Ada kemungkinan satu parti politik baharu akan ditubuhkan, barangkali diketuai oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bercakap kepada FMT, bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata Dr Mahathir mungkin membuat kemunculan semula dalam usaha menggantikan kerajaan sedia ada diketuai gabungan yang pernah dianggotai negarawan itu.
“Kami akan mengadakan mesyuarat Khamis ini bersama pemimpin Pakatan Harapan (PH) di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.
“Antara perkara yang akan dibincangkan hari itu ialah pembentukan parti baharu untuk bekerjasama dengan PH dalam menentang BN pada pilihan raya umum akan datang.
“Dr Mahathir mungkin mengetuai pasukan baharu ini,” katanya.
Khairuddin berkata pakatan pembangkang diketuai Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, isteri kepada musuh lama Dr Mahathir, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi respons yang positif terhadap rancangan itu.
“Kami akan bekerja dengan PH bagi memastikan keadilan ditegakkan. Kami juga mahu memerangi rasuah dan menggubal institusi baharu,” katanya.
Perkembangan terkini ini hanya selepas beberapa minggu ahli Majlis Tertinggi Umno memutuskan untuk memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga timbalan presiden parti Melayu itu dan anak Dr Mahathir, Datuk Seri Mukhriz.
Khairuddin berkata Muhyiddin dan Mukhriz mungkin akan menjadi sebahagian daripada parti baharu itu walaupun mereka tidak akan menghadiri mesyuarat berkenaan berikutan berada di luar negara pada masa ini.
Seorang lagi bekas pemimpin Umno, Datuk Seri Shafie Apdal pula dijemput menyertai mesyuarat itu.
“Sesiapa pun boleh menyertai parti baharu ini, termasuk ahli Umno yang tidak puas hati dengan pentadbiran semasa,” katanya.
Dr Mahathir pada masa ini bekerjasama dengan pembangkang di bawah sepanduk Selamatkan Malaysia, saling berkongsi pentas mempromosikan gerakan Deklarasi Rakyat untuk mendesak penyingkiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Usaha itu nampaknya tidak membuahkan hasil, dengan pembangkang kalah teruk dalam PRK berkembar di Kuala Kangsar dan Sungai Besar baru-baru ini, serta dalam PRN di Sarawak pada Mei. -FMT
ULASAN GB
Penubuhan sebuah parti baharu bakal menjadi kenyataan. Ia adalah untuk pemimpin-pemimpin dan hali-ahli UMNO yang tidak puashati dengan kepimpinan Najib sekarang ini.
Walaupun sebelum ini GB lebih cenderung untuk menyokong pandangan supaya mereka itu menyertai parti-parti yang sedia ada di dalam Pakatan Harapan, namun GB tidak menentang sebarang inisiatif untuk penubuhan parti yang baharu, malah amat mengalu-alukannya.
Ini kerana, di dalam sebuah negara demokrasi, mereka berhak untuk berbuat demikian dan tiada siapa pula boleh melarang mereka berbuat demikian.
Dan mereka tentunya telah membuat kajian dan mengambilkira banyak faktor tentang opsyen-opsyen yang ada dari segi kebaikan dan keburukan, peluang dan ancaman, kekuatan dan kelemahan setiap opsyen berkenaan.
Bukan mudah untuk seseorang ahli UMNO untuk menerima dasar perjuangan yang asing dari perjuangan mereka selama ini iaitu nasionalisme, namun setelah dasar perjuangan itu telah dinodai dan dikotori oleh pemimpin UMNO yang sedia ada, maka mereka merasa perlu untuk bertindak keluar dari UMNO dan membentuk satu wadah baharu bagi meneruskan perjuangan mereka.
Bukan mudah juga untuk mereka terus masuk dan terima dasar perjuangan parti-parti yang sedia seperti PKR, AMANAH atau DAP. Kerana rentak perjuangan yang belum serasi dengan mereka. Namun mereka boleh sahaja untuk bekerjasama bagi mewujudkan satu front Pakatan Harapan yang kuat bagi menandingi Barisan Nasional.
