Ramasamy kesal label Zakir Naik sebagai ‘setan’
Timbalan Setiausaha Agung DAP, P Ramasamy melahirkan rasa kekesalannya kerana menggelar pendakwah Islam kontroversi, Dr Zakir Naik sebagai ‘setan’.
Ramasamy berkata berikutan kenyataannya itu, beliau kini dilabel sebagai anti-Islam dan anti Muslim.
“Pada 10 April 2016, saya telah memuat naik status di Facebook saya mengenai pendakwah Islam Dr Zakir Naik.
“Dalam posting saya telah memanggilnya sebagai syaitan dan menegaskan bahawa beliau memberi ucapan kebencian pada agama selain Islam
“Pada hari yang sama saya sedar perkataan setan telah menjadi viral di Internet.
“Saya menyesal jika penggunaan perkataan syaitan boleh menimbulkan keresahan dan rasa tidak puas hati di kalangan orang Islam di Malaysia,” kata Ramasamy dalam satu kenyataannya hari ini.
Sebelum ini dalam kenyataannya di Facebook, Ramasamy menulis ‘Let us get “Satan” Zakir Naik out of this country!’.
Bagaimanapun, selang beberapa jam kemudian, Ramasamy menyunting status itu dengan memadam perkataan ‘satan’ itu.
Dalam kenyataan sama, Ramasamy mendakwa Zakir hanya mahu menyebarkan kebencian di kalangan bukan Islam di negara ini.
Beliau juga menggesa rakyat Malaysia, khususnya pertubuhan India dan agama Hindu supaya membuat laporan polis terhadap Zakir.
Menghina dan mencaci
Sementara Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, kenyataan yang dibuat bukan anti Islam sebaliknya beliau mahu setiap orang perlu menghormati negara ini kerana Malaysia mempunyai berbilang agama dan bangsa.
“Posting saya bukan anti Islam atau orang Islam di negara ini. Ia hanya ditujukan terhadap orang tertentu.
“Bukan niat saya kerana saya menghormati semua agama di negara ini.
“Saya amat yakin bahawa Malaysia sebuah negara yang pelbagai agama dan kaum di mana semua agama perlu dihormat dan bermaruah,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Parti Amanah Negara (AMANAH) mengucapkan berterima kasih kepada Ramasamy kerana telah menggugurkan perkataan ‘syaitan’ yang digunakannya terhadap Dr Zakir Naik.
AMANAH berkata budaya gelaran menghina dan mencaci adalah sesuatu yang wajar dihalang kerana amalan ‘name calling’ ini tidak mendatangkan apa-apa manfaat sebaliknya menyemarakkan lagi kepanasan suasana yang sudah panas.
“Tindakan Prof Ramasamy menggugurkan perkataan tersebut boleh dipuji kerana walaupun tidak bersetuju dan tidak berpuas hati, beliau masih rasional dan bersedia menerima teguran.
“Ini berbeza dengan sikap sebahagian yang lain yang terus mempertahankan penggunaan istilah menghina walaupun mengetahui ia amalan tidak berakhlak,” kata AMANAH dalam kenyataannya hari ini.
Ketua Wanita PKR Pulau Pinang Nur Fazrina Zakaria pula berkata tindakan Ramasamy yang memanggil Zakir sebagai syaitan tidak menunjukkan sikap kepimpinan yang demokratik.
“Wanita PKR Pulau Pinang menyeru supaya pihak berkenaan bersedia berhujah dengan fakta dan tidak menggunakan platform politik dan ketenteraman awam sebagai jalan mudah untuk lari dari fokus sebenar iaitu demokrasi dalam negara Islam.
“Jangan hanya pandai melaungkan perkataan demokrasi tetapi gagal melaksanakan. Nanti akan dilabel retorik semata,” katanya. -mk
ULASAN GB
Tindakan Ramasamy memang patut dipuji, sedia menerima kritikan dan sedia meminta maaf.
Bagaimana dengan pimpinan PAS yang "menggunakan tweet fitnah LGE" kononnya LGE menghalang Zakir Naik memasuki Pulau Pinang?
Sehingga kini belum ada pernyataan memohon maaf dari pimpinan PAS bekenaan.
Tak malukah dengan pemimpin DAP yang bukan Islam berkenaan?

Penganjur tukar tajuk syarahan Zakir Naik di Melaka
Selepas mengambil kira bantahan dan mendengar pendapat banyak pihak, penganjur syarahan umum Dr Zakir Naik di Melaka pada 17 April ini akhirnya bersetuju untuk menukar tajuk syarahan itu.
