6 Jun 2016

AMANAH Dapat Sokongan Solid Dari PKR, DAP dan NGO-NGO

Mat Sabu ajak adik-adiknya jangan membazir, mari undi calon Amanah

Mohamad Sabu mengajak para penyokong Pas di Sungai Besar dan Kuala Kangsar agar memberikan undi kepada calon Amanah kerana adalah membazir jika mereka memberikan undi kepada calon Pas yang tidak akan menang selepas bersendirian, lapor Malaysia Dateline.

Mohamad yang menyifatkan penyokong Pas sebagai agik-adiknya selepas Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh menyifatkan beliau sebagai abang dalam muktamar baru-baru ini mahu adik-adiknya berfikir dengan matang.


"Mana-mana saya pergi orang panggil saya abang Mat. Jadi saya nak ajak adik-adik dalam Pas agar memberikan undi kepada calon Amanah dalam pilihan raya ini.

"Ini kerana, berdasarkan sejarah Pas yang Abang Mat sertai, Pas tidak pernah menang bila bersendirian.

"Jadi jangan bazirkan undi adik-adik dengan mengundi calon Pas yang tidak akan menang. Berilah undi kepada calon Amanah," kata beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dalam ceramahnya di Dataran Tonggak 10, Sungai Besar semalam.

Mat Sabu mengimbau nasib Pas yang hanya menang apabila mula bekerjasama dengan pihak lain iaitu bermula sejak tahun 1990 apabila bekerjasama dengan Tengku Razaleigh Hamzah yang memimpin Semangat 46.

"Hanya bila Pas bekerjasama dengan pihak lain saja Pas boleh menang. Sekarang bersaorang, jadi Pas tidak akan menang. Jadi jangan bazirkan undi adik-adik," kata Mat Sabu.

Amanah bersama rakan-rakanya PKR dan DAP mendapat mandat untuk meletakkan calon dalam pilihan raya kecil kali ini bagi mewakili Pakatan Harapan.

Sedangkan Pas kini bersendirian kerana rakanya barunya, Parti Ikatan Bangsa (Ikatan) bukan sebuah parti yang besar dan ada pengikut.

Calon Amanah, Azhar Datuk Shukur disahkan sebagai calon oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam proses penamaan calon pagi ini.

Turut disahkan sebagai calon adalah Dr Rani Othman dari Pas dan Budiman Radzi dari BN.

Selepas disahkan sebagai calon, Azhar menyeru rakyat Sungai Besar agar mereka memilih calon Pakatan Harapan pada 18 Jun ini.

Beliau turut melahirkan rasa gembira dengan kehadiran hampir kesemua pimpinan tertinggi parti-parti komponen Pakatan Harapan di hari penamaan calon pagi tadi.

Setiausaha Agung AMANAH, Mohd Anuar Tahir membidas mereka yang menuduh Pakatam Harapan bermasalah.

"Barisan Nasional atau sesiapa pun yang cuba menggambarkam bahawa kami berpecah, kami ada masalah, (sekarang) tengok kami bukan seperti kamu, kamu yang bermasalah, kamu yang berpecah tapi kami solid tiga-tiga parti akan memestikan perpaduan, kesatuan dalam Pakatan Harapan," katanya.

"Kita bukan orang mabuk tuan-tuan, Kita tak perlu keris dua depa, insyaAllah kekuatan ada pada diri kita, kita akan lawan dua lagi calon itu (BN dan PAS) itu, membujur lalu melintang patah," kata beliau mengakhiri ucapannya.

Ahli Parlimen Kapar dari Keadilan, YB Manivannan pula menganggap dua PRK yang berlaku (di Sungai Besar dan Kuala Kangsar) sebagai takdir Tuhan supaya AMANAH, Keadilan dan DAP bersatu sebagai persediaan untuk menghadapi PRU 14 bagi menumbangkan kekejaman dan kezaliman UMNO BN.

"Kita tak dibekalkan keris yang pendekkah atau yang panjang, tak dibekalkan dengan pulut, tapi kita dibekalkan dengan obor perjuangan untuk menentang segala kezaliman UMNO Barisan Nasional dan konco-konconya," katanya.

