Salahuddin kembali ke Pas?
Sambutan Aidil Fitri Syawal tahun ini begitu bermakna bagi saya setelah setahun bermula dengan Gerakan Harapan Baru( GHB) dan seterusnya bersama Parti Amanah Negara (Amanah), sebuah parti yang saya bersama membinanya dari hari pertama kewujudanya.
Di samping rakan-rakan seagama yang begitu ramai datang bertamu di rumah saya di Kg Tg Piai, Pontian, demikian juga rakan-rakan dari kaum Cina dan India yang memeriahkan lagi sambutan Hari Raya. Saudara mara saya dari kaum tionghua juga tidak ketinggalan setiap tahun datang begitu ramai mewarnai panorama rentas budaya dan politik.
Tidak ketinggalan juga rakan-rakan lama daripada Pas yang berjumpa dengan saya. Ada di kalangan mereka yang masih memegang jawatan dalam Pas. Mereka datang bertanya khabar dan ada yang terus terang meluahkan perasaan kecewa kerana perjuangan Pas bukan lagi seperti dulu apatah lagi tanjak dan keris hadir dalam muktamar Pas yang lalu. Lain benar rasanya kata mereka.
Saya bersyukur dan gembira selepas hampir setahun ditubuhkan Amanah semakin mantap bertapak di persada politik tanahair. Jika diukur dari pencapaian dua PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar Amanah mampu setanding dengan parti-parti lain yang telah berumur puluhan tahun.
Lebih menyakinkan saya tidak ada seorang pun ahli dan pimpinan Amanah yang keluar parti. Walaupun diserang dari terbit mentari hingga terbit fajar sidiq Amanah mampu bergerak pantas memahat arca siasah negara.
Mutakhir ini ada berita yang mengatakan saya sedang berfikir serius untuk kembali ke parti lama saya. Ramai rakan-rakan yang bertanya dan risau dengan berita ini. Saya anggap berita ini ibarat letupan mercun oleh budak-budak kecil dimalam hari raya. Letupan mercun tidak menakutkan cuma kadang-kadang seronok melihat budak-budak walaupun dilarang tetapi curi- curi bermain mercun.
Saya sebagai Timbalan Presiden Amanah semakin sibuk membantu Presiden dan parti Amanah memperkukuh hubungan luar dengan semua segmen dalam masyarakat , NGOs dan tokoh-tokoh penting negara . Memperkukuh Pakatan Harapan bersama dengan Gerakan Deklarasi Rakyat akan terus menggempur kezaliman dan ketidakadilan BN demi menyelamatkan negara tercinta ini.
Saya dan rakan-rakan pimpinan yang lain akan buktikan bahawa Amanah adalah parti masa depan generasi muda dan merealisasikan cita-cita Islam adalah Rahmatallillalamin. Biarlah parti lain yang semakin seronok dengan ciri-ciri dan budaya ISIS.
Selamat Hari Raya maaf zahir batin.
Salahuddin Hj Ayub
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara
ULASAN GB
GB sudah terbaca blog pascai yang meroyan bertanyakan samada benarkah Salahuddin Ayub dalam proses kembali kepada PAS?
Sebenarnya takda sorang pun kata begitu, kecuali blogger berkenaan yang sengaja buat-buat bertanya mungkin dengan bertujuan "untuk memikat semula" Hj salahuddin agar menyertai PAS semula.
"Depa ni dah gila talak," itu mesej ringkas Timbalan Presiden AMANAH tersebut kepada GB.
PAS kini sudah ketandusan pemimpin berkalibar dan professional. Yang ada pun professional cetak rompak (istilah yang berikan oleh muktamirin PAS yang lalu). Pun beliau kalah di dalam PRK yang lepas walaupun sebelum ini beliau tampak cukup hebat.
Malah ramai kalangan ahli-ahli PAS peringkat kawasan dan cawangan tak kenal lansung AJK Pusat mereka sendiri selain dari beberapa nama seperti TITM, Iskandar, Idris Ahmad dan Nasruddin Tantawi.
