Naib Presiden Parti Amanah negara (AMANAH), YB Dato Dr.Mujahid Yusof hari ini membidas tanggapan kumpulan (didalam konteks jemaah Islam) bahawa hanya mereka sahaja yang betul dan orang lain tidak betul. Keluar dari jemaahnya dianggap keluar agama dengan meletakkan agama sebagai jemaah dan jemaah sebagai agama dan ia adalah pemikiran takfiri seperti yang berlaku di IS dan Qaedah.
Mujahid berkata demikian di dalam satu forum bertajuk KEGANASAN PERSEPSI DALAM PERSPEKTIF ISLAM di dalam rancangan DEMOKRASI yang disiarkan secara lansung oleh RTM1. Forum tersebut menampilkan dua orang lagi ahli panel selain Mujahid iaitu Fathul Bari Mat Yahya, Exco Pergerakan Pemuda UMNO, dan Ustaz Ahmad Marzuki Shaary, Ahli Parlimen Bachok dari Parti Islam SeMalaysia (PAS).
Tatkala mengupas lanjut mengenai keganasan persepsi tersebut, Mujahid juga menegur mereka yang menanggapi perlaksanaan Islam itu tanpa melihat realiti, tanpa melihat perundangan dan kerangka yang ada sehingga ia melahirkan persepsi ganas seperti mereka melihat mereka saja yang betul dan orang lain salah belaka.
Itulah hal yang mendasari pemikiran seseorang sehingga lahirnya sikap keganasan.
Ia adalah akibat dari penafsiran Islam secara literal dan sempit dan mengambil sejarah secara totok dimana elemen keganasan menyusup masuk di dalam pemikiran rakyat lebih-lebih lagi di dalam zaman kini melalui media sosial.
Sebelum itu Mujahid menyatakan bahawa pentingnya fiqh itu difahami dengan waqi' dan Fiqh Malazi perlu difahami sebelum terperangkap dengan keganasan persepsi.
Fathul Bari pula menyatakan bahawa elemen keganasan persepsi adalah suatu yang lumrah yang telah wujud sekian lama semenjak penciptaan manusia lagi dimana malaikat pernah bertanya kepada Allah swt tatkala Adam hendak dijadikan khalifah di atas mukabumi. Apakah Allah swt ingin menjadikan makhluk yang boleh mendatangkan kerosakan di atas mukabumi dan mampu untuk melakukan pertumpahan darah.
Namun katanya, persepsi malaikat berakhir dengan kepatuhan kepada Allah apabila Allah menyatakan bahawa "Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui" (penghujung ayat 30 suratul Baqarah).
Jadi Fathul Bari menganggap bahawa keganasan persepsi itu sebagai sesuatu yang semulajadi.
Pendapatnya itu mengingatkan kita mengenai pendapatnya di dalam beberapa tahun lepas tentang sokongannya terhadap kerajaan partinya di dalam menaikkan harga barang-barang dengan menyatakan ia adalah qadarullah (ketetapan ALLAH) dan rakyat kena menerimanya sebagai ujian dalam bentuk kesusahan dari Allah.
Sementara Ahmad Marzuki Shaary pula membawa beberapa kisah dari sejarah Islam dan kontemporari untuk menjustifikasikan beberapa tindakan-tindakan yang dilakukan oleh partinya, PAS.
Namun kisah-kisah yang dibawa adalah kisah-kisah yang seperti yang telah dihujjahkan oleh Mujahid sebelumnya sebagai tidak menepati waqi'.
Beliau yang juga tidak selesa dengan perkataan "mengkritik" kerajaan dengan menganggap perkataan itu sebagai kasar tapi lebih selesa menggunakan "menasihat" sesuai dengan dasar partinya yang menjadi "penasihat" kepada kerajaan yang ada kini.
Forum tersebut dikendalikan oleh Sayed Munawar Syed Mustar dan merupakan slot ketiga di dalam rancangan Demokrasi.

Depa ni kena buli dengan Mujahid aje lah nampaknya. Fathul Bari cuba nak bela kerajaan korupsi dengan pelbagai hujah yang tidak langsung menepati dengan tajuk demokrasi, manakala YB Zakr dari PAS tak habis2 nak menggantikan kritikan dengan nasihat ~ Tugas pembangkang di negara demokrasi berparlimen adalah mengkritik dan bukannya menasihat. Untuk menasihat kerajaan telah ditubuhkan badan2 khas yang dibiayai oleh parti pemerintah dengan wang rakyat seperti Apco (kons Israel) dan sebagainya.
BalasPadamBukan gheti sgt tu...penasihat konon..nasihat la puak sendiri dulu..
BalasPadamNasihat?? Nak nasihat umno?? Ingat x dah berapa timbalan presiden umno kena tendang pasal nak nasihat presidennya?
BalasPadamBukan depa x tau rasuah tu haram & tutup aurat tu wajib..tp mmg jd budaya & sering memandang rendah syariat& hukum Islam..nak nasihat apanya lg..bukan budak kecik lg..Lg 50 tahun pun umno x kan dgr nasihat orang lain..lbh2 lg dr orang luar..
Ada baiknya guna tenaga& masa tu utk meningkatkan perkhidmatan kpd rakyat di Kelantan & giatkan usaha dakwah kpd Islam & bukan Islam..
Semoga berjaya!!
