Pelbagai pihak bantah GST bergerak menuju ke Dataran Merdeka
Tapak perhimpunan Mansuh GST yang berlangsung di ibu kota hari ini mula dipenuhi dengan peserta perhimpunan yang datang dari pelbagai parti politik dan NGO, lapor Malaysia Dateline.
Mereka mula bergerak dari empat tempat perkumpulan utama iaitu Masjid Jamek Kampung Baru yang dipimpin oleh pasukan Amanah, Jalan Sultan yang dipimpin oleh DAP dan Pasar Seni atau Central Market oleh PKR dan Kompleks Sogo oleh pelbagai NGO.
Pasukan dari Jalan Sultan yang dipimpin oleh DAP mula bergerak dari sana jam 2.18 petang menuju ke Dataran Merdeka dengan didahului oleh kenderaan pacuan empat roda.
Sebelum bergerak mereka membuat pelbagai ucapan yang mengutuk GST di samping mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar berundur.
Ia selaras dengan kempen Selamatkan Malaysia yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir.
Pasukan Amanah dari Kampung Baru pula bertolak kira-kira jam 2.10 petang. Mereka mula tiba di Jalan Tuanku Abdul Rahman kira-kira jam 2.15 petang ketika cuaca sangat panas di ibu kota kesan dari fenomena El Nino.
Amal Relief atau ringkasnya ARiF, sebuah pertubuhan NGO di bawah AMANAH yang bertugas untuk mengawal keselamatan telah buat pertama kalinya mengenakan vest berwarna oren yang telah dilancarkan oleh Presiden Parti Amanah Negara, Hj Mohamad Sabu beberapa hari lalu. Lebih kurang 250 orang peserta ARiF bertugas di perhimpunan Mansuh GST hari ini.
Turut serta bersama di dalam perarakan Mansuh GST hari iniu adalah anak muda dan warga emas yang membantah GST yang didakwa menjadi punci kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Jebonesta dan kelab Penyokong Pakatan Harapan Malaysia (KPPHM) turut menyertai perhimpunan Mansuh GST petang ini.
OKU dari Batu Pahat, pemuzik jalanan bercampur baur di Komplek Sogo ketika pasukan pimpinan Amanah dari Kampung Baru sampai ke situ.
Setiba di Datan Merdeka beberapa orang pimpinan Pakatan Harapan telah menyampaikan ucapannya. Video ucapan-ucapan ini akan menyusul nanti. Untuk entri ini dipaparkan video kumpulan-kumpulan yang berarak dari pelbagai tempat bertemu di Sogo untuk terus ke Dataran Merdeka. Saksikan:-

Apabila pendapatan negara berkurangan... Duit minyak pun kurang
BalasPadamHanya satu cara - pau rakyat
Gst sebagai penanda aras kegagalan mengurus ekonomi
Gst untuk byr Hutang najib dan segala taik yg Najib buat
Washit Omar bekas ceo gaybank yg tak layak pegang jawatan menteri
Bolehkah gst selamatkan Malaysia? Andaikata petronas jatuh bankrap dek hutang menimbun dan kegagalan byr hutang.. Apa akn jadi pd malaysial?
Tidak mustahil petronas senasib petrobrasil...
Akhirnya percayalah gst6% akan membankrapkan penghuni malaysial!!! Papa kedana rakyat alhirnya
Puas hati turun! Suara serak pun tak kisah...janji lawan tetap lawan!!
BalasPadamTuan buat saya terkilan .
PadamHampir semua demo saya ikut serta.
Tetapi kali ini saya tidak dapat ikut serta hanya sekadar mengikut flashmob AMANAH sahaja.
Ok tuan.....next time, In Shaa Allah ada lagi dan boleh join.
PadamBaik sikit drp ikut Pas yg kluk klek xder pendirian...lepas u turn u turn...
PadamAtuk aku yg tua pun beli rokok daun kena gst. Bukan blh claim pun. Mcm ni pemimpin2 yg mkn dedak kata nak tlg rakyat dan tak menyusahkan rakyat. Apa barang...
