28 Jul 2016

PKR Buat Hal Lagi Keruhkan Hubungan Dalam PH

'Jangan berbogel, kemudian adu ditinggal telanjang'

Dalam sindiran pedas kepada kenyataan Ketua DAP Selangor, Tony Pua sebentar tadi, Latheefa Koya berkata, PKR tidak boleh terus bersetuju dengan segala permintaan rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan.

Mengenai kebocoran maklumat kepada media berkenaan pilihan raya mengejut Pulau Pinang, anggota jawatankuasa pusat PKR turut mempersoalkan individu pertama yang mengumumkan perkara tersebut.

"Atau sekejap... siapa yang secara bersendirian umumkan terkuburnya Pakatan Rakyat?


"Atau sekejap... siapa yang umumkan pembentukan Pakatan Harapan - kepada semua media sebelum keputusan muktamad?

"Jangan lucutkan semua terlebih dahulu dan kemudian mengadu ditinggalkan telanjang," katanya dalam catatan Facebooknya.

Terdahulu, Pua melahirkan rasa kesal dengan rakan-rakan yang gagal bersama seperti yang dijangkakan.

"Kadang-kadang, kita tertanya-tanya, apa jenis rakan yang kita ada. Apabila mereka dalam krisis, kita ke hulu dan ke hilir menyokong mereka ke hulu, tanpa mengira apa yang bakal berlaku.

"Tetapi apabila tiba masa kita perlukan sokongan, mereka bocorkan segala-galanya terlebih dahulu kepada media, meninggalkan kita dalam keadaan telanjang sepenuhnya.

"Ataupun mengumumkan kepada dunia secara terbuka sebelum mereka berbincang dengan kami," katanya dalam laman Facebook petang ini.

Sesetengah pihak membuat spekulasi bahawa Pua yang juga adalah ahli parlimen Petaling Jaya Utara merujuk kepada pendirian PKR mengenai cadangan DAP yang mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Pua sendiri, bagaimanapun, menolak untuk menyatakan beliau merujuk kepada PKR dan pendirian parti itu berhubung rancangan mengadakan pilihan raya mengejut.

DAP pada tahun 2014, berdiri teguh dan menyokong PKR semasa krisis menteri besar di Selangor.

Mengulas lanjut, Latheefa yang mengetuai biro undang-undang PKR juga menegaskan, sebab untuk mengadakan pilihan raya mengejut juga sering berubah.

"Pertama, ia bertujuan mendapatkan kembali apa dipanggil mandat rakyat yang peliknya kamu berkeras masih belum kehilangannya.

"Kemudian kata ia bukan mengenai pendakwaan ke atas pemimpin kamu (Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng).

"Dan sekarang kamu kata, ia sebagai referendum terhadap (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Razak) berdasarkan pendedahan terkini DOJ (Jabatan Kehakiman) Amerika Syarikat.

"Mungkin, kamu perlu membuat keputusan terlebih dahulu dan kemudiannya berunding dengan kami, yakinkan kami," katanya tanpa menyebut DAP mahupun Pua.

Pilihan raya mengejut tersebut didedahkan buat kali pertama oleh Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy berikutan tuduhan rasuah berkembar terhadap bosnya.


Pua kesal rakan-rakan tinggalkan dalam telanjang

Pengerusi DAP Selangor Tony Pua kecewa dengan rakan-rakan yang gagal bersama seperti yang dijangkakan.

"Kadang-kadang, kita tertanya-tanya, apa jenis rakan yang kita ada. Apabila mereka dalam krisis, kita ke hulu dan ke hilir menyokong mereka ke hulu, tanpa mengira apa yang bakal berlaku.

"Tetapi apabila tiba masa kita perlukan sokongan, mereka bocorkan segala-galanya terlebih dahulu kepada media, meninggalkan kita dalam keadaan telanjang sepenuhnya.

"Ataupun mengumumkan kepada dunia secara terbuka sebelum mereka berbincang dengan kami," katanya dalam laman Facebook petang ini.

Sesetengah pihak membuat spekulasi bahawa Pua yang juga adalah ahli parlimen Petaling Jaya Utara merujuk kepada pendirian PKR mengenai cadangan DAP yang mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri pulau Pinang dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

DAP pada tahun 2014, berdiri teguh dan menyokong PKR semasa krisis menteri besar di Selangor.

