Dr. Ustaz Rozaimi Ramle, seorang sarjana hadith yang juga seorang pensyarah kanan di UPSI mendakwa telah diserang dan dilabel sebagai munafik, agen yahudi, agen syaitan dan keling baru masuk Islam oleh beberapa pihak yang telah menonton video kuliahnya yang tersebar di media sosial.
Di dalam video berkenaan, Dr. Rozaime telah mengutarakan pandangannya berkaitan polemik pindaan RUU 355.
"Isu utama ialah jangan mengkafirkan sesama kita. Orang Islam yang setuju ada alasan. Pihak yang tidak setuju juga ada sebab," tulisnya di facebook.
"Masing-masing sayangkan Islam. Saya dah dilabel munafik, agen yahudi, agen syaitan dan keling baru masuk Islam oleh beberapa pihak dengan video ini. Silakan menonton sendiri ucapan saya. Kalau seawal ini Parti yang pro isu ini tidak boleh uruskan perbezaan pendapat dengan baik maka saya sangsi bila mereka jadi kerajaan nanti," tulisnya lagi.
Di dalam satu status yang berasingan, beliau menulis:
Polemik mengenai RUU 355 setakat ini belum reda apabila usul mengenainya belum dapat dibentangkan oleh ahli parlimen Marang, Haji Abdul Hadi Awang.
Malah beliau juga telah dilaporkan tidak hadir ke sessi pembentangan belanjawan 2017 kerana tidak menyenangi sikap kerajaan yang tidak serius di dalam menyokong RUU 355.
Sebelum ini, pelbagai pihak telah memberi pandangan terhadap Usul Persendirian Presiden PAS itu yang rata-rata menyatakan bahawa ia hanyalah perangkap UMNO BN untuk menghancurkan pembangkang. Namun Haji Hadi berkeras dan tetap mahu usul itu dibentangkan.
Beberapa pemimpin dan ahli-ahli PAS juga didapati menggunakan RUU 355 sebagai modal baharu untuk menghidupkan budaya takfiri dengan mengkafirkan orang yang tidak bersetuju dengannya.
Seorang penceramah PAS yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Padang Serai telah menganggap seseorang yang tidak menyokong RUU 355 sebagai "jatuh iman" disamping memberi contoh yang keterlaluan menggunakan nama seorang pemimpin tertinggi Keadilan iaitu Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Shaharuddin bagaimanapun telah menarik kenyataan tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka.
Kini usul tersebut seperti ditiup angin lalu, tenggelam dengan sessi perbahasan belanjawan 2017.
BN dilaporkan telah mencapai konsensus di kalangan parti komponennya yang sekalipun tidak diumumkan namun dipercayai tidak akan membenarkan usul tersebut dibentangkan sekalipun ia wujud sebagai agenda keempat di dalam Kertas Perintah sidang Parlimen sessi ini, tetapi merudum ke agenda tujuh sehari selepasnya dan peluang untuk dibentangkan semakin tipis malah bermungkinan terus akan disenyapkan.
VIDEO BERKAITAN
FEATURED ADS
Di dalam video berkenaan, Dr. Rozaime telah mengutarakan pandangannya berkaitan polemik pindaan RUU 355.
"Isu utama ialah jangan mengkafirkan sesama kita. Orang Islam yang setuju ada alasan. Pihak yang tidak setuju juga ada sebab," tulisnya di facebook.
"Masing-masing sayangkan Islam. Saya dah dilabel munafik, agen yahudi, agen syaitan dan keling baru masuk Islam oleh beberapa pihak dengan video ini. Silakan menonton sendiri ucapan saya. Kalau seawal ini Parti yang pro isu ini tidak boleh uruskan perbezaan pendapat dengan baik maka saya sangsi bila mereka jadi kerajaan nanti," tulisnya lagi.
Di dalam satu status yang berasingan, beliau menulis:
Saya hairan melihat gelagat sebahagian orang yang pro RUU 355 setelah mendengar ulasan saya. Mesej saya jelas untuk tidak mengkafirkan orang yang tidak bersetuju dengannya.
Ada yang nasihatkan saya:
Jangan bodohkan manusia.
Jangan bawa perkara ajaib.
Soal saya adakah mengkafirkan orang sewenangnya itu bagus pada akal yang waras? Gunalah akal untuk mencerna maklumat yang nak disampaikan.
