16 Okt 2016

Bodoh Jika Anggap BERSIH Itu "Arab Spring" - Mat Sabu

Mat Sabu: Bodoh anggap BERSIH itu ‘Arab Spring’

Demonstrasi aman telah diamalkan di Tanah Melayu sejak dari sebelum merdeka, semasa Melaya sehinggalah selepas pembentukan Malaysia.

Berbagai pihak, parti-parti politik, NGO, sering mengadakan himpunan aman, tunjuk perasaan untuk menyatakan hasrat dan inspirasi mereka.

Tunjuk perasaan para pelajar, paling hebat di zaman almarhum Tunku Abdul Rahman dalam tahun 1970an.


Tunjuk perasaan Baling di atas kemiskinan dan kejatuhan harga getah pada waktu itu. Parti-parti politik sentiasa membuat himpunan kecil atau besar untuk menyampaikan hasrat mereka kepada mana-mana pihak secara aman.

Secara umumnya, demonstrasi di Malaysia berlangsung dalam keadaan aman dan tenteram walaupun kadang kala ada sedikit kekecohan yang berakhir dengan pendakwaan di mahkamah.

Menjelang pilihan raya 2008, parti-parti politik dan NGO menjalankan usaha untuk menuntut pilihan raya yang adil dan bersih, kebebasan media serta ketelusan kakitangan kerajaan sehingga himpunan BERSIH di anjurkan pada 10 November 2007.

Himpunan yang begitu besar melibatkan pimpinan politik utama, PKR, DAP dan PAS bersama NGO menghantar memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Tuntutan BERSIH yang di kemukakan berjalan dengan aman walaupun beberapa orang yang kemudiannya didakwa di mahkamah termasuklah saya sendiri.

Himpunan ini diikuti dengan himpunan BERSIH 2, kemudian Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), dan seterusnya BERSIH 4.

Himpunan rakyat untuk menuntut keadilan terutama kebersihan dalam pilihan raya bermula lebih awal. Tidak ada kena mengena dengan Arab Spring yang berlaku dalam tahun 2011.

Terlalu bodoh orang yang mengatakan himpunan BERSIH meniru atau lanjutan daripada Arab Spring. Kita tetap komited dengan demokrasi dan pilihan raya untuk mengambil alih kuasa bukan dengan cara yang lain.

Mereka yang mengatakan himpunan BERSIH ala Arab Spring adalah suatu kebodohan dan berpura-pura serta suatu alasan yang diada-adakan oleh mereka yang tidak mahu menyertai himpunan BERSIH 5 ini. -mk



VIDEO BERKAITAN




FEATURED ADS


15 ulasan:

  1. Kenapalah setiausaha politik tuang presiden tak menasihatkan tuang presiden nak keluarkan ucapan kena hati2.. tiap2 minggu keluarkan kenyataan.. asyik di di pertikaikan je...agaknya dah dekat penghujung kot...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terbaru 10-1=19........kenyataan nak lupakan saman SR kot!

      Padam
    2. Atau

      10 - 1 (satu) = 90 juta

      Tolak satu - satu

      Tolak Anwar, satu.
      Tolak, Wan Azizah, satu.
      Tolak DAP, satu.
      Tolak Mat Sabu, satu.
      . Seterunya
      . Seterusnya
      . Seterusnya

      Tolak satu lawan satu.
      Tolak Husam.
      Tolak BERSIH.

      Begitu lah yang di maksudkan 10 - 1 dapat jawapan 90 juta !

      Padam
    3. Tak payah layan hadi bodoh otak auta udang tu.
      Ada juga sebahgian lebai kampung ikut dia.
      Mengaku ulamak konon
      Tahiiiii.

      Padam
  2. Salam;


    Insyallah,keluarga saya dan jiran2 kami di kg baru kl akan turun seperti biasa.kalau Amanah ada 100k ahli,50 peratus turun dikira cukup bagus,dengar ceritanya ,parti bersatu mempunyai jumlah ahli setakat ini lebih kurang 500k,jika yg keluar 30 peratus dikira cukup baik.PKR/DAP 50 peratus di kira cukup bagus.Tak dicampur lagi oleh NGO/NGI yg lain.


    YES,kali ini kita turun dgn disiplin cukup berhemat,berhati2 dgn provokasi,di harap ARIEF,angkatan muada pkr,dan Dapssy dapat bekerjasama menyediakan pegawai2 keselamatan.Jika Bersatu sudah mengujudkan group2 keselamatan mereka,diharap kesemua2 mereka itu dapat kata sepakat untuk menyediakan pertugas2 yg lebih ramai.Tunjukkan pada pas,yg kita tidak memerlukan unit Amal lagi.

