2 Mei 2016

3 Penjuru: PKR Bakal Dihukum Pengundi Sarawak?

Tindih kerusi: PKR gagal jadi orang tengah

PKR dilihat gagal memainkan peranan sebagai orang tengah dalam PRN Sawarak. - Foto Bernama SHAH ALAM – Penganalisis politik melihat situasi yang melanda Pakatan Harapan dan Pas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak membuktikan PKR gagal memainkan peranannya sebagai orang tengah seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Pensyarah Kanan Universiti Selangor (Unisel), Dr Shamsinor Abdul Azzis berkata, dalam keadaan ini, parti-parti pembangkang perlu mengambil iktibar atas pertindihan sehingga sebelas kerusi Dun di negeri itu dan mencari jalan menanganinya.


“Sepatutnya perkara ini disusun lebih awal, capai kata sepakat sebelum pencalonan lagi. Sekiranya ada konsensus di hujung terowong pun, itu lebih baik berbanding mereka meneruskan dengan meletakkan calon masing-masing di kawasan yang bertindih itu.

“Jika isu ini dapat diuruskan sebelum PRN, masyarakat akan dapat melihat keharmonian dalam Pakatan Harapan itu. Jadi, apabila sudah berlaku seperti ini, mereka (pembangkang) perlu mengambil iktibar kerana masyarakat di Semenanjung pun memerhati perkara ini,”
katanya kepada Sinar Online.

Selepas penamaan calon PRN Sarawak, berlaku pertembungan di enam kerusi Dun antara PKR dengan DAP iaitu Mulu, Mambong, Ngemah, Murum, Simanggang dan Batu Kitang.

Sementara pertindihan tiga Dun antara PKR dengan Pas iaitu di Kakus, Jepak dan Lambir manakala dua Dun antara Pas dengan DAP di Dun Samalaju dan Pujut.

Namun PKR dan DAP memilih untuk terus bergerak ke depan dan hanya akan berbincang isu pertindihan itu selepas hari pengundian, 11 Mei ini.

Menurut Shamsinor, apa yang berlaku di Sarawak itu jelas menjejaskan imej PKR sebagai orang tengah kepada rakan pakatannya termasuk Pas.

“PKR ini orang tengah, parti banyak kawan tapi kalau ini ditunjukkan sebagai contoh...sukarlah.

“Ditambah pula apabila nama Datuk Seri Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) naik walaupun beliau tidak mengiakan dakwaan, begitu juga beberapa nama pemimpin lain di peringkat pusat yang disebut dalam menentukan kerusi di Sarawak itu,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sekiranya situasi sama masih berulang lama Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) nanti, Pakatan Harapan akan dilihat sebagai satu pakatan yang longgar.

“Tapi saya yakin pembangkang akan bincang dan elak berlaku pertindihan lagi pada Pilihan Raya Umum nanti dengan menjadikan kes di PRN Sarawak ini sebagai satu iktibar. Sebab kita bercakap bukan tentang satu atau dua kerusi. Itu yang pelik.

“Sebelum ini, saya menjangkakan akan ada pertindihan antara Pas dengan DAP sahaja ataupun Pas dengan Amanah. Tak sangka PKR pun yang sepatutnya menjadi orang tengah dalam Pakatan itu ada pertindihan juga,” katanya.

Sementara, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, langkah ‘move on’ yang diambil PKR dan DAP dalam isu pertindihan kerusi itu cara terbaik buat masa ini.

“Sepatutnya mereka perlu selesaikan lebih awal isu ini tapi sekarang sudah gagal...kalau nak tarik diri pun tak boleh. Tak apalah mungkin itu menunjukkan kelemahan pembangkang tapi kena fikirkan cara terbaik selepas ini jika tidak mereka akan dilihat tidak bersatu dan gagal,” katanya.

Katanya, pembangkang perlu meneliti kembali dasar mereka bersatu namun masih berebut kerusi dan kuasa.

“Tidak boleh menuding jari kepada sesiapa. Semua bersalah. Ini bukan lagi isu satu parti yang buat kesalahan. Ini menunjukkan kegagalan peringkat kepimpinan tertinggi PKR untuk menyelesaikan isu ini.