UMNO BN sudah rosak binasa. Harapan untuk membetulkannya sudah menjadi sifar. Kebobrokan kepimpinan UMNO di bawah Najib begitu ketara dan UMNO sudah reput dari akar ke pucuknya.
Sebaliknya, P{akatan harapan kini semakin kukuh dan adalah tepat bagi parti baharu yang bakal dipimpin oleh Tun Dr Mahathir menggabungkan partinya itu ke dalam pakatan Harapan - jika SELAMATKAN MALAYSIA terus menjadi obor perjuangannya, kerana itulah sebenarnya tujuan Pakatan Harapan ditubuhkan.

Bukan aku punya cerita.. kwn aku pernah cerita. Kenapa pak lah dan najib angin dgn tun m. Hendak memerintah malaysia kena ikut acuan tun m.sbbnya harta dan duit yg tun m dan daim kebas tu sebenar bukan duit dia org. Duit tu umno yg punya. Duit hanya PM dpt gunakan masa pilihanraya je. Itu pun segala perbelanjaan kena ikut percaturan tun m. Itu yg pak lah dgn najib tak seronok. Duit umno punya tp tak boleh di aturkan oleh PM. Dengarnya duit tu berbelion..100 tahun lagi kalau guna umno tetap memerintah malaysia. Kalau cerita itu benar.. aku boleh agak kenapa tun m berani tubuhkan parti baru. Sbb kalau tubuh parti baru harap air liur dgn glemor sana je nasib dgn dato on. Bg aku PH byk perkiraan dan percaturan kalau hendak bergabung dgn parti tun m.sbb PH ni berharap air liur dan nama je.tp bg aku apa2 pun najib tetap selangkah kedepan.. sbb akta (tak ingat..sbb kalau nak laksanakan akta tu tanpa perlu kelulusan yg di pertuan agong.)awal2 lagi najib dah dlm gemgaman dia.akta tu boleh di gunakan pada sesiapa.. duit byk pun takde makna kalau akta dah kena. Akta2 yg ganjil di malaysia ni hanya anak beranak je yg boleh laksanakan PM lain ada perasaan lagi.. 2 beranak tu.. faham2 je lah.
BalasPadamHebat kawan lu bhai...jawapan aku kah kah kah
PadamKalaulah betul tun m dan daim kebas duit umno,dah lama mereka kena lokap...siapa tidak kenal najib yg selalu salahguna undang2 utk perangkap musuh2nya.
PadamSalam
BalasPadamAmat mengalu-alukan,penubuhan parti baru,terutamanya untuk mengekalkan"BALANCE" majority 52 % pembangkang yg diperolihi pada PR13 dulu.Setelah pemergian undi melayu PAS.Sokongan dari pengundi totok melayu luar bandar,pada pemimpin2 group Mahathir/Muhyidin,Mukhri dan Shafiee Afdal bukan kecil anak.
Harus diingat majority umat melayu mengamalkan sistem "FIUEDAL" Issue2 negara dan rasuah tidak banyak membantu untuk menumbangkan kerajaan yg RASUAH.Exodus peralihan sokongan orng2 melayu banyak bergantung pada "Idiola"Peimpin yg mereka ikuti.Umpamanya exodus melayu pertama yg dibawa oleh Kuli pada 1988.Tapi sayangnya "INPACT" tak berapakuat,disebabkan Kuli takbawa issue rakyat.Kebanyakkanpemimpin dah kembali pada umno.Saya dan keluarga yg berasal dari umno totok sejak zaman kapal layar lagi.Exodus melayu kedua bila DSAI pemimpin idiola kami, dihina,diperlakukan separuh nyawa dan dipenjara.kali ka2 "INPACT"nya sunnguh kuat sehingga dapat menawan 5negeri dan 89 parlimen.Tertubuhnya PKR,MEMBAWA ISSUE RAKYAT.
Dan dijangkakan"Exodus kali ka 3,mempunyai "impact cukup kuat"jika kena gayanya. Diharapkan pada melayu2 umno yg insaf,agar jangan keluar kasemuanya. Belajarlah dariExodus 1 dan 2,Diharap ramai lagi masih dlam umno,gunakan masa dan ruang yg ada untuk kerja-kerja pilihanraya,untukmelawan "PENCURI/PENYAMUN"/PENIPU" BELAJAR DARI HARUMANIS DLM PAS.tUAN2 ADA ACCES DGN SPR/ada acces dgn media,ada acces dgn parti,gunakan sebaikmungkin pada PR14.jangan nampak tuan2 sokong,nanti tuan2 diberhentikan,bisness tuan2 nanti dimasukkanpasir.
