17 Jul 2016

Anak Hadi Dibelasah Netizen Kerana Anggap Kudeta Turki "Permainan" Erdogan

Tatkala seluruh dunia Islam berdoa dan menyebelahi kepimpinan Erdogan di dalam menentang rancangan segelintir tentera Turki melakukan kudeta di negara itu, tiba-tiba terdapat beberapa kelompok dalam Parti Islam SeMalaysia cuba menganggap ia sebagai "permainan politik Erdogan" untuk melemahkan tentera Turki.

Salah seorangnya ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS, iaitu anak kepada Presiden PAS, Mohd Khalil Abdul Hadi yang memuatkan satu status di dalam facebooknya yang menyatakan "Jikalau ianya 'permainan' politik Erdogan untuk melemahkan tentera maka ia insyaallah akan jadi turning point politik Turki kearah yang lebih baik."




Beliau beranggapan bahawa "kudeta itu menjadi titik permulaan (turning point) politik Turki ke arah yang lebih baik" dengan membuat satu persangkaan buruk terhadap Erdogan di permulaan ayatnya  iaitu "Jikalau ianya 'permainan' politik Erdogan untuk melemahkan tentera".

Sikap yang sama dengan Khalil itu pada awalnya dikesan ditulis oleh PAS Putrajaya di dalam facebooknya.


Pandangan kedua-duanya itu mirip kepada pendapat-pendapat barat yang sentiasa memusuhi kerajaan Erdogan di Turki yang telah berjaya menyatukan rakyat Turki.


Malah laporan-laporan berita media massa dunia barat semalam juga memberikan liputan meluas kepada pihak tentera yang melakukan kudeta berkenaan, malah ada diantaranya yang telah dari awal menugumumkan bahawa Turki sudah berjaya dirampas oleh pihak tentera.

Akibat dari pandangan yang biadab itu, netizen telah bertali arus "membelasah" Khalil Hadi. Tuna-tuan boleh tatap sendiri (sila klik imej untuk membaca dgn lebih jelas):


Untuk penutup GB tertarik dengan tulisan seorang sahabat ini:


APAKAH PENGAJARAN SOKONGAN RAKYAT KEPADA KERAJAAN TURKI YANG DIPIMPIN OLEH ERDOGAN SELEPAS CUBAAN MERAMPAS KUASA

1) Nama partinya bukan parti Islam
2) Kepimpinan partinya bukan ulamak
3) Di dalam perlembagaan partinya tiada tertulis Alquran, Assunnah, Ijmak dan Qias
4) Kerajaannya tidak memperjuangkan hudud ataupun ikon berjenama Islam seperti Fastaqim atau Istiqamah.

Namun rakyat turun dan sanggup bertarung nyawa. Jadi di manakah kekuatan partinya sehingga ribuan rakyat turun melawan tentera yang bersenjata lengkap? Antaranya:
1) Partinya mementingkan kesejahteraan negara
2) Partinya mengutamakan kebajikan rakyat
3) Partinya menunjukkan contoh yang baik di dalam urus tadbir negara

Apa pula kejayaan Turki semenjak Erdogan dan partinya memerintah?
1) Yang terbesar ialah keyakinan rakyat ke atas kerajaan pimpinannya sehingga dapat menggagalkan cubaan tentera merampas kuasa.
2) Akhlak Islam semakin diterima berbanding sebelumnya seperti Ahli Parlimen dan pelajar dibenarkan bertudung, jemaah Masjid semakin ramai, pengajian Islam yang sebenarnya digalakkan tanpa label label Islam
3) Ekonomi Turki semakin kukuh dan mantap
4) Nama Turki semakin gah di dunia
5) Turki disegani kawan dan lawan

Jadi di manakah kata-kata yang baru dikatakan kelmarin bahawa Islam mesti ditegakkan atas prinsip yang jelas, parti mesti bernama Islam, perlembagaan mesti tertulis Alquran, Assunnah, Ijmaq dan Qias, berkerjasama hanya di dalam sempadan Islam yang difahaminya itu dan kemenangan akhirat lebih utama dari kemenangan ke Putrajaya?