BalasPadamTahniah kpd semua yg berhimpun...
BalasPadamMoga najib segra diturunkan...
Siapa pun yg ganti moga dia gerunkan kebangkitan rakyat. Kalau masih menipu juga, akan dihenyak sama mcm najib dan seterusnya.
Kemuncaknya moga ph menang lwn bn pru14
Jalan Yg LURUS... Jalan yg TERANG
BalasPadamDi Jalan yg TERANG... Nabi Ber JUANG
Ber Juang Ber PERANG... Demi Kaseh-SAYANG
BUKAN Mem FITNAH... Men CURI yg Ter LARANG
BUKAN Menipu-KELIRU... Khianat yg CURANG
BUKAN Zalim-MENINDAS...MUFLIS Miskin-KONTANG
Di Jalan Yg LURUS... Nabi Ber JUANG
GHONIMAH Melimpah... Nabi TAK Heran
"HARTA" Di Urus... AUDIT Nya TERANG
Nabi Ber PUASA... Selalu TAK "Makan"
DEEN-System pun Ber Jalan... TIADA yg CURANG
Kaseh Mem-BERI Nya... Mnjd Ke UTAMAAN
Kaseh Mem-BERI Nya... Yg Saling Me NYAYANG
Kaseh Mem-BERI Nya... Yg Segar Ter BAYANG
TIADA "Istana"... TIADA Mercu GERBANG
Di Hari WAFAT nya... Yg Tinggal Cuma Se Kupang @ 2 KUPANG
Mnjd LAMBANG... "Miracle" yg CEMERLANG
Itulah AMANAH... Semurni7-AMANAH yg GEMILANG
Wahai Sahabat... AMANAH Budiman
Kaseh Mem-BERI Itu... Sifat-Nya ILAHI
Kaseh Mem-BERI Itu... Suri TAULADAN
Nabi dan WALI... Yg TAKde Sklumit Penting DIRI
Nabi dan WALI... Yg TAK Minta NOBAT dan GANJARAN
Mnjd Sifat... Semulia7-INSAN
Yg TAK Wujud FITNAH... Men CURI yg Keji
TAK Wujud PONTENG... PUTAR dan U-Turn
TAK Tunggang TERBALIK... Si Murtad Yg Jijik
Yg Tunggang LANGGANG... Si "Panik" Yg KEPANASAN
Kerana mu Hj Hadi, ahli PAS sokong GST !
BalasPadamJgn disebut lg pas... biarkan dia sendirian.. dia shj yg betul... biarkan... org yg nak jd ketua, jgn ditegur... fokuskan gerak kerja kita.
BalasPadamSini untuk bagi komen.
PadamGerak kerja pergi lah pejabat.
Lagi pun kalau bersembang dengan ahli PAS, dia orang pun tertekan dengan GST. Tapi sanggup tak menyertai Mansuh GST.
Sebelum ini berhari-hari bagi taklimat kebaikan GST.
BalasPadamRakyat dapat faedah dan kehidupan pun lebih selesa.
Satu faedah pun tak ada. Janji kehidupan yang selesa pun tak nampak. Yang ada Uber/Grab Tadi.
Keselamatan perairan pun tak di perkenalkan sehingga 4 rakyat Malaysia di culik.
Bayar GST, cuma mengurangkan perbelanjaan sebab berjimat tapi yang dah terikat dengan pinjaman rumah dan kereta bagai, semakin tertekan.
Setahun dikena kan GST, dengan anak.yang membesar, jalan penyelesaian nya ialah buat pinjaman. Depan bank tergantung kain pemidang menawarkan permohonan dengan memberi kelonggaran.
Yang sokong GST, sah bodoh. Yang buat GST Ketua.lain, tapi sokong jugak.
Income hadi difahamkan RM100k...tapi masih ada ahli2 yg sanggup jadi keldainya.
BalasPadam