"Saya mewakili semua pemimpin Keadilan ingin menyatakan tekad kami di sini bahawa kami komited 101% dengan AMANAH dan akan pastikan Pakatan Harapan akan berjaya di Sungai Besar dan Kuala Kangsar," katanya.

Pengerusi BERSIH 2.0, Sdri Ambiga pula menjelaskan bahawa beliau menyokong calon AMANAH kerana AMANAH menyokong Deklarasi Rakyat.

Amanah menyokong supaya Datuk Seri Najib Razak turun, AMANAH menyokong agenda reformasi institusi, katanya lagi.

Beliau mengucapkan selamat maju jaya kepada Amanah dan dengan terus-terang beliau menyatakan beliau menyukai warna yang dilihat dihadapannya merujuk kepada warna oren yang merupakan warna rasmi Amanah.

Ahli Parlimen Batu, Sdra Tian Chua pula di dalam ucapannya menyatakan PRK yang berlaku ini merupakan ujian setakat mana rakyat memberi sokongan kepada Pakatan Harapan dan kita sahut segala cabaran untuk pastikan kemenangan calon Pakatan Harapan.




21 ulasan:

  1. Tahniah yab dato mentri Besar mohd azmin bin Ali dan

    Yb rafizi ramli

    Dua pakar matametik dan pakar kira kira negara

    Anta berdua dah buat homework dan tahu paz tidak akan tubuh atau tukar kerajaan bersendirian

    Azmin we luv u

    Rafizi we salute you

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alangkah baiknya kalau Azmin dan Rafizi bersatu lg kuat pr,xperlua harapkan pas dh.ni Azmin lain,rafizi pulak lain saling bergaduh hancurla ph kalau terus mcm ni.

      Padam
  2. Tahniah....hanya matlamat jelas dapat memudahkan perancangan dan gerakkerja. Kecelaruan membazir masa dan tenaga.

    BalasPadam
  3. Salam:


    TAHNIAH pada semua yg terlibat.

    Hadi and the gang dah terasa bahang,walaupun penyokong2 PAS full-force DARI SEGENAP CEROK NEGARA,dari hasil sumbangan duit Selangor.

    Hadi tidak buang masa,bila Razman membawa calon dan gerombolan pergi VISIT masyarakat cina di KK,hADI TAHU DIA MALU BESAR JIKA pas tewas pada Amanah yg masih lagi bayi,Sehingga terlepas cakap pada masyarakat cina sepatutnya DAP kena support PAS,hadi and the group terpaksa memujuk masyarakat cina bagi undi sekali pada PAS,hUJAH YG DIPAKAI OLEH Calon PAS jika orng2 cina undi pas,hudud,Ah moi cina selamat,dan tak risau berjalan-jalan lewat malam,selamat.

    Apa yg orng2 cina jawab.Tolong buktikan betulkah hudud adil?kenapa hudud di brunei raja2 dan kerabat diraja tak kena?kenapa negara2 yg ada hudud dinegara islam,seperti afghanistan,pakistan,negara hurur-hara,kenapa negara-negara yg tak ada hudud seperti belgium,swisszland dan yg terdekat singapore negaranya tak banyak crime-rate,pemimpin2 tak rasuah.kenapa rakyat negara2 kafir ni taraf hidup tertinggi dlm dunia.Apa terjadi negara2 islam yg so called ada hudud.

    satu cabaran oleh orang2 cina,jika nak sangat hudud,boleh hadi perkenalkan hududnya diputra-jaya dan pekan tanpa mengecualikan sapa2,pm ka,sultan ka,tok guru ka. Apa akan jadi pada Najib,jika terbukti 2.6billion dia curi??ada berani potong tangan!!bagaimana berlaku pada rosmah,jika terbukti dia mengarahkan polis,c4 altantuya!!apakah hukumnya dlam hudud bila tokguru selalu u-turn/ponteng?dan tokguru gunakan kronisma/nepotisma seperti perangsang selangor?

