1 Sep 2016

[VIDEO] Husam: Kenapa Aku Sertai AMANAH?

Cyberjaya: Spekulasi dan teka-teki berhubung kedudukan Datuk Husam Musa di dalam arena politik terjawab apabila bekas Naib Presiden parti itu mengumumkan penyertaannya dalam Parti Amanah Negara (Amanah) di majlis Makan Malam Ambang Merdeka di Cyberjaya di sini malam tadi.

Menurutnya, beliau menyertai Amanah kerana percaya parti itu merupakan platform baginya meneruskan perjuangan asal PAS yang telah dikhianati.

"Kita tak nak Kelantan jatuh ke tangan UMNO yang lebih rakus dari PAS. Ia (UMNO) telah terkunci dengan GSTnya, 1MDBnya, segala korupsinya dan PAS pulak berada dalam keadaan goyang kaki. Tiga tahun kita memberi ruang kepada pemimpin-pemimpin kerajaan negeri Kelantan," katanya.


Kata beliau, beliau nak tumpang bahtera Amanah dan mengucapkan selamat tinggal kepada bahtera PAS yang berpusing-pusing tak tahu mana arah tujuan.

"Selamat tinggal bahtera Pas. Saya hairan bagaimana ahli boleh duduk dalam bahtera yang berpusing-pusing," ujarnya.

Husam turut menyelar kerajaan PAS Kelantan kerana sampai sekarang masih belum habis membina rumah mangsa banjir namun sebaliknya membina tugu peringatan banjir.

"Sebagai orang beriman kita senang dengan perjuangan di atas dasar Islam, sebab itu kita (sebelum ini) masuk PAS. Sekarang AMANAH ada, AMANAH pun ada dasar Islam, maka saya pilih AMANAH. Ia menteramkan hati saya," tambahnya lagi.

"Bagi saya Amanah adalah parti yang meneruskan perjuangan asal PAS yang telah dikhianati oleh orang PAS sendiri," katanya.

"Anda menuduh barisan ini sebagai pengkhianat, sebenarnya pada hemat saya, pemimpin PASlah yang telah mengkhianati rakyat Malaysia," ujarnya disambut dengan laungan takbir oleh mereka yang hadir.

"Saya berdiri di sini dengan nama Allah, bertawakal, saya serahkan diri pada perjuangan AMANAH," ujarnya di hadapan kira-kira 500 hadirin yang hadir di majlis tersebut.

Dengan penyertaan Husam ke dalam Amanah, parti Amanah kini sudah mempunyai kerusi parti Amanah di dalam DUN Kelantan.

Turut hadir di majlis itu adalah Presiden Amanah Mohamad Sabu, Penasihat Umum Amanah, Ustaz Ahmad Awang serta sebilangan besar anggota pimpinan Amanah termasuk Sdra YB Hanipa Maidin yang datang berkerusi roda untuk meraikan penyertaan Husam ke dalam Amanah,

Husam yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor telah dipecat keanggotaannya dalam PAS April lalu.

Ia susulan kelantangannya mengkritik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung dakwaan parti itu mengadakan kerjasama dengan UMNO.

Amanah bergabung dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam Pakatan Harapan.

Sementara itu di media sosial pula, ramai yang menyambut baik langkah dan memuji tindakan Husam berkenaan. Kebanyakan menyatakan langkah Husam bukan saja akan memperkuatkan kedudukan Husam sendiri malah akan memperkukuhkan Amanah. -Greenboc


VIDEO







FEATURED ADS


17 ulasan:

  1. Wow! Bro Husam kecek omputih.


    Sapa ada info terkini, jadi ke tuang presideng parti PIS saman Sarawak Report? Ke lebong jer? Ke 90juta tu mmg dah hangus? Ke guane?

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah.. Tahniah Yb..Teruskan perjuangan menyelamatkan negara kita yg makin parah ni...

    Ye..nk tau juge perkembangan PASPISPUS saman Sarawak Report...hari Selasa ke Rabu?

    BalasPadam
  3. PAS pulak cakap pasal kuat tak kuat .. PAS sudah mengelabah.

    PAS begitu bersungguh dengan pendirian hanya PAS dan PKR sahaja yang boleh bertanding di Kelantan.

    Sekarang AMANAH telah memiliki satu kerusi DUN..!




    BalasPadam
  4. Shah Alam pernah banjir teruk.
    Cameron Highland pernah banjir teruk.
    Kuala Lumpur pernah banjir teruk.

    Tapi tak bina tugu untuk banjir.

    Sekiranya Kelantan banjir teruk lagi maka akan dibina satu lagi tugu untuk banjir. Tugu dibina akan ikut bentuk dengan perkara yang ingin di ingati.. adakah bentuk air deras? Adakah bentuk khemah? Adakah bentuk kayu balak yang hanyut?





