18 Ogo 2016

Polis Perlu Tangkap Nawawi Kerana Tuduh Agong Sebagai MO1

Polis digesa tangkap Nawawi selepas mendakwa ‘MO1’ merujuk Agong

Seorang peguam kanan hari ini menggesa polis menangkap Datuk Nawawi Ahmad selepas ahli Parlimen Langkawi itu mengaitkan Yang di-Pertuan Agong dengan “Malaysian Official 1” (MO1), ungkapan yang digunakan dokumen Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) yang mendakwa salah laku dan kecurian dana dari 1MDB.

Rosli Dahlan melahirkan rasa terkejut dengan Nawawi yang dianggapnya sebagai biadap terhadap Agong, dan berharap semua pihak mengutuk kenyataan itu.


“Tidak ada yang lebih gila dan keji daripada apa yang dikatakan dalam Facebook beliau (Nawawi),” kata peguam terkemuka itu.

Katanya, sekiranya peguam negara tidak bertindak, beliau sendiri akan membuat permohonan untuk mendakwa Nawawi demi mempertahankan institusi raja dan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam beberapa komen bersama pengguna Facebook, Nawawi berkata ungkapan “MO1” itu merujuk kepada Agong, dengan memberi alasan pegawai nombor satu negara menurut Perlembagaan Persekutuan adalah Agong.

“MO1 ialah Malaysian Official No 1. Mengikut perlembagaan negara, kerajaan negara ini dibentuk dari 3 entiti utama yang berasingan dan independent iaitu 1) badan kehakiman diketuai chief justice atau ketua hakim negara 2) badan perundangan parlimen diketuai Yang Dipertua Dewan, Tan Sri Pandikar dan 3) badan eksekutif diketuai oleh YAB Perdana Menteri.

“Semua ketiga-tiga badan ini bertanggungjawab pada DYMM Agong. Maka mengikut perlembagaan, MO1 ialah Agong,” tulis Nawawi dalam Facebooknya baru-baru ini.

Beliau merujuk dokumen 136 muka surat DOJ bulan lalu membutirkan salah laku dan kecurian wang 1MDB, yang turut menyebut “MO1” sebanyak 36 kali.

Walaupun spekulasi mengaitkannya kepada perdana menteri, pemimpin Barisan Nasional (BN) berkata Datuk Seri Najib Razak tidak terlibat dalam siasatan DOJ itu.

Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan, bagaimanapun berkata hanya “orang bodoh” yang tidak tahu identiti MO1.

Dokumen DOJ itu antara lain menamakan anak tiri Najib, Riza Aziz dan jutawan Low Taek Jho. Rosli berkata dalam “mempertahankan sesuatu yang tidak boleh dipertahankan”, Nawawi merasakan wajar memburuk-burukkan institusi raja.

“Inilah yang berlaku sekiranya keadilan dibelakangi dan keluhuran undang-undang dipijak. Kita tidak boleh biarkan kelakuan sebegini menjangkiti masyarakat semata-mata mahu membela pegawai yang rasuah,” kata Rosli. -FMT

ULASAN GB

Kalau ya pun nak mengampu Najib janglah heret nama Yang Dipertuan Agong sebagai MO1.

Dah jelas dah MO1 itu merujuk kepada "seseorang yang merupakan ada tali persaudaraan dengan Riza Shahriz dan tak ada kena mengena dengan Yang Dipertuan Agong.


Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama sendiri mengungkapkan Najib sebagai Malaysian Offial 1.


Pihak polis sepatutnya tidak berdiam diri dan bersikap profesyenal tanpa pilih kasih. Tangkaplah segera ahli parlimen yang cuba mengkaitkan nama Yang Dipertuan Agong dalam kes 1MDB ini.


VIDEO BERKAITAN






FEATURED ADS


34 ulasan:

  1. ramai2 buat report polis. adukan pada agong juga sbb yb ni cuba kaitkan agong dgn jenayah 1MDB.

    BalasPadam
  2. hahahaha......semut dah salah makan gula.....

    BalasPadam
  3. Semut dah kena kencing manis

    BalasPadam
  4. Memang biadap dan celaka.

    BalasPadam
  5. Kasihan melihat rakyat Malaysia ...
    Kasihan melihat rakyat Malaysia ...
    Kasihan melihat rakyat Malaysia ...

    Kasihan melihat rakyat Malaysia kerana asyik diperBODOHkan oleh pemimpin pilihan depa yang MODOH, MANGANG, MINGONG dan kuat MOHONG pulak tu.

    Letih, Letih, Letih, ...
    Lagu mana Malaysia nak capai Negara Maju pada tahun 2020 ???

    BalasPadam
  6. Ha ha ha. Selfie dah makan diri! Yg dok Langkawi bergelar Dato serta Ir sudah2lah memperbodohkan diri krn dedak

    BalasPadam
  7. Ampu! Jangan tak ampu..... kerana dedak akan menghujani kehidupan kamu!!!

