13 Jul 2016

Asalkan UMNO, Dia Boleh Merusuh Dan Semarakkan Api Perkauman?

Kira-kira 200 penunjuk perasaan berhimpun di depan ibu pejabat DAP di sini, hari ini untuk menyatakan protes terhadap wakil rakyat DAP Nga Kor Ming susulan kenyataannya yang didakwa biadab, dan berunsur provokasi.

Penunjuk perasaan yang kebanyakannya berbaju merah berarak sejauh satu 1km dari Ibu Pejabat Umno Cheras sambil menyanyikan lagu ‘Inilah Barisan Kita’ dan membawa plakad tertera ‘penghina Islam harus dihukum’ dan ‘DAP rasis’.

Kekecohan berlaku apabila sebaik tiba di depan ibu pejabat DAP, kira-kira 30 anggota polis membuat sekatan dan tidak membenarkan mereka masuk.


Berlaku tolak menolak antara polis dan peserta perhimpunan itu, malah ada yang membakar mercun.

Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata Kor Ming diberi tempoh hingga akhir bulan Syawal untuk memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di negara ini kerana kenyataannya yang kurang ajar, biadab, tidak bertanggungjawab dan berunsur provokasi.

“Apa yang Kor Ming buat menghasut semua datang ke sini berkumpul untuk merusuh,” katanya.

Susulan kekecohan itu, polis hanya membenarkan sekumpulan kecil pimpinan perhimpunan berkenaan masuk bertemu wakil DAP, Chu Yoon Ming bagi menyerahkan memorandum.

“Kami berjaya menyampaikan niat kami untuk menunjukkan kami terus bersatu dan membantah. Jangan main-main dengan kami,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. -FMT


'Kita nak kasi DAP mati' - baju merah lontar duit neraka

Kira-kira 200 peserta baju merah berkumpul di hadapan Ibu Pejabat DAP Kuala Lumpur bagi membantah kenyataan Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming yang didakwa menghina Islam.

Seramai 30 anggota polis membuat sekatan di hadapan ibu pejabat berkenaan.

Keadaan menjadi kecoh apabila berlaku tolak menolak di antara peserta himpunan dengan anggota polis.

Kumpulan berkenaan turut membawa plakad yang tertera tulisan 'DAP Rasis' dan 'Respek Islam dan mula melemparkan duit neraka ke arah bangunan parti itu.

Duit neraka adalah menyerupai wang dan mengikut adat Cina ia dibakar sebagai persembahan kepada nenek moyang si mati.

Ia terus dilemparkan ketika penunjuk perasaan yang diketuai oleh Pemuda Umno berkumpul untuk melepaskan kekecewaan mereka terhadap seorang ahli parlimen DAP yang dituduh menghina Islam.

Disoal mengenai duit neraka itu, seorang penunjuk perasaan itu menjawab: "Kerana kita nak kasi orang DAP mati ma."

Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii yang berada di sebelah lelaki yang tidak dikenali itu menambah: "Lebih kurang macam ini la, dia mahu Umno mati, kita pun mahu DAP mati.”

Polis cuba berunding dengan penganjur himpunan dan enggan membenarkan wakil DAP bertemu mereka.

Pada 6 Julai lalu, Nga dalam ucapan Aidilfitri menyiarkan karikatur kanak-kanak dan tetamu menerima sedekah duit raya dan menyamakannnya sebagai rasuah dan 'dedak'.

Posting itu kemudiannya dikeluarkan dari laman Facebooknya.

Nga juga mengundang masalah apabila Selasa lalu memuat naik gambar yang berlatar belakangkan rumah api dan bendera Amerika Syarikat dalam ucapan Aidilfitri di akaun Facebooknya.

Ia dikatakan membawa makna simbol agama Kristian.

Selepas berunding, polis kemudiannya, hanya membenarkan sekumpulan kecil pemimpin perhimpunan itu untuk masuk bertemu dengan wakil DAP Chu Yoon Ming bagi menyerahkan memorandum tersebut.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii Razlan mendesak pihak polis mengambil tindakan mengikut Akta Hasutan ke atas Nga kerana mempermainkan agama Islam.