Jurucakap penganjur, Firdaus Wong Wai Hung berkata pihaknya akan berbincang dengan pihak berkuasa untuk memilih tajuk yang sesuai dan tidak menjejaskan ketegangan agama dan kaum di negara ini.
“Kami sebagai penganjur sentiasa yakin dengan keputusan dari PDRM dan sebagai rakyat Malaysia bersedia mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
“Kami bersedia menukar topik dengan berbincang dengan pihak berkuasa bagi memastikan kelancaran program serta ingin mengalakkan dan menjemput rakyat berbilang bangsa untuk turut hadir ke program Dr Zakir Naik di Malaysia,” katanya kepada FMT.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam kenyataan terbaharu dilaporkan berkata, syarahan itu boleh diteruskan jika topik perbincangan tidak menjejaskan keharmonian beragama di negara ini.
Pemimpin politik dan NGO bukan Islam membantah syarahan Zakir Naik kerana penceramah berasal dari India itu didakwa pernah menghina agama lain.
Mereka juga mendesak kerajaan menghantar pulang Zakir Naik dan mengharamkan beliau masuk ke nagara ini. Singapura dan United Kingdom pernah mengeluarkan arahan melarang Zakir Naik masuk ke dua-dua negara itu.
Pemimpin politik Islam pula mempertahankan Zakir Naik dan menganggap arahan Khalid sebelum ini supaya syarahan umum di Melaka dibatalkan sebagai melanggar demokrasi dan kebebasan beragama di negara ini.
Mereka juga mendesak pihak yang mendakwa Zakir Naik menghina agama supaya datang ke syarahan dan berhujah secara intelektual bukan membuat serangan dari jauh. -FMT
ULASAN GB
Tindakan Ramasamy memang patut dipuji, sedia menerima kritikan dan sedia meminta maaf.
Bagaimana dengan pimpinan PAS yang "menggunakan tweet fitnah LGE" kononnya LGE menghalang Zakir Naik memasuki Pulau Pinang?
Sehingga kini belum ada pernyataan memohon maaf dari pimpinan PAS bekenaan.
Tak malukah dengan pemimpin DAP yang bukan Islam berkenaan?
Itu pasal lah....semasa era TGNA. Sepatutnya Hadi Awang and the geng terus sambung... menyampaikan dakwah Islam kepada DAP ni...ini tidak...pi tunjuk pulak...ajaran Islam ganaz kepada non muslim.
BalasPadamSudah tentulah si P Ramasamy ni...tidak tahu mengenai Islam itu adalah rahmatan il alamin. Kitalah yang perlu mengajar mereka2 tu...
Sekafir-kafir P Ramasamy ni...akhirnya dia mohon maaf gak...
Puak2 konon2nya memperjuangan Islam pulak...selepas buat salah...adakah depa minta maaf? Tarak!
So....mcmana non muslim nak dekati Islam. rahmat untuk sekalian alam dan manusia?
sepatut nya pariah ni X perlu pun nk ckp org tu setan ke ape.Isu ni bkn sbb politik,Malaysia agama rasmi Islam,so respect dat.
PadamTanpa nama 11.16PG...itu hak individu bro...klu dok hina agama lain...betul ke cara tuh?kita kena tunjukkan contoh yg baik pada bukan Islam..bukan hina...dia org pandai agama...xkan boleh hina agama lain???walaupun Islam dimalaysia adalah agama rasmi...tp caranya betul x???klu org bukan Islam hina Islam...apa kita buat???mesti marahkan?!!!klu perkataan Setan tu...setahu sayalah...ramai org Islam menyetankan org Islam sendiri...jadi mana yg lebih baik???nilai2kanlah kata2 anda...
PadamPimpinan Pas maksum, ahli2 pulak walaun....mana bisa mohon maaf pada LGE. Jatuh lah serban kerajaan teknokratnya nanti.
BalasPadamHebatkan Pas ini, lebih hebat dr BN.
dude...grow up,this ain't political issue,it's bout ramasamy stupidity
PadamSelepas peristiwa 911, dikatakan bilangan revert di US bertambah berkali ganda.
BalasPadamSelepas Paris attack, diceritakan naskah Quran terjemahan bahasa Perancis habis dijual di kedai2 buku di sana.
