkang macam-macam secara berdepan yang menyebabkan ahli parlimen pembangkang merasakan mereka tidak perlu untuk berada di dalam dewan kerana sikap Najib yang keterlaluan itu.

Hari ini, giliran ketika Ketua Pembangkang berucap membahaskan Belanjawan 2017, Najib terus tak datang.

Kedua, kita nak bertanya juga kepada ahli parlimen PAS yang tidak keluar dewan hari itu tentang pendapat mereka tentang ketidak-hadiran Najib hari ini dan ketidak-hadiran ahli parlimen Marang pada hari pembentangan belanjawan 2017 kelmarin. Profesyenalkah Najib dan Haji Hadi Awang sebagaimana dipersoalkan oleh MP PAS dari Pasir Mas dan Temerloh yang menuduh pembangkang tidak profesyenal kerana keluar dewan?





FEATURED ADS


20 ulasan:

  1. Perlukah kita berbicara tentang Integriti dengan munafikun?
    Perlukan kita bersifat "gentleman" dengan hooligan?
    Perlukan kita kasihan dengan pengecut No 1 Malaysia yang PALING suka tumbuk curi?
    Sedih amat sangat kerana Malaysia mempunyai PENYAMUN sebagai PEMIMPIN NEGARA. Yang lebih sedih lagi ialah orang yang mengaku JUARA PEJUANG ISLAM mengiktiraf PENYAMUN ni.
    Hairan bin Ajaib.

    BalasPadam
  2. Najib dan Hadi pii dating lah tu...
    Hadi nak ucapkan terima kasih kepada Najib kerana tidak membenarkan RUU 355 dibahaskan.

    Dua2 melayu dan Islam...tapi bersikap Munafik!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jgn duk mngata org...x de fakta pn apa yg dikatakn..

      Padam
    2. Berterima kasih ini macam-macam cara...

      Tak semestinya berjumpa dan peluk cium..

      Kalau Hadi marah atau sangat keciwa RUU tidak diberi perhatian serious, jangan lah berdiam diri. Bila DAP tolak terus di kafir harbi dan putus kan hubungan dengan DAP.

      Sepatutnya begitu lah bila Hudud Hadi diturunkan ke perkara 7.. setakat merajuk tak datang parlimen apa lah sangat ..

      Kalau benarkan dua-dua pihak akan menekan Najib supaya bentang hudud.

      Padam
  3. Rasa nya sejak najib jadi pm.. lepas dia bentang belanjawan.. esoknya dia tak masuk...menteri kewangan kedua kena jawab apa yg pembangkang persoalkan. Kalau tak salah masa paklah pun ada dia buat gitu. Masa zaman TDM pun ada buat gitu di akhir pemerintahnya.. bg aku kalau ada yg tak kena dlm pembentangan tu.. lebih baik pilih jln selamat..sape nak menyerah tengkok nak disembelih..itu gunanya kena sediakan menteri2 pembodek..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selama Najib jadi PM selepas pembentangan bajet Najib tak datang.. tu yang Abduh suka. Mana tahu kalau-kalau satu hari Abduh yang jadi PM... senang lah dia.. kan?

      Padam
  4. Najib dah ke bursa saham ..

    Melihat ekuntungan syarikat 'construction' yg bakal dpt projek keretapi lebuhraya bangunan pencakar langit dan mrt..

    50b utk buat 'infra' projek dgn keuntungan bakal masuk poket pilihanraya..

    Yg tanggung susah rakyat bila bajet hospital d potong.. Setiap hari peniaga kecil tutup kedai .. Bangunan kosong utk sewa nerlambak.. Penganggur makin ramai ... Jenayah jgn cakap laaaa...

    Ekonomi sebenar bukannya belanja projek infra kpd syarikat kroni 3kerat tetapi

    Perbelanjaan wang negara kepada semua sektor sama rata...dan mengurangkan kaikatngan awam yg tidak produktif...

    Aduh bodoh nya kalau belanja 50%duit negara hanya utk projek infra yg untungkan duatiga syarikat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagi ahli parlimen PAS OK.

      Sebab mengikut kata mereka ada baik dan ada yan tak baik.

      Yang baiknya elaun bilal dan iman naik. Dana sekolah agama dapat lebih sikit.

      PAS memang cerdik .. yang rugi besar dia orang tak nampak tapi yang untung sikit dia orang sorokkan.

      Padam
  5. Lebih sedih ramai jugak mempertahankan kepala perompak termasuk lebai serban besar bakul..

    BalasPadam
  6. jib ni setakat umum bajet nenek aku pun boleh umum....

    BalasPadam
  7. Hadi dtg x?jgn2 sama2 xdtg nk bincang hal ruu pujuk balik pas dgn dedak 90juta

    BalasPadam
    Balasan
    1. Up lah lagi..

      Kalau up.. entah bila lah hudud nak di bentang ..

      Padam
  8. GAMBARAN-GAMBARAN MENUJU AKHIR ZAMAN.......

    BalasPadam
  9. Balasan
    1. Rasanya ada.. dia bawak kakulator .. lepas kita dia pandang syiling dewan..

      Tenguk gaya macam dia.. Tak tahu lah kalau silap orang.

      Padam
  10. Tengok apa komen Nik Al-Bodoh nak komen pasal Al Hadi dan Al Najis tak hadir parlimen.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini mungkin jawapan Abduh..

      Bila dua-dua tidak ada, dewan seolah-olah terang bercahaya.

      Padam
  11. Aku nak dengar komen nik abodoh..profesional ke tak

    BalasPadam
  12. najib pontenggg?

    tengoklah siapa penasihatnya.

    dh padan dah penyamun sokong pemonteng

    BalasPadam
  13. kata anak jantan... sudah baling batu... bukan setakat sembunyi tangan... batang hidung pun tak nampak... tak usah dilayan sangat budak2 pis tu. mereka dah dapat dedak. tu pasal sudah jadi ayam jinak. tunggu nak kena sembelih je. pastu kena ratah mcm ayam kfc. sehingga menjilat jari. sampai2 tulang2 ayam tu digigit hingga hancur. biarkan si luncai terjun dgn labu2 nya. itu lebih baik dari kita sibuk nak selamatkan si luncai dan si lebai malang ni. pis pun sudah mula membusuk mcm UBN. jadi elok kita biarkan pis terus busuk dan mereput hingga ditelan bumi. so fokus PH adalah menguatkan parti dan gabungan parti dalam melawan UBN. melakukan gerak kerja pilihan raya dari sekarang. melakukan gerak kerja menyampaikan maklumat dan kebenarana supaya dapat membuka minda rakyat. jika kita dapat sedarkan ahli pis dan ahli umno utk beralih menyokong PH dan kemudian menembusi kerusi2 yg ada disabah. Insya Allah. PH berpeluang menewaskan UBN.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.