“Saya nak minta pihak polis akta hasut perlu diaktifkan kepada Nga Kor Ming. Tangkap dia, jadikan beliau teladan.

“Jangan mempermain agama sewenang-wenangnya,” katanya dan disusuli letupan mercun bola yang dibakar untuk kali kedua.

Razlan turut mendesak supaya Nga meminta maaf secara terbuka kerana tindakannya itu dilihat tidak mempunyai integriti serta anti Islam.
-mk



ULASAN GB

Kita jadi hairan bagaimana Pemuda UMNO boleh dibiarkan merusuh dan bertempur dengan pihak polis. Dan tiada sebarang tangkap pula.

Jika yang melakukan itu dari pihak parti pembangkang sudah pasti mereka sudah diangkut dengan Black Maria.

Berbalik kepada iisu sebab-sebab mereka merusuh.

Ia hanya disebabkan oleh satu karikatur yang didakwa oleh Pemuda UMNO itu sebagai menghina Islam.


Kartun itu bukan Nga Kor Meng yang lukis. Ia adalah dari seorang kartunis Melayu Islam - AMN - yang setahu GB kartun lukisannya itu lansung tidak ada kaitan mempersenda atau menghina Islam.

Puas GB telek kat mana yang dikatakan "menghina Islam" itu. Lansung tidak kedapatan.

Pemuda UMNO berhujjah kononnya umat Islam digalakkan bersedekah di Hari Raya, oleh itu lukisan kartun menyatakan "meminta derma" itu menghina umat Islam.

Sedangkan istilah sedekah itu berasal dari perkataan Arab, "sadaqah" yang kalau diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu ia bermaksud "sumbangan", "pemberian" dan "derma".

Jadi dimana salahnya ungkapan berkenaan?

Tentang penggunaan perkataan "dedak", ia hanya bahasa kiasan yang pihak tertentu terasa sangat kerana selama ini menaburkan "deda" untuk mendapatkan sokongan.

Apakah lantaran terasa pedas akibat termakan cili maka pihak Pemuda UMNO merusuh?

Sepatutnya rusuhan itu lansung tidak boleh dibenarkan, apatah lagi polis diberitakan sudah pun membuka kertas siasatan mengenai isu kartun berkenaan. Mengapa perlu diganggu urusan polis yang sedang menyiasat?

Justeru itu, Pemuda UMNO dilihat sengaja mengapi-apikan sifat perkauman dan menjulang rasisma yang begitu ketara dengan rusuhan berkenaan, apatah lagi kebiadaban melanggar sekatan polis dan bertempur dengan mereka.

Polis perlu professional dan bertindak tegas demi menjaga keharmonian negara dan tidak sepatutnya bersikap dwi-standard di dalam tindakan mereka di dalam mendaulatkan undang-undang. Jangan hanya tumpukan tangkap kepada kumpulan parti pembangkang dan membiarkan mereka dari UMNO berbuat sesuka hati menggugat dan mmenghuru-harakan keamanan negara.

Jom ikuti apa kata kartunis negara yang terkenal, Zunar.


Kontroversi karikator duit raya: Tidak salah etika dan budaya, kata Zunar

Kartunis politik Zulkiflee Anwar Ulhaque atau Zunar hari ini mempersoalkan respon marah terhadap sebuah karikatur mengenai duit raya, dan berkata ia tidak salah dari segi etika dan budaya.

“Jika kartun begini dianggap jenayah, kartun-kartun satira lain seperti ‘Senyum Kambing’ juga jenayah dan juga patut disiasat. Saya tidak faham IQ dan mentaliti orang-orang berkuasa di Malaysia,” kata Zunar merujuk kartun terbitan Utusan Malaysia yang kerap menghentam pembangkang.

Zunar dipetik berkata rujukan “dedak” dan “derma” dalam kartun itu merupakan rententan isu hangat yang diperkatakan di Malaysia.

“Ia timbul selepas ada orang mengambil wang 2.6 bilion dan dikatakan sebagai derma dan kemudian memberi imbuhan (dedak) kepada pengikut-pengikutnya supaya menutup mulut.