Tuan2 cuma boleh umumkan bila parlimen dah dibubarkan,masa tu umno jadi caretaker takboleh buat apa2.Nampakgayanya sabah bukan boleh jadi fixed deposit umnolagi.Berhati2 jangan menampakkan ramai sangat yg keluar.
Semoga PR14 nanti,Malaysia dapat "KUBURKAN UMNO" dan kepercayaan hanya umnolah yg pandai jaga orng melayu dan Menghilangkan "Kurafat" PAS itu islam dan islam itu PAS.
Sekian.
Setuju dgn tuan Omar Daud
PadamPada pandangan aku; Mahathir ni cuba nak jadikan pemangkin kepada kekuatan PH. Najib bela PAS kemudian Mahathir pulak cuba tarik pengaruh daripada ahli PH yang lainnya.
BalasPadamSo dengan itu, bertambah kecillah penyokong PH.
Mahathir, Mahathir.
Daripada tubuh party baru lebih baik suruh ahli umno jgn kluar memgundi... Protes undi.. Namanya
BalasPadamSebab umno nih umno dedak... Ambul dedak makan dedak tapi jgn undi... Kalau undi pkr amanah berdosa...
Cakap sama ahli umno... Kita jgn undi umno supaya umno makan ajar... Kalau menang lain cerita...
Di Johor muhyiddin ketuai gerakan ajar umbo
Begitu di Sabah oleh shafiee
Dan Kedah oleh muflis...
Pakatan cuma bagi support dan platform...
3negeri ni jika undi protes dah mampus umno...ahafiraun cuma round 3negeri ni shj... Amanah jaga Johor Melaka Selangor perak.
Pkr concentrate Pahang Penang Selangor..
Itu caranya. Terima hakikat korang semua lack of emeegy humam support machinery money leaders propaganda media dan masa.. Jadi bagi bagilah negeri tu ikut kemampuan..
Priorotize your strenght focus on it!!!
Bagi Sabah Johor Kedah kpd 3M
Dap ambil amanah sbg party angkat dan pkr ambil party 3m sbgai angkat...
Dap pkr ad duit manakala amanah 3m ada sebuah gerakan besar. 3m dan amanah perlu erat kerjasama sebab kamu MELAWAN MELAYU PAS DAN MELAYU UMNO!
Pada pandangan saya pening orang kampong banyak logo parti dalam kertas undi.
BalasPadamApa cerita parti "Pakatan Harapan" sudah didaftarkan ke belum ?
Ini boleh di kira 'muafakatan baru' yang di sebut oleh Husam dan mungkin ada baik nya Husam join parti baru ini nanti.
BalasPadamNak lumpuh kan UMNO, jangan takut tinggalkan UMNO sekarang. Kena buat satu keputusan drastik. Politik baru ialah lawan secara berdepan. Tak ada yang jadi abu dan tak ada yang jadi arang. Jadi adalah lebih baik semua ahli UMNO keluar tinggalkan UMNO.
BalasPadamUMNO akan guna macam-macam cara dan jika perlu bagi spender pun Najib sanggup bagi dia punya. Setakat londehkan seluar tak jadi hal..
Ahli UMNO tidak mampu menolak habuan yang akan di tawarkan oleh UMNO. Sebagai contoh memberi kelonggaran untuk kelayakan mendapatkan rumah bantuan (mampu milik) untuk anak-anak muda atau paling koman kekerapan konsert percuma. Samada kena tipu lagi atau tidak, itu lah harapan mereka untuk memiliki rumah.
Walaupun PH akan terus kan perjuangan menentang UMNO, ini adalah peluru terakhir bagi Mahathir. All out. Tak ada 'walaupun kalah tetapi ada peningkatan ..' Dah kalah, kalah semua. Begitu juga pada UMNO. Yang penting menang.