    Bagaimana orng cina nak confedence pada HADI,dia sendiri PONTENG Parlimen ,bukan ponteng biasa-biasa,tapi ponteng BERSIRI.Bila dia ada peluang membentangkan dia TANGGUH.Kenapa dalam hal kecurian 2.6bilion duit rakyat,kenapa jawapan Hadi/haron jawapan nak membela se PENYAMON.Sudah terbukti 2.6billion,duit samun,SELURUH DUNIA TAHU,TAPI ulamak PAS masih lagi,nak buat hukum hudud.SIAPA NAK PERCAYA....Bila kita komen/pandangan,dituduhnya kita tak hormat ulamak.Tapi jika kita tak beri feedback. Hadi and the group menyangkakan hudud solve all the problem.Tapi orng2 lain akan melihat sipebawanya dan masyarakat2nya.Jika apa yg dicakap tak sama apa yg di buat.NAK SALAHKAN SIAPA.dap,cina,iban,pengkianat-pengkianat?yahudi?nasrani?lbgt?

    Seperti di atas PAndangan NEGATIVE masyarakat non-Muslim,pada orang2 Islam.

    Anggaplah tulisan ini tujuan memperbaiki diri/muhassabah,orang islam mana tak mahu hukum2 allah ditegakkan?Tapi jika tak berhati-hati dan tak selari pada si pEMBAWA HUKUM itu dgn Akhlak dan Amalan2 agama.Akhirnya agama islam itu akan mendapat nama buruk.

    Selamat menyambut puasa.

    BalasPadam
  4. Ni fitnah lagi, pas bukan bersendiri

    Pas kini bersama unmo . Unmo memang = pas menang, pas menang = unmo memang

    BalasPadam
  5. Tuan gb,ada satu perkara yg tuan gb perlu hilite pada pimpinan Amanah iaitu pimpinan Amanah marah apabila dipanggil PAN.bg kami rakyat marhaen lebih mudah panggil PAN sbb lg pendek mudah disebut dan ia melambangkan nama penuh Parti Amanah Negara.sewajarnya pimpinah Amanah bangga apabila disebut PAN,kalau puak2 walaun tu nk perli kata pan tu periuk kuali belanga tu biar je jgn dilayan, mrk tu ckp apapun mereka kutuk sbb hanya itu yg mereka tau.harap pimpinan Amanah lebih terbuka menerima gelaran PAN(Parti Amanah Negara).sy fikir dlm Amanah ramai yg professional blh memikirkan hal ini, mmg nampak spt perkara kecil tp bg rakyat bawahan mcm kami ni isu itu agak besar juga.kamu juga suka sebut Amanah tp lebih mudah sebut PAN malah lebih lengkap rasanya sebutan PAN.kalaupun pimpinan Amanah tidak setuju tp sudilah menerima gelaran PAN itu sbg singkatan Parti Amanah Negara,jgn anggap spt walaun punya pemikiran kalau sebut pan perli kuali lah periuk lah,biarkan saja mrk tu.kita move on pembaharuan demi pembaharuan.Org yg berjaya ialah org yg menerima teguran dan pembaharuan dan perubahan.diharap kalau org gelar Pan tu pimpinan Amanah jgnlah melatah malah patut berbangga sebab sebutan penuh Parti Amanah Malaysia.Allahuakbar.

    BalasPadam
  6. Tiada suatu parti pun di Malaysia yang boleh menganggat diri mereka sebagai terlalu kuat. Umno yang dilihat gagah terpaksa bergabung dengan BN untuk membina kekuatan. PKR, Dap dan Amanah tiada pilihan selain daripada membentuk Pakatan Harapan membina kekuatan untuk melawan BN. Secara teorinya berdasarkan sejarah, Pas hanya mencapai kemenangan besar bila bergabung dengan Barisan Nasional, Angkatan Perpaduan Ummah dan Pakatan Rakyat. Apabila bersendirian Pas hanya mampu menawan Kelantan dan beberapa kerusi dun dan parlimen di Terengganu dan Kedah. Pas tidak pernah memenangi dun dan parliemen di Selangor, melainkan melalui kerjasama dengan parti-parti lain. Pas kembali berseorangan berdasarkan kehendak Hadi Awang dan beberapa konco-konconya. Sejarah mengajar erti kematangan dan sememangnya Pas tidak pernah belajar dari sejarah, melainkan melalui ego presidennya.

