21 Okt 2016

AMANAH: "Idris Tiada Authoriti Wakili Majlis Raja-raja"

Idris Haron bukan 'Sultan Melaka'

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron harus sedar dirinya bukanlah individu yang layak atau mempunyai autoriti untuk bercakap bagi pihak Majlis Raja-Raja.

Pengerusi AMANAH Melaka, Adly Zahari berkata demikian ketika mengulas dakwaan Idris kononnya Majlis Raja-Raja telah menolak Deklarasi Rakyat yang telah diusahakan parti pembangkang, wakil masyarakat dan beberapa NGO.


Beliau berkata, Idris seolah-olah telah melangkaui kuasa atau hak yang dimiliki oleh Majlis Raja-Raja ketika institusi itu masih belum lagi memberi sebarang kenyataan berhubung Deklarsi Rakyat yang mula digerakkan pada Mac lalu.

"Sejak bila Idris Haron jadi jurucakap Majlis Raja-Raja? Beliau perlu lebih sedar dan tahu kedudukan tertingginya sebagai Ketua Menteri Melaka dan bukannya 'Sultan Melaka'.

"Lebih baik beliau menumpukan masalah yang dihadapi oleh rakyat di negeri Melaka," tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut tentang Deklarasi Rakyat, Adly menyifatkan gerakan tersebut telah berjaya mengumpulkan sebanyak 1.2 juta tandatangan warganegara Malaysia sebagai tanda sokongan.

"Deklarasi Rakyat merupakan sebuah inisiatif dalam mendukung aspirasi rakyat yang kian hari semakin jelek terhadap pendedahan korupsi yang jelas dan nyata dilakukan kerajaan memerintah hari ini.

"Deklarasi Rakyat tidak terikat dengan sebarang penerimaan mahu pun penolakan,"
tegasnya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan deklarasi berkenaan sepatutnya menjadi penggerak agar semua pihak bertindak bagi melawan rasuah di Malaysia.

Idris yang turut berada dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja di Istana Negara minggu lalu bagi mengiringi Yang di-Pertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob mendakwa mesyuarat tersebut menolak Deklarasi Rakyat yang dikemukakan Tun Mahathir itu.

Pengerusi Parti Bersatu tersebut mengadap bekas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, 15 September lalu untuk menyerahkan memorandum 'Selamatkan Malaysia' termasuk menyingkirkan Najib Razak sebagai Perdana Menteri. -MD

ULASAN GB

Idris Haron sebagai Ketua Menteri Melaka hanyalah Pengiring Yang di-Pertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob ke Mesyuarat Majlis Raja-raja di Istana Negara.

Tiba-tiba beliau bertindak melantik dirinya menjadi "jurucakap" Majlis Raja-raja apabila mendakwa mesyuarat tersebut menolak Deklarasi Rakyat.

Memang benar kata Sdra Adly Zahari, pengerusi AMANAH Melaka bahawa "Deklarasi Rakyat merupakan sebuah inisiatif dalam mendukung aspirasi rakyat yang kian hari semakin jelek terhadap pendedahan korupsi yang jelas dan nyata dilakukan kerajaan memerintah hari ini.

"Deklarasi Rakyat tidak terikat dengan sebarang penerimaan mahu pun penolakan,"


Sekalipun benar Majlis Raja-raja menolak Deklarasi Rakyat, namun bukan Idris Haron yang sepatutnya mengumum atau mengulas. Beliau tidak mempunyai kelayakan atau autoriti untuk berbuat demikian.

Tun Dr. Mahathir sendiri sudah maklum hal berkenaan dimana menurut Mahathir, Tuanku Abdul Halim bertitah sebagai bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh beliau itu adalah tidak melanggari Perlembangan Persekutuan.

Namun, di penghujungnya, Mahathir menyatakan beliau tidak dapat meyakinkan Yang Dipertuan Agong.

"Apa yang kita tuntut tidak dapat dilaksanakan ... mungkin baginda fikir dirinya tidak mempunyai kuasa," katanya.

Demikianlah, apa yang penting Deklarasi Rakyat itu akan tetap menjadi suara rakyat. Ia adalah inisiatif awal mengumpulkan suara rakyat yang menentang korupsi dan rasuah yang diamalkan oleh kerajaan UMNO BN di bawah Perdana Menteri Naib Tun Razak.

Kita yakin dan percaya hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan. Satu hari, lambat laun, suara rakyat akan tetap menang akhirnya.



FEATURED ADS


6 ulasan:

  1. Lebih kuah dari sudu...idris ni perasan kot dia raja...hang cermin mukaaa dulu bro.

    BalasPadam
  2. Deris melaka ni kah kah kah
    Dia jenis kah kah kah
    Tgok gaya kah kah kah
    Berckp dan air muka kag kah kah..
    Adehhhhh!!!
    X larat la nak tulis...sakit tali perut aku gelak..
    Lantak kao la deris kah kah kah kah

    Dia ni mcm zaman budak dulu2 yg jenis jadi balaci kena suruh buat itu ini kali nak joint dgn group..
    Kah kah kah kah.
    Sanggup jer asal diterima boley main sama kah kah kah kah
    X caya tgok muka dia lama2
    Kah kah kah

    BalasPadam
  3. Agaknya BN Melaka dah ketandusan calon untuk menjadi KM

    BalasPadam
  4. Kalau Raja-Raja tolak deklarasi rakyat bermakna deklarasi rakyat sampai ke peringkat Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Adalah juga usaha YDP Agung membawa deklarasi tersebut ke mesyuarat Raja-Raja.

    Selalu nya bila ahli politik tergeliat lidah dan tersasul, ahli politik tersebut mengaku kenyataan beliau ada lah pandangan peribadi beliau atau ada ketua parti yang menyanggah kenyataan beliau dengan mengata kan itu bukan pendirian parti tetapi kenyataan peribadi ahli politik tersebut.

    Sepatutnya Raja-Raja pun buat begitu.

    Idris kena tahu ini Mesyuarat Raja-Raja dan kedudukan Yang DiPertua Negeri tidak sama dengan kedudukan Raja-Raja. Bukan Yang DiPertua Negeri yang boleh mengistiharkan samada anak bulan nampak atau tidak ? Raja di angkat, Ketua Menteri di pilih.

    Tanya Idris jika dia Ketua Menteri, mana dia menteri-menteri di bawah Idris. Lain lah Sabah dan Sarawak.

    BalasPadam
  5. Jika betul Deklarasi Rakyat telah di tolak, bermakna Raja-Raja telah menolak rakyat yang dipayungi nya.

    Sebab itu "Deklarasi Rakyat tidak terikat dengan sebarang penerimaan mahu pun penolakan,"

    BalasPadam
  6. Kih..kih..kih..don't mess with malacca vs don't mess with texas..idea ciplak..tu jer standard KM Melaka..lagi terok dari mamu ali rustam..hehehe..

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.