    BalasPadam
  8. Korang ingat siKhalid Tu brani ke nk tangkap Lanun dibawah naungan Umngok tu.Khaid Abu Bakar kan Penyembah Tegar Umngok yg bagi Rezeki kat Dia.

    BalasPadam
  9. Akai takdak.

    Ada ka Agung dia samakan dengan jawatan seorang Pegawai.

    Kalau Agung nombor satu pun takdak orang panggil dia pegawai.

    BalasPadam

  10. Yg eloknya jd paspispus.

    Ekk pun tidak. Okk pun tidak.

    Burrp...kenyanggg... makan dedakah 90 juta.

    Kita tunggu saman bulan depan.

    Sorang lagi kata nak putus dgn pkr lepas raya.

    Senyap je..

    BalasPadam
  11. Org UMNO dah meroyan kerana IMDB dn MO1. Hahaha. They know they will lose the battle.

    BalasPadam
  12. Yang paling hina sekali ialah YDP Agung di kaitkan dengan kaki mabuk, kaki judi dan kaki parti.

    Ini padahnya tak mahu tubuh suruhanjaya diraja.

    BalasPadam
  13. Dakwa memakan masa yang lama.

    Seelok-eloknya YDP Agung menitahkan kerakyatan Nawawi di lucut dan diberi taraf pendatang warga asing.

    Dia hendaklah di larang meninggalkan Langkawi selama 30 tahun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bodo ape hang larang dia kluar langkawi? hambat dia kluar dr tnh langkawi n bumi kedah la wei..

      Padam
  14. Yang paling barua..tolol..bangang pengundi dia ni la. MP bangang dipilih oleh Pengundi yang tiga kali lebih bangang. Patutnya dibatalkan warganegara atau didakwa cuba menggulingkan Yang DiPertuan Agong. Cubaan menghasut rakyat mempercayai Agong seorang yang pecah amanah. Harap DYMM Yang DiPertuan Agong lebih sensitif dlm perkara ni. Jgn dimaafkan!!!

    BalasPadam
  15. Bodohlah orangnya kalau tak dapat bezakan antara Raja-Raja (ROYALTY) yang berdaulat dan berduli dengan Pegawai (OffICIAL) yang bisa dilantik dan dipecat.

    Dah lupa kot, saat mengangkat sumpah tu, RAJA yang duduk kat depan dia, bukan PEGAWAI. Pangkat Datuk yang dia julang, letak dalam Twitter, letak dalam Facebook tu, RAJA juga yang kurniakan.

    Naya kalau Tuanku murka nanti jadilah Encik semula macam si Razif kat Ganu tu.

    BalasPadam
  16. kalau tiada tindakan, ini menunjukkan pemimpin umno lebih tinggi darjat dari agung.

    kita lihat adakah tentera akan bertindak setelah Chief of Staff kena hina sebegini. ataupun sultan memang dah tak ada kuasa apa pun?

    walhal dlm saman tsb tertera dgn jelas bhw MO1 adakan ikatan kekeluargaan dgn riza anak lelaki Aziz.

    agung tu sedara rosmah atau Aziz?

    BalasPadam
  17. M.maaf lah semua yer,kerjaan najib saje nau test power,xkan seorg ahli parlimen x tau apa yg dia katakan tu,kerajaan najib nak tengok sejauh mana peranan istana/raja2 dlm isu 1mdb..masih ada taring lg kah?? atau masih berdaulat lg kah??

    BalasPadam
  18. Kalau Tak sebut kes DOJ pun, Agong adalah Pemerintah yang tertinggi, bukan "officer" jer.

    BalasPadam
  19. Yb paling bangang.
    Next election mangkok bangang ni jgn dicalon dan diundi.
    Bodoh kemudian membodohkan org

    BalasPadam
  20. Bila 1st lady puak2 umngok ni beria-ria angkat rosmah. Tp bab mo1 ni kaitkan dgn YDP Agong pulak.

    BalasPadam
  21. rosmah patut saman nawaweee ni....bodoh serupa lembu kak jat....malu laaa penduduk langkawi undi MP banggang tahap 3.85....

    BalasPadam
  22. Nama saja polis diraja malaysia..
    Kalau org najib kutuk raja pun,kutuk laaa...

    BalasPadam
  23. Weeeiii yb bengong
    Jgn kaitkan Agong dlm jenayah 1MDB
    Lembu pun tak bengong mcm hang

    BalasPadam
  24. Telah ada beberapa kes yang di ambil tindakan oleh polis diantara nya remaja yang di penjara kerana menghina TMJ dan seorang warga emas yang didakwa menghina raja dalam whatsup.. Apa lah sangat kesalahan mereka dibandingkan dengan nawawi yang merupakan seorang ahli parlimen yang mengaitkan dengan dakwaan pengubahan wang..