Kerangka politik Islam di Malaysia perlukan seorang atau sekumpulan pemimpin yang boleh membawa Islam ke tengah masyarakat dalam bentuk praktikal dan bukan sekadar retorik.


50 ulasan:

  1. Itulah eiilmuu yg di ajaq umnooo..kat geng pas ni...kalau hg pa baca ni..hg pa tu pemuda pas.. Hg pa boleh poooodah

    BalasPadam
  2. Kalau bodoh pasal politik dunia tak payah la sibuk nak ulas. Politik kampung pun fail

    BalasPadam
  3. Inilah standard agamawan Pas sekarang. Menganggap dunia ini hanya terletak disekeliling serban dan jubah mereka.

    BalasPadam
  4. Timbalan Ketua Pemuda Pas memang seorang berfikiran haprak!!!!
    Sama dgn Ketuanya!!!

    BalasPadam
  5. pandangan hardy's boy ni senada dgn ostad yg ngajar ngaji di tv alhijrah yg menyalahkan presiden morsi dan menyokong jen al sisi sipenyembelih ikhwanul muslimin di mesir. jika inilah pegangan pemuda2 yg nak kononnya nak pimpin negara pada masa depan pohon dijauhkan Allah mereka2 ini drp mendapat kuasa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul saudara ckp..dulu mula2 bg ceramah di tv sampai jadi FENOMENA( siap penerbit maklumkan ustaz tu jd fenomena melanda di malaysia.).semua org suka dgn ustaz tu.tambah2 masa tu belum kawin.satu hari Kebetulan aku tgk ulasan ustaz tu.. dia boleh ckp.dia menyokong ulamak yg menyokong tentera di mesir tu. Apa yg moshi dan ulamak2 tu buat tak betul.sedang hampir semua beragama islam di dunia ini menyokong moshi .. boleh ustaz tu ckp jenderal al sisi tu betul. Skg apa jadi kat ustaz tu..aku kekdg tertgk rancangan dia kat tv senyum je. Dah mengajar bdk2 kecik pelajaran agama dgn bdk2 muda tiga empat org.mungkin ustaz tu tak bertanya pada diri sendiri .kenapa aku jadi begini skg.. sedangkan aku dulu jadi fenomena yg melanda kat malaysia.. skg aku mengajar bdk2..faham setiap aspek berkenaan agama.. tp apa yg dia terima..dia tak faham..

      Padam
  6. bodo supo kera duku budak marang ni.Anak sapa laa.

    BalasPadam
  7. Nak tunjukkan tahap itu lah kemampuan berfikir uztaz Pas, tahap siku lutut je. Jangankan isu global, isu national pun dia orang tak reti nak ulas. Kesian kat walaun yang jadi pengikut, taat membabi buta walaupun tahu ilmu agamawan Pas setakat kepala lutut sahaja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. buah cempedak diluar pagar
      ambil galah tolong jolokkan
      dia ni baru nak belajar
      kalu dah tak pahe jange nak selewengkan....

      Padam
  8. Sekiranya Erdogan mahu melemahkan tentera.... lebih baik Erdogan gunakan dedak sahaja !

    Tak payah tutup airport dan jembatan sempadan.

    Bodoh punya budak dalam PAS.

    BalasPadam
  9. Selama ini PAS berpolitik bukan untuk berdakwah tetapi untuk menyertai 'permainan' yang mengguna tipu helah .. bentang hudud adalah permainan.. sokong Najib melungkup kan negara adalah permainan ..GST yang Ulamak PAS kata haram pun hanya permainan.. demo Rohingya adalah permainan... ceramah masuk syurga guna nombor ahli PAS adalah juga permainan.. hidup yang di beri Allah yang di cumburui oleh sekelian mahluk Allah swt kepada manusia adalah hanya 'permainan'..?