“Memang menjadi tanggungjawab kartunis untuk membawa isu-isu semasa dalam setiap karya-karyanya,” katanya seperti dilapor FMT hari ini.

Kartun yang menjadi kontroversi itu menggambarkan dua orang kanak-kanak, di mana salah seorang bertanya, “Tahun ini, kami tak mintak duit raya, kami mintak derma,” dan dibalas, “Tak dapat derma, dedak pun OK.”

Sebelum ini, Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming menafikan memuat naik kartun tersebut di laman Facebooknya.

Semalam, penunjuk perasaan berbaju merah berkumpul di hadapan ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur, menuntut Nga memohon maaf sambil membawa sepanduk “penghina Islam harus dihukum” dan “DAP rasis”.

Bagaimanapun, Zunar mengingatkan amalan memberi duit raya berasal daripada budaya Cina dan bukan budaya Melayu.

Justeru, beliau bersedia menawarkan kursus membimbing mereka yang tidak faham mengenai kartun.

“Saya sanggup menerima jemputan untuk mengadakan kursus tersebut di mana juga.

“Saya khuatir kerana kurang ketawa boleh meningkatkan depression dan mengundang berbagai penyakit.

“Saya percaya tidak ada sebuah bangsa yang akan maju jika mereka sudah tidak tahu ketawa,” kata Zunar.
-MD


36 ulasan:

  1. Dalam siasatan Polis nanti.. senang je.. minta Nga melukis.

    Betul lah kata Zunar.. mereka lebih takut pada kartun. Mahathir cakap tak pulak mereka serang. Balas pun tidak.

    UMNO berdemo bukan sebab menghina Islam tetapi sebab menyamakan mereka dengan karekter kartun!

    BalasPadam
    Balasan
    1. PEMAKAN DEDAK TAK CUKUP DEDAK...NAK DEDAK KENA JADI KARTUN PUN TAKPE....

      Padam
  2. Sepatutnya Pemuda UMNO menghormati dan memberi kerjasama dengan Polis sebab selama ini Polis banyak membantu UMNO.

    Polis di situ bukan Polis Pakatan Harapan tetapi Polis Barisan Nasional walaupun mereka di bayar gaji dengan cukai rakyat.

    Kalau betul Nga menghina Islam mengap diberi tempoh hingga akhir bulan Syawal?

    Pemuda PAS yang berkopiah berjanggut pun tak mengatakan karikatur tersebut menghina Islam...

    BalasPadam



  3. AR-RAHMAN AR-RAHIM...Di Ulang Ulang
    Di Permulaan Surah...Beratus Kali
    AR-RAHMAN AR-RAHIM...Pengaseh Penyayang
    Ber Kaseh Sayang...Se Tulus7 HATI
    AR RAHMAN AR-RAHIM...Pengaseh Penyayang
    Rahmatan lil Alamiin...UNIVERSAL Azali
    Smurni7Kaseh Sayang...Yg Kaseh Mem-BERI


    AR-RAHMAN AR-RAHIM...Di Permulaan Surah
    Beratus Kali Diulang...Di Dalam Al-Quran
    Sifat-NYA ALLAH...Penyayang Pe MURAH
    Yang Kaseh Mem-BERI...Demi Sgl KEHIDUPAN
    Yg Kaseh Mem-BERI...Yg Mem-BERIkan AMANAH
    Yg Mnjd "PENAWAR" Azali...Segala Kebejatan


    AR-RAHMAN AR-RAHIM...Pengaseh Penyayang
    Renong Dan Hayatilah...Dgn Mendalam
    Yg Kaseh Mem-BERI...Kan INDAH Ter Bayang
    Bak CAHAYA Menerangi...Kegelapan Malam
    Yg Kaseh Mem-BERI...Bak Semangat Men JULANG
    Terbang Men JULANG...Sbnr7CINTA-Kaseh-SAYANG


    AR-RAHMAN AR-RAHIM...Terbang Men JULANG
    Men Julang KASEH...Yg Kaseh Mem-BERI
    AR-RAHMAN AR-RAHIM...Mnjd PANTANG Terlarang
    Pantang Ter LARANG Kpd...Pem FITNAH MenCURI
    AR-RAHMAN AR-RAHIM Itu...Tak Sesekali CURANG
    Krn AR-RAHMAN AR-RAHIM Itu...Setinggi7INTEGRITY Hanya Kaseh Mem-BERI


    Semoga AR-RAHMAN AR-RAHIM...Yg Bnar7DiRenong Bnar7Di Hayati
    Setinggi7INTEGRITY Kaseh Mem-Beri...Akan Mnjd "PENAWAR" Abadi DiBumi ini
    Setinggi7INTEGRITY Kaseh Mem-BERI...Mnjd CAHAYA Yg Bersinar Kembali..






