26 Mei 2016

Profession "Guru" Dihina, Diarah "Belajar" Tepuk Tangan

Kerana malukan MB Terengganu, semua cikgu diarah belajar tepuk tangan

Ekoran kegagalan guru-guru bertepuk tangan ketika Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman berucap sempena sambutan hari guru peringkat negeri 24 Mei lalu, semua guru-guru di negeri itu diarah berlatih tepuk tangan setiap hari.

Arahan itu dikeluarkan oleh pengarah pendidikan Terengganu, Shafruddin Ali Hussin melalui sistem pesanan Whatsapp yang kemudiannya di print skrin dan kini menjadi viral.


"Saya sudah sampai rumah tetapi otak saya masih terkial-kial (mendengar) kata YAB MB tentang cikgu-cikgu kita yang tidak tepuk tangan kepada YAB MB.

"Saya minta esok tolong buat latihan tepuk tangan selama 5 minit untuk membiasakan tepuk tangan di kalangan guru-guru.

"Setiap perhimpunan pun latih mereka tepuk tangan dengan tunjukkan bukti bergambar kepada saya.

"Mohon tindakan tuan puan, tiada pengecualian," tulis Shafruddin dalam arahan itu dengan disambut oleh pegawai-pegawai kanannya akan dilaksanakan segera.


Ekoran arahan itu, pelbagai video dan gambar dipaparkan dalam laman sosial bagaimana guru-guru di Terengganu belajar tepuk tangan.

Gambar dan video ini diambil bagi menyahut arahan pengarah pendidikan Terengganu itu untuk menunjukkan bukti arahan itu dipatuhi tetapi selepas itu ia disebarkan ke laman sosial.

Di Sekolah Kebangsaan Pusat Kuala Ibai, Kuala Terengganu semalam, semua guru-guru dilatih bertepuk tangan bagi menyambut arahan pengarah pendidikan Terengganu itu.

Mereka beramai-ramai bertepuk tangan sempena perhimpunan pagi mereka.

Ia juga dilakukan di lain-lain sekolah-seluruh Terengganu bagi mematuhi arahan pengarah pendidikan itu.

Sementara itu, Wan Mohd Faizul Wan Abas, Presiden Gerakan Anak Terengganu Insaf (Ganti) dalam kenyataannya berkata, tindakan guru tidak bertepuk tangan terhadap MB Terengganu ini adalah lambang penolakan masyarakat terhadap Razif sebagai menteri besar terserlah.

Katanya, kebiasaannya warga guru bukanlah jenis yang suka tunjuk boikotnya dalam majlis-majlis kerajaan. Jika mereka bencikan kerajaan Umno BN, mereka jadi 'silence voters', katanya.

Tetapi fenomena sekarang, guru-guru berani bersuara dalam facebook, di kedai-kedai kopi, terkadang di pejabat secara terang-terangan, katanya.

"Saya punya ramai kenalan guru yang boleh jadi bukti dan saksi," kata Faizul dalam satu kenyataannya.

Sebelum ini, Istana Terengganu telah mengarahkan agar Razif menyerahkan semua anugerah kebesaran kepada beliau termasuk gelaran Datuk Srri.

Ekoran itu, MB Terengganu kini menjadi satu-satunya MB Melayu yang tidak mempunyai sebarang gelaran kebesaran. -MD



ULASAN GB

Demikianlah betapa hinanya peofession "guru" diperlakukan oleh politikus. Tak cukup dengan anak murid diarahkan beratur panjang-panjang menyambut sang menteri kini guru jadi sasaran lantaran tak bertepuk tangan sewaktu MB Terengganu sedang berucap, kebetulan MB itu seorang bekas guru besar.




IKLAN BERBAYAR


26 ulasan:

  1. Tepuk amai2..belalang kupu2...

    BalasPadam
  2. Salam,

    Apa nak jadi dengan orang UMNO/BN ni?

    Ha .ha . ha, tak lama lagi negara ni macam orang Korea Utara main tepuk tangan
    ramai-ramai bila melihat PM.

    1. https://www.youtube.com/watch?v=Sw0Q9OldjPs
    2. https://www.youtube.com/watch?v=Tc6LB9hCJ6I

    BalasPadam
  3. Inilah akibat termakan dedak, manudia jadi hilang pertimbangan. Dentiada nak dihormati wp tak layak..

    BalasPadam
  4. Otak pemimpin-pemimpin UMNO sudah keras kejong! Kesian....

    Maaf, tak dapat nak menolong cikgu-cikgu...Hanya rakyat yang dapat bakulsampahkan UMNO/BN PRU 14 dan seterusnya..

    BalasPadam
  5. Dasar Encik Menteri Besar... bila berucap cikgu2 kena tepuk tangan.

    BalasPadam
  6. W/p dengan beribu ribu kejahatan pemimpin Umno,...rakyat masih sokong.
    Tak percaya??? cuba tanya penyokong tegar umno siapa yg mereka akan sokong dlm pru14 nanti.

    Malaysia tak kan berubah selagi mentaliti rakyat begitu

    BalasPadam
  7. Dah puak2 cikgu tu tak mmboh(mau) TEPUK maknenye dia tak HORMAT ko mu BODOO.....Tak leh nak pakse2

    BalasPadam
  8. Tuan Penasihat dok mane?
    Tolong beri nasihat la nak wat guane nih....Cikgu pong doh tak boh tepok tangang ...