Lain kali senang lah nak lawan lagi, tidak teragak-agak. Jadi guna kan peluang bersama parti yang akan di ketuai oleh Tun Mahathir.
Jika PH yang lawan dengan berani, satu demi satu akan di tangkap. Tetapi bila ada parti baru tersebut, Najib gila kalau berani tangkap Muhyiddin atau yang lain-lain.
Ini satu kelebihan kepada PH. Jika Najib yang menang, bermacam-macam sekatan dan dakwaan yang akan di kenakan ke atas penentangnya. Lagi susah dan bertambah sukar untuk PH menentang UMNO.
Semuga Allah bersama kita menetang kezaliman dan ketidakadilan UMNO.
OKlah ni.
BalasPadamDengan adanya party baru ni, at least I have a CHOICE
untuk memangkah. Sayang undi aku sekeluarga, seislam, se
Melayu tak digunakan kalau semuanya pakat boikot tak maw
keluar mengundi.
Go Tun.......Saya sentiasa menyokong Tuan.
Tapi aku amat2 tak setuju jika tun m dan seangkatan dgnnya terus diangkat dan seolah menjadi ketua apabila bergabung dgn PH nanti...aku masih setia di blkg anwar dan sentiasa mengenang jasa besar anwar...
BalasPadam10 34
PadamTertubuhnya Pakatan adalah kerana Anwar.
UMNO akan guna isu siapa yang akan jadi PM sekiranya PH menang.
Sebelum menerima parti Tun nanti, PH kena selesaikan perkara ini dan buat kenyataan bahawa Anwar Ibrahim adalah PM baru.
Jika bukan Anwar Ibrahim, mari kita pula tubuh parti baru.. huhuhu ...
Pengorbanan Anwar Ibrahim lebih besar dari kalangan mereka yang ada. PH please take note.
Bimbang nanti tun m akan overtake PH dan pengaruh anwar akan mulai lenyap...PH please be careful...
PadamAmbo poning dah.byk sgt parti pembangkang.last2 umno jugak menang besar...
BalasPadamTun harus fikir masak2. BN harus ditumbangkan. Selagi Umno/BN memerintah rosak hancur negara. Rakyat sudah benci Umno dan BN.
BalasPadamParti Baharu jika ditubuhkan akan memberi peluang kepada ahli Umno yang dah mual dengan Umno di bawah Najib. Peluang bagi mereka bertanding pun cerah. Mukhriz, Mahyuddin, Shafie semua boleh bertanding atas nama parti baharu.
Yang pentingnya parti baharu ini mesti bersama Pakatan Harapan.
Pembangkang akan lebih kuat. Hanya Pas dengan pemimpin BODOHnya sekarang yang menjadi masalah. Pas adalah duri dalam daging sekarang. Umno tidak akan menerima atau kongsi kerusi dengan Umno. Kerana menerima Pas tidak menguntungkan Umno. Pas sudah lemah. Umno akan hanya menjadikan Pas ALAT untuk memecah undi. Pas yang BODOH di bawah pemimpin yang BODOH sekarang mungkin tak faham perkara ini. Sebab? Terlalu BODOH untuk memahami politik Umno. Selagi Pas dipimpin oleh pemimpin BODOH yang ada sekarang, jangan harap Pas akan menyertai PH.
Pas mungkin akan bersendirian dan akan PUPUS dalam PU nanti. Pas akan menerima TELUR di Selangor. Sudah pasti. Kalah semua kerusi di Perak, Johor dan negeri-negeri lain. Rakyat semua kaum akan tendang Pas masuk ke dalam longkang. Pas juga akan kalah di Kelantan dan Terengganu. PH WAJIB bertanding semua kerusi yang ditandingi Pas jika PAs tidak mahu menyertai PH. .
Jadi parti baharu jika ditubuhkan dan dipimpin Tun harus bersama PH.
Hidup PH
Hidup Tun
11 05
PadamKita harap ahli UMNO sertai parti baru ..
Begitu juga ahli PAS yang telah melihat dan menggeleng kepala dengan sikap ulamak PAS. Kita harap mereka juga tinggalkan PAS. Tetapi mereka tidak perlu tubuh parti baru sebab parti AMANAH telah ada.