Bagaimanapun, Pua memilih untuk tidak mengulas lanjut apabila dihubungi.

"Tiada komen," katanya menjawab mesej teks Malaysiakini ketika ditanya mengenai posting kaburnya itu.

Semalam, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata parti itu masih tidak yakin mengenai keperluan untuk mengadakan pilihan raya di Pulau Pinang.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat PKR, yang menurutnya juga mengambil kira pandangan daripada masyarakat sivil.

DAP mempunyai 18 kerusi, manakala PKR 10 dan PAS 1 di Pulau Pinang.

Sesetengah pemerhati politik mendakwa PKR berdepan risiko kehilangan beberapa kerusi di kawasan majoriti Melayu jika pilihan raya negeri diadakan sekarang. -FMT

ULASAN GB

Perang terbuka PKR-DAP.

PKR sejak akhir-akhir ini nampaknya lebih cenderung untuk bersikap individualistik. Tidak sehaluan dengan pendirian dan pandangan rakan-rakan komponen di dalam Pakatan Harapan.

Situasi yang amat jelas berlaku sewaktu PRN Sarawak dulu. Bertindak sendirian dan melengah-lengahkan permuafakatan di kalangan rakan-rakan komponen sehingga akhirnya calon-calon PH terpaksa bertemu sesama sendiri.

Begitu juga dengan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Banyak masa dibuang melayani karenah PKR sehingga mesyuarat PH tergendala tiga kali sehinggalah di hari penghabisan baru mereka putuskan akur dengan keputusan pimpinan komponen PH yang lain.

Kini sekali lagi, PKR buat hal.

PKR terlupa bahawa semasa Langkah Kajang dahulu, DAP bertungkus-lumus memberikan sokongannya tanpa berbelah-bagi kepada PKR. Ia lansung tidak diingati dan dihargai.

PKR sebenarnya tidak yakin dengan rakan komponen PH. Ia lebih yakin dengan PAS.

Jika demikian, lebih elok PKR membuat keputusan muktamad, tinggalkan PH dan sertai Blok Ketiga.

Kemudian sebagai strategi menghadapi PRU14, PKR bersama blok ketiga boleh ada perbincangan dengan PH.

Masa kian suntuk untuk melayan karenah PKR ini yang menyebabkan rakyat jadi bosan dan keliru yang kelak PH berantakan.






FEATURED ADS


32 ulasan:

  1. Dari dulu saya x caya lansung kat PKR, tubik dari lubang tu ler

    BalasPadam
    Balasan
    1. slps dsai tiada...
      pkr jd cacamarba..
      slps tgna tiada...
      pas jd cacamarba..

      Padam
    2. X nmpk pun ape sbb PKR nk setuju PRN,klu jd pun akn menguntung kan BN saje,sbb mgkin akn berlaku 3 penjuru bila pas pun akn bertanding,AMANAH pun blom tntu khalayak nk terima,so DAP n PAN xyah duk kalut la nk uat PRN

      Padam
  2. Macam2 krisis.. cemana nak menang pru14 nie

    BalasPadam
  3. Dlm PKR, mmg ramai MELAYU bersikap mcm BABI dan ANJING. Memalukan saja dgn org2 Cina yg integriti mereka yg bukan Islam, jauh lebih terpercaya drpd umat Islam sendiri.

    Sepatutnya kita Islam yg tunjuk contoh integriti kpd bukan Islam. Tapi kini sebaliknya, org bukan Islam pulak integriti mereka jauh lebih baik drpd muslim.

    Pathetic dan amat memalukan.

    BalasPadam
  4. Minta maap

    Ana terpaksa bongkar isu ini

    KARTEL AZMIN YG KINI SEDANG SERONOK NIAGA DGN WARLORD UMNO

    sedang timbang nak lantik ketuanya sbg pemangku presiden

    MaKa

    Wan azizah akan jadi nobody dan Amanah terpaksa ambil kak wan jadi ketua umum Amanah sementara Anwar kekal di peegayaar

    PIS pKr dan Umno hidup sentimen melayu utk melayu

    Sudahnya pembangkang tinggal dap amanah psm..

    P.s kartel dan warlord berpisah tiada

    BalasPadam
  5. GB, semua isu PKR lengahkan sebab di sebalik semua ini PKR mengadakan rundingan senyap-senyap. Dan ianya telah berjalan sebelum Pakatan Rakyat terkubur.