    BalasPadam
  25. Terbukti ini sume tak kire sape2 yg bercakap mahupun yg tidak mengambil tindakkan mereka itu semuanya LEMBU LEMBU NAJIB

    BalasPadam
  26. Nawawi ni memang MP yg paling bangang, bengap dan bodoh dlm dunia. Adakah ini standard pemikiran MP Malaysia? Malulah parlimen Malaysia! dimata dunia. Mcm mana nak jadi negara maju ni kalau MP ada otak yg tak boleh pakai? Dunia mentertawakan negara maju yg bernama Malaysia.

    BalasPadam


  27. AR-RAHMAN AR-RAHIM...Pem-BERI Penyayang
    Siratol MUSTAQIM...Lurus Ber CAHAYA
    AR-RAHMAN AR-RAHIM...AMANAH Di Julang
    Siratol MUSTAQIM...LURUS-Tembus-Terang-&-NYATA
    Audit-Hisab-"NYA"...Finite-INFINITE Tak Cuai-LEKA

    AR-RAHMAN AR-RAHIM...Penyayang Pem-BERI
    Siratol MUSTAQIM...LURUS Menerangi
    Menerangi Ke GELAPAN...Hati Sanubari
    Menerangi MINDA...Yg Samar KELIRU Tak Pasti
    Menerangi erti-HAKIKI..Syirik MURTAD yg Keji
    Menerangi Ke HIDUPAN...Dek Tipu-FITNAH-menCURI

    Menerangi Hakikat-ERTI...Oh!Indahnya Kaseh Mem-BERI
    Menerangi Makna-HAKIKI...No!Jijiknya Fitnah-MenCURI
    Menerangi Keakar-UMBI...PUNCA Penyelesaian Abadi
    Disitu lah FITRAH Asal mu...FITRAH Syurgawi
    FITRAH Menerangi..Big-PICTURE Universal yg AZALI


    FITRAH Menerangi...Dari Akar-UMBI Keranting2 Pucuk yg Tertinggi

    FITRAH Menerangi...JASAD Akal Budi JIWA Nurrani dari "NAFAS" yg SUCI

    FITRAH Menerangi...Hakikat-TerSurat TerSIRAT-Hakiki
    Yg Tak dpt Difahami selagi 'kau' ada pentingDIRI


    pentingDIRI...Yg Mnjdkan 'kau' Syirik-MURTAD Tanpa 'kau' Sendiri Menyedari

    pentingDIRI..Krn 'kau' Lucutkan Ikatan FITRAH Syurgawi Kaseh Mem-BERI-"NYA" yg Univrsal Abadi

    pentingDIRI...'kau' Tergamak dgn bodoh-TOLOL 'mu' melawan "KUASA"-TUHAN 'mu' yg menjulang seMutlak7AMANAH Integrity dan TRANSPARENCY!


    pentingDIRI...'kau' Dijdkan "NYA" peka-BISU-buta Ddlm Gelap PEKAT yg Tiada Jalan Kembali






    BalasPadam
  28. bangang betul mp ni...... jom semua rakyat melaysia buat laporan polis. jangan biarkan mp kepala masuk air najis ni biadap terhadap raja kita......

    semua rakyat wajib membuat laporan polis.

    ni taraf mp kelulusan tadika....

    BalasPadam
  29. Lebih baik dia kata MO1 itu bukan Malaysia Official 1. Tetapi Melaka Official 1. Atau Macai Official 1.

    Nawawi kata yang dia kata ialah Malaysia Official Number One bukan Malaysia Official 1.

    Beza. Satu 'number' dan satu lagi 'one' bukan '1' ...

    Ikut mana 1 atau one ialah angka atau nombor melainkan jika ejaan nya Wan iaitu nama.



    BalasPadam
  30. Mp mcmtu naik lemak sbb MP umno semua kebal..Agong pun senyap xberkata apa2 maka lebih berani lah si mp2 umno...kalau pembangkang ker dah tentu heboh kuar tv 24jam,siap buat himpunan lagi baju merah la,tarian punggung la,terus dilabel penderhaka raja.silap2 terus masuk lokap ditahan bwh akta poca,osa,mcm2 akta la keluar.Disini kita blh melihat di Malaysia ni umno paling berkuasa,agong pun x berkuasa spt umno...

    BalasPadam
  31. Siakap senohong kerapu,
    gelama, gerut-gerut ikan duri,
    becakap bohong dan merapu,
    lama-lama membohong rakyat jadi menteri.

    BalasPadam
  32. Inilah jenis manusia dari baka anak haram yg pertahankan kebatilan dan sanggup mengambing hitamkan agong.

    BalasPadam
  33. Pemuda Pinang Sebatang21 Ogos 2016 pada 2:06 PTG

    PDRM p mana?!

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.