14 Apr 2016

[VIDEO] Yang Berada Di Tengah Itu Penyokong BN - Mujahid

Naib Presiden Parti Amanah Negara, YB Dato Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa perjuangan pilihanraya yang akan datang ini adalah diantara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.

Apa juga pakatan yang lain termasuk Blok Ketiga, atau mana-mana pihak yang duduk di tengah-tengah tidak akan diambil kira malah akan dianggap sebegai penyokong BN.

Mujahid berkata demikian di Pidato Pakatan Harapan SELAMATKAN MALAYSIA di Kuala Terengganu malam semalam.


Beliau mengulas mengenai pembentukan blok pakatan pembangkang yang baharu iaitu PAS dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) pada pertengahan bulan Mac lalu.

"Hari ini kita menyatakan plihanraya umum yang akan datang hanya pertempuran diantara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional. Kerana apa? Kerana Pakatan Harapan jelas menentang korupsi, Pakatan Harapan jelas menentang pemimpin yang kukubesi, Pakatan Harapan jelas mahu membina masa depan negara ini lebih baik, tanpa rasuah, tanpa perkauman, tanpa kebencian," ujarnya.

"Barisan Nasional kita tahu mempertahankan rasuah dengan meletakkan Najib dan mereka terus mempertahankan skandal terbesar, maka rakyat menunggu di pilihanraya nanti hanya dua (pihak) sahaja (yang akan terlibat dalam) pertembungan iaitu Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP dan AMANAH dengan Barisan Nasional," tambahnya.

"Maknanya mana-mana orang yang duduk di tengah-tengah ni, yang tak jelas ni, yang bermain-main kata, sat kata ya, sat kata tidak, sat kata itu, sat kata ini, kita berkata siapa sahaja yang berdiri diantara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional, kita menyatakan yang duduk di tengah-tengah itu menyokong Barisan Nasional, habis" tegasnya lagi.

PAS sebelum ini telah menganggap DAP dan AMANAH sebagai musuh mereka tetapi tidak jelas sikap terhadap Barisan Nasional. Banyak tindak-tanduk mereka memaparkan bahawa mereka enggan untuk bersama Pakatan Harapan, namun lebih kepada menyokong Barisan Nasional.

PAS sebelum ini tidak menyokong usaha pembangkang menetnang Bajet 2016.

Presiden PAS juga misalnya baru-baru ini menghalang ahli-ahli PAS terlibat di dalam himpunan Deklarasi Rakyat yang hendak menjatuhkan Najib.

Sebelum dari ini pun Presiden PAS kerap ponteng sebagai ahli parlimen sewaktu beberapa undang-undang penting dibahas dan diluluskan secara undian belah-bahagi iaitu, Akta Pencegahan Keganasan (POTA), Pindaan Akta Hasutan, Undang-undang GST dan Bajet 2016. Ramai pemerhati politik juga melihat ia sebagai tindakan Presiden PAS untuk tidak dilhat menentang BN.

Pidato malam tadi turut disertai oleh Dato Husam Musa dan YB Azan ismail, DUN Bandar, Terengganu dan Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing.

Sebelumnya pada sebelah petang satu Majlis Dialog Pakatan Harapan SELAMATKAN MALAYSIA telah diadakan di Hotel Continental, Kuala Terengganu.






23 ulasan:

  1. Kalau undi PAS pun....apa ahli parlimen PAS buat dalam dewan rakyat? Tak ada buat apa2 pun! Isu-isu besar yang di bongkar, semuanya datang dari ahli parlimen lain. kaki ponteng cakap....kluk klek, flip flop, u-turn, sat kata ya, sat kata tidak, sat kata itu, sat kata ini, itulah kelebihan wakil rakyat PAS.

    Next PRU 14....goodbye to PAS/Ikatan and UMNO/BN.

    BalasPadam
  2. Senang cerita,yg duduk ditengah2 tu adalah pemakan dedak,pengacau,pemecah undi,barua dan broka umno

    BalasPadam
  3. Delete ja komen2 mengarut...teruskan usaha anda demi rakyat

    BalasPadam
  4. Smlm saya pergi kedai uncle India dekat rumah. Nak tanya ada tak paper Amanah, saya nak beli. Kata dia sudah habis. Dia kelmarinnya beli 10 naskhah letak terus habis. Uncle ckp lain kali dia akan beli lebih. Sebab ini keluaran pertama dia tak tahu sambutan org.

    BalasPadam
  5. Dalam biness apa sekali pun, yang untung ialah orang tengah.

    Dalam kes penceraian, selalunya ada orang ketiga.

    Yang jadi batu api selalu nya orang yang duduk tengah.

    Dalam politik, parti perlu nyatakan pendirian dan tindak-tanduk parti mesti berpendirian. Kalau satu pihak kata Presiden betul kerana sejak awal pertahankan Najib tidak bersalah dan satu pihak pula minta Najib minta maaf,
    Siapa antara mereka berdua yang jadi orang tengah atau blok ketiga ?