    Apa yang dalam kehidupan ini bukan 'permainan' ? Semua yang di buat tidak mengikut landasan Islam dan hukum adalah permainan.

    Kerana memberi gelaran kumpulan Erdogan kepada pemimpin AMANAH satu ketika dahulu, semua nya menjadi 'permainan'.

    Di negara ini semuanya lemah !! PAS yang dulu kuat pun telah di lemah kan !

    Budak PAS memang bodoh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak baik ko cakap diaorg bodoh.
      Keldai aje cukup la

      Padam
    2. tak baik kata keldai...kasar sangat bunyinya...org2 terpilih kalau nak tegur tak boleh kasar2...nanti tak cium syurga tau...saya rasa baghal cukup sesuai,tak la kasar sgt.

      Padam
    3. Eh masih kasar tuuu...panggil tolol ok kot..tp perkataan tu bapa si tolol tu yg kasi.

      Padam
  10. Bila bapak dah makan dedak UMNO, anak pun jadi biol. Sebab hanya binatang yang makan dedak..

    BalasPadam
  11. Erdogan memarahi Perdana Menteri Israel dan meninggalkan forum..

    Najib tersenyum bangga sebab dapat bertemu dan bersalaman dengan pemimpin Israel..

    Budak PAS memang bangsat !

    BalasPadam
  12. pas umpama parti yg dipimpin oleh gulient yg lebih redical setelah bepecah dengan erdogsn dan mengkafirkan akp. amanah lebih mirip pada akp tu yg anak gulient merapu ... lebih suka erdogan pergi ...

    BalasPadam
  13. Kesian PAS ni..tringin nk ulas isu..Tpi bodo piaq

    BalasPadam
  14. Anak tuan presiden PAS menuduh Erdogan buat permainan politik.. sama la macam permainan politik PAS kat Malaysia.. depan rakyat buat wayang kutuk UMNO.. kat belakang dok cium mulut dgn Najib.. pirah mabuk!!!

    BalasPadam
  15. Dari dulu golongan pro ulama parti IS cukup anti dgn pro erdogan.. tak hairan dgn statement anak presiden parti IS.. anak bapak..

    BalasPadam
  16. Komen FB yang berserta kartun menjelaskan yang di maksudkan oleh budak PAS ialah barat yang tuduh Erdogan 'main-main' ... Itu yang di maksudkan "jikalau ianya 'permainan'..."

    Orang politik mesti pandai bercakap..
    Jangan mengiyakan .. Bila mengiyakan yang barat katakan dan tambah pulak menjadikan politik Turki lebih baik.. secara tak langsung merendahkan kredibiliti Erdogan, pemimpin Islam seolah-olah merancang kejadian tersebut.

    Jika PAS berjuang untuk Islam dan menyokong rakyat Turki, PAS tidak guna perkataan 'jikalau ia nya...' ini akan memberi peluang kepada musuh mengatakan ada di kalangan pemimpin Islam yang sangsi dengan rampasan kuasa tersebut.

    Budak PAS macam takut nak ulas.. dan lebih baik ulas dengan beri penghormatan kepada rakyat yang bukan sahaja turun ke jalanraya tetapi sama menangkap pemberontak.

    Budak PAS langsung tak cerdik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. budak2 pis nih, x yah laa nak ulas politik global..
      politik d'mesia pn x hazam lgi.
      x usah nak g jauh2..
      tngok laa kt felda n kpg.2 bgi clear dulu....

      Padam
  17. Dulu masa Parti PIS menang terengganu ada bentang hudud x???!! Ke ini semua permainan politik??!! Tuang presideng marang yg otak mereng??!! Patot la org cerdik pndai rmai keluar Parti PIS, tinggal pencacai walaunta sahaja kt PIS!!!

    BalasPadam
  18. slogan....janji islam yg perintah kat turkey walau sekular.....tak pkai plak noo slogan tu...hahahahha sbb tak melayu kot..ka sbb tak masyukkkk

    BalasPadam
  19. Bila rakyat nak tumbang Najib, bapak si budak hingusan pertahan sehingga pru14. Ooo bila Erdogan orang nak tumbang hang pula cakap macam tu.

