Dua cedera selepas kereta mereka naiki dirempuh bas ekspres yang turut merempuh sembilan lagi kenderaan di Kilometer 265.8 Lebuhraya PLUS arah selatan selepas Terowong Menora di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, bas ekspres yang dipercayai hilang kawalan akibat kegagalan brek, merempuh 10 kereta di depannya.
Komander Lebuh Raya Zon Utara Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Asisten Superintendan Hazil Reza Mohd Ghazali berkata, kemalangan itu mengakibatkan dua mangsa dalam kereta, dipercayai kereta pertama dirempuh bas berkenaan, cedera..
"Bas ekspres itu yang dalam perjalanan ke selatan dan membawa 28 penumpang, dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh 10 kereta di depannya.
"Setakat ini hanya dua mangsa itu dilaporkan cedera manakala pemandu dan penumpang bas serta kereta lain tidak cedera," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Menurutnya, siasatan sedang dijalankan bagi mengenalpasti sama punca kemalangan, termasuk kemungkinan kecuaian pemandu bas atau pemandu terbabit mengantuk atau masalah teknikal.

Kalau tanya walaun ni diorg kata salah dap ni.hahahahaha
BalasPadamIni laju.. break bermasalah sebab selalu bawak bas laju.. jika tak laju bas tak pergi macam itu .. masih boleh diperlahankan guna gear.. ?
BalasPadamLogiknya kereta di highway memang di pandu laju terutama sebelah kanan paling minima 100 km. Bas tersebut telah dipandu sehingga memotong kereta lain. Jika kurang dari 90 km bas tersebut tak pergi jauh dari tempat mula break gagal. Dari jauh dia berada di lane tengah ..dan dia teragak-agak untuk break kerana akibat nya lagi buruk ..
Jika dia di dapati bersalah adakah dia di kena hukuman ringan kerana kebetulan tidak ada yang mati ?
Tanda sebuah kegagalan negara..pentadbiran..polusi..pembangunan akhlak Pendidikan.. semua..
BalasPadamtempat tu kan memang banyak kemalangan maut. tak silap ni kali kedua tahun ni. tahun lepas 2015 pun ada juga entah berapa kali. 2013 2014 pun banyak juga.
BalasPadamMudah Sahaja...jgn tambah rasa didlam setiap cerita...klu yg ada pengalaman membawa Lori dan bas boleh cerita...klu takda jgn sembang k...Bukan kerna laju punya pasal..tp jelas brek gagal berfungsi...klu 90kilometer sejam berbanding kereta tak sama klajuannya...semoga menjadi pengajaran buat pemandu2 semua...
BalasPadamAdakah tiba-tiba tekan break, pam break boleh bocor ? Sepanjang jalan berpuluh km, itu ke sekali driver tekan break?
PadamKalau lah setiap kemalangan di sebabkan masalah break, mengapa yang di sibukkan pasal tayar celup ?
Mustahil tuan tidak pernah berada di jalan lebuhraya dan melihat sendiri kelajuan bas ekspres .. apakah tuan tidak pernah di himpit oleh bas dari belakang semasa memandu di lebuhraya?
Antara kereta dan bas dengan kelajuan yang sama iaitu 90 km, kenderaan yang manakah lebih ke depan ?
Kalau bas yang laju, mengapa tidak benar kan bas berada di lorong kanan?
Cuma kelonggaran perlu di beri kepada bas ekspres yang membawa orang berkerja di KL yang waktu pejabat bermula 8am - 9am..
Tampa nama 9.31 ptg...maaflah tuan Tampa nama ni..haha...adakah tuan Blum pernah kena?saya harap lepas ni tuan tanpa nama kenalah yea...lepas tu mai sembang blik dlm ruangan ini...setiap yg berlaku ada hikmahnya...selama saya memandu dekat 20tahun dijalan raya...Blum lagi dihimpit dgn bas...klu pemandu itu terlalu slow..pasti akan dihimpit...kamu berjalan memandu kereta dgn pemandu bas byk bezanya..jadi jgn dok sembang...diorg mencari rezeki dgn memandu bas...pasal saman tertunggak terlalu byk dan lama Bukan semua salah pemandu...syarikat tak mau tanggung dan akhirnya terbeban pada pemandu...kebanyakkan pemandu bas Bukan tergila Babi nk bawak laju...namun terikat dgn tugasnya sebagai pemandu bas express...adakah semua salah pemandu???saya mohon pada Allah jika siapa yg terlebih pandai menghukum seseorang itu agar diberi petunjuk...
PadamDah biasa dgr alasan ni. Bila langgar org brek rosak.
BalasPadamIni semua kerja dalang saman berpuluh.
Kereta kebal pun boleh bawak atas jalan raya janji ada dedak
Komen di atas banyak menyatakan bas laju dan kalau kemalangan alasan brek rosak. Cuba lihat kawasan tersebut...jalan menuruni bukit dan sesak. Maka mana ada kenderaan boleh bawa laju, kalau brek tetiba rosak dan menuruni bukit mestilah laju dan tak terkawal. Saya lihat bas tersebut seboleh2 cuba mengelak kenderaan dihadapan dan mesti pemandu itu membunyikan hon panjang. Kalau dihalakan ke tebing bukit mungkin bas terbalik dan ada yang maut. Perkara yang terjadi perlulah kita ambil iktibar dan pihak LLM perlulah memikirkan altenatif lain jika sesebuah kenderaan yang menuruni bukit tetiba brek rosak. Disini saya cadangkan kepada LLM supaya membina satu kawasan untuk kenderaan yang mengalami kerosakan brek seperti perangkap pasir supaya kenderaan dapat berhenti secara semulajadi dengan selamat. Beri cadangan membina dan jangan komen perkara yang telah terjadi.
BalasPadam