    Pas tidak boleh menuduh Amanah merampas kuotanya bertanding di Sungai Besar. Pakatan Harapan melalui MB Azmin Ali mengajak Pas berunding untuk menentukan parti yang akan bertanding menentang BN. Dengan bongkak dan sombong Hadi Awang menegaskan bahawa pintu rundingan telah ditutup. Lantaran itu, calon Amanah yang bertanding di PRK Sungai Besar adalah mewakili Pakatan Harapan. Salah satu konsensus pembentukan Pakatan Harapan ialah Amanah ganti Pas. Oleh itu, sesiapa pun tidak boleh mempertikaikan Amanah bertanding di mana-mana kerusi dun dan parlimen yang Pas bertanding semasa dalam Pakatan Rakyat dahulu.

    Sangat aneh, di Selangor Pas masih mahu lagi bersama PKR dan Dap mentadbir Selangor. Kehadiran Pas dalam kerajaan Selangor menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan menerusi "kong kali kong" Azmin tidak terbentuk. Menurut sumber yang layak dipercayai, Azmin telah membekukan semua peruntukan exco-exco Pas menjelang PRK ini. Kini keegoan telah menimbulkan impak negatif yang sangat besar kepada Pas dalam kempen PRK ini. Tidak hairanlah, selepas PRK ini dan jika Azmin ada maruah diri, Pas akan disingkir dari kerajaan Selangor. Jika andaiaan ini berlaku, maka Pas ibarat, "ayam terlepas, tangan bau tahi".

    Jika Pas bermaruah, sepatutnya Pas keluar dari kerajaan Selangor sebaik sahaja Hadi Awang menutup pintu rundingan dengan PKR dalam isu calon PRK Sungai Besar. Kita percaya, Pas tidak akan keluar melainkan disingkir. Pas masih sayangkan jawatan-jawatan politik seperti exco, pengarah-pengarah GLC Selangor, ketua-ketua kampung, ahli majlis daerah, dan jawata-jawatan masjid. Kecuali jawatan-jawatan berkaitan masjid, jawatan-jawatan yang lain menjanjikan prestij, habuan, upah, keuntungan dan gaji yang lumayan. Seperti manusia-manusia biasa lain, pimpinan Pas juga tidak terkecuali dengan kerakusan-kerakusan duniawi. Pas, prinsip kamu di mana?

    BalasPadam
  7. Bersatulah demi rakyat malaysia..berjuanglah menentang kezaliman umno dan keegoaan pas..

    BalasPadam
  8. Memang betul kata bang Mat Sabu.
    Pas lupa daratan dan tak sedar diri.
    Pas pengkhianat Islam dan juga Pr.
    Dia dapat kerusi Pru13 kerana
    Anwar dan juga bantuan Dap.
    Kali ini biar Hadi dan geng rasakan.
    Tapi kalau bang Mat jadi calon
    Pas sudah pasti terlungkup kaw-kaw
    di Sungai Besar dan silap-silap
    gaya deposit pun boleh hangus.

    BalasPadam
  9. Tahniah!!!!!!!!!!!!
    Go AMANAH GO!

    BalasPadam
  10. Pasal oren itu memang menarik tapi jangan letak banyak sangat. Biar bendera PAS dan BN yang banyak Oren itu cukup-cukup je ... Baru lah cantik... catchy !

    BalasPadam
  11. PAS bersendirian untuk menang prk.

    Tetapi bersendirian buat apa-apa keputusan parti. Pilih Rani pun tak minta pandangan Ulamak Selangor.

    Guna title ketua dan kedudukan ulamak je ... betul tak betul mesti ikut !

    BalasPadam
  12. Kalau dah sebut abang-abang, kena lah hormat dan kasih pada abang-abang. Apa nasihat dan cakap abang kena lah ikut.

    PAS dah lah bersendirian lawan UMNO dan PH, dalam parti pulak ada yang mahu bergabung dengan UMNO ada yang pulak tak nak bergabung.

    Mungkin adik-adik dalam PAS tak nampak lagi bagaimana rupa pertandingan prk ini.

    Apabila PH buat ceramah ketiga-tiga parti datang dan terlibat. Begitu juga BN yang buat ceramah, parti komponan pun turut serta.