    BalasPadam
  20. Bila kesejahteraan rakyat didahukukan, rakyat akan turun mempertahankan kerajaan bila kerajaan diancam. Ini tidak, baru satu penggal diberi peluang perintah rakyat dah tendang keluar. Sama juga di mesir, minta maaf kerana strategi tak betul kerajaan tak dapat dipertahankan. Oleh itu ulama2 Islam harus belajar strategi politik, jk perlu drpd para profesional. Utamakan kesejahteraan rakyat dahulu sebelum nak dilaksanakan hukum hudud dsb. Bila kerajaan dah stabil dan ekonomi meningkat barulah difikirkan kanun jenayah.

    BalasPadam
  21. Penurunan pusaka kebangangan dan kebahalulan ayahanda.

    BalasPadam
  22. Timbalan dan ketua pemuda PIS x payah ulas isu global...kalau ulas nampak mereka ni bodoh piang....

    BalasPadam
  23. khalil anak hadi.pas putrajaya.junta tentera konspirasi turki.pkk kurdis.mossad israel. - kasi sumbat dlm 1 bakul..

    BalasPadam
  24. Kahkahkah..

    BalasPadam
  25. Cukuplah ko orang belasah budak hingusan ni, kat fb dah kena kutuk kat sini lagi kao ko orang buat. Timbalan ketua pemuda pas kebangsaan tapi otak level penolong ketua darjah 5 sk je. Kita dok pulun ayat ape pun dia bukan tambah bijak pun, tambah bengap ada lah.

    BalasPadam
  26. Bandingkan ulasan mangkok hayun pas ni dengan ulasan Ketua Pemuda AMANAH Kelantan,nilai sendiri. Kat isu ni pun kita dah tahu tahap kebijaksanaan dan knowledge pemimpin pemuda pas.

    BalasPadam
  27. Pemuda Pinang Sebatang17 Julai 2016 pada 12:29 PTG

    Kesian kat pemuda paspispus..
    Xreti langsung..xperlu ulas..

    BalasPadam
  28. Hahahaha, kali ni aku setuju dgn PIS, walaupun depa ni bodoh berpolitik, tp depa tau jugak realiti ketamakan erdoan.. buleh jadi jugak coup ini dirancang kerana coup ni tersgt pelik dari segi kekuatan dan mcm nk tunjuk power n then berbalik coup bejaya dipatahkan dgn memaparkan erdoan sbg wira dihati rakyat... jgn kita lupa pulak ye skandal2 erdoan dlm menaja isis dan puak penentang di syria.. jikalau kita boleh mengkritik usaha tentera utk menjatuhkan sultan erdoan sbg tdak demokratik kerana ingin menjatuhkan pilihan rakyat, kita juga perlu hormati pilihan rakyat syria yg 70% memilih assad sbg pemimpin berbanding faksi penentang yg lain.. saya suka cara politik amanah yg matang dan tidak bersifat perkauman, juga tidak melampau dlm hukum seperti parti orthodox pas yg ketinggalan zaman.. tp dlm hal dunia, kita harus bykkan pemerhatian dan berfikir luar kotak utk mendapatkan jwpan sebenar.. jgn dlm negara kita dah maju dlm pemikiran ttp dlm hal dunia luar kita terkebelakang sperti pas, terikut dgn gaya fundamentalis agama.. misal kata kita diamkan shj kejahatan saudi di yemen yg dunia diamkan kerana saudi adalah sunni islam dan penjaga tanah suci kita..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adakah pilihanraya di Syria sama demokratiknya dgn pilihanraya di turki? Turki sebghn drpd EU. Jd 70% yg memilih Assad tu adalah diragukan, samalah dgn 48% di malaysia demokrasi tempang

      Padam
    2. Kes di syria,ramai rakyatnya pulau p-raya..sbb tu peratusan keluar mengundi rendah

      Padam
  29. Memang PAS ni parti baghal dengan pemimpin yang baghal

    BalasPadam
  30. Salam En. Tanpa Nama,

    Apa bukti Erdogan ada skandal ISIS??? Sama juga dengan budak-budak PAS apa bukti MAt Sabu tolak hudud??? Dia bagi video dengan latar belakang MAt Sabu, yang cakap orang PAS sendiri!!!

