18 Jun 2016

[BERGAMBAR] 74% Pengundi Di Sg Besar & 71% Di K Kangsar

Sebanyak 23 pusat mengundi dengan 69 saluran mengundi untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dibuka bermula 8 pagi Sabtu.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hisham Abdullah berkata sejumlah 32,632 daripada 32,949 pemilih berdaftar layak mengundi pada Sabtu untuk memilih wakil rakyat mereka.

Manakala 42,365 pengundi layak mengundi di Sungai Besar.


28 pusat mengundi dibuka di Sungai Besar, yang akan dibuka mulai pukul 8 pagi hingga 5 petang.

LINTAS LANSUNG (akan dikemaskainikan setiap 10-15 minit. SILA REFRESH) 

KUALA KANGSAR

PRK Parlimen Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Datin Mastura Mohd Yazid, Dr Najihatussalehah Ahmad (PAS), Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (Parti Amanah Negara) dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

5:00 pm - Peti undi ditutup pada jam 5 petang sebentar tadi. 71% keluar mengundi (tidak termasuk undi awal dan undi pos)

4:00 pm - 69 peratus keluar mengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar

2:00 pm - 59 peratus keluar mengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar

1:00 pm - 53 peratus keluar mengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar

12:00 pm - 46 peratus keluar mengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar

11:00 am - 36 peratus keluar mengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar

10:00 am - 24 peratus keluar mengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar.




SUNGAI BESAR

PRK Parlimen Sungai Besar merupakan pertembungan tiga penjuru antara calon BN yang juga ADUN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi; calon PAS yang juga ADUN Meru,Dr Abdul Rani Osman dan Azhar Abdul Shukur daripada Parti Amanah Negara (Amanah), yang mewakili Pakatan Harapan.

5:00 pm - Peti undi ditutup pada jam 5 petang sebentar tadi. Jumlah keluar mengundi ialah 74% (tidak termasuk undi awal dan undi pos)

4:00 pm - 71 peratus keluar mengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar

3:00 pm - 65 peratus keluar mengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar

2:00 pm - 58 peratus keluar mengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar

1:00 pm - 53 peratus keluar mengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar

12:00 pm - 45 peratus keluar mengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar

11:00 am - 34 peratus keluar mengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar

10:00 am - 22 peratus keluar mengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar.


26 ulasan:

  1. Susah nak ramal kali ni.undi bn berpecah 2,undi pembangkang pun berpecah 2 dsbbkan pas.manakala kebanyakan org2 melayu kwsn Kampung xbrp terkesan isu2 spt mdb dan gst. Harap2 pengundi atas pagar lebih cenderung mengundi Amanah insyaallah blh menang walaupun tipis

    BalasPadam



  2. Siratol MUSTAQIM...LURUS Ber CAHAYA
    Cahaya AMANAH...Ber CAHAYA Di Dada
    Se Terang7 CAHAYA...Teguh Ber TAKHTA
    Penghapus Pen CURI...Pem FITNAH Pendusta

    Siratol MUSTAQIM...LURUS Ber CAHAYA
    CAHAYA Azali...Menerangi MAYA
    Songlap Men CURI...Perbuatan DURJANA
    Jika Patimah Men CURI..Ku Potong Tangannya
    Begitulah TEGASnya...Sabda Baginda
    Men CURI Penyebab...Berantakan lah Segala
    Men CURI Punca...BOBROK Binasa
    "Negara" Di CURI...BALA Menimpa
    Tunggang TERBALIK = Murtad Berleluasa
    Bak GEMPA Melanda...Jeritan DERITA!


    Men CURI Kecil pun...Dah SAKIT Di Rasa
    Yg Ada "Kuasa" Men CURI...Kan Jahannamlah SEMUA
    Yg Ada "Kuasa" Men CURI...Ber POLIS Ber Tentera
    Yg Ada "Kuasa" Men CURI...Rakyt Hanya Mampu Ternganga!