Cacian wakil DAP kpd DZN sehingga heboh seantero Malaya, dan dunia barangkali, di watsap dan facebook, mungkin juga menjadi promosi yg terhebat utk non-muslim melihat atau menyelidik siapa DZN dan apa yang dibawanya.
Semoga episod ini membuka mata dan minda semua terutama non-muslim di Malaysia tercinta.
Siapa LGE? Gelaran "KM" dia tu kecill sangat Banding dengan gelaran "ulama pas suci mulia".
BalasPadamYang salah mesti dap Cina kapir, yang ulama pas mesti suci mulia
Salam: Tuan anom 6:54, Tuan kata cacian wakil DAP,tapi tuan lupa wakil DAP dah minta maaf (kenapa tuan tak katakan..).Kenapa tuan tak kata yg banyak buat cacian datangnya dari hindraf dan MIC...ISLAM melarang umatnya,menyampaikan berita berat-sebelah,yg baik tetap-baik walaupun datangnya dari pehak lawan kita.
BalasPadamSekian.
Cerdik pandai daripada kaum-kaum lain di negara ini, khasnya kaum India (beragama Hindu) seelok-eloknya datang untuk mendengar sendiri ceramah-ceramah yang disampaikan oleh Dr Zakir Naik.
BalasPadamSelepas mendengar ceramah-ceramah itu barulah membuat ulasan dan komen. Jangan sekali-kali membuat komen tanpa mendengarnya sendiri. Orang2 cerdik pandai tidak membuat ulasan dan penilaian semata-mata berdasarkan kepada 'dengar cakap-cakap orang. Mereka yang buat begini adalah jahil ilmu dan pendidikan.
Sy sbg org islam, sy amat mrh dgn kenyaataan setan yg digunakan ramasamy kpd dr zakir naik...tidak sepatutnya dikeluarkan oleh sorg tokoh politik dr parti yg menentang kezaliman , rasuah ttp xfhm tntg penghormatan kpd agama...kalau itu yg dikeluarkan maknanya tiada beza lah dgn segolongan kumpulan melayu yg dulu menentang penggunaan kalimah allah pd bible..mentaliti mereka masih rendah...tp kenapa gol hindu marah, adalah disebabkan tajuknya itu...yg itu saya setuju ia sensitif dan wajar ditukar..tajuknya dilihat kurang sesuai...biarlah mereka dgn agama mereka dan kita dgn agama kita...jgn kita ganggu mereka kelak mereka ganggu kita...dr segi pendakwahan, sy bercadng penganjur menggunakan tajuk, islam dr perspektif alquran ataupun similarities between science and alquran...ramai cendekiawan dan gol. Agamawan lebih berminat...wallahualam...
BalasPadamTidak rugi kita berakhlak mulia,
BalasPadammalah Allah lebih2 lagi suka,
beradab sopan kita sentiasa,
mari bersama mengamalkannya...
Huhu.. Nampaknye kapir lagi beradab sopan daripada Pak Lebai jebon dan Jibby haramjadah...
Masalah orang Islam di Malaysia bukan dengan orang Hindu atau Kristian.
BalasPadamMasalah orang Islam di Malaysia ialah dengan orang Islam sendiri.
Orang Hindu segera padam gelaran setan dan kemudian minta maaf.
Orang Hindu juga berani kata tindakan dia bukan sebab dia anti Islam.
Zakir sepatutnya menjaga nama baik nya. Dengan mendekati dan melibatkan dirinya secara langsung dengan datang ke Malaysia, ianya adalah bala ke atas dirinya. Malaysia dipenuhi dengan dosa-dosa pemerintah dan pemimpin negara. Tidak kah Zakir tahu negara manakah yang menduduki rasuah tertinggi di dunia ? Nama pemimpin Malaysia di sebut-sebut oleh negara luar dengan berita yang mengaitkannya dengan berbillion ringgit.
Siapa Naib Pengerusi Ulamak Sedunia? Apakah apabila memperkata tentang Islam, jangan sebut pasal hal-hal politik sedangkan politik wajib perlu ada akhlak dan amanah yang ditetapkan dalam Islam.
