24 Mei 2016

AMANAH Bakal Pilihan Rakyat Malaysia Yang Cintakan Islam

Ilham Centre dapati Pas tidak serius menentang BN

Pendirian Pas yang menyertai pilihan raya untuk mendapat keredaan Allah sebenarnya untuk melunakkan dan memainkan sentimen ahli parti itu sahaja, tegas Ketua Pegawai Eksekutif, Ilham Centre, Hisommudin Bakar.

Menurutnya, kenyataan Pas itu gagal meyakinkan rakyat untuk mengundi mereka sebaliknya hanya bagi memastikan supaya ahli parti tersebut tidak beralih kepada parti pesaing utama mereka, Amanah.


“Kenyataan (Pas) itu tidak serius untuk menentang BN. Sikap Pas hanya memecah ombak dan juga gelombang yang dibina oleh pakatan pembangkang untuk meraih lebih banyak undi,” ujarnya dipetik dalam satu program bual bicara di Astro Awani malam tadi.

Mengulas lanjut pertembungan Pas dan Umno pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Jun depan, beliau menyifatkan Pakatan Harapan terpaksa berdepan senario kepimpinan Pas pada masa ini.

“Sebab itu Pakatan Harapan tidak boleh membiarkan hanya PAS berdepan dengan BN. Pakatan Harapan terpaksa menyusun strategi mereka untuk meraih sokongan terbanyak supaya beralih daripada parti yang tidak serius untuk menang (Pas) kepada Pakatan Harapan yang lebih serius (menentang BN dan memenangi pilhan raya),” jelasnya ketika ditemubual perantara, Nazri Kahar.

Pas selesa

Ditanya mengenai dakwaan Pas kononnya kedua-dua kerusi Parlimen itu sebagai kerusi tradisi parti itu, Hisommudin menganggap Pas begitu selesa dengan pendiriannya untuk berdepan dengan BN walaupun tanpa Pakatan Harapan.

“Hakikatnya, selepas perpecahan Pas pada muktamar (tahun) lepas, Pas kena melihat penggerak, aktivis dan jentera pilihan raya sebenarnya telah beralih kepada parti Amanah terutamanya di Selangor.

Amanah bakal pilihan rakyat Malaysia yang cintakan Islam

“Walaupun Amanah satu jenama baru, Pas perlu melihat keupayaan ini sebab undi yang diperoleh sebanyak 43 peratus pada PRU13 (Pilihan Raya Umum ke-13) yang diperoleh daripada pengundi Melayu lalu sudah tentu akan berpecah lagi. Pas hanya dapat 18 peratus. Bagi saya tidak mungkin Pas boleh mengambil undi 43 peratus itu,” katanya.

Menjawab tentang kesan jika Pas gagal untuk berunding dengan Amanah atau Pakatan Harapan berhubung penentuan calon bertanding di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, beliau berpendapat Pas mustahil untuk menang dalam keadaan tiga penjuru walaupun parti diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu mendakwa mempunyai jentera pilihan raya yang terbaik.

Selain itu, Hisommudin turut menyebut corak pengundian berbeza antara Kuala Kangsar dan Sungai Besar walaupun kedua-dua kawasan Parlimen terbabit boleh dianggap kawasan tradisi pengundi Melayu.

“Terdapat 66 peratus pengundi Melayu di Sungai Besar dan 68 peratus (pengundi) Melayu di Kuala Kangsar. Corak pengundian mereka berbeza. Di Sungai Besar, pengaruh Pakatan Rakyat dan sekarang Pakatan Harapan lebih besar.

“Trend di Kuala Kangsar agak berbeza kerana gelombang dan isu seolah-olah terlindung di sebalik bukit dengan isu tempatan lebih mendapat perhatian berbanding isu nasional.