    BalasPadam
  4. Yang baju merah tu acah je lebih. Bukan nya berani sangat. Siapa tak kenal muka-muka yg turun berdemo semalam. Bak kata perpatah orang UMNO, "ada wang apa lancau pun boleh buat". Semuanya telah berbayar. Tambah muka mamat yg tunjuk lagak (bekas pemimpin muda tak laku PERKASA), berani sebab ada polis. Ini semua macai berbayar yg prinsip tunggang langgang

    BalasPadam
  5. Katun berbaju merah berdemo depan pejabat DAP
    kerana DUIT RAYA...............HEHEHE.
    Bongoknya pemuda UMNO

    BalasPadam
  6. Dulu ada kes tentang 'kangkong' sampai PDRM tangkap dan dakwa seorang India kerana cubaan menghasut tapi akhirnya mahkamah tolak. Sekarang pula kes 'dedak' yang makan dedak sahaja yang terasa tersinggung, mungkin dedak makanan asasi mereka jadi mereka cukup marah bila makanan mereka dipermainkan.

    BalasPadam
  7. PEMAKAN DEDAK mengamuk!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  8. Mau tak marah puak ni........kartun tu hina menteri ameno rupanya, takde kaitan dgn islam pun! Kah kah kah!

    BalasPadam
  9. Umno Menuduh Dap Berak di dalam Seluar yang Sedang Dipakainya.

    Tingkahlaku Melayu tidak semestinya menggambarkan akhlak Islam yang sebenar. Apabila pemimpin Melayu mengamalkan rasuah, skandal seks, kronism, nepotism, ketirisan, keborosan, penyelewengan, pembunuhan, pendakwaan berpilih-pilih dan sebagainya tidak boleh dikaitkan dengan Islam. Pada hakikatnya nilai-nilai Islam sudah menjadi budaya sesetengah masyarakat walaupun mereka bukan Islam. Lihatlah Sweden, negara majoriti Kristian tetapi mereka mengamalkan nilai-nilai Islam sebagai "The way of life".

    Dap yang sekian lama mahu mendekati dan berbaik-baik dengan Melayu, dituduh pula sebagai parti anti etnik ini. Itu tuduhan fitnah. Dap memang mengharapkan undi dan sokongan Melayu untuk memenangi pilihan raya. Tanpa undi Melayu Dap tidak akan menang di kawasan campuran. Goblok sangatlah sesiapa yang menuduh Dap anti Melayu. Apa yang kita perhatikan, Umnolah yang memainkan isu perkauman. Akronim Umno apabila diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu menjadi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersekutu (Pekembar). Ternyata Umno adalah parti tulen Melayu. Lantaran itu, jika parti ini ada unsur-unsur anti bangsa lain memang logik dan masuk akal.

    Umno menerajui kerajaan Barisan Nasional. Dengan memiliki 3M (machinery, money, media), Umno mampu memanipulasi sesuatu isu untuk survival parti mereka. Pendokong-pendokong Umno yang dikepalai oleh Datuk Jamal Yunus, dan ahli-ahli Umno yang berselindung di sebalik PERKASA melakukan tindak-tanduk yang nyata berunsur perkauman, namun menuduh DAP yang melakukannya. Macam cerita budak kecil yang malu kerana terberak dalam seluar, lalu menuduh orang lain berak di dalam seluar yang sedang dipakainya. Jari yang menuding, jari itulah juga yang melakukannya. Itulah sebenarnya gambaran buruk gelagat Umno yang memburuk pihak lain, semata-mata bermain manipulasi bertujuan untuk mengekalkan kuasa.