Polemik mengenai RUU 355 setakat ini belum reda apabila usul mengenainya belum dapat dibentangkan oleh ahli parlimen Marang, Haji Abdul Hadi Awang.
Malah beliau juga telah dilaporkan tidak hadir ke sessi pembentangan belanjawan 2017 kerana tidak menyenangi sikap kerajaan yang tidak serius di dalam menyokong RUU 355.
Sebelum ini, pelbagai pihak telah memberi pandangan terhadap Usul Persendirian Presiden PAS itu yang rata-rata menyatakan bahawa ia hanyalah perangkap UMNO BN untuk menghancurkan pembangkang. Namun Haji Hadi berkeras dan tetap mahu usul itu dibentangkan.
Beberapa pemimpin dan ahli-ahli PAS juga didapati menggunakan RUU 355 sebagai modal baharu untuk menghidupkan budaya takfiri dengan mengkafirkan orang yang tidak bersetuju dengannya.
Seorang penceramah PAS yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Padang Serai telah menganggap seseorang yang tidak menyokong RUU 355 sebagai "jatuh iman" disamping memberi contoh yang keterlaluan menggunakan nama seorang pemimpin tertinggi Keadilan iaitu Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Shaharuddin bagaimanapun telah menarik kenyataan tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka.
Kini usul tersebut seperti ditiup angin lalu, tenggelam dengan sessi perbahasan belanjawan 2017.
BN dilaporkan telah mencapai konsensus di kalangan parti komponennya yang sekalipun tidak diumumkan namun dipercayai tidak akan membenarkan usul tersebut dibentangkan sekalipun ia wujud sebagai agenda keempat di dalam Kertas Perintah sidang Parlimen sessi ini, tetapi merudum ke agenda tujuh sehari selepasnya dan peluang untuk dibentangkan semakin tipis malah bermungkinan terus akan disenyapkan.
PAS ni aku Perhatikan dah jadi macam Al-ARQAM.begitu Taksub dengan Presiden nye.DAH menganggap Pemimpinnye MAKSUM.Baghal punye umat.baik Parti Pas jadi Pertubuhan Agama sebar Dakwah jer kalau tak pandai Berpolitik.Pemimpin dengan Pengikut sama BODOH
BalasPadamTuan, antara arqam n pas, sgt jauh berbeza, org kata kami taksub kat pemimpin, tapi kami ta pernah membalas atau menghina pd org yg menghina pemimpin kami, kalau betul kami taasub, rasanya ramai dah org kena dajal dgn kami, tapi rasanya ta ada satu isu pun ada org kena maki ke, bergaduh ke, sbb menghina pemimpin kami
PadamMana tak kena maki.
PadamSuka sgt mengkafirkan orang.
Elok pun kena hina.
Itu pendapat tuan,tp kami yg mengadap pelbagai label yg diberi presiden tuan tu mcmana plk?
PadamKalau RUU 355 tak boleh dibentang dalam sessi ini,takfiri yang sering dihalakan kepada pembangkang akan dihalakan pulak kepada UMNO.Akhirnya habis semua jatuh iman belaka....
BalasPadamPas tidak akan diharamkan seperti Arqam atas satu sebab yg mudah. Pas rapat dgn UMNO. Semua yg rqpat dgn UMNO tak haram.
BalasPadamDah terlalu ramai puak puak munafik bertapak dalam PAS ini lah jadi nya. Celaru habis dengan tuan Ptesidem sekali jadi celaru di sebabkan oleh desakan dan pandangan puak puak munafik ini yg menjadikan agenda agama untuk mengahalkan cara. Na'uzubillah minzalik. Semuga Allah dapat menyedarkan pemimpin tertinggi PAS mainan dan agenda puak puak munafik dalam PAS yg mahu menguburkan parti islam yg bertapak di malaysia lebih dar 60 tahun.
BalasPadamader ustaz lagu nilah.. sampai bila2 pun tak dpt nak diamalkan. hanya menjd perbahasan yg tdk berkesudahan. Baca kitab berpuluh2 ttpi tidak ader langsung keinginan untuk berusaha beramal walaupun sedikit atau sebahagian nyer.
BalasPadamKaedah Feqah, tdak dpt buat semua dgn sempurna, jgn tinggal semua. beramal dgn aper yg terdaya diusahan bukan nyer sedaya upaya beralasan.
Sedih dan fakir jikalau ramai berpikiran seperti ust ini.