    Jadi, kalau tak ada bukti, jangan fitnah!!!

    Cukuplah mangkok-mangkok PAS yang ada sekarang ni memfitnah je kerjanya korang pun nak ikut mangkok-mangkok ni juga???

    BalasPadam
  31. Salah satu buti, MoD russia telah mengemukakan bukti lori-lori minyak ISIS daripada Syria menuju Turki, sebelum Russia mengebom lori-lori tangki dan laluan tersebut. Macamna masih ada orang bertanya tentang bukti-bukti IS dan Turkey (Erdogan)?!

    BalasPadam
  32. maaf tuan gb.... tghri td ade baca dlm satu blog tentang kenyataan anak hj hadi ni.... menurut laporan blog tu katanya akaun fb tu akaun palsu bkn milik tuan punya badan...... blog pro pas tu siap kata org2 pan mmg suka buat fitnah.....

    BalasPadam
  33. Dia ni ejen cia amerika?

    BalasPadam
  34. Pimpinan PAS mmg bnyk wayang. Jika parti mu kaki wayang, tak perlu samakan Edrogan dgn otak bapa mu. Jauh panggang dr api bai! Edrogan dah bnyk penggal berjaya prtahan Turki mnghadapi tekanan barat & dunia. Bapa mung Teganu sepenggal dah roboh, itu lah mb wayang wei! Baju melayu, tanjak & keris dah masok panggang kah?

    BalasPadam
  35. Sandiwara hudud macamana pulak?.. sudah la pascai.. hopeless..

    BalasPadam
  36. X sangka pas ni lg bodoh dr umnongok..

    BalasPadam
  37. Kebodohan bapak telah pun diturunkan kepada anaknya. Jelas dan nyata.

    BalasPadam
  38. Pas sememangnya tidak merestui AKP, parti pimpinan Erdogen memerintah Turki. Parti AKP adalah parti serpihan Refah pimpinan Erbakan. Satu lagi parti serpihan Refah ialah Saadat. Parti Saadat dianggotai golongan feudamentalis Islam yang tidak mahu berkompromi dengan parti2 lain terutama AKP. AKP pula parti yang sedrehana dan tidak terlalu fanatik kepada agama, tetapi lebih kepada membela rakyat yang tertindas. Dipendekkan analogi, Saadat mempunyai persamaan dengan Pas, manakala Amanah mirip kepada perjuangan dan prinsip AKP. Lantaran itu, tidak hairanlah apabila Hadi melawat Turki, beliau tidak mengunjungi Erdogen. Saya tidak pasti sama ada Hadi tidak mahu mengunjungi atau Erdogen sendiri yang tidak mahu dikunjungi oleh tokoh ulama politik Msia ini. Walaupun Erdogen belum mampu melaksanakan hudud tetapi dalam waktu yang singkat beliau mampu membawa pembangunan dan syiar Islam di Turki. Pas pula sejak ditubuhkan sejak 60 tahun yang lalu, tidak terlepas bibir mereka menyebut hukum hudud terutama menjelang PRU dan PRK, tetapi sehingga kini tidak terlaksana pun di bumi Msia. Politik bukan sekadar melaksanakan hukum, tetapi juga membangun rakyat.

    BalasPadam
  39. Kenyataan Timb KPP Pusat itu membygkan PAS dah msk perangkap Barat dan Yahudi atas usaha Najib, Nasaruddin Mat Isa, & Arab Saudi atau ada di antara pimpinan muda PAS yang terpengaruh dgn fahaman Sufi bawaan Fadullah Gulen.

    BalasPadam
  40. Terbaik pembodek najib belake

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.