Ahli Parti Lebai pencinta hukum Hudud...Hudud bukan untuk si kapir...Ramasamy Hindu tak belajar Islam kecuali dari Hadi Marang...Hadi dan Haron wajib ajar non muslim... bagitau mereka setiap bulan perkembangan Hudud...Mana dia Peguam Pakar Hudud? Mana Pendakwaraya Hudud? Mana Peguamcara Hudud? Mana dia Hakim Pakar Hudud? Mana Mahkamah Pra Hudud? Mana Mahkamah Rayuan Hudud? Mana Penasihat Undang2 Hudud? Mana saksi2 sah beraqal, tidak fasiq, tidak munafik, ahli Quran yang diperakui? Mana RUU Hudud? Mana pergi pembela Hudud dalam Parti Lebai sekarang? Bila nak bawa usul kata 9 April nak bentang? Pak Lebai kaki sembang kasi bimbang...kuat ponteng kuat temberang...kahkahkah!
BalasPadamAssalamualaikum,umat islam d malaysia terlampau berlembut dgn kaum minoriti. Suka2 kutuk umat islam ,kemudian minta maaf,kerajaan khususnya umno sgt lemah ,lihat saja isu hishamuddin cium keris kemudian mca suruh minta hishamuddin minta maaf.Klu d indonesia mereka ini semua langsung x boleh angkat muka langsung,sebenarnya salah kita sendiri,kita tlh membuka ruang yg sgt luas kpd kaum minoriti ini sehingga mrk ini besar kepala
BalasPadamMereka telah di beri hak sebagai syarat kemerdekaan namun ketika itu melayu masih kuat dan berkuasa sehingga lah apabila kes UMNO di haramkan dan kes pemecatan Anwar. UMNO mula hilang kegagahan nya apabila bergantung pada sokongan orang cina. Dan apabila orang cina tidak mengundi BN sehingga pemimpin UMNO sendiri boleh mengeluarkan kata-kata 'Apalagi Cina mau'. Apa maksud UMNO dengan 'Apa lagi Cina mau'?
PadamApabila ramai orang cina menyertai Bersih, kumpulan melayu membalas dendam dengan berdemo di tempat orang cari makan dan mengambil kesempatan apabila budak melayu mencuri di pukul oleh peniaga d Low Yat.
Selepas ini orang cina tidak akan turun berdemo seperti mana Bersih dan orang cina hanya mendiamkan diri apabila diserang.
Tetapi jangan lupa Duta Cina turun di Cbinatown dan begitu juga pembesar India di bawa ke Little India. Jika Little India di serang, jangan terkejut Duta India beli sireh di Brickfields.
Terima lah hakikat ini.
Menuduh mereka 'suka-suka' mengutuk umat Islam tidak tepat. Mereka ada sebab dan kerana sebab itu lah tajuk syarahan ditukar. Ini hal Ramasamy yang mengutuk Zakir belum lagi sampai melibatkan keseluruhan umat Islam. Bagaimana apabila ramai umat Islam menyerang dan mengutuk Ramasamy, dia sedar kesilapan nya dan minta maaf. Adakah cara lain seperti terus memukul dan membakar rumah Ramasamy ?
Senjata UMNO ialah perkauman dan agama. Dalam kedua-dua hal ini pemimpin UMNO berdolak-dalih. Maka terima lah padah nya. Maruah bangsa dan agama di injak-injak sepanjang masa.
Saya berharap tapisan pihak tuan untuk menyemak dan edit semua tulisan sebelum disiarkan dapat dijalankan dengan baik kerana banyak penggunaan bahasa2 yang kurang baik masih diterbitkan. Terima kasih
BalasPadamPemuda MIC itu boleh didakwa di mahkamah kerana menghasut, memfitnah dan menipu orang ramai dan dalam pada masa yang sama menghina ulama Islam.
BalasPadamUMNO dan kuncu kuncu nya saja sebuk dgn isu zakir naik kerana mereka tahu melayu dah tak sokong UMNO , untuk menatik perhatian UMNO, tak kan rak pelik UMNO anti islam jadi hiro ,
BalasPadamKonon nya mereka takut hindu di malaysia marah,
Tapi di india tak ada pun hindu dan islam bergaduh, dah banyak dr zakir naik buat ceramah di India, ok je
Siapa ada bukti bertulis yg menunjukkan
BalasPadamPermohonan maaf p ramasami yg berketurunan india ini...sila kemukakan
Itu sumber dari MK - Malaysiakini. Tentulah Ramasamy memberitahu wartawan kalau tak buat apa MK siarkan?
PadamBukan nak belah sesiapa pun, kenapa ada bersyarat bertulis yang dia ada buat permohonan maaf pulak?