WA
Bila ditegur untuk kebaikan, waspada dengan permainan org zalim, tapi PAS engkar.
PadamJika diambil pendekatan tuan, kenapa pula PAS boleh mengundi tidak menyokong pindaan Enakmen Syariah Kedah pada tahun 2013? Kenapa pula pada masa tersebut boleh menentang dan sekarang tidak??
Paham apa itu Rang Undang2 Persendirian. Baca Fasal 49 Aturan Mesyuarat Dewan Rakyat. Baru boleh kita tahu game orang zalim.
Tapi apabila ditegur, jangan terus berpatah arang dengan orang yg tegur dan berharap kasih dgn orang zalim. Orang tegur sebab sayang. Orang zalim ada perasaan sayang? Jauh panggang dari api tuan...
Tumpukan dulu hidup rakyat yg tertekan ni serta hidup golongan atasan, bangsawan dan raja yg super kaya dgn hasil memeras keringat rakyat.
PadamSettle yg ni, buat la hudud ka, mudud ka, dangdut ka, budud ka..
Kalo buat dan ada undang2, tapi sultan dan bangsawan yg pemalas ini masih ada serta berkecuali dari hukuman, carilah kaedah supaya rakyat selamat.
Pendapat boleh pelbagai. Banyak ruang berbincang dan berbahas juga boleh buat sessi penerangan khas RUU355 di youtube. Buat yg ni dulu, jika ada, bagi link. Biar rakyat fahami. Oleh kerana anak bini dan kita hidup senang lenang dan dijamin selamat dari hukuman, kita sebok nak laksanakan.
Ingatlah, rakyat skrg hidup tertekan dgn pelbagai sistem haramjadah diumpukkan kpd mereka. Ini pulak nak dihempukkan tambah lagi berbagai2 keatas kepala mereka.
Ruu yg hadi nak bentang ni org pas buat ke hukum Quran yg sebenar??
PadamKlu org pas yg buat, baik x payah sokong la. Byk sgt kluk klek.
Lain la klu hudud.
Geng, jika semua buat senyap bila nak bermula ?
PadamPAS sekarang jelas pendiriannya terhadap perundangan Islam. Tidak boleh Hudud dan Qisas, Takzir pon OK dah. Bagaimana pula PKR, PAN dan UMNO/BN ?
Sekiranya TGHA gagal, tak hairan pon kerana direkodkan dalam Al-Quran tidak semua para Rasul berjaya dalam dakwahnya kepada kaum diutuskan. Adakah Rasul2x ini dihukum Allah ?
Tahniah PAS. Pendirian anda sangat jelas dan teguh.
Aku tak tuduh...tapi aku risau jika tindakan hj hadi ni merupakan muslihat bersama geng umngok utk biarkan isu ruu ini terus tergantung untuk terus dijadikan modal pada pru akan datang...
BalasPadamSebenarnya aku terfikir gitu gak.. tapi masaalah.. pehak amanah dan pkr memberi maklum bls berkenaan akta 355 tu.puak2 walaun2 menghalakan ke arah amanah dan pkr.. agak2nya kalau amanah dan pkr tak memberi maklum balas umno dan pas pun mati akal.. bagi aku hanya satu sahaja jln nak kalahkan umno kalau pas tak nak lawan satu dgn satu.. pehak PH dan bersatu buktikan 90 juta benar2 terjadi..buktikan dgn aliran dedak tu sekali... sah2... peratus undi melayu pindah ke PH dan bersatu..
PadamRamai rakyat malaysia berfikiran seperti ustaz ini.ahli pas totok saya yang menkafirikan orang lain
BalasPadamAdooii..
BalasPadamSarjana Hadith pun kena label.
Dosa bukan hanya pada penyokong yang emosi dan bukan pada Hj Hadi, Tontonvi dan Abduh tapi pada semua kepimpinan PAS iaitu TITM. Iskandar, Hashim Jasin dan yang lain-lain kerana membiarkan budaya memunafikan orang yang lain dan menudih orang sebagai agen yahudi, agen syaitan ..
Minta orang lain jangan bawa perkara ajaib.. Tapi pemimpin PAS bawa cerita ghaib boleh pulak !
Jk pas hj hadi jd kerajaan dia akan lebih keras drpd umno, tambahan pula tumpuannya hanya kpd menghukum org. Nasib baik, insyaAllah, pas tidak akan dpt jd kerajaan dlm keadaannya skrg
BalasPadamKalau se belum ini tidak ada langsung hukuman mengikut apa yang di anjurkan oleh Islam boleh lah menuduh orang tak ikut Islam.