Orang yang bodoh sebenarnya akan memilih pemimpin yang cerdik. Hanya pemimpin yang cerdik yang membawa kita ke syurga kerana mereka pandai mengguna ilmu yang ada dengan kasih sayang dan saksama. Orang cerdik pula memilih pemimpin yang bodoh adalah orang yang bodoh. Tak reti pilih antara yang benar dan yang salah.
Wassalam.
Klu kena kena dgn cara, parti baru ni akan lbh diterima di sarawak dan sabah. Kes Shafei Apdal sedikit sebanyak membuka rentak yg berlainan berbanding parti-parti yg gah di semenanjung. Pun begitu aku tetap menantikan suara rakyat yg benar2 berani dan mahu berubah. Mana tahu ia dtg dari Sabah atau Sarawak. Dah pening sangat dah dgn politik di semenanjung ni.
BalasPadamMemang pening bohh...selagi PH duk main kongkalikong dgn pas, selagi itulah PH jadi tak solid utk bergerak...abaikan pas, jgn lagi menagih pada kasih yg tak sudi...
PadamPH dan Amanah khasnya perlu melihatnya dari segi kepentingan politik jangka pendek dan jangka panjang. Untuk kepentingan jangka pendek, penubuhan parti baharu akan memecahkan undi melayu kpd umno dan akan menguntungkan PH. Untuk jangka panjang, Parti Amanah khasnya mesti berusaha utk menonjolkan diri sebagai sebuah parti pilihan semua dan jika berlaku sebarang perpecahan di dlm gabungan pakatan, rakyat akan memilih Amanah. Pas hampir berjaya dlm perkara, tapi malangnya Pas tersungkur dengan tipu helah Najib yg mana Pas mungkin sudah lupa siapa penasihat Najib?...Apco.
BalasPadam
BalasPadamAR-RAHMAN AR-RAHIM...Di Ulang Ulang
Di Permulaan Surah...Beratus Kali
AR-RAHMAN AR-RAHIM...Pengaseh Penyayang
Ber Kaseh Sayang...Se Tulus HATI
AR RAHMAN AR-RAHIM...Pengaseh Penyayang
Ber Kaseh Sayang...Yg Kaseh Mem-BERI
AR-RAHMAN AR-RAHIM...Di Permulaan Surah
Beratus Kali Diulang...Di Dalam Al-Quran
Sifat-NYA ALLAH...Penyayang Pe MURAH
Yang Kaseh Mem-BERI...Demi Sgl KEHIDUPAN
Hamba-NYA Yg Kaseh...Yg Mem-BERIkan AMANAH
Mnjd "PENAWAR" Azali...Segala Kebejatan
AR-RAHMAN AR-RAHIM...Pengaseh Penyayang
Renong Dan Hayatilah...Dgn Mendalam
Yg Kaseh Mem-BERI...Kan INDAH Ter Bayang
Bak CAHAYA Menerangi...Kegelapan Malam
Yg Kaseh Mem-BERI...Bak Semangat Men JULANG
Terbang Men JULANG...Sbnr7CINTA-Kaseh Dan SAYANG
AR-RAHMAN AR-RAHIM...Terbang Men JULANG
Men Julang KASEH...Yg Kaseh Mem-BERI
AR-RAHMAN AR-RAHIM...Mnjd PANTANG Terlarang
Pantang Ter LARANG Kpd...Pem FITNAH MenCURI
AR-RAHMAN AR-RAHIM Itu...Tak Sesekali CURANG
Krn AR-RAHMAN AR-RAHIM Itu...Setinggi7INTEGRITY Hanya Kaseh Mem-BERI..
Semoga AR-RAHMAN AR-RAHIM...Yg Bnar7 Di Hayati
Setinggi7INTEGRITY Kaseh Mem-Beri...Akan Mnjd "PENAWAR" Abadi DiBumi ini
BN boleh ditumbangkan pada PRU 14, jika parti-parti pembangkang bersatu dan bergabung. Itulah teorinya, tetapi pada praktis menggabungkan semua parti pembangkang untuk menentang BN hanya mimpi di siang hari. Pas yang suatu ketika mendapat suntikan kekuatan apabila bergabung dan membentuk Pakatan Rakyat. Entah apa formula dan strategi, kini Pas menarik diri dan membentuk pula gabungan dengan Parti Ikatan Rakyat yang jumlah ahlinya 79 orang sahaja. Dalam masa yang sama Pas dilihat sudah mesra dengan Umno, dan presidennya pula menawarkan diri menjadi penasihat parti tersebut.