    BalasPadam
  10. Takda sebab mereka nak tunjuk perasaan marahkan Ngor dan DAP. Lakaran kartoon itu langsung tak menghina Islam. Sengaja mereka nak tunjuk merekalah pembela Islam dan pemimpin konon. Ada kepentingan....!

    BalasPadam
  11. Titm ajak genjatan senjata.apa pendapat gb.pas yg perang pas pulak ajak bbaik.makin pening pas ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suruh TITM cakap pada pemimpin penceramah PAS. Jangan cakap sorang-sorang.

      Penceramah punya mulut longkang tak menyerang tapi bau tetap busuk.

      Nik Abduh tak menyerang bila kata 1MDB konspirasi dunia. Dia cuma membela taukeh dedak.

      TITM seriau dengan lapuran Sarawak Repot tapi yang lain-lain masih tak percaya dan masih terus memberi peluang kepada taukeh dedak.

      Minta PAS letak jawatan sebagai penasihat dulu.

      Padam
  12. Ini kerja budak2 terencat akal..dapat dedak sikit..jadikkk

    BalasPadam
  13. Yg pegimerusuh tu bukan atas semangat islam pun..semangat dedak..kalau tak dihulur dedak,sekor pun tak peduli..jho lo dahkebas bilion..sekor pun tak bising..

    BalasPadam
  14. Nak kasi DAP mati halal, tak halam Rasuah pimpinan melayu/Islam tak halam Amoi ada halam ka talak halam? Saja tanya,jangan mare

    BalasPadam
  15. Wah, lagak, hebat dan garangnya pemuda umno ini. Malangnya, emosinya itu tak bertempat. Dah nampak kurang ajar dan biadap. Buat malu Melayu aja.
    Lakaran kartoon itu langsung tak menghina Islam. Cuma siapa yg makan cili dialah yg terasa pedas, itu aja.

    BalasPadam
  16. Nak dedak lah tu.......

    BalasPadam
  17. Pasukan baju merah yg bodoh lagi sangat tolol..!! Kalau betul pejuang islam...tu ha rempuh dan mengamuk depan kedutaan Myanmar yg menyembelih org Islam di Myanmar tu...!!

    Suka sangat tunjuk bangang tak bertempat... Buat malu orang Islam he kamu ni...puiii dan puii puuiii

    BalasPadam
  18. ini mamat cari makan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju.muka mamat tu pun muka duit.dpt duit apapun jadi

      Padam
  19. Melayu spesis bukan baru dalam aren politik negara. Spesis yang bukan sahaja memalukan mak bapak depa malahan memalukan bangsa serta keturunan depa. Yang paling kecewa ialah depa cuba kaitkan tindakan depa dengan agama Islam pulak sedangkan umum mengetahui bahawa puak memang munafikun yang jelmaan shj Islam tapi praktiknya haprak.
    Spesis bukannya mempertahankan maruah bangsa dan agama tetapi sebaliknya merupakan PEROSAK yang didokong oleh penguatkuasa yang bodoh-bodoh belaka hasil daripada terlampau banyak makan duit haram.
    Bayangkan apabila manusia terlampau banyak makan tahi, peluhnya pun akan berbau tahi juga. Begitu juga air liuq, air mata, air mani, ... semuanya berbau tahi TAPI sayangnya ialah dia tak perasan akan bau itu.
    Sedih melihat bangsa aku yang bergelumang dengan rasuah tapi masih ingin dipandang MULIA sedangkan dah jatuh sehingga peringkat PARIA dah ni. Berbetulan dengan ucapan boss depa iaitu HARAMJADAH, HARAMJADAH, HARAMJADAH.

    BalasPadam
  20. 1. Terdapat kemungkinan Muhyiddin Yassin dan Ezam Mohd Noor tidak membaca secara teliti Laporan Jawatan Kuasa Kira Wang Negara (PAC) bertajuk Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1Malaysia Development Berhad (1MDB) setebal 106 mukasurat. Jika mereka membacanya sekalipun, mungkin mereka tidak memahami kandungannya. Sekiranya Muhyiddin dan Ezam benar-benar membacanya, pasti kedua-duanya tahu bahawa di dalam Laporan PAC tersebut sudah terkandung kesimpulan hasil siasatan Jabatan Audit Negara (JAN), selain dapatan dan kesimpulan dari PAC sendiri.