BalasPadamTapi undang-undang dan hukuman dah ada cuma sekadar nak tambah sahaja..
Dan selama ini hukuman dan undang-undang yang sedia ada tidak ada masalah dan tidak ada sesiapa pun yang menentang. Kalau ada yang minta hukuman dan undang-undang yang sedia ada di mansuhkan atau di kurangkan memang lah tak betul.
Jadi tang mana nya agen yahudi lah, agen setan lah..
Yang di pertikai ialah aturan dan tujuan nya tak cantik.
Dah tak dak modal....
BalasPadamMula kata ustaz ni wahabi....
Entah la
PadamAku tak tau la apa nak jadi dgn parti pas ni. Makin teruk nampaknya.
amno buat apa - itu yang penting disoal dalam hal ini
BalasPadambukan kah amno pati islam yang sedang berkuasa besar
jangan besekongkol ngan amano
kalau bn setuju halang dibentang itu bermakna amno
tunduk denagn sikapir
amno itu apko
Pas berdakwah melalui poitik??? Agak2 sepanjang dakwahnya dah berapa ribu org yg memeluk islam hasil kerja dakwah Pas. Kalai ribu sikit, mungkin berapa juta? Sekadar bertanya sebab ingin tahu, mungkin ustaz nasa serban bakul al germany tahu.
BalasPadamSekarang ni pemimpin pas dan walaun fikir hanya mereka dan ahli umno je yang akan masuk syurga, yang lain dari mereka semua kapir tempatnya neraka. Dulu dulu mereka mengkapirkan ahli umno sekarang I love you umno. Otak dah mereng, bahalol.
BalasPadamTu ha...
PadamHukum hudud yg dah lulus kat kelantan tu ha, bila nak laksanakan???? Dah lulus tapi buat2 bodo aje ni apa hal???
Ni yg sibuk nak buat hukum baru ruu ni apa hal?? Esok dah lulus buat bodo lagi..
Pas ni tak habis2 buat hukum. Laksananya tidakk...
Baik ko buat hukum curik balak ngan ponteng dewan laaa..
Ustaz larang kafirkan org pun dia kata ustaz setan. Kurang ajar punya walaunta
Tak usah risau dosa pahala kafir ke munafik ke bukan pas yang tentukan.
BalasPadamTapi walaunta tu suka sgt kafirkan org. Tu aku bengang tu..
PadamLepas ni aku harap Parti pis jangan la guna slogan lawan kezaliman dan kebatilan pada PRU akan datang.tak perlu bersama pakatan harapan jika mahu pemerintah sekarang yang zalim ini terus berkuasa.semata-mata nk ruu 355 diusulkan di parlimen,parti pis sanggup membelakangi dan mengkhianati parti2 komponen pembangkang dahulu. Kalau dh tahu nak usul ruu355 dari dulu sebelum pru lepas,knapa tak bergabung terus dgn parti umngok utk pru lepas??kenapa parti pis memakai kerusi pembangkang utk usulkan ruu355?menggunapakai kerusi pembangkang untuk duduk brsama pemerintah yang zalim dan khianat?tidak ada perasaan malu ke kepada rakyat yg memilih kamu dahulu utk melawan perintah sekarang wahai parti pis?sudah bertahun-tahun bajet dibentang di parlimen,berapa banyak ahli parlimen parti pis yg bahas tentang bajet setiap tahun?sepatutnya parti pis yg mewakili rakyat utk membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat ini,turut serta dengan parti pembangkang lain bahas/kritik bajet yg dibentangkan oleh kerajaan pada tiap2 tahun.ini tidak,waktu perbahasan bajet tiap2 tahun hilang,ponteng,tidur,senyap , mengharapkan parti komponen pembangkang lain yg bersuara/bahas.harap ahli2 parti pis tak tahu malu ini (menggunakan tiket pembangkang pada pru yg lepas) yg mengkritik ahli2 parlimen pembangkang keluar waktu bajet dibentangkan tahun ini dipersilakan bangun dan bahas pada waktu perbahasan bajet 2017 nanti..jahanam..