    Dalam dua-dua ceramah PH dan BN nampak ujud kerjasama dan kerja berpasukan tetapi ceramah PAS.... PAS sahaja ...

    Jadi rugi beri undi pada PAS. Lebih baik beri pada AMANAH dan PH.

    BalasPadam
  13. Betul Kata matsabu,pas xpernah menang kalau tidak bergabung..sejarah telah membuktikan tp pelik dgn sikap bongkak Dan ego hadi serta walaun pas..seolah-olah Malaysia ni dipenuhi org2 bodoh.pemikiran hadi Dan walaun pas jauh terkebelakang xsesuai bermasyarakat melayu cina India.ELOK pas dikumpulkan dlm satu perkampungan xperlu campur dunia luar spt perkampungan Ayahpin.Buatla nama baru perkampungan Adipesideng..

    BalasPadam
  14. Betul tu Tuang, tuan anon,6 Jun 2016 3:14 PTG

    masaalah PAS,bukanlah besar sangat,cuma PAS, yg diketuai Hadi tak boleh bercampor dgn orng.Menganggap dia sahaja yg betul,walaupun dia buat silap.Dia buat silap dgn amanat nya1981 dulu,ramai ahli-ahli pas yg walaq mati katak.Bergaduh sesama melayu,bercerai-berai.
    Fahaman kenegerian Ganungkite cukup menebal,sikap tipikal melayu dia sahaja nak jadi ketua,walaupun dia tak reti,cuma reti dlm sesuatu bidang jer.Lingkuplah sesuatu persatuan,atau negara jika dia yg jadi ketua.

    Sekarang dia buat hal lagi,nak kata orng hilang akidah/ikut suka hati dia jer.

    Pernahkah walaun2 yg berakal menyoal,dan memberi nasihat padanya..

    BalasPadam
  15. kesian kat org2 pas yg kt kampung2.. masih ada yang tak dpt maklumat yang betul.. disesatkan oleh hadi dan kuncu2..

    BalasPadam
  16. fahaman tksub wala hadi dn anggap pas adalah agama sgt sgt bahaya

    kerajaan jgn hnya tangkap 2 3 individu yg simpan bendera isis saja... siasat jg pas yg mnbawa fahaman taksub ghuluw ala isis yg sgt bahaya

    begitu jg fahaman mendewa hj hadi yg dianggap maksum tk blh di bantah. ini doktrin syiah

    jika azmin tolak pas selepas ini maka pkr akn dituduh musuh islam dn perlu dihapuskn

    perjuangan pas semata2 pilitik pilihanraya saja. ada agenda lbh besar yg tidak disedari penyokong pas malah hadi sendiri

    pas asal yg betul jalannya sudah tiada. pas sekrang lbh agresif mengguna agama utk mngujudkn taksub yg blh mmbawa huru hara dlm negara

    selagi hadi berulang alik berjumpa yahudiisfahan(syiah) di iran maka pas sgt bahaya kpd umat islam dn kemakmuran negara

    dgn berbaiknya pas dgn umnu maja sikit sebnyak pas diberi muka urk bergerak. paling tidak pas yg seleweng balak dikelantan masih tidak disiasat oleh sprm berbanding kes kecil LGE dan kes rafizi.

    pas sgt bahaya.

    BalasPadam
  17. Aku cukup marah kalu org dok kata Hadi tak pandai cakap. Dia memang pandai cakap dan bijak. Dia boleh sebut mcm2 nama binatang, jebon, babi, anjing dan beruk. Ini membuktikan dia mmg pandai cakap dan bijak bahasa binatang. Mana ada pemimpin Islam bernai sebut babi berkali2 dlm ceramah?

    BalasPadam
  18. pemuda parit kings11 Jun 2016 pada 3:03 PG

    Assalamualaikum semua...tak kira apa parti atau kaum mahu pun agama...sokong amanah adalah jalan terbaik pd PRK kali ini...buat org2 Islam...salam Ramadhan...semoga dlm bulan yg boleh kumpul amalan yg baik ini...byk muhasabah diri...kuat kerja buat parti amanah...jika ikhlas lg amanah...insyaAllah dpt ganjaran dari Allah S.W.T...saya doa yg terbaik buat PH...

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.