Maka tidak hairanlah mana-mana program dan aktiviti PAS seperti ceramah-ceramahnya yang dahulu berpusu-pusu rakyat datang mendengar kini sudah layu dan kekeringan yang mana jika tanpa Presiden nya sendiri alamatnya lebih kerusi dari pendengar. Malah jika Timbalan dan Naib-naib Presiden PAS sendiri datang berceramah, kehadirannya sudah tidak dapat digembar-gemburkan seperti dulu lagi.
Itulah kebenaran pahit yang perlu diakui oleh PAS kini. PAS sedang karam dan bakal tenggelam...
Benarlah kata Timbalan Presiden AMANAH di atas menyatakan "Saya anggap berita ini ibarat letupan mercun oleh budak-budak kecil dimalam hari raya. Letupan mercun tidak menakutkan cuma kadang-kadang seronok melihat budak-budak walaupun dilarang tetapi curi- curi bermain mercun."

BalasPadamBudak budak bermain mercun
Seronok terkinja dpt perhatian
Begitulah tahap akal wala'un
Bercakap berhujjah bak budak hingusan
Apalah diharap budak hingusan
Mudah diper'gula' dijual beli
Apalah diharap jubah dan sorban
Ibarat KULIT yg tiada berisi
Apalah diharap ularrmak UPAHAN
Berbelit FITNAH tiada ber'INTEGRITY
Ponteng FITNAH tiada AMANAH
Sedondon menyamun rasuah menCURI
Ibarat busuk BANGKAI bernanah
Tak siapa yg WARAS ingin hampiri
Tak siapa yg WARAS ingin hampiri
Kecuali WABAK siku dan lutut
WABAK fitnah rasuah menCURI
Sanggup di'MOLEK' mnggunakan hudud
Alangkah jijik alangkah keji
Alangkah BOBROK nya buta diHATI!
Salam
BalasPadamTakterlewat mengucapkan ,SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN,pada semua netzens di GB.sEMASA BERSAMA KELUARGA BERHARIRAYA disebelah saya dan isteri,Alhamdulillah majority menyokong PH,yg dulunya menyokong TOTOK PAS,sudah beralih arah ka ORANGE.Takpayah nak kempen2 lagi.
Pada ahli2 PAS yg masih totok lagi,saya hanya nak berpesan,APAKAH PERINTAH2 ALLAH itu sama dgn dgn perintah2 Hadi/haron dlm PAS?Contoh yg paling BASIC DARI PERINTAH aLLAH, ADAKAH allah REDHA,orng2 yg mengaku dirinya ulamak "BERSEDONDON/bantu-membantu dgn siPENZALIM".
Selamat "BERPUASA 6".Banyak FADHILATNYA.
Nak buat apa kembali pada PAS? Ini bererti balik semula kepada Hj Hadi. Harun Din.
BalasPadamItu bukan minta Sallahudin Ayub memperbetulkan PAS tapi ajak sama makan dedak supaya AMANAH lemah.
Kau orang yang boleh selamatkan PAS tapi kau orang gaban. Keluar berperingkat-peringkat lah, ikut negeri .. tenguk respond pemimpin PAS macamana ?
Ini tidak, depan Salahuddin cerita tak sanggup terima PAS guna tanjak dan keris panjang ... takut ke dapat gelaran pengkhianat? Kalau hati sudah tidak tenteram bersama PAS, buat apa lagi duduk dalam PAS?
Sebenarnya PAS sudah tidak boleh di selamatkan. PAS sudah sesat terlalu jauh. Mustahil Salahuddin semudah itu cair dengan pujuk rayu dan helah PAS.
Kenapa tak dapatkan sumber dari PAS sendiri benar atau tidak ada sesiapa yang mengaturkan proses supaya Sallehuddin Ayub kembali pada PAS.
Salahuddin Ayub perlu berhati-hati terutama apabila bergambar dengan pemimpin PAS atau berjumpa dengan orang PAS ..