BalasPadampas ni bila dah habis modai label dan makian la jawabnya..dari top sampai bawah yg dok melewaq di kedai kopi..sejibik! macam umno dulu..tapi umno sekarang yg macam tu hanya jamal maniaki sg besaq saja..hat ahli lain dah bole dibawa bincang pasai korupsi di pihak kerajaan..terbalik pulak..la ni pas yg jadi panas satu badan kalu kena kritik..kritik PM pon depa bole terasa ooo...hebatnya kuasa Allah...apa apa yg tak pernah terfikir pon bole jadi...
BalasPadamLepas ni aku harap Parti pis jangan la guna slogan lawan kezaliman dan kebatilan pada PRU akan datang.tak perlu bersama pakatan harapan jika mahu pemerintah sekarang yang zalim ini terus berkuasa.semata-mata nk ruu 355 diusulkan di parlimen,parti pis sanggup membelakangi dan mengkhianati parti2 komponen pembangkang dahulu. Kalau dh tahu nak usul ruu355 dari dulu sebelum pru lepas,knapa tak bergabung terus dgn parti umngok utk pru lepas??kenapa parti pis memakai kerusi pembangkang utk usulkan ruu355?menggunapakai kerusi pembangkang untuk duduk brsama pemerintah yang zalim dan khianat?tidak ada perasaan malu ke kepada rakyat yg memilih kamu dahulu utk melawan perintah sekarang wahai parti pis?sudah bertahun-tahun bajet dibentang di parlimen,berapa banyak ahli parlimen parti pis yg bahas tentang bajet setiap tahun?sepatutnya parti pis yg mewakili rakyat utk membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat ini,turut serta dengan parti pembangkang lain bahas/kritik bajet yg dibentangkan oleh kerajaan pada tiap2 tahun.ini tidak,waktu perbahasan bajet tiap2 tahun hilang,ponteng,tidur,senyap , mengharapkan parti komponen pembangkang lain yg bersuara/bahas.harap ahli2 parti pis tak tahu malu ini (menggunakan tiket pembangkang pada pru yg lepas) yg mengkritik ahli2 parlimen pembangkang keluar waktu bajet dibentangkan tahun ini dipersilakan bangun dan bahas pada waktu perbahasan bajet 2017 nanti..jahanam..
BalasPadamInilah jadinya apabila seseorang itu terlalu taksub dan tak ada usul periksa...memalukan orang Islam...
BalasPadampas macam kompas hilang fokus.... tak tentu arah...
BalasPadamklau TGNA masih ada... tak seteruk ini halatuju pas
Masing-masing sayangkan Islam..
BalasPadamDr. Ustaz Rozaimi Ramle menekan kan kasih sayang yang ada pada kedua-dua pihak. Tapi PAS menunjukkan kebencian yang melampau. Sepatut nya jika kita sayang Islam, kita sayang lah semua. Ini sampai Ustaz Rozaimi pun di maki hamun.
Dan pada UMNO pun bukan nya ada kasih sayang kerana hubungan antara PAS UMNO ujud atas sebab keperluan politik beberapa pemimpin PAS. Dan jika ada kasih sayang pada UMNO, PAS tak sepatutnya lawan UMNO.
Cakap macam ini ( Dr. Ustaz Rozaimi Ramle ) sama lah bencinya mereka pada Khalid Samad, Husam, Mat Sabu dan yang lain-lain.
Penyokong PAS kena lah sedar apa yang mereka sokong dan perjuangkan ialah parti dan pemimpin, tak ada kena mengena dengan Islam.
Allah Maha Pengasih Maha Penyayang.
Macamana PAS tidak ada kasih sayang ?
PAS dan upgrade satu takok lagi.
BalasPadamOleh sebab, manusia di masukkan ke syurga firdaus atas rahmat Allah swt dan bukan sebab pahala dan kebaikan, itu yang penyokong PAS jadi gila dan tak berakhlak.
Buat hudud akan dapat rahmat dari Allah swt .. jadi tak payah pahala. Sebab itu lah pemimpin tak kisah penyokong maki-hamun orang.