    BalasPadam
  5. Husam mengkritik Presiden. Jika Mat Sabu mementingkan diri, permohonan Husam akan di tolak atau dilewatkan agar Husam terasa di perlekehkan. Tetapi sebaliknya kesediaan dan kesanggupan Husam, dinantikan dan diterima dengan berlapang dada oleh rakan-rakan dalam AMANAH.

    Husam boleh bersendirian dan akan kekal sebagai adun Salur walau pun atas tiket bebas tetapi perjuangan Husam besar bukan sekadar duduk dikerusi adun sahaja.

    Untuk selamatkan Kelantan, rakyat Kelantan mesti lah memastikan Husam menjadi MB Kelantan.

    BalasPadam
  6. Pas akhirnya akan dilihat menggunakan agama untuk tujuan politik. Mlm kutuk umno, siang berdakap dgn umno. Sangat memalukan. Ahli2 pas terutama di kg2, jangan jadI tolol sgt. Gunalah akal yg waras menilai pas sekarang dgn pas yg dulu.

    BalasPadam
  7. PILIHAN TERBAIK UNTUK HUSAM.
    TERUSKAN DGN TINDAKAN YG RASIONAL.
    AMANAH PASTI DI HATI RAKYAT .
    INSHAALAH.

    BalasPadam
  8. "Selamat tinggal bahtera Pas. Saya hairan bagaimana ahli boleh duduk dalam bahtera yang berpusing-pusing," ujarnya.

    Jawapan dari walaunta: Dgn kuasa Allah Taala, bahtera tungging langgang pun, tetap ok.

    -----

    Yg ada dlm PAS sekarang ialah penyembah dan pengkagum Haji Hadi. Kalo taik berak Haji Hadi pun, ada yg jemur kering buat pil.

    BalasPadam
  9. Ini lah bakal pm yang dinantikan
    Selamat berjuang dato husam


    BalasPadam
  10. PAS dah jadi PUS (nanah)....... Parti Cap Kipas.... Parti KOLOT, Lebih baik tutup kedai.

    Selagi Tuang Presideng tidak undur selagi itu PUS tidak akan berjaya.

    ULAR2 dalam semak yang berkepala bungkus dan tak kena matahari manalah boleh memerintah negara...... JAHIL dalam ekonomi dan hal2 duniawi... Puak2 JAHIL ini hanya tahu beri ceramah putar alam..... ceramah penglipur lara......

    HIDUP AMANAH... PARI ISLAM PROGRESIF......

    BalasPadam
  11. Apa kata ULARmak dalam PIS? Bila nak saman Sarawak Report? Dedak dah dapat.... mana lagi mahu saman....

    Ini semua AUTA punya parti dan ULARmak......

    BalasPadam
  12. Kesimpulan dari ucapan Husam mengenai tabiat PAS sejak berbaik dengan UMNO seolah-olah PAS sudah tidak boleh lagi diselamatkan sepatutnya menyedarkan pemimpin PKR dan BERSATU supaya jangan lagi mengharapkan supaya PAS bersetuju untuk satu lawan satu menumbangkan UMNO.

    BalasPadam
  13. Terbaek husam...Anak didik Nik Aziz yg bakal mengharumkan semula nama baik nik aziz insyallaha

    BalasPadam
  14. Pemuda Pinang Sebatang1 September 2016 pada 12:45 PG

    Tahniah DHM!!
    Sokongan rakyat bersama pimpinan yang adil, berwawasan rakyat, telus & berintegriti..
    Bravo

    BalasPadam
  15. Kesimpulannya kata-kata Husam mengambarkan parti PAS parti yang tidak boleh di harapkan dan pemimpinnya tidak berguna kerana mengutamakan tugu dari membina rumah untuk mangsa banjir.

    PKR dan BERSATU hendaklah melupakan hasrat untuk mengajak PAS untuk bersama-sama menumbangkan UMNO.

    Nak tenguk kuat atau tidak, yang tetap kuat ialah UMNO melainkan PAS bersedia menerima AMANAH seadanya.

    BalasPadam
  16. Tuan Ibrahim kena berani mencabar Tuan Guru Haji Hadi dalam muktamar nanti itupun jika mahu PAS kembali pulih..jika dilihat pada saf kepimpinan PAS pada masa kini hanya Tuan Ibrahim seorang yang konsisten dalam mood pembangkang dan memusuhi UMNO.

    BalasPadam
  17. Tahniah! Semoga YB HusaM Musa dapat membimbing kami mengikuti jalan yang diredhai Allah. InsyaAllah.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.