“Kegagalan ini mungkin berpunca daripada tidak ada satu suara pemutus utama iaitu Pakatan Harapan yang akan memutuskan siapa bertanding setiap kerusi,” katanya. -SH


PKR: Dakwaan Azmin langgar perjanjian DAP tidak tepat

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, dakwaan timbalan presiden parti itu melanggar perjanjian dengan DAP berhubung pilihan raya negeri Sarawak adalah tidak tepat.

"Laporan Malaysiakini semalam mengenai timbalan presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali yang didakwa memungkiri perjanjian rundingan kerusi di Sarawak adalah tidak tepat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Malaysiakini semalam, melaporkan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng sebagai mendakwa Azmin memungkiri janjinya.

"Pada 7 April, kedua-dua, Azmin dan saya menanda tangani perjanjian rundingan pengagihan kerusi.

"Beliau tidak sepatutnya memungkiri perjanjian itu, ia menampakkan kepada yang lain seolah-olah (anda) menelan kata-kata sendiri," Lim dipetik sebagai berkata.

Nurul Izzah, yang juga pengarah pilihanraya nasional PKR, berkata, ada beberapa fakta yang harus diperbetulkan.

"Azmin hanya menanda tangani senarai pada 7 April 2016 dan 'secara prinsipnya' seperti yang dilakukan oleh wakil DAP, menandakan ia belum dimuktamadkan.

"Selepas itu, ada mesyuarat lain dan rundingan selanjutnya berlangsung. Parti kemudiannya memberi kepercayaan kepada Azmin untuk menyelesaikan isu-isu tersebut dengan pimpinan negeri kita di Sarawak.

"Komunikasi selanjutnya berterusan dengan DAP sehingga malam sebelum hari penamaan calon, namun malangnya, tidak berjaya.

"Oleh itu, tidak sepatutnya ada rundingan lanjut tentang pemungkiran perjanjian seperti itu," jelas Nurul Izzah.
-mk


ULASAN GB

Sebolehnya, GB enggan campurtangan hal-hal parti orang lain, tetapi apabila ia "mengusik" Pakatan Harapan, mahu tidak mahu, kita terpaksa bersuara.

Daripada kronologi kemelut pertindihan kerusi yang berlaku diantara parti-parti komponen PH, jelas menunjukkan PKR sebenarnya yang bersalah. Kerana, sudah ada persetujuan di peringkat awal bahawa senarai pada 7 April 2016 telah dipersetujui 'secara prinsipnya'. Walaupun ia bukan muktamad, tetapi PKR TIDAK memberi kata muktamadnya sehingga ke malam terakhir sebelum penamaan calon. Bagaimana komponen PH yang lain boleh menerima sikap PKR tersebut?

DSAI menyatakan masih ada ruang untuk rundingan, tetapi ia tidak dimenafaatkan oleh PKR untuk melakukan rundingan dengan DAP. Yang ada hanyalah hujjah-hujjah dari kartel yang "recalcitrant" di dalam PKR yang mahu pertandingan 3 penjuru diteruskan.

Dengan maaf, WAWI kelihatan tidak bermaya, tidak mampu untuk merungkai kemelut yang berlaku. Malah di dalam banyak keadaan, beliau bersama dengan anaknya Nurul Izzah mempertahankan Azmin. Itu bukan cara yang betul untuk menjadi orang tengah.

Itu sebab mengapa, Dato Zaid Ibrahim menyarankan agar DAP meluapakan PKR, sebaliknya perkukuhkan hubungan dengan AMANAH. Walaupun dengan dua parti sahaja, ia lebih baik dari mempunyai rakan seperti PKR, yang menikam rakan dari belakang seperti yang dilakukan PAS terhadap Pakatan Rakyat.

Tidak mengapa, let bygones be bygones. Kita serahkan kepada hukum kebenaran dan keadilan berjalan. GB khuatir, rakyat Sarawak akan membenamkan PKR kali ini kerana umum melihat sememangnya PKR bersalah di dalam pertindihan kerusi di dalam PH.