    Kalau tak diberitahu pun,.orang ramai tahu Pakatan Rakyat dah terkubur. Apa yang ada lagi? Sebab itulah PAS kuat mengatakan di Selangor, Pakatan Rakyat masih diteruskan. Masa itu pun rundingan berjalan.
    Tak ke PKR pun sama bodoh, nak bodohkan orang lain pulak.

    Susah lah bila nak tubuh Pakatan Harapan pun kena tunggu. Kalau tunggu sebab pemimpin PKR bermesyuarat, tak apa lah jugak. Ini sebab berunding punya hal.

    AMANAH dan DAP mesti desak PKR hentikan rundingan yang tidak memberi hasil. Apa jadi sudah nya, bila Hj Hadi tak tahu langsung ada pemimpin PAS yang berjumpa dengan pemimpin PKR. Rundingan untuk bebaskan mangsa culik pun tak begitu lama macam rundingan PKR ini.

    Semasa pilihanraya Kajang, alasan mula-mula Anwar ganti Khalid untuk kukuhkan PR di Selangor. Kemudian kata Kajang adalah pintu masuk ke Putrajaya. Siapa yang telanjang sebenarnya ? Orang Kajang kononnya bertuah sebab dapat Anwar... piiirah!

    Selain alasan untuk pilihanraya di Pulau Pinang yang telah di beri oleh DAP, tambah lagi satu iaitu untuk menguji setiakawan antara PKR dengan DAP dan AMANAH. Bila AMANAH dah setuju, kenapa PKR masih berdegil. Lain lah AMANAH belum buat keputusan.

    Pemimpin AMANAH bukan calang-calang orang dan lebih baik dari kebanyakkan pemimpin PKR. Di Selangor kau orang boleh manjakan PAS, jadi apa salahnya di Penang, DAP memanjakan AMANAH.

    BalasPadam
    Balasan
    1. brader punya ulasan dan komen...
      MANTAPPPP..

      Padam
    2. Ambo setuju dengan demo boss.
      Kita kat bawah ni bukan lembu.

      Padam
  6. Kemudian sebagai strategi menghadapi PRU14, PKR bersama blok ketiga boleh ada perbincangan dengan PH. - GB

    Tak payah .. dua-dua tak boleh di pakai. PKR tak percaya PAS. PAS tak percaya PKR. Pendirian politik boleh pulak berubah ikut masa dan suka hati.

    Shaari punya cakap betul. Orang ingat Azmin tidak pecat PAS sebab pengaruh Sultan tetapi Azmin sendiri nafikan. Jadi apa hal Azmin kekal kan PAS? Tak dapat jawab kata orang mengemis...

    Ada PKR bantai PAS macam ini .. Macam DAP kena? Bertelanjang bagai... padahal PAS buat lagi teruk dari DAP...PAS buat apa? Jangan buat-buat tak ingat macamana Wan Azizah di perlekehkan.. Satu bunyi suara pemimpin PKR tak keluar masa itu.

    BalasPadam
  7. Pemuda Pinang Sebatang28 Julai 2016 pada 2:13 PG

    Asal barang jadi duit..

    BalasPadam
  8. Boringggg la mcm ni...

    BalasPadam
  9. PKR belum lagi berevolusi macam PAS yg menyebabkan wujudnya AMANAH. Dlm PKR sekarang ni masih ada saki-baki kumpulan UG PKR pimpinan macam geng UG dlm PAS dulu. Dlm PAS dulu masa AMANAH belum wujud, berdentam-dentum geng pro-Hadi bercakap hentam Najib tapi di belakang tirai mereka menyokong Najib secara senyap.

    Sekarang ada UG versi PKR, hari2 kutuk Najib dlm ceramah & facebook tapi di belakang tirai sokong BN dan hentam rakan2 PH.

    BalasPadam

  10. Macam ini cara PKR, susah lah.
    Baik tak bertempat.

    Dengan masalah besar Najib dan perpecahan dalam UMNO pun PKR tidak yakin apalagi kalau PRU nanti.

    Sepatutnya yang takut dan tidak mahu pilihanraya Pulau Pinang ialah UMNO...

    Adakah PAS akan bertanding di semua kerusi majoriti melayu yang dimenangi oleh PKR ? Jika PAS bertanding undi PKR pecah dua dan UMNO yang menang.

