Tamat segala spekulasi dan teka-teki, seperti yang dijangkakan bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa malam tadi sah menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) selepas beliau sendiri mengumumkannya di sebuah majlis makan malam di Cyberjaya.
"Saya berdiri di sini dengan nama Allah, bertawakal, saya serahkan diri pada perjuangan AMANAH," katanya.
“Saya telah tandatangan borang permohonan (menyertai) Amanah” kata Adun Salor itu.
"Malam ini saya serahkan perjuangan saya bersama tuan-tuan. Semoga saudara sudi terima saya. Isteri, anak, keluarga termasuk ibu mertu dan jentera saya.. saya serahkan untuk perjuangan ini," tambahnya lagi.
Husam berkata ramai orang yang ditemuinya menyarankannya menyertai AMANAH, termasuk individu yang ditemui di dalam teksi, pasar atau lapangan terbang.
Dalam ucapannya Husam yang pernah dilihat sebagai pemimpin pelapis di Kelantan selepas Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata ada pihak yang membandingkan kepimpinan PAS dan AMANAH.
Bagaimanapun kata Husam, dalam kepimpinan merit utama bukanlah tinggi rendah ilmu agama mereka sebaliknya kepintaran bacaan politik serta komitmen, pengorbanan dan "suluhan perjuangan" masing-masing.
"Mohamad Sabu (presiden AMANAH) pernah masuk penjara. Adakah orang seperti ini tak ada langsung nilai kepimpinan sehingga yang kita besarkan adalah kelulusan agama padahal merit pada kelulusan itu tak ada," katanya.
Selepas selesai menyampaikan ucapan Husam menyerahkan borang keahliannya kepada Mohamad.
Pada 6 Mei lalu, PAS mengambil keputusan memecat Husam kerana dikatakan melanggar Perlembagaan PAS, ekoran kritikan lantangnya terhadap parti dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang terutama berhubung dakwaan kerjasama parti itu dengan Umno.
Selama 4 bulan beliau hanya membisu berhubung parti yang bakal disertainya, walaupun pernah membantu kempen Amanah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar yang lalu. B
ekas Exco kanan kerajaan Kelantan itu sekali lagi mempersoalkan keputusan parti lama yang memecatnya hanya kerana memberikan teguran.
“PAS telah pecat saya dan saudara kena tahu saya tidak pernah minta untuk dipecat… Islam benarkan kita untuk menegur,” katanya.
Selepas empat bulan 'berlayar' tanpa arah yang jelas, Husam kini menyarung 'jersi' baru kerana berpendapat “berjuang bersendirian ternyata bukan suatu pilihan” untuk bekas mahasiswa Universiti Malaya itu.
Husam adalah di antara sekumpulan besar kumpulan sederhana yang disingkirkan perwakilan dalam pemilihan PAS di Kuala Selangor pada 2015.
Beliau merupakan satu-satunya ahli PAS yang memperolehi pencalon untuk tiga jawatan tertinggi PAS di dalam muktamar yang lalu iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden.
Menurut Malaysia Dateline, penyertaan Husam dijangka bakal membentuk gelombang kedua Amanah selepas ditubuhkan pada 16 September tahun lalu.
Video akan menyusul
FEATURED ADS

Video tak ada ker ?????
BalasPadamAlhamdulillah. Penuh beradab dan tertib cara pemerolehan ahli parti amanah. Bacaan dan gerak langkah yg prnuh bijaksaba ..wisdom.Kenyataan media Mahfuz slps ini adalah haprak sama dgn tulisan subky latiff. Khalas
BalasPadamAlhamdulillah!
BalasPadamTahniah DHM atas tindakan tuan menyarung jersi Amanah..Kami diakar umbi doakan tuan akan membangun bersama PH & membawa mesej yg lebih jelas kpd Rakyat & menentang pemimpin yg korup, zalim & menindas rakyat..teruskan usahamu!!Terangkan dasar2 bersama PH..
BalasPadamSyabas Be!!! Tahniah!!.. Sesungguhnya kemenangan akan berpihak pada yang benar.. jujur dan ikhlas
BalasPadamHarap ramai yg muda akan bersama, kits mesti menang
BalasPadamAlhamdulillah.. semoa Allah membimbing kita semua di landasan yang betul.
BalasPadamAllah akbar!"umar"ke dua datang utk menaikkan izzah dlm perjuagan Amanah di bumi malaysia ini
BalasPadamGo ahead Dato Husam Musa...In Shaa Allah U can Win the battle together with AMANAH.
BalasPadamSyukur Alhamdulillah...tahniah Husam...akhirnya impian saya menjadi kenyataan jua...Husam melengkapkan team Amanah yg hebat...berganding dgn abg mat insyaallah Amanah akan terus meluncur maju dlm perjuangan...aminnn
BalasPadamSaya sebagai seorg yg tidak berparti menyokong penuh kemasukan Husan ke AMANAH
BalasPadamTahniah DHM, moga Allah memberkati perjuangan kalian. Insha Allah PRU 14 akan lebih menceriakan
BalasPadamSemoga Allah memberkati semua yg berjuang menentang kebatilan..
BalasPadamTahniah DHM atas tindakan tuan menyarung jersi Amanah..Kami diakar umbi doakan tuan akan membangun bersama PH & membawa mesej yg lebih jelas kpd Rakyat & menentang pemimpin yg korup, zalim & menindas rakyat..teruskan usahamu!!Terangkan dasar2 bersama PH..
BalasPadamAMANAH dah masuk dalam DUN Kelantan.
BalasPadamGo AMANAH GO !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Tahniah Dato Husam. Pilihan tepat mengikut kriteria Dato. PKR aade ramai pemimpin hebat..dasar bukan islamik.jentera hampeh...DAP bukan berteraskan islam..jentera dan pemimpin hebat..AMANAH walaupun baru...ramai profesional melayu yg hebat..pemimpin hebat...dasar islam...jentera inn syaa Allah...hebat...jadi Amanah...adelah pilihan tepat dan mengikut kritera Dato yg menekankan pasukan dan jentera yg hebat dan berwawasan....go amanah...
BalasPadam