Selamat Hari Raya Idilfitri, maaf zahir & batin...cadangan saya Pas tutup kedai je lah di pentas politik tanah air selepas selesai sambutan raya ni, tok lebai tok lebai Pas pegilah balik ke pondok2 mengajar budak2 ngaji.
BalasPadampandangan yang bernas������
PadamDulu aku peminat tegar yg setia hadir setiap kali ada ceramah pas di markas taman melewar...namun kini tidak lagi...drp dengar ceramah nik amar, idris ahmad, tontowi, iskandar dan yg sepascai dgnnya yg takder aura langsung, baik gi tido lagi bagus...hihihiii..
BalasPadamParti PAS atau PMIP ni patut dububarkan dan ubah status jadi NGO dakwah. Semua ahli boleh masuk AMANAH. Tidak rugi satu sen pun, hanya terasa rugi dengan masa yang telah diperjuangkan selama ini akhirnya dibawa oleh pemimpin ke akhir garisan menyokong UMNO pulak.
BalasPadamRamai ahli- ahli PAS yang bijak pandai dah mula sedar dan terbangun dari lena selama ini.
Saya menyeru supaya kita, ahli- ahli PAS jom sama sama mengukuhkan Parti AMANAH atau PAN.. Buanglah PAS ke laut Hindi biar hanyut dimakan jerung lapar..Parti kuno ni untuk orang tua tua bolehla..utk modal sembang diwarung kopi..
Jom bersama Parti Amanah Negara.. Katakan tidak kepada Pan Malaysian Islamic Parti (PMIP) PAS.
- Ancient Mariner
PIS parti lebai malang. Komen orang semua tak betul tp rakyat kelantan masih duduk dalam khemah, MB & Exco pula duduk dlm rumah cantik. Lepastu ada hati nak bertanding banyak kerusi. PIS dipimpin tok lebai tak sedar diri, memalukan islam. Jgn mimpi nak dapat sokongan orang muda melainkan orang bodoh yg tak ada critical thinking. Tok lebai malang PIS ibarat langit ngan bumi dibandingkan TG Nik Aziz. Hj Hadi & Harun Din akan dikenang sebagai pelingkup PIS. Klu tak percaya tunggu PRU 14, UMNO akan buang PIS macam sampah. Perangkap dah kena punca senang saja dedak(Mahathir,2016).
BalasPadamPAS adalah pasukan yang semakin lemah. PAS terpaksa mencari pemain yang versatile dan mampu menjaringkan gol. Banyak perlawanan pasukan PAS, tidak ada penonton dan penyokong. Dan PAS langsung tidak pernah menjaring sebarang gol.
BalasPadamApa yang PAS guna untuk memikat orang? Rupa tak ada, perangai tak senonoh .. harapkan kaya pun baru-baru ini je PAS kaya..
Satu perkara yang memungkin PAS berbuat demikian ialah kedudukan PAS di Johor sudah tidak seperti dulu.
Sallahudin Ayub ada kaliber, ada aura dan ada skill dalam politik. Bila pis ajak balik,itu menunjukkan yang ada dalam pis ialah yang bongok-bongok sahaja. Sesuai dengan keadaan masa kini dimana yang berlainan pemikiran akan dianggap melawan ulamak tersohor dunia dan boleh dimasukkan ke dalam neraka!!! Sepatutnyatuan presideng gumbira, gumbira.
BalasPadaminilah perang saraf. tak perlu benar atau bohong. berita spt ini akan membawa keraguan didlm Amanah. ahli2 pemimpin akan tertanya2 - betulke? tidakke? ini sudah cukup utk dijadikan benih utk fitnah selanjutnya.
BalasPadamlebih2 lg kalau ada gambar2 YB bmesra dgn pemimpin2 tertinggi pas.
bottomline ialah berhati2. jauhilah pemimpin2 pas spt mjauhi syaitan2 yg nyata...
Haha...parti paspispusss da nk Mati...biarkan Aja...haha haha...
BalasPadam