    Itu lah sebab nya ambil tindakan atas PAS dulu lagi.. lagi lambat semakin tersepit lah PKR. Akhir kena bergabung dengan blok ke 3 dan buat rundingan baru dengan PH.

    BalasPadam
  11. Pkr nak ikut jejak langkah Pascai.. ada agenda sendiri.. apa la bod8h sgt buat kenyataan terbuka kat media.. sbb tu pompuan tk bole jd ketua.. ikut emosi tak pakai otak.. tak semua laa..

    BalasPadam
  12. Rakyat makin pening..masa prk sarawak gaduh smpi bertindih kerusi...masa prk selangor pun pkr lembab nk sokong amanah.skrg gaduh pulak prn penang..adoi..kalau mcmni sampai bila nk tawan putrajaya...mrk x hargai pengundi pun...kecewa btl dgn pembangkang skrg...apa salah sokong je penang... Bukan pkr tadbir penang pun...btl jg kata dap mrk sokong padu masa langkah kajang dulu...knp skrg pkr lupa setiakawan..wan azizah jadi jurucakap azmin pulak.... Pada aku baik lantik rafizi ganti wan azizah..rafizi lebih berani...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tersangat betul bro..aku tgk si azmin ni..nk menghancurkan pakatan harapan dan harapan rakyat..

      Padam
  13. ha ha ha..

    DAP to Arrogant..
    PKR to much team and tag-team..
    PAS head to thigh.
    Amanah to much talk..

    AMMENO to much lies...

    Yang mana pilihan kalbu... ha ha ha ..we are worst than Mugambe land

    BalasPadam
  14. Bwk bincang dlm mesyuarat dah la ..x pyh nak becok komen dlm media.. rakyat dah panas...korang still lagi nak gaduh sama2 sendiri dlm media.. korang ingat stkt undi ahli yg ada berapa kerat tu blh menang election??.. bangang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul bro..sikit2 nk kecoh dlm fb..bawak bincanglah..bodo punye politician..

      Padam
  15. Yang bodohnya kenapa membawa isu sebegini kepada Press? Bincang sahaja bersama komponen PH...... kemudian buat keputusan.

    kenapa perlu diadakan pilihan raya negeri di PP? Tak boleh ke tunggu sehingga tamat tempoh 5 tahun? Isu LGE isu politik. LGE boleh menang di mahkamah. Apa yang nak dirisaukan?

    Harap parti2 dalam PH bersatu.... berbaik dengan parti yang akan ditubuhkan oleh Mahathir... cari jalan bekerja sama dengan PAS. Bentukkan satu gabungan pembangkang yang bersatu... DENGAN JALAN INI SAHAJA DAPAT BN DITEWASKAN... SATU LAWAN SATU dalam PRU 14.

    Sedarlah wahai parti2 dalam pembangkang..... Rakyat mahu perubahan. BN mahu disingkirkan.... Kalau asyik bergaduh dan bersikap bodoh sombong pembangkang tak akan ke mana..... INGAT... INGAT...

    BalasPadam
  16. Ini cara Azmin. Berlagak. Dah lupa asal usul sebelum jadi MB.

    Masa pemilihan parti, muka Azmin se orang yang terpampang di TV3.

    Jika takut hilang 10 kerusi, bagi dua dengan PAS. 5 untuk PKR dan 5 untuk PAS. Yang ada hubungan dengan PAS ialah PKR. Yang berunding dengan PAS ialah Azmin. Tidak ada kena mengena dengan Pakatan Harapan dan AMANAH berhak bertanding di kerusi yang di tandingi oleh PAS.

    BalasPadam
  17. Baso nate bengong..duk berbalah sama sendiri..pada sapa lagi rakyat nak mengharap..kalau bukan pakatan harapan..tolong ketepikan kepentingan peribadi..berjuanglah utk rakyat..najib tak kuat..tapi pembangkang yg berpecah belah..

    BalasPadam



  18. AR-RAHMAN AR-RAHIM...Maha7 Mem-BERI
    AR-RAHMAN AR-RAHIM...Maha7 Pe NYAYANG
    Siratol MUSTAQIM...LURUS dan Suci
    Mukjizat Yg Suci...AGUNG Ber Kumandang
    Yg LURUS dan Suci...Kan Kaseh Ber BAKTI
    Yg Kaseh Ber BAKTI...TAK Mintak DiPandang


    Siratol MUSTAQIM...Lurus dan SUCI
    Wa-SYARIK-Hum-fil-AMWAL...Mnjd Syirik dek HARTA
    Yg LURUS dan Suci...Kan Kaseh Mem-BERI
    Yg SYIRIK dek Harta...Kan MenCURI Ber Dusta!