    BalasPadam
  6. Satu masa dulu zaman (TGNA) PAS parti yg nampak matang dan berdaya saing.... skrang ni... dah balik zaman gelap mereka

    BalasPadam
  7. Tak kisahlah undi siapa pun. Ini negara demokrasi. Cuma yang mustahak tu ialah pilihla orang yang boleh hadir sidang,boleh suarakan rintihan rakyat, boleh berbahas dan memberi cadangan bernas dan boleh melawat kawasan bagi neninjau keadaan setempat. Disamping itu mesti tahu juga perkembangan dunia. Boleh baca akhbar asing dan sebagainya. Masih adakah orang begitu dalam PAS? Rasanya kaki anggok adalah. Oleh itu dicadangkan rihatkan PAS sepenggal dua sehingga Hadi dihalau keluar dari PAS. Namun rasanya nak dapat pemimpin macam Almarhum TGNA takde harapan. Kalau ada pun orang macam tu, pentadbiran PAS takkan terima. Maklumla sekarang periuk nasi pun dah besar takkan nak bagi kat orang lain. Sori bro. Kalau pandai pun carila parti lain!!

    BalasPadam
  8. Ini masalah nya dengan PAS sampai minta PKR masuk campur supaya AMANAH tidak bertanding di Sarawak.

    Tak masuk akal PAS yang sokong Najib lawan BN.

    BalasPadam


  9. Apek, lu duduk tengah2 sini pegang ini bendera.

    Nanti lu punya datuk datang lu jawab lu punya soal kubur.


    Aiyaaaa....mahu hilup pun susah, mau mati pun susah.

    Mau mati pun kena pigang bendela.

    BalasPadam
  10. Kesian Aziz Naim baginya tidak bersetuju dengan DAP yang anti Islam tu kembali ke zaman gelap. Kesiannya. Walau sebaik mana orang-orang kafir hatta banyak jasa kepada Islam tetapi tidak beriman tetap kekal dineraka (contah Pak Cik Nabi Abu Talib). tetapi kalau beriman berdosa sebanyak mana pun akan dimasukan ke syurga setelah mendapat balasan Allah sebab mereka itu beriman kepada Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab itu perangai orang Islam teruk hodoh. Sebab buat dosa banyak mana pun akan dimasukan ke syurga setelah mendapat balasan Allah. Orang yang berpengang dengan cara dan fahaman macam ini sebenarnya seolah-olah mempermainkan dan menipu Allah. Lagi teruk dari orang bukan Islam yang hanya tidak beriman kepada Allah.

      Mengapa Nabi di bawa tour ke neraka oleh malaikat ?

      Macamana kalau orang bukan Islam cakap "Tak apa. Tapi saya sudah buat banyak kebaikan termasuk tolong orang Islam dan berpuas hati dengan kehidupan di dunia. Ya saya salah kerana tidak beriman pada Allah ...ok lah masuk neraka. Mau lawan pun Dia juga jadikan kita termasuk saya.'

      Orang Islam pulak akan cakap macam ini ke? 'Ya Tuhan ku. Sesungguh nya aku telah melakukan banyak kerosakan. Tapi aku terima hukuman Engkau sebab akhirnya Kau sendiri masukkan aku Syurga.' Boleh senyum lagi...

      Kalau percaya yakin akan di masukkan ke syurga walaupun pernah bergelumang dengan dosa BERIMAN lah di dunia ini supaya tidak terus berbuat dosa.

      Ya memang semua orang beriman akhirnya akan masuk ke Syurga tetapi jangan lupa Adam as dari syurga, kena keluar juga.

      Berbaik lah sesama manusia.
      Berbaik lah pada diri sendiri.
      Dan berbaik lah kepada Allah.
      Ketiga-tiga nya seiring dan sejalan.

      Wallahualam.

      Padam
    2. Siapa tak pernah jadi orang tengah.
      Selalunya orang tengah bermuka-muka dan berpura-pura.

      Kalau jadi orang tengah antara pertelingkahan dua kawan, mesti kita lebih kan kawan yang berduit atau yang nampak boleh menolong kita.

      Kalau sekadar jadi orang tengah sekadar tukang sampai...Itu yang jadi batu api.

      Hapuskan Orang Tengah !

      Padam
    3. Lebai Mohd saifudin......bersekongkol dgn org munafik boleh masuk surga ka? Cuba baca amanat tok guru nko.......jgn sampai kata kami yg kata.

      Padam
  11. En aziz,

    Dulu zaman TGNA, lihat siapa penasihat dia, ada husam,ada mat sabu, ada solehhudin..dan ustaz dijadikan gandingan dlm pentadbiran,bertahan lebih 20 tahun, terbukti. Tetapi bila tamakkan kuasa, rasa kuat tahap gaban, habis ditebas geng professional. Tapi tak apalah... ujian Allah. Yang zalim, yang menipu, yang dok tengah2, yang ponteng, yang tak dak bukti tuduh org jual pil kuda, yang mulut sering maki hamun orang... masanya akan tiba. Sabar.. Allah itu Maha Adil.