    2. Muhyiddin secara berterusan menyalahkan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam soal klasifikasi laporan audit ini. Muhyiddin gagal memahami bahawa ia merupakan permintaan Ketua Audit Negara sendiri. Perkara ini pernah dinyatakan oleh Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin pada 4 Mac 2016, yang memaklumkan keperluan dan tindakan yang diambil oleh JAN untuk mengklasifikasikan Laporan Akhir Ketua Audit Negara Terhadap Pengauditan 1MDB sebagai dokumen rahsia rasmi. Dalam kenyataan itu disebut bahawa keputusan Jabatan Audit Negara ini dilakukan berikutan ada maklumat dalam Laporan Interim Terhadap Pengauditan 1MDB yang dibocorkan SECARA BERPILIH oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi mencetuskan laporan negatif sehingga menjejaskan kredibiliti Jabatan Audit Negara dan PAC.

    3. Muhyiddin juga secara sengaja berbohong dan memutar belit kenyataan berhubung arahan kepada Ketua Audit Negara. Dalam kenyataan Pejabat Perdana Menteri pada 4 Mac 2015, jelas disebut bahawa "Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak mengarahkan Ketua Audit Negara melakukan pengesahan bebas (perkataan yang digunakan "verify") akaun syarikat pembangunan strategik, 1Malaysia Development Berhad, (1MDB). Laporan Ketua Audit Negara itu kemudiannya akan diserahkan (perkataan yang digunakan "will be passed") kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) parlimen untuk semakan (perkataan yang digunakan "inspection")." Turut disebut bahawa kenyataan media itu dibuat selepas wakil 1MDB dan wakil pengaudit syarikat itu, Deloitte dipanggil memberi penerangan kepada jemaah kabinet pada hari yang sama. Dinyatakan bahawa wakil 1MDB memberi penerangan berhubung situasi terkini syarikat dan turut memberikan jawapan terhadap pelbagai soalan yang dikemukakan anggota kabinet termasuk oleh Perdana Menteri dan timbalannya, manakala Deloitte pula memberikan gambaran menyeluruh hubungan dengan 1MDB dan mengesahkan audit akaun syarikat.

    4. Telah dinyatakan dengan jelas dalam kenyataan Pejabat Perdana Menteri sejak hari pertama pengumuman mengenai arahan kepada Ketua Audit Negara dibuat bahawa "laporan Ketua Audit Negara akan diserahkan kepada PAC yang dianggotai oleh ahli parlimen kerajaan dan pembangkang untuk disemak secara telus". Adakah Muhyiddin gagal memahami bahasa mudah yang digunakan dalam kenyataan tersebut? Di manakah yang disebut bahawa Laporan Ketua Audit Negara akan didedahkan kepada umum? Muhyiddin memetik tulisan dalam blog Najib yang menyebut mengenai "fakta-fakta dari laporan Ketua Audit Negara dan PAC" untuk menuduh PM tidak menepati janii. Untuk pengetahuan Muhyiddin dan Ezam, fakta-fakta inilah yang digunakan dan dimasukkan di dalam laporan PAC. Silalah baca semula laporan PAC tersebut.

    5. Dari segi proses dan prosedur, Laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB adalah untuk dibentangkan kepada PAC agar laporan tersebut boleh diteliti dan semakan susulan boleh dibuat. Kenapa PAC dilibatkan? Penglibatan PAC penting kerana ia diberikan autoriti untuk memanggil pihak yang terlibat dalam isu 1MDB ini dan penjelasan konteks sesuatu peristiwa boleh ditanya. PAC juga penting kerana ia boleh memberikan pandangan yang objektif atas sifat dwi-partisannya yang diwakili oleh wakil rakyat kerajaan dan pembangkang. Selepas PAC membuat semakan, mereka juga diberi autoriti untuk mencadangkan tindakan-tindakan susulan yang perlu diambil oleh kerajaan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hasan Cari Makan pun kata dia pinda laporan PAC tu ko x citer pulak. Kalau dah betul laporan PAC tu apasal laporan odit tu di OSA pulak? Takde telur ke?