    Wahai Sahabat...AMANAH Sejati
    Sama samalah Kita...Merenong Meng HALUSI
    Bhw "PUNCA" Syirik dan MURTAD itu...Adalah Krn Men CURI
    Yg Ber "Tuhan"kan HARTA...Ber "Tuhan"kan NAFSU Serakah DIRI
    Yg Ber "Tuhan"kan KUASA...Ber "Tuhan"kan EGO yg KEJI
    Yg Tergamak Mem FITNAH...Ber TOPENGkan Quran & Hadis NABI
    Yg Tergamak Menyebut "hudud"...Walhal Mrk lah Sang Bapak Sgl Pen CURI


    Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
    SiSonglap Men CURI Itu...Wajib Di HAPUS kan
    Jd lah Yg Kaseh Mem-BERI...Yg Di Cintai-TUHAN
    Yg Kaseh Mem-BERI itu...Kan Di TAMBAH Di Gandakan
    Yg Kaseh Mem-BERI itu...Kan KUDUS Di Ingatan
    Se Suci Se MURNI...Se Indah7 Ke INDAHAN
    Bak Ber SAYAP Terbang...Nun Tinggi Di KAYANGAN



    Wahai Sahabat...AMANAH Sejati
    Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
    FITRAH Mem-BERI itu..Fitrah Syurgawi
    AMANAH yg Di Junjung..Oleh Semulia7 Insan










    BalasPadam
  3. Xramai yg celik politik semasa...masih berharap dgn bantuan kerajaan Najib haha

    BalasPadam
  4. Minta calon AMANAH di kedua-dua Parlimen Memang.

    Biar Rosmah dan Najib berfikir...negara Malaysia ini, bukan mak bapak mereka punya!

    BalasPadam
  5. Mmg hilang akal fikiran walaupun di bulan mulia ni... Dan lg nk salahkan org lain bab pecah belah ni. Duk gonggong Tun M ke hulu hilir sampai blh lupa trus kesalahan besar dia buat negara pilih PM skrg.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kot ye pon kau kipas susah mati PAS atau SAMM bleh tulis elok2 skik bulan Ramadan ni..

      Padam
  6. Cadangan tukar greenboc ke orangeboc...

    BalasPadam
  7. Usung Che Dat adalah perkara biasa. Yang luarbiasa ada yang nak jadi penasihat kpd yang ada. Perkara lama tak boleh diubah dah... yang nak ubah ialah benda yang bakal berlaku...

    BalasPadam
  8. Eleh.......Pas nak cakap pasal 'Kesalahan Besar' Tun Mahadir. Kesalahan besar PAS lagilah BESAR. Siapa yang keluarkan amanat UMNO kapir......???? Tak sah sembahyang berimamkan orang Umno sampai ada orang bercerai berai kerana amanat Tuan Haji Hadi. Guna agama untuk menghalalkan cara lebih besar dosa, taw.

    BalasPadam
  9. Doa kami Amanah menang kali ini. Tolak BN = Tolak Najib. Negara memerlukan pemimpin BAHARU.

    BalasPadam



  10. Org yg AMANAH itu...Suka Mem-BERI
    Mem-BERI kan Harapan...Mem-BERI kan Bakti
    Mem-BERI kan Idea...Sumbangan yg SUCI
    Org yg AMANAH itu...TAK akan Men CURI
    TAK sesekali Ber Belit...Mem FITNAH Memaki


    Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
    Mem-BERI itu...Kecintaan'NYA TUHAN
    Men CURI itu pula...Kebejatan Syaitan
    Mem-BERI itu...Kan KUDUS Diingatan
    Seindah2 Kenangan...Yg ABADI Berpanjangan

    Men CURI itu Keji...Bobrok Ber TABRAKkan
    Men CURI itu Kesumat...Dendam Kehancuran



    Jd lah yg AMANAH...Yg Kaseh Mem-BERI
    Krn yg Kaseh Mem-BERI itu...Adalah AMANAH dari ILAHI






    BalasPadam
  11. Tak usah la penyokong lebih sudu dari kuah. Cuba tgk pemimpin parti bertanding, jumpa salam peluk senyum. Tp dlm ni penuh dgn kebencian, busuk hati & kusut akal. Cuba berpolitik matang. Nk dedah kesalahan silakan. Jgn sampai satu masa nnt didedahkan kesalahan kita oleh Allah, atas tidak AMANAHnya sokongan kita pada-Nya. Ingat, matlamat tidak menghalalkan cara. Sayangi pahala puasa kita semua. dari sayang pada pemimpin2 yg kita tak tahu latarbelakang & niat sebenar mereka. Selidik dalam2. Bukan main sokong membuta tuli, melintang pukang..

    BalasPadam
  12. Alhamdullilah..info cia....calon PAS ada harapan menang.....opsssss silap harapan utk hilang undi sebayak 10k keatas adalah cerah....

    BalasPadam
  13. Kejutan dlm mimpi bila baca ulasan blog MSO. Jika 72-75%, peluang BN cerah kekal kedua2 PRK. BN perlu takut jika bawah 65% atau atas 85% pengundi yg keluar, katanya.
    Cuma sekarang nk lihat berapa PAS & PAN dapat undi sahaja. Mingkin tak sampai hilang wang deposit.