Kalau masih tak berpuas hati dengan permohonan maaf dengan dia bukan persoalkan mana bukti bertulis tetapi persoalkan tindak-tanduk dia selepas ini.
Dan dia minta maaf sebab menguna perkataan syaitan bukan kerana dia menuduh Zakir memberi ucapan kebencian pada agama selain Islam. Itu pandangan dia mengenai Zakir.
Saya menyokong supaya permohonan maaf mesti dilakukan bukan setakat bertulis sahaja,tetapi mesti dilakukan di semua saluran media, supaya jgn lagi mereka ini memperlekehkan islam dimalaysia,lihat saja apa yg dilakukan oleh alvin tan dan pasangannya,mereka ini terang terang memusuhi islam dan boleh di kategorikan kafir harbi yg boleh kita perangi. Satu tindakan yg tegas harus diambil terhadap mereka yg memperlekehkan islam dan mesti dibawa kemuka pengadilan.Kita telah lama memberikan mereka kebebasan berugama,umat islam d malaysia membenarkan mereka bebas melakukan ritual mereka tanpa gangguan drp umat islam d malaysia,lihat keadaan umat islam d burma, palestine dan beberapa negara lain,umat islam ditindas begitu hebat.Kita sentiasa menghormati kebebasan ugama mereka ,tapi apa yg kita dpt adalah mereka selalu mencabar integriti ugama islam d malaysia,sungguh berani mereka ini walaupun golongan minoriti,
PadamAgaknya apa akan terjadi kpd kita sekiranya kita pula yg menjadi golongan minoriti?
Apakah terbukti dia anti Islam?
PadamBezakan kesalahan Ramasamy dengan Elvin Tan, mana persamaannya?
Dia anti Zakir bukan anti Islam.
Apakah media akan memberi ruang berita kepada Ramasamy minta maaf setelah menyiarkan dia menguna perkataan syaitan? Ini bolehland lah...
Kalau orang lain buat kesalahan yang sama, orang itu tidak ada kena mengena dengan kesalahan dan permohonan maaf Ramasamy. Melainkan orang tersebut bercakap atas nama kumpulan.
Cuba fahami isu sebenar ?
BalasPadamDgn kehadiran Dr Zakir Naik nih bnyk hikmahnya
Islam mengajar umatnya BERANI berhujah/debat dgn HAQ/Fakta
Sudah tentu yg bergelar "ulamak" Islam tentu lebih sgt BERANI utk berhujah dan berdebat dgn ssape shj..terutama skali dgn non-Muslim!
Kpd walaunta2 PAS patut malu dgn sikap Hadi Aron ding Abduh Tantawi dll tu yg sgt TAKUT utk berhujah dan berdebat yg jelas dah satu "makam" dgn Najib dan Umno yg terbukti sgt TAKUT berhujah dan berdebat dihadapan umat
SEBALIKnya...
Rafzi Anwar Husam dan MP dari parti AMANAH seolah2 satu "makam" dgn Dr Zakir Naik yg sentisa sedia dan TERBUKA utk berhujah/debat dgn ssape shj utk mempamerkan bhw AL-QURAN dan ISLAM itu..."Aliimul-HAKIM" yg sentiasa mnjunjung smutlaq2 KBNARAN dan KEADILAN sejagat
Kpd Idris Ahmad dan walaun2 Pas jgnlah kamu coba utk mmehak/mmuji Dr Zakir Naik itu, adalah lebih baik kamu memuji JIBBY dan Hadi yg sgt TAKUT utk berhujah/berdebat itu serta sedondon mengelabui mata umat diatas DERMA 2.6billion yg masuk akaun peribadi Najib itu

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua penyokong PH...bagi saya mudah...jgn cari salah org lain...cari salah diri sendiri lebih baik...Islam memang sentiasa dihina oleh bukan Islam...bahkan org Islam sendiri menghina Islam itu sendiri...cuba selidik bebaik sebelum mengeluarkan kata2...klu kamu seolah2nya membela Islam...dari segi apa?ramai org Islam menghina Islam...apa kamu lakukan???yg sebenarnya adalah masalah org Islam itu sendiri x mencerminkan Islam itu sendiri...byk yg berkepentingan...harap jgn ada manusia munafik mcm ni kt dunia ni...sedih...baru isu mcm ni...dah nk jadi juara seolah2 kamu membela Islam...hahaha...sedarlah wahai kawan2...tanggjawab kita amat berat...
BalasPadam