“Berbanding Sungai Besar, isu nasional yang menjadi liabiliti kepada BN seperti GST (cukai barang dan perkhidmatan), 1MDB (1Malaysia Development Berhad) adalah kelebihan kepada mereka (pembangkang) tetapi tetap akan berlaku perpecahan undi Melayu, maka sudah tentulah berpihak kepada BN,” tambahnya lagi dalam program bual bicara hampir 25 minit itu.

ULASAN GB

Berdarkan maklumat Ilham Center di atas, jelas kini PASlah yang perlu mengukur baju di badan sendiri walapun sebelum ini PAS menyuruh parti-parti lain berbuat demikian.

Ini kerana: Pas kena melihat penggerak, aktivis dan jentera pilihan raya sebenarnya telah beralih kepada parti Amanah terutamanya di Selangor, kata Pengarah Ilham Center.

Kedua, kenyataan-kenyatan pemimpin PAS jelas memberi petunjuk bahawa PAS tidak serius menentang BN. Contohnya seperti kenyataan At-takiri:


Malah sebelum ini, Presiden PAS sendiri menekankan bahawa PAS bukan untuk merampas kuasa dari BN, tetapi ingin menjadi Penasihat BN.


Dan seperti dinyatakan oleh Ilham Center di atas, bahawa, Amanah bakal pilihan rakyat Malaysia yang cintakan Islam.





IKLAN BERBAYAR


9 ulasan:

  1. PAS CAI memang parti pak lebai kolot selamanya.. Al ARQAM lagi bagus sbb berjaya majukan Ekonomi dalam dan luar negeri.

    BalasPadam
  2. Semoga perjuangan Amanah dan PH mendapat keredhaan Allah..hidup rakyat.

    BalasPadam
  3. Nah! apa yang PKR nak perkatakan sekarang. Demi rakyat? Tak kan PKR tidak dapat membaca bagaimana PAS sekarang. Teruk lah ilmu politik PKR yang sepatutnya sekilas ikan di air dah tahu jantan betina. Tapi ini ikan yang tak kemana-mana dok teka lagi jantan betina nya. Dah dapat teka betul, pergi Sungai Besar buat ikan bakar.

    Apa yang dipertahankan oleh penyokong AMANAH sekarang bertambah kukuh. Apa tujuan PKR yang kini terbukti sengaja bertindak diluar batasan logik politik ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Skrg pkr yg berpecah,retak menanti belah akibat Azmin dan seorang presiden yg tidak berfungsi sbg presiden

      Padam
  4. Najib terbaek sbb timbalan sendiri pun bole kena pecat.....alahai PKR..azmin kaduk da naik junjung.

    BalasPadam
  5. Azmin nak tunjuk hero tapi jadi kebencian
    ahli pkr.apa lagi amanah dan dap.azmin
    berlagak macam presiden parti hingga
    kerajaan negeri terabai.azmin masih
    taat dengan pas yang tak habisengkhi
    nat keadilan.azmin tak hormat prediden
    parti dan bertindak sendirian.singkirkan
    azmin baru keadilan selamat

    BalasPadam
  6. Pas parti syok sendiri, jangan bagi Pas joint PH. PRK ke PRU ke biar Pas bertanding kat mana2 kawasan, tak ada Pas dalam PH AMANAH boleh letak calon disemua kawasan yang Pas bertanding. Kalau Pas component PH tak ada lah kawasan untuk AMANAH bertanding dalam PRU, semua kawasan Pas nak.
    Go AMANAH go

    BalasPadam
  7. Pemuda parit kings25 Mei 2016 pada 8:50 PG

    Pemimpin yg ada Kepentingan pribadi harus dibuang...kenapa PKR tak benar2 telus DLM PH???sepatutnya PKR da cerai PAS talak tiga...kenapa harus cium PAS tu lagi...aduh ...kenapalah baghalnya Azmin sampai tahap ni???gila Sgt nk jadi PM???hahaha...pegi mam la Azmin DLM PKR...kamu adalah mahluk perosak PH...yg benar akan muncul...yg perosak akan mereput...

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.