13 ulasan:

  1. ADUN kajang parti sendiri tak boleh kawal nak jadi MB selangor pula.

    BalasPadam




  2. Jalan Yg LURUS...Menyuloh MAKNA
    Jalan Yg LURUS...Menyuloh ERTI
    Jalan Yg LURUS...Membongkar "AUTA"
    Ponteng FITNAH...Rasuah=Men CURI


    Ponteng FITNAH...Rasuah=Men CURI
    Putar BELIT...Benang Yg BASAH
    RAKYAT Di Tipu...Jauh Di HATI
    Tunggang TERBALIK...Mrk TAK Kesah



    Ponteng FITNAH...Rasuah=Men CURI
    Mnjd Pemimpin...Bak Budak HINGUSAN
    Berbagai ALASAN...Yg "Tolol" Di CARI
    Ber LIDAHkan Iblis...Bermulutkan SETAN
    AMANAH Pd Rakyat...Dah TAK Wujud Lagi
    Krn Merembat=RASUAH=Mencuri...Mnjd Matlamat dan TUJUAN




    Wahai Sahabat...AMANAH Sejati
    Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
    Semoga Sahabat...TERANG Di Hati
    Siratol MUSTAQIM...Jdkan PEDOMAN
    Semoga Sahabat...Di Lindung Di BERKATI
    Di Dlm Dakapan-NYA...Yg Penuh KEINDAHAN









    BalasPadam
  3. Walaupun terpaksa 'move on' dengan pertindihan kerusi dengan DAP daripada memberi berbagai alasan adalah lebih baik sekiranya PKR menyatakan kekesalannya dan meminta maaf.
    Senarai nama yang ditanda-tangani oleh PKR hanya 'secara prinsipnya' selepas perbincangan, menunjukkan keputusan pada waktu tersebut adalah satu keputusan yang terbaik untuk kedua-dua parti dan Pakatan Harapan.

    Malangnya politik di Sarawak adalah tidak sama dengan politik orang di Semenanjung. Senarai nama.yang ditanda-tangani 'secara prinsipnya' tidak akan dapat di muktamadkan kerana tidak mencapai kehendak ahli PKR di Sarawak.

    Perbincangan akan hanya menemui jalan buntu. Jika PKR Pusat terus bertahan dengan Senarai nama.tersebut, ahli PKR tetap bertanding dengan apa cara sekalipun.

    Persoalannya ialah mengapa PKR susah nak minta maaf ?

    BalasPadam
  4. Jika PKR gagal jadi orang tengah, biar AMANAH pula jadi orang tengah.

    BalasPadam
  5. Amanah tak yah masuk campur selagi Azmin ada dlm PKR. Taichi@kuntau Azmin boleh melingkupkan Amanah dan Pakatan Harapan. Kan Tok Guru dia Hadi Gannu...
    Nak elok Pakatan Harapan.. tendang Azmin dan kartelnya keluar dari kedudukan utama PKR.. WAWI & Izzah pun perlu berundur dari kedudukan atas tu. Asyik sebelahkan Azmin ja. Presiden kena utamakan Parti dari sukusakat. Jgn sampai walaun ckp.. kan Presiden dah kata Pompuan tak leh jadi ketua..!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni mesti macai yg nk bikin huru hara PH

      Padam
  6. Aku masih ingat lagi pada 9 Januari 2016, awal tahun Rafizi Ramli menyebut Pakatan Harapan tidak lagi mengguna pakai prinsip ‘setuju untuk tidak bersetuju’ seperti dahulu. Suhaizan Kait yang kalah pemilihan Ketua Pemuda PAS, kecewa dan bersama menubuhkan parti PAN @ AMANAH juga mengeluarkan kenyataan yang sama.