    Saya kira, inilah titik pertemuan PH /Bersatu,practikal training bekerjasama untuk PR14 Nanti.Ambil perhatian pada semua seketariat parti masing2.


    Bersatu teguh,bercerai kita robuh.

    Sekian.

    BalasPadam
  3. Tak lama lagi ada PAS Spring.
    Mungkin selepas PRU

    BalasPadam

  4. Masa saya belajar di UK dolu-dolu, ayam halal murah dipanggil spring chicken atau ayam spring, ayam telor yg dah tua. Nak masak kena dalam pressure cooker. Masih enak, sedap dimakan.

    Pas nak jadi Pas spring, yakni Pas ayam tua. Makan dedak 90 juta pun tersedak.

    Walaun juga yg kena infaq untuk lobai-lobai yg menyalak babi dalam bukit, yg tontonwi pay per view dan ber UG didalam gelap.

    Nasib kau lah walaun. Ada otak pakai, ada orang pandai, ....

    BalasPadam
  5. 'Bodoh jika anggap BERSIH itu Arab Spring' - kaukau President pas dibodohkan oleh Abang Mat. Memang bodoh pun dia, walaun lagi lah bodoh habis.

    BalasPadam
  6. Kami di akan datang...turun bersama

    BalasPadam
  7. Tersentak Hadi bila kenyataan dia kali ini di katakan kenyataan orang bodoh.

    Mana tak bodoh se belum ini PAS pun terlibat dengan BERSIH tiba-tiba bila PAS tak bersama, boleh pulak sama kan dengan arab spring.

    Yang ikut cara arab ini pun PAS, kalau masa PAS bersama BERSIH, munasabah lah jugak kata macam arab spring... Tapi masa PAS tak ada pulak dikaitkan dengan arab.

    Jangan jadi bodoh yang tak boleh di ajar..

    BalasPadam
  8. Maka tidak layak lah Hadi bentang hudud sebab salah satu syarat menegakkan hudud ialah tidak gila dan tidak bodoh.

    Wassalam.

    BalasPadam
  9. Lebai Serban Spring.

    Serban nya melatun tapi tetap kekal atas kepala.

    Yang melatun-latun ialah otak dan pikiran warasnya ..

    Ini lah jadi nya berkerja untuk UMNO !

    BalasPadam
  10. Percuma-percuma je orang itu dapat bodoh.

    BalasPadam


  11. Jalan yg LURUS...Jalan yg Mem-BERI
    Yg Kaseh Mem-BERI...LURUS-Kudus-SUCI
    Yg Kaseh Mem-BERI...TAK Sklumit Penting'DIRI
    Kerana Di DADA Nya...Ber Takhta Ke Agungan ILAHI
    Krn NuurrRANI Nya...Di Penuhi Cahaya AMANAH-Integrity


    Di DADA Nya Bertakhta...Ke Agungan ILAHI
    Ke Agungan ILAHI Lah...Sumber ILHAM Nya
    Ke Agungan ILAHI Lah...Sumber Sgl DEFINASI
    Ke Agungan ILAHI Lah...Membuka Sgl "MAKNA"

    Ke Agungan ILAHI Lah...Yg Membuka Sgl RAHSIA
    Rahsia Pem FITNAH...Pen CURI Pen DUSTA
    Rahsia Ke Jahilan...Ke BODOHAN yg Nyata
    Rahsia Pen DUSTA...Yg Men JERAT Diri Nya
    Ter JEROBOS Ke Lubang Gelap...Ter SULA Ter Siksa


    Ter JEROBOS Ke Lubang...Ter SULA Ter Siksa
    Lalu Menjerit Meng Hamput...Menghamun Me MAKI
    AMARAH Dendam Kesumat...Gelap Pekat Mem BAKAR Dada
    Ter Hamburlah KATA Nista...Dusta FITNAH yg Keji
    Itulah Akibat-Ke BODOHAN...Sang FITNAH MenCURI
    Muflis Hancus BOBROK Jahannam...Bankrup MARUAH-diri



    Yg Kaseh Mem-BERI itu...Kaseh Ber BAKTI
    Ber Sinar Ber CAHAYAkan...Nuurr ILAHI
    Miracle INSPIRAION...Mekar Di HATI
    Di Liputi CAHAYA..FITRAH Syurgawi


    Yg "Miracle" Bak Terbang...Ke Langit Yg TINGGI













    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.