    BalasPadam
  14. klu tun m tu teruk aku akur,dia mungkin tak banyak baca quran,baca hadith,baca kitab....tapi yg leb ai malang dari marang tu,hari2 baca quran,hari2 baca hadith,hari2 baca kitab tapi kenapa ,makin lama makin betambah bodoh dan bangang....tak ke pelik tu

    BalasPadam
  15. Biau la dia nk jadi apa labu, kita dh hampir keputusan PRK ni. Nk tgk berapa ja PAS & Amanah dpt? Mana tau, undi dedak dpt jgk ke... Bila Najib umum pengganti, sure Tun M jd mcm era Pak Lah hr tu. Kemudia kembali semula ke UMNO. Sbb dia baru saja kata dgn mulut dia di pentas AMANAH bahawa benci Najib, bukan UMNO. Jgn kena kelentong buat kali ke-2 dah ler yer... Sbb Tun ckp "Melayu Mudah Lupa". Mungkin nyanyuk kut?

    BalasPadam
  16. dari laporan awal
    jelas menunjukkan ahli PAS
    pas telah lari tidak lagi
    menyokong parti pas

    mereka mengundi Amanah
    ini terbukti sedang berlaku
    di kuala kangsar & s.besar

    keadaan ini akan membuka
    pensejajaran baru politik tanah air
    parti pas yang menjadi talibarut
    united malaya national organistion
    tidak lagi se gah yang digemburkan
    parti ini meleset corot morot

    penjualan agama
    penjualan ayat ayat suci
    online dengan allah
    telah TIDAK dipedulikan oleh pengundi

    pengundi telah mendapat pencerahan
    mereka makin mengenali siapa hadi
    mereka mengenali siapa tantawi
    mereka mengenali siapa harun jin
    jubah dan ketayap mereka
    hanya konstume untuk menipu

    pakai destar tanjak dan keris
    tidak akan mengembalikan
    keyakian terhadap perjuangan pas

    keadaan ini akan mempengaruhi
    seluruh politik negara
    maka perlu persejajaran semua
    realighment yang baru
    untuk membuka politik baru

    KELANTAN akan gocang
    jika amanah masuk ke kelantan
    maka akan tamat hegemoni pas
    pada masa ini
    warga kelantan ternanti nanti
    perekembangan baru

    bagitu juga di pahang dan terangganu
    wilayah melayu
    lubuk melayu telah meninggalkan pas

    apabila rakyat kelantan membaca
    keputusan kuala kangsar dan sungai besar
    mereka akan teruja untuk
    menghumbankan parti PAS
    yang selama ini menginjak-injak kepala mereka

    NOTA:
    mangsa banjir tahun lalu
    masih ramai yang tidak ada rumah
    masih duduk dalam kotal sementara
    inilah ajaran islam jenis PAS
    hutan telah runtuh rantah
    balak telah habis
    khalas



    BalasPadam
  17. Salam


    Terkini



    SB
    kk
    bn=2468 1356
    Amanah=1850 1044

    PAS=592 415


    PAS dah menjadi macam,pas tahun 70an dulu-dulu.



    sekian

    BalasPadam
  18. Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pasir Panjang (SK Pasir Panjang)
    Saluran 1
    BN 217
    PAS 57
    AMANAH 14

    Saluran 3
    BN 168
    PAS 139
    AMANAH 29

    mcm na nk mng ni weh???

    BalasPadam
  19. latest update. Amanah sedang mengejar BN, di sg besar dan kk.disebabkan pengundi turun tak sampai 75% susah sikit Amanah nak menang,walau-bagaimanapun,pas dah jadi parti ulat bulu.....

    as of today
    SB KK

    BN 3770 1754

    aMANAH 3100 1075


    PAS TAK PAYAH SEBUTLAH...buangmasa dan tenaga jerr

    BalasPadam
  20. Patut la BN tak kempen kaw2 kali ni.
    Dh jangka nk mng... Hehehe

    BalasPadam
  21. Keputusan tidak rasmi PRK Sg. Besar:

    BN menang dgn majoriti lebih 7000.

    PAS : Lebih 9000
    PAN : Lebih 6000

    BalasPadam
  22. pemuda parit kings19 Jun 2016 pada 3:18 PG

    Kalau BN menang pun tak pelik...yg pelik jika salah satu calon parti ada niat tersembunyi utk memenangkan BN...dgn adanya manusia memberi kemenangan buat BN...jgn berduka...Allah pasti membantu parti yg benar2 ikhlas utk rakyat...dan insyaallah rakyat akan sedar juga....yakinlah...klu bukan skrg...insyaallah akan dtg kita menang..kuatkan kerja2 amal buat rakyat....

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.