    BalasPadam
  9. Sepatutnya Pengarah yg teluk tangan dulu..dh malu pastu arah plak guru2 buat benda yg x patut.. bengong Pengarah ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku cikgu dan aku kesal ada pengarah yg bodo mcm kat tganu

      Padam
  10. Ni lah masalah yg melanda mskt guru apabila pengarah,pegawai pendidikan,guru besar,pengetua mengeluarkan arahan melalui wassup sambil terbaring atas Katil...kehebatan teknologi membolehkan mereka memanggil mesyuarat sambil berak dlm jamban

    BalasPadam
  11. Guru2 skrg bijak2 xla mcm dulu ikut je kehendak bos..kalau mcm ni Guru2 hanya dianggap sbg macai aje

    BalasPadam

  12. Lepas ini sepanjang MB berucap minta guru-guru jangan berhenti bertepuk tangan.

    Macam lah setiap bulan, MB berucap depan guru-guru.

    BalasPadam
  13. Pangarah JPN teganu kite memang bodow tahap bengong bertingkat2. Terlebih bengong kerana banyak sangat makang nadidagang kuoh lebeh & kepale hotok dià pong macang kepale ikang ayė / ikang tongkol.

    hidop teganung kite, gi candatt weh, bangung2 gi ke laut wehhh ...bodow bodow bodoooow sokmooo

    BalasPadam
  14. Banyak cara untuk memperbetulkan kesilapan ini (kalau kira silap lah) tapi bukan dengan cara memalukan begini.

    Dimasa hadapan, pihak pejabat pendidikan hendaklah memberi tugas kepada kakitangannya memegang plakad 'TEPUK' dan setiap kali mana-mana ucapan yang perlu mendapatkan tepukan, plakad tersebut di angkat. Plakad juga boleh ditambah dengan 'KETAWA'.

    Menyediakan satu pasukan seramai 20 orang yang mempunyai skill tepukan yang kuat dan letakkan mereka di tempat yang khas. Apabila mereka bertepuk, pasti yang tak dengar ucapan pun akan ikut bertepuk.

    Atau MB jangan lah segan silu. Buat lah macam program TV dimana pengacara minta penonton beri tepukan tetapi MB pulak kata "berikan tepukan kepada saya".

    BalasPadam
  15. Itu baru ada pangkat 'Encik' pada pangkal nama dah disuruh belajar tepuk tangan. Kalau dapat kembali segala gelaran yang telah ditarik
    tu entah2 disuruh guru-guru semua tepuk kaki! Dasar manusia bongkak!

    BalasPadam
  16. Ini bukan diarah berlatih...tetapi hukuman denda Itu sebab lain kali pergi mana-mana majlis yang ada buat ucapan bawak sekali pemakan dedak. Tahulah dia orang bila masa nak bertepuk.

    BalasPadam
  17. kalu aku jumpě Pengarah JPN yg bodow lagi tongong tu, aku nok TEPUK kepalě atas & kepalĕ bawoh biar jadi Nnatang bewok.. bodow sokmo teganu kitě .. ganti penyu jadi pengarah lagi cerdek dari mung..

    BalasPadam
  18. Pada sekian Guru-Guru yang sangat di hormati, tepuk lah dada, tanya lah hati...

    BalasPadam
  19. Kalo hari ahad semua cikgu sakit tangan dok gi sekoloh, saper agoknya gulong tikor, pengarah2 ker MB?

    BalasPadam
  20. Sokong lg kepala hotak2 umno ni. Dah dipermalukan mcm budak2 kecik

    BalasPadam
  21. Saya sbg guru yg bkn berasal dr tganu, turut merasakan sejak kebelakangan ini, profesion seorg guru diperlekehkan oleh krjn yg sengal...diharapkan pimpinan pakatan boleh menjuarai isu guru seperti bebanan tugas guru yg tidak masuk akal yg dilaksanakn disekolah oleh krjn lgsung tidak membantu meningkatkan pengajaran dan pembelajaran pelajar.jika nak harapkan nutp, jahanam..ini dpt dilihat dgn prestasi pelajar yg semakin menjunam.akibat perlaksanaan dsr kerajaan yg dilihat tidak membantu guru dlm pengajaran dan pembeljaran...

    BalasPadam
  22. Anta je cikgu2 tu kursus intensif 2 minggu belajar tepuk tangan kat INTAN. Lepas kursus nanti tentu gemuruh mrk tepuk tangan.

    BalasPadam
  23. Tahun depan dapat anugerah Datuk... bodek pandai. 5 minit guna untuk ceramah Bahaya Dadah kepada pelajar lebih bermanafaat dari ajar bertepuk. Mcm mana pandangan orang KPM tentang Pengarah Negeri yang "kreatif" ini. Bertaraf dunia ke tidak?

    BalasPadam
  24. Mb dulu cikgu muzik jadi tepuk tangan sebahagian drpd sukatan. Pudin teh o plop saing dia mesti nok jaga muka sbb krn razif mb lah pudin lompat jadi pengarah jpnt. Berapa ramai puding teh o potong utk jawatan tu. Di jpnt tu ramai lagi hok senior dari dia. Dua org tu bakan cerdik sangat pun tapi parti dan bodek punya pasal dapatlah naik. Tanya pudin mcm mana gred dg41 jadi pengetua di smk kompleks gong badok dulu. Berapa banyak utang dia tinggal masa dia brambus dari sekoloh tu??asal cikgu maktab jer lpas tu buat ijaxah luar kampus usm mcm mana boleh laju naik pengarah tu?? Bodek kuat dan politik punya pasal. Tganu upsr no 1 sokmo tp english paling corot. Muet paling corot. Banggalah cikgu2 tganu buleh pengarah kuat auta.

    BalasPadam
  25. Selamat hari guru...mari kita belajar beryepok tangan....muga muga encik MB teganu happy...

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.