Nasihat lebih mengingat kan seseorang akan kesalahan yang telah di lakukan berulang kali. Nasihat cuma sekadar meminta kesalahan tersebut jangan di ulangi. Nasihat di beri tanpa memberi jalan penyelesaian. Nasihat ialah jika di buat lagi jadi amaran dan setelah amarsn dikenakan hukuman.
BalasPadamNasihat ialah yang tua atau yang berpengalaman memberi peringatan. Si anak bukan dalam kedudukan nasihat apabila bercakap dengan si ayah. Yang tidak ada pengalaman memerintah tidak layak menasihati yang dah berpuluh tahun memerintah apalagi memerintah negeri pun masalah bertambah teruk. Ameng boleh bagi nasihat akibat dadah sebab dia sudah rasa serik dan menanggung penyesalan yang amat.
Makanan yang sudah siap di masak oleh chef yang berpengalaman dengan di bayar harga yang mahal (termasuk GST) akan di kritik jika tidak enak atau kekurangan bahan. Kalau makan diberi percuma memang tidak boleh di kritik tapi pandangan berupa nasihat.
Kritik memang pada perkara yang buruk atau tidak menyenangkan hati. Jika kena kritik ada yang menerima secara positif dan ada yang menerima nya secara negatif.
Kritik adalah desakan kerana selain menyatakan keburukan tindakan yang di ambil, si pengkritik juga memberi cara penyelesaian alternatif. Bila kerajaan kenakan GST atau naikkan tol, si pengkritik akan mendedahkan bagaimana kerajaan berbelanja dan jika bercermat, GST dan kenaikan tol tidak diperlukan.
Kriteria yang ada si penasihat ialah sesuatu yang buruk memang semula jadi atau musibah yang berlaku adalah ketetapan Allah. Supaya orang terbeban rasa sedikit ringan dan kalau sakit terasa lega.
Kriteria si pengkritik akal kena tajam dan pantas bertindak dengan keadaan sekeliling mencari formula atau ubat untuk penyelesaian.
Wallahualam.
Mujahid tegur fathul bari bila dia panggil Amanah dgn nama PAN, puak2 ni takut betul nak sebut perkataan Amanah...
BalasPadamPuak2Kaki Penipu..Penyamun..Munafik..memang fobia dengan perkataan AMANAH.
BalasPadamNak nasihat tu nasihat dulu hadi tu..tgk hadi tu berperangai mcm Israel melabel2 babi anjing dap dsb lagi mau nasihat.mmg xsedar diri btl pas ni. Sampai dah masa pas perlu di muziumkan, parti yg xmampu berubah mengikut peredaran zamanm
BalasPadamHadi jadi menteri apa dlm kabinet baru
BalasPadamJadi menteri mcm dlm filem musang berjanggut bolehlah dia ni.
PadamAmanah tak perlu layang sangat ulaRma2 bodoh yang cari makan....
BalasPadamAmanah harus mendampingi rakyat dan menerangkan kepada mereka betapa indahnya Islam.... jangan jadi seperti ULARmak yang mabuk duit dan pangkat.....
Rakyat LUV Amanah...
PAS @PISeM nak jadi penasihat, biar betul..nasihat ana buat enta PIS ialah cermin diri dulu...
BalasPadamPAS memang handal bab tafsiran. Itu yang selalu buat u turn mengejut. Ikut kata PAS ... perkataan "mengkritik" kerajaan sebagai kasar dan lebih selesa menggunakan "menasihat" ...
BalasPadamSamada menasihati atau mengkritik, dua-dua nya sama.
Macam hudud dengan RUU, dua-dua sama.
PAS dah celaru. PAS dah hilang identiti. DAP Selangor dengan DAP Penang sama. Tapi tafsiran PAS, Selangor lain, Penang lain. DAP Penang .. perkataan Guan Eng tu kasar .. DAP Selangor, sesuai dengan PAS kerana ada perkataan Exco..
Hadi, menteri dengan potfolio candat sotong, menteri yang menjaga kebajikan warga tolol dengan otak lutut dan siku.
BalasPadamNasihat untuk PAS ialah Najib tak makan nasihat punya orang. Husni Menteri Kewangan II sudah tak sanggup bagi nasihat pada Najib. Dan dia kena berpura-pura apabila berdepan dengan realiti iaitu rakyat.
BalasPadamSetahu saya tidak ada Timbalan Menteri yang bersara sebelum ini.. Yang tinggalkan PM dengan mengguna alasan peribadi.
Alasan kerana tidak setuju dengan pertukaran ke kementerian lain tidak boleh di terima. Oleh kerana Husni mengetahui banyak perkara mengenai 1MDB, dia.perlu di tukarkan apalagi nasihat yang dia beri tidak mengikut kehendak Najib.
Kalau PAS parti orang beriman, PAS akan menasihati ahli menjauhkan diri dari Najib dan UMNO.
Kenape Ust Fathul Bahri panggil amanah dengan PAN? Dgn pantas Mujahid mencelah "Amanah"....
BalasPadamPIS rosak krn nakhodanya, Mr presideng bukan sorang pemimpin, dia sekadar sorang yg berilmu dlm hal-hal agama.
BalasPadamKrn partinya dipenuhi orang-orang kurang cerdik, diangkatnya seorang yg berkepimpinan rendah menjadi pemimpin nombor wahid.