    Setiausaha Agung Keadilan, Rafizi Ramli, berkata mana-mana parti yang melanggar persetujuan bersama akan dipecat. “Prinsip bersetuju untuk tidak bersetuju tidak lagi boleh digunakan dalam Pakatan Harapan,” katanya
    dah pecat kaaaa

    BalasPadam
  7. 1. Di sini PKR Sarawak yang salah. Ada yang tamak sangat mahu jadi calon. Ini memeningkan Bian. Malah ada yang ugut mahu keluar PKR jika PKR tunduk pada DAP. Ini isunya. Maka jadilah isu pertindihan sekarang. Namun demikian PKR tidak boleh menang banyak kerusi.
    2. DAP dalam kontek ini tidak salah kerana menurut perjanjian awal lagi DAP yang harus bertanding di kawasan yang bertindih calon sekarang. DAP mempunyai lebih peluang untuk menang berbanding PKR. DAP bertanding jauh lebih kurang kerusi daripada PKR. Seperti juga dalam pilihanraya dulu. Tetapi DAP telah menang lebih kerusi daripada PKR.Peluang DAP lebih cerah berbanding PKR.
    3. Di sini PKR Sarawak yang harus dipersalahkan bukan PKR di peringkat nasional.
    4. Ingat bahawa ini hanya masalah yang khusus di Sarawak, itu pun hanya di beberapa kerusi. Pertindihan begini tidak akan berlaku dalam PU14 nanti.
    5. Amanah harus dipuji kerana sanggup bertanding di beberapa kawasan. Harap Amanah menang beberapa kerusi.Harap juga Amanah bertanding semua kerusi yang ditandingi PAS nanti dalam PU14.
    6. PAS mungkin akan kalah semua kerusi yang ditandingi di Sarawak. Pengundi Sarawak tidak boleh menerima PAS. Hadi telah membawa PAS ke alam purba...
    6. Doa kami kerusi Pakatan Harapan (pembangkan) bertambah daripada yang lepas dalam pilihan raya Sarawak.

    BalasPadam
  8. Ini isu PKR Sarawak. Bukan isu PKR peringkat nasional. BN pun menghadapi masalah sama. Tak diberi menjadi calon ugut mahu keluar parti atau mahu bertanding bebas.... Lupakan sahaja isu pertindihan di Sarawak. PH harus kembali kuat selepas ini.

    BalasPadam
  9. Sama2 Salah,dap Dan pkr sama2 bersalah.terima kasih menghampakan kami Rakyat biasa, kami tiada Harapan lagi umno Pas pkr dap semua Sama xblh diharap,terima lah kenyataan jika ini sikap pembangkang,umno Akan terus berkuasa sampai bila2.xyahla nk heboh keadilan sdgkan parti keadilan pun Sama 2 melakukan kezaliman

    BalasPadam
  10. Mane hasil muafakat MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN ??????? Hukum tertinggi hasil dari MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN????

    BalasPadam
  11. kalau berebut bermakna bukan ikhlas berkhidmat utk rakyat. ini maknanya mengejar jawatan. gaji elaun dan kemudian pencen yg rakyat kena tanggung sampai mati. ponteng tak dtg sidang pun boleh dpt pencen. sbb tu gila2 nak jadi calon.

    dlm pas, presiden dilihat sungguh berkuasa; tp dlm pkr, presiden dilihat tak ada kuasa!

    BalasPadam
  12. SEJAHTERA SEMUA..
    yANG KAMI RASA PELIKNYA, HANG DOK BEREBUT NI BUAT APA ????
    kALAU SATU/DUA KERUSI PUN SUSAH NAK MENANG ..APA LAGI BANYAK.
    PEMBANGKANG NI MEMANG GILA BODOH LAH..
    KALAU KAMU TAK BEREBUT PUN BELUN TENTU BOLEH MENANG..???
    INI KAN PULAK BEREBUT DAN TAK PASTI PULAK SIAPA YG AKAN JADI KETUA ??
    KAMU MEMANG BODOH GILA...
    TAK LAYAK NAK LAWAN KERAJAAN DEDAK..
    LIM KIT SIANG MEMANG BODOHHH...
    AZMIN 10X BODOHHHH..
    GAYA ADA...TAPI OTAK KOSONG + BONGKAK..
    HARAP DEPA DAPAT BACA APA YANG AKU TULIS..
    ...

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.