    BalasPadam
  12. Setiap yang baik itu Islam.mahupun sekali dari orang kafir.bab kafir kembali ke definasi kafir itu sendiri..Si Muslim itu mencuri mahupun rasuah sekali pun ia ingkar kepada ALLAH set..Maka adalah kefahaman sesat agama menghalalkan yang garam atas nama agama.si kafir berbuat baik adalah urusan ALLAH set.segala kebaikan dari NYA malah yang buruk itu juga DARINYA hatta segala ape pun dari NYA..Yang baik itu di ukur dari agamanya?.Lebih baik pergi dengar kuliah Dr.zakir naik kalau nak tahu apa itu agama dan persamaannya. Ada kepercayaan sesat orang islam sekarang dengan mengubahkan agama dan status Muslim itu sebagai alat menghalalkan kejahatan..Kamu di tanggungjawab kan menyeru mereka kepada Islam.urusan hidayat bukan milik atau urusan kamu.malah ada juga Muslim yang mengaku belum dapat hidayat. Hari ini dia kafir esok dia Muslim atas seruan itu...urusan syurga neraka bukan urusan manusia..Ia hakmilik mutlak ALLAH swt..Hanya RahmatNYA menentukan kedudukan manusia kemudian hari.wallahuallam.

    BalasPadam
  13. Mohd saifudin...hidayah Allah tak kira siapa...dlm DAP byk org melayu islam yg hebat2 dan baik2.. DAP bukanlah cina saja tp ramai bangsa2 lain jd ahlinya.. pas serang DAP utk beri signal kpd umno bahawa pas berasa dipihak umno dan sedia dan akan setia dgn umno,cuma ia tidak dinyatakan dgn terang dan jelas kerana takut ahli2 marah...tp tindakan2 pas jelas apa yg tersirat dan tersurat.sebenarnya agenda UG sudah kembali dan cuba dilaksanakan perlahan lahan..bila ahli2 sudah lali dan sebati, baru UG dilaksanakan betul2..

    BalasPadam
  14. En Saifudin, itulah kefahaman sesat yang menjadi barah kepada Islam. Mencurilah, merompaklah, menipulah, membunuhlah asalkan kamu Islam, maka kamu akan tetap ke syurga. Fahaman sesat inilah yang menghidupkan fahaman keras dan keganasan dan ianya disokong oleh orang-orang seperti kamu. Itulah yang membarah di kalangan muslim keturunan seperti kita orang melayu.
    Orang kafir memang mensyirikkan Allah, tapi nilai kebaikan sesama manusia tetap ada. Hanya hidayah Allah yang akan membantu mereka. Tapi kita yang Islam ini janganlah menambahkan fitnah kepada agama dan bertindak seolah-olah ingin menipu Allah.

    BalasPadam
  15. Daripada bagi ajaran sesat kat orang Melayu Islam galak buat rasuah, jenayah dan maksiat, lebih baik kirim salam Hudod pada Tok Guru Parti Lebai...Kenapa Parti Lebai tak bawa Hudud ke Parlimen? Setakat buat alat mainan budak2 CHAI muktamar dah rosak campak masuk tong sampah? Pak Lebai hina hukum Hudud...hina hukum Allah...Pak Lebai janji 9 April bentang Hudud..Pak Lebai munafik...Pak Lebai bye-bye! Tiada undi buat Pak Lebai PRU14...kahkahkah!

    BalasPadam
  16. HANYA ORG YG TAK NAK AMBIL TAHU DAN STILL BERADA DLM COMFORT ZONE WE CAN SAID SEBAGAI ORG TENGAH. ORG YG SEBEGINI SENTIASA MUNDUR KEBELAKANG.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama lah orang atas pagar.
      Keadaan dah lain. Dulu boleh duduk atas pagar. Tapi sekarang dah macam ini punya teruk Najib buat pun tersengeh-sengeh mengaku dia atas pagar.

      Shahidan dan Zaharin ketua bahagian UMNO buat kaji selidak
      , sejumlah 500 mengharapkan perubahan.

      Ini jenis blok ke 3 atau orang tengah lah. Bahalol. Orang nak selamatkan Malaysia, dia masih nak mengharapkan perubahan.

      Padam
    2. Sama lah orang atas pagar.
      Keadaan dah lain. Dulu boleh duduk atas pagar. Tapi sekarang dah macam ini punya teruk Najib buat pun tersengeh-sengeh mengaku dia atas pagar.

      Shahidan dan Zaharin ketua bahagian UMNO buat kaji selidak
      , sejumlah 500 mengharapkan perubahan.

      Ini jenis blok ke 3 atau orang tengah lah. Bahalol. Orang nak selamatkan Malaysia, dia masih nak mengharapkan perubahan.

      Padam
  17. Pas parti barua umno....hj hadi pengkhianat yg nyata...buang janggut...buang serban..pakai kot n songkok tinggi..penat berkempen...mlm besok dtg muar dgr ceramah amanah...

    BalasPadam
  18. Tukar je nama dari saifuddin kepada saifool.habis cerita.hiduplah seperti saifool.nama aje melayu islam tetapi cara hidup dengan memakan hasil fitnah tunggulah balasanya nanti.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.