BalasPadamJalan yg LURUS...Kudus dan SUCI
Menyuloh Terang...Resmi yg INDAH
Resmi Kaseh...Yg Kaseh Mem-BERI
Ber INTEGRITY Total...Resmi AMANAH
Jalan yg LURUS...Menyuloh CERAH
Resmi penCURI...Bersama penCURI
Resmi pem FITNAH...Bersama pem FITNAH
Ber SATU Ber Sekongkol...Gelap Di HATI
Merompak menCURI...Muflis dan MUSNAH
Yg "hitam" & PUTIH...Dah pun Jelas & PASTI
Yg FITNAH menCURI itu...Bodoh Sombong MEGAH
Hudud di Canang...Sbg HELAH
Ruu Di Dendang... Menutup RASUAH
Agamawan2 LACUR...Mentekedarah UPAH
Sggup menCURI...Uturn Ponteng FITNAH
Si Tolol-JAHIL..Nak Menegak Benang BASAH
Resmi Kaseh...Yg Kaseh Mem-BERI
Mem-BERI "Idea"...Dana & BAKTI
Mem-BERI "MASA"...Tenaga yg SUCI
Mem-BERI "Upaya"...Sgl yg Di MILIKI
Kaseh Mem-BERI...Itulah FITRAH Syurgawi
FITRAH Syurgawi FITRAH Suci...Yg Tiada PentingDIRI
FITRAH yg Tiada PentingDIRI...Krn PentingDIRI itulah "punca" FITNAH menCURI
Yg Tiada PentingDIRI Itulah...Se Indah2 Lambang Kaseh Mem-BERI yg ABADI
Hebat sangat ke i!mu orang yang memaki dan membenci Dr Rozaimi? Dr Rozaimi tu orang akademik. Yang tersasar dan tidak tepat dia tegurla. Itulah bahayanya memberi kuasa kepada pas. Betullah kata Zaid Ibrahim, dua-dua ameno dan pas tidak layak memperjuangkan hudud. Dua-dua kuat kencing. Kalau mereka berkuasa dengan hudud yang kena orang lain. Orang mereka didakwa pun tidak. Sebelum menjadi parah dua-dua kena tolak. Hukum Allah swt memang adil dan wajid dipatuhi. Namun masaalahnya orang tak sebulu dengan mereka akan dianiaya atas nama ugama!!Belum berkuasa pun sudah pandai lawan mahkamah. Bila berkuasa lagi senanglah.
BalasPadamLadang menternak menteri di malaysia adalah yg terbesar di dunia..
BalasPadamApa hukum mengkafirkan org yer?
BalasPadamBoleh hadi tolong jawap?
Jangan kacau orang tua tu..
PadamDia tengah merajuk ..
Jadi ketua pun boleh merajuk.. belum kena teruk macam Anwar.
Kenapa akhbar HARAKAH di kasi free pung orang tak Mahu ?????
BalasPadamAlergik....katanya dan apakah ini satu FITNAH...
PIMPINAN PAS TOLONG JAWAB ...JANGAN TERCENGANG CENGANG....!!!!!
Pas akan lakukan apa saja untuk memasukkan orang2 Islam di Malaysia ini ke dalam neraka kecuali ahli2 nya.
BalasPadamSepatutnya tugas ulama adalah memberi fahaman kpd umat ajaran yg sebenar.
Saya setuju sekiranya menentang hukum hudud adalah satu dosa, tetapi bukanya RUU 355. RUU tidak menepati hukum hudud.
RUU 355 adalah usahaPAS untuk memancing undi dlm piliharaya sahaja. Pancingan ini adalah untuk meletakan pengundi Melayu Islam dalam keadaan ditelan mari Emak diluak mati bapak
PINDAAN RUU 355 NI BERTUJUAN UTK KURANGKAN JENAYAH SYARIE DGN PERUNTUKAN HUKUMAN LEBIH BERAT PD ORANG ISLAM KHUSUSNYA. YG SI DR ROZAIMI NI DOK RISAU SBB YG BUKAN ISLAM TERLEPAS TU APA HAL??? NAMA DH MAHKAMAH SYARIAH. PATUT DR ROZAIMI KOMPLEN LA SURUH PINDA UNDANG2 MAHKAMAH SIVIL
BalasPadamTahukah anda kenapa isu ini berlaku dan timbul ? Salah satunya adalah penulis di ruang komen tanpa nama dan tanpa identiti dengan mengunakan akaun palsu.
BalasPadamPresiden PKR, Datin Wan Azizah sebelum ni pon keterlaluan berkaitan usul Enakmen Hudud di DUN Kelantan.
Apa yang pasti, budaya takfiri sangat berbahaya kepada perpaduan umat Islam. Wajar mereka yang mengembalikan budaya ni ditangkap PDRM dan beri kenyataan penuh mengapa.