BalasPadamPas dilihat sangat-sangat memusuhi Dap rakan sekutu semasa membentuk Pakatan Rakyat, tetapi dalam masa yang sama masih mahu berkongsi kuasa mentadbir Selangor. Jika Pas berandaian diri mereka terlalu kuat seharusnya berundur dari berkongsi kuasa dengan Dap di Selangor, namun begitu parti teologi ini masih inginkan kuasa, jawatan exco, dan jawatan-jawatan lantikan politik yang lain. Pada hakikatnya Pas adalah parti yang mementingkan jawatan, elaun dan habuan, dan bukannya mempertahankan prinsip perjuangan. Sikap dolak-dalik Presiden Pas akan menyebabkan parti ini menuju ke Arkib Negara. Selagi Hadi Awang mengepalai Pas, pembangkang tidak akan dapat menawan Putrajaya.
Harap-harap Tuan Ibrahim Tuan Man sempat menjadi Presiden Pas sebelum PRU 14. Kenyataan-kenyataan Hadi Awang dan Tuan Ibrahim mempunyai banyak titik-titik perbezaan. Tuan Ibrahim pro kepada Pakatan Harapan dan Hadi Awang dilihat ingin membawa Pas bersengkokol dengan BN. Hanya masa yang akan menentukan segalanya. Harapan rakyat marhaen agar pemimpin-pemimpin parti politik baik kerajaan atau pun pembangkang kembali kepada memperjuangkan rakyat yang hidup semakin hari semakin melarat.
SEJAHTERA SEMUA.
BalasPadamSEKADAR PENDAPAT.
UNTUK TUBUHKAN PARTI BARU TIADA SALAH.
TAPI SAYA RASA TIADA MAKNANYA?????..
UNTUK APA IANYA DI TUBUHKAN.
APAKAH RAKYAT MASEH TIDAK SETUJU DGN DASAR PARTI PEMBANGKANG YG SEDIA ADA???
SAYA RASA , BUKAN DASAR PARTI YG MENJADI PERSOALAN BAGI RAKYAT ..TAPI
MATLAMAT PARTI SANGAT KABUR.
APALAGI JIKA TAMBAH DGN SATU LAGI PARTI..LANGSUNG TIADA PENGHARAPAN UTK
MEMBELA RAKYAT. YANG ADA CUMA MASING MASING PEMIMPIN CUBA NAK CARI
TEMPAT. BUKAN UNTUK MENTAKBIR RAKYAT SUPAYA LEBIH BERKEYAKINAN.
OLEH ITU JIKA SATU PARTI LAGI UJUD PASTI KEARAH -VE BAGI PEMBANGKANG DAN +VE
BAGI BN...
SANGAT SUSAH UNTUK MEMILIH KETUA DALAM PEMBANGKANG.
HADI DGN MASAALAHNYA..
MAHDIR DENGAN SCANDAL LAMANYA...
ANUAR CALUN TERBAIK NAMUN MAHADIR TETAP DENDAM..
BUKAN MUDAH UNTUK RAKYAT TERIMA.. APA TAH LAGI SIKAP
PEMIMPIN MALAYSIA TAK KIRA BERAGAMA ATAU TIDAK SIFAT EGO,
SOMBONG DAN TAK PERNAH NAK MENGAKUI KESILAPAN LAMPAU AKAN
MENJADIKAN RAKYAT BOSAN DAN TIDAK IKLASS..
PARTI BARU YG AKAN UJUD PASTI AMAT DINGIN DI HATI RAKYAT.
Perkara yg tak akn ROS luluskn sampai bila2 ialah permohonan pendaftaran PH sbg satu parti. Dulu nak daftar PR pun tak lulus.
BalasPadam