      Padam
    2. Itu bukan soalnya...persoalanya berniaga apa rugi sampai berbillion ringgt..adakah kau or najib yg bayar..bkn kn...rakyat yg kene byar melalui gst..kalau jual goreng pisang pun lg baik but tentu ada untung...perlaburan bijak ker bahlol..jgn ckap berbelit sgt..dunia milik allah..bkn umno n najib..

      Padam
  21. GB nanti tolong ulas cadangan TITM hal pakatan rakyat..
    Nampaknya ada lagi orang macam ni dalam pas, katanya dah dibersihkan..
    Ini ke yang orang pas cakap tak wala, tak istiqamah, munafiq dll..
    Takkan pas nak jilat kahak untuk bekerjasama dengan DAP semula..
    Adakah Hadi Awang akan mempersoal akidah TITM..

    Tunggulah tengok titm nak u turn ke tak kalau tak sebulu dengan hadi.. kalau dia u turn, betulah pandangan aku selama ini yang titm tak boleh memimpin sebab tak ada stand..

    BalasPadam
  22. Melihat kepada kehebatan, kemachoan dan kegarangan penyokong baju merah yang turun berdemo di depan ibu pejabat DAP semalam , saya berasa sangat bangga dan terharu. Kagum dan terkesima dibuatnya. Saya merasakan inilah calon-calon wira kita yang patut dihantar ke Iraq atau Syria bagi belawan dengan ISIS. Ataupun kita hantar ke Pilipina untuk bertumbuk dengan geng Abu Sayaf. Pasti bertempiaran ISIS dan geng Abu Sayaf bila berhadapan dengan geng baju merah pimpinan pemuda UMNO. Syukur ada kumpulan macam ni. Terasa selamat dan tenteram. Amin.

    BalasPadam
  23. Monyet2 baju merah berkumpul depan pejabat DAP untuk minta dedak. Takkan salah kot?Lagipun, UMNO sinonim dengan samseng.

    BalasPadam
  24. Berjaya pemuda UMNO menunjukjan betapa BODOHnya mereka ini..
    Memang ketawa besar Najib tengok betaoa bodohnya peliharaan mereka...

    BalasPadam
  25. mca mic gelakan pun bisa mencabar hukum hukum Islam
    kenapa tak pi sergah
    ni mamat cakap saja islam kalau tanya bab solat pun ramai tak lepas
    ada jugak orang islam pertikai hukum hukum islam
    kenapa tak pi sergah
    pertahan agama islam konon
    banyak jahil dariapda paham islam

    BalasPadam
  26. Kartun tu tak hina Islam langsung, hina pemakan dedak adalah. Sape makan dedak dia lah yang rasa tercekik. Pemuda baju merah yang merusuh tu ialah Pemuda UMNO pemakan dedak yang nak tunjuk berani dengan harapan dapat tambahan dedak, lepas raya dedak pun dah kurang. Kesian pelopor baju merah Jamal Tongkol tak dapat jadi calon PRK Sungai Besar, kalau tak raya sakan la geng pemuda baju merah, tak de la nak mengamuk cam tu.

    BalasPadam
  27. Siapa makan dedak merekalah yg terasa. Berapa besen dedak lah diaorang bagi upah seorang. Kahakakah
    Pemakan kangkong dan dedak. Kelakar weiii

    BalasPadam
  28. Kelakor sungguh PEMUDA UMNO BAJU MERAH ni! Cukuplah berlakun sebagai pembela Islam. Orang Islam yg ada ilmu tak rasa pun puak ni membela Islam malah merasakan puak ni lah yg menghina Islam dg perbuatan dan percakapan mereka kpd DAP. Tu lah sebab terlampau banyak makan DEDAK dan KANGKONG jadi macam tu lah!

    BalasPadam
  29. Cuba alih isu derma, salah guna kuasa, rasuah, pemecatan, haru hara dalam parti sendiri. ...

    BalasPadam
  30. Umno bn menternak banyak pemakan dedak dan pemakan kangkong sebab modalnya kecil tapi bodohnya melampau. Kahakahaha

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.