    Yg Lurus dan SUCI...Ber AMANAH DiHATI
    Yg SYIRIK Dek Harta...Iblis Bertakhta DiJiwa
    Yg Lurus dan SUCI...AMANAH-Ummah Di Santuni
    Yg SYIRIK Dek Harta...Ummah Di TIPU Semahu2nya
    Yg SYIRIK Dek Harta...FITNAH MenCURI Mnjd Kerjaya



    Siratol MUSTAQIM...LURUS Ber Cahaya
    Wa-SYARIK-Hum-Fil-AMWAL...Mnjd SYIRIK Dek Harta
    Yg LURUS Ber CAHAYA...Menyuloh Pen DUSTA
    Menyuloh Yg SYIRIK...Yg Ber Tuhankan HARTA-Kuasa
    Menyuloh Yg SYIRIK...Yg Terang2 DiDepan MATA
    Yg MURTAD = TunggangTerbalik LIDAH & Perbuatannya
    Yg MURTAD = TunggangTerbalik TAK Leh DiPercaya
    TUHAN Cuma DiBibir...DiJubah & DiSORBANnya Smata2!


    Wa-SYARIK-Hum-Fil-AMWAL...Syiriknya Manusia
    Manusia Jd SYIRIK...Dek Krn HARTA
    HARTA Yg Ber Timbun...Dpt Menguasai KUASA
    Cash Is KING...BerMahraja lah SYIRIK Smahu2nya


    Wa-SYARIK-Hum-Fil-AMWAL...Syiriknya Dek HARTA
    "ALLAH-Or-AMANAH Is The KING...Dah TAKde Bermakna"
    Oh! Alangkah TERANGnya...SYIRIK Kat Depan MATA
    Dimana Wostad2 TV n Radio...Yg Sunyi GELAP & Buta?
    Dimana Holamak Hudud...Jd Setan TAK Ber Suara??
    Adakah Hudud Lebih Utama...Drp SYIRIK Yg BerKuasa???
    Apalah Guna Klu Dah Syirik-MURTAD...Harta Dan KUASA Akan Mem BUTAkan Sgl2nya!

    Hanya Yg Empunya Mata-HATI Shj...Yg Dpt Memahaminya
    Yg Dpt Menyaksi Kannya...Ter Sgt2 TERANG dan Nyata













    BalasPadam
  19. Kalu lagu ni lah perangai puak2 pembakang.aaaaaaanampak gaya tadak harape lah.Amnu BN kekal memerintah sapa kiamat.Puak2 ni NGOR(Tolol.Bongok,sewel,gilo)juga.Awal2 dulu aku rasa teruja ingat ko jadi ko bare(barang)tapi hampaas.Ambo dok fikir ambo nak selesai masaalan nih,ambo malas mikir dah serabut.AMBO NAK TUBUH PARTI SENDIRI ,AMBO PRESIDEN JAWATAN LAIN AMBO PEGE SEMUA.AMBO MASUK CALON,AMBO UNDI AMBO SENDIRI.AMBO RASA GB SETUJU.MAAF lah AMBO PRAS NI.PRAS sunggoh.

    BalasPadam
  20. Tu sbb nk cari pemimpin..biar yg berotak..ramai bole jdi pengikut setia...bila bila diangkat pengikut jdi pemimpin..dia Akan gagal befikir..kak wan, azmin..pngikut..bukn pemimpin..sori

    BalasPadam
  21. PKR adalah parti yang bergantung dan bersandar, kerana tiada kekuatan "grass-root". Tanpa bantuan parti-parti komponen PR / PH dan nama besar DS Anwar Ibrahim, parti ini hanya sekadar
    melukut di tepian gantang. Semakin lama DSAI di penjarakan, maka semakin lemahlah PKR. Dengan menggunakan tagan jawatan Menteri Besar dan Timbalan Presiden PKR, Azmin berlagak seperti hero gabungan parti-parti pembangkang.

    Azmin menuduh YB Saari Sungib kemaruk dan mengemis jawatan exco. Agak kurang sopan tuduhan itu. Dalam situasi krisis MB Selangor, tanpa tindakan drastik YB Shaari dan YB Hasnul Pakatan Rakyat keluar dari Pas menyebabkan kerajaan PR Selangor dapat diselamatkan. Jika mereka berdua kekal menyokong YB Khalid Samad sebnagai MB Sealangor ketika itu, hampir pasti Pas akan membentuk kerajaan campuran bersama BN.

    Apabila mereka menjadi pimpinan Parti Amanah Negara Selangor, parti ini seakan-akan tidak wujud dalam pemikiran Azmin. Tiada jawatan-jawatan lantikan politik diberikan kepada barisan kepimpinan Amanah Selangor. Ironnya, Azmin tetap memihak kepada Pas. Pas telah menjadi duri dalam daging dalam kerajaan Selangor lantaran Pas menentang Amanah yang mewakili Pakatan Harapan di PRK Sungaai Besar.

    Terkini PKR pula enggan mempersetujui pembubaran DUN Pulau Pinang untuk membolehkan PRN Pulau Pinang diadakan. Memang Lim Guan Eng mempunyai agenda politik mengadakan PRN, namun tanpa strategi politik, kebarangkalian Pulau Pinang akan terlepas ke tangan BN tidak dapat dinafikan. Siapa-siapa pun tidak dapat menafikan tanpa sokongan DAP, PKR akan tewas dalam pilihan raya, namun PKR diri mereka hebat. Ingat wahai Azmin, kamu akan kehilangan DUN Bukit Antara Bangsa dan Parlimen Gombak tanpa bantuan DAP dan Amanah. PKR hanya ada pemimpin tetapi ketandusan pekerja-pekerja parti. Jika tidak percaya, kita nantikan PRU 14.

    BalasPadam
  22. Semua kes ni berkisar tentang Azmin, dia nak survive sendiri. Kalau dia tolak Pas skang, jawabnya Bukit Antarabangsa habisla ADUN nya berpecah undi andai Pas, Pkr dan Umno bertanding serentak. Hujung2 Umno juga untung. Pas jgn kita kira sebab katenya bertanding utk keredhaan Allah je, kalah pon takpe. Jadi dgn berbaik bersama Pas bolehlah diNego pertandingan 1 lawan 1 dgn Umno. Andai PRN Penang diadakan, kemungkinan Dap boleh kekalkan kerusi kawasan cina manakala Pkr harus kalah di kerusi Melayu akibat pertandingan 3 penjuru, Pkr, Umno dan Pas. Ujung2 yg untung ialah Umno. Matematiknya kita harus paham kenapa PKR semcm berbolak balik pendirian. Tapi kata2 Azmin kepada Shaari Sungip tu satu hinaan yg keji. Dia kena sedar jawatan dia tu berpunca dr tindakan siapa? Jgn la jadi Si Tanggang Min... Roda akan berputar.. masanya akan tiba.... insaflah sementara masih ada waktu.

    BalasPadam
  23. Susahnya dulu depa nk cari pengundi ph..besusah payah depa nk cari org yg dikatakn pengundi yg mmpercayai sesuatu parti..bila pengundi dh percaya pd mereka...depa wt lagu ni pulak...aku mcm fadeup ngundi dh...sbb dlm otak aku ni...byk parti yg aku percaya dulu mula nk permainkn rakyat...byk pengundi x caya kt hgpa dah...kami dikhianati...bkn semua

    BalasPadam
  24. Sdr tanpa nama ni lebih dahsat dari yg sdr katakan kalau saya kata sdr ni jenis pemakan dedak umno bn lebih teruk dari anjing dan babi

    BalasPadam
  25. Sedih nya mentality melayu ni...APA lagi yg kita nk dlm PH???kenapalah ada pemimpin PH yg berotak bangsat!!???tak abis2 puak2 puaka ni dok dlm parti pembangkang yg merosakkan PR dan PH...bagaimana Kata nk buat solar jahat???dah berjalankah???Allah takkan bagi PH memang slagi ada pemimpin yg korup... percayalah.perjalanan dlm pembangkang sudah terlalu lama...semakin muak rakyat dgn gelagat pemimpin yg Bebal dan perosak...setiap yg ada skrg ni...semua nya menghampakan rakyat.klu ckp dgn pemimpin bangsat ni tak guna.sebb diorg berkepentingan...celaka besarlah pemimpin yg merosakkan harapan rakyat!!!!

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.