29 Apr 2016

Rapelson Jawab Ahli PAS Yang Hinanya Kerana Cacat...

Calon Parti Amanah Negara (AMANAH) bagi N26 Gedong, Rapelson Richard Hamit hari ini menjawab kritikan dan penghinaan yang dilemparkan kepadanya oleh ahli PAS, hanya kerana beliau seorang OKU.

Rapelson dengan rendah diri dan penuh budi bahasa mengucapkan terima kasih kepada pihak yang menghinanya itu dan menyatakan beliau tidak marah atau kecewa kerana menurut Rapelson, kecacatannya itu adalah "anugerah Tuhan", dan mereka yang mengenal Tuhan mereka, mereka tidak akan pertikaikan pemberian Tuhan.

"Walaupun saya cacat, tetapi saya tidak khianati rakyat. Bahkan saya telah membela rakyat," demikian tulis Rapelson.


"Bukan beribu ekar tanah yang saya kehendaki, tapi khidmat dan budi yang akan saya taburi," tambahnya.

Tulisan Rapelson itu adalah sebagai jawapan seorang ahli PAS bernama Mohd Mahyuddin Mohd Yusoff yang katanya hujjah dari kitab Imam Mawardi, dimana dikatan kitab itu menyebut syarat untuk menjadi khalifah (atau pemimpin) mestilah sempurna anggota supaya tidak mengganggu tugas sebagai pemimpin dan melaksanakan tugas dengan berkesan.

Beliau lalu memetik dari Al-Quran (tanpa menyebut ayatnya) syarat untuk menjadi pemimpin ialah Qowi (kuat, layat) dan Amin (amanah).

Beliau mempersoalkan AMANAH kerana mencalonkan Rapelson kerana menurutnya dengan mencalonkan OKU untuk tugas besar seperti wakil rakyat dianggap mengiktiraqf OKU atau membebankan mereka.

Pengarah Pendidikan Politik Pemuda AMANAH, Hasbie Muda menyatakan beliau amat terkejut kerana PAS yang mendakwa sebagai parti Islam bersikap seperti itu ke atas seorang hamba Allah S.W.T

“Terkejut saya bila ada ahli PAS pertikaikan tindakan AMANAH mencalonkan seorang OKU dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

“Diguna nas al qawwi al amin serta petikan tulisan ulama untuk sokong hujahnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hasbie berkata, apakah dia terlupa bekas Timbalan Yang Dipertua PAS satu waktu dahulu, Prof Zulkifli Muhammad juga seorang OKU.

Menurutnya, Zulkifli mengalami kecacatan pada kaki dan tangannya kesan penyakit polio yang dihidapi sewaktu kecil.

“Prof. Zulkifli dicalonkan untuk kerusi Bachok dan beliau menang.

“Mahu kritik pun berpada-padalah. Jangan selewengkan nas untuk menutup kejahilan kamu,” tegasnya.

Tulisan Mahyuddin itu juga telah mendapat kritikan hebat dari netizen yang bukan dari kalangan ahli AMANAH.

R.A.M.M. menulis di facebooknya,

Mamat Bodoh mana dok tafsir maksud Qawwi dan Al Amin itu pada tubuh Anggota tu.. ni lah kalau Jenis Khawarij.. tafsir ayat dan hadis pada maksud zahir ayat.. atau menafsirkan secara Literal.. Aku pun Selalu guna Hujjah Qawwi Al Amin.. tapi takda lah sebodoh mamat ni mengaitkan dgn Pencalonan Calon Amanah dari kalangan OKU.. kalau ikut tafsir mamat ni, PAS tak boleh lah ada Calon Perempuan.. Perempuan tak kuat mcm Lelaki..Cuba tanya Mamat ni, Sheikh Ahmad yassin dulu duduk atas Kerusi Roda.. mana dalil Qawwi Al Amin tu? Tok Guru Nik Aziz pun sakit.. Lemah.. mana tafsiran Qawwi Al Almin tu.. ni Nak Habaq mai.. Kalau Boleh jalankan Amanah..tak kira lah Fizikal dia mcm mana.. Qawwi itu pada Kebolehan memimpin.. bukan kekuatan Fizikal bro.. Karpal Singh dulu..Duduk atas Kerusi Roda..tapi masih boleh dok pergi Mahakamah.. Berlawan dalam parlimen.. Jgn badan sihat, tapi asyik ponteng candat Sotong.. Tu yg orang Panggi takda sifat Al Amin.. tu lah org tak amanah makan gaji Buta...











19 ulasan:

  1. Yang penting, jangan macam penasihat kepada penerima derma berbillion tu ponteng parliament pergi Makan agin Kat jepun, lepas tu marah kapir control parliament halang bentang hudu... Dia yang ponteng pergi Makan Angin pula salah "kapir"?????

    Parti beragama???

    BalasPadam
  2. Md Mahyudin tu bukan orang PAS tp parti yg bermusuh dengan PH. X percaya pergi tanya dia. Kalau dia mengaku orang PAS maka ternyatalah selepas era TGNAA, PAS dikuasai oleh orang-orang yang `MANGKUK'.
    eh..eh pakcik ni orang PAS ker..? Jawab YA maknanya MANGKUk jawab X maknanya UMNO hahahaaaaa

    BalasPadam
  3. Ya Allah

    Ada lagi ularrak yg amal ajaran sesat fahaman sesat

    Jakim tolong siasat party ajaran sesat ni yg dah jd mcm alarqam

    Tolong tutup pusat jus tok guru di Marang ....

    BalasPadam
  4. Dari Presidennya sampailah kepada ahli-Ahli bawahan gemar sangat menghina. Barangkali, Allah telah campakkan dalam hati mereka semua tu...hati yang telah rosak.

    Mcmana nak dekatkan rakyat Sarawak dengan Islam yang Addin?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan Tak tahu ker kini segala kesalahan semua Kerana kapir terutama dap Cina kapir. Betul ke Nama "kapir" tu boleh jadi kambing hitam?

      Baca percakapannulama pas...Kapir mana berani dekat ulama pas? Kapir mana berani dekat Islam?

      Padam
  5. Tak kisahlah siapa yang mengutuk OKU. Itu semua ciptaan Allah s.w.t. semua kehendaknya. Ada orang sihat tiba-tiba jadi OKU. Ada juga OKU berubah jadi biasa. Mulut jangan celupar. Mulut jangan bau longkang. Air liur jangan jadi nanah. Apa yang ada kat kita hanya pinjaman. Tiada siapa dalam dunia ini boleh mejamin kita tidak jadi OKU sampai mati dan tiada siapa boleh menjamin anak cucu kita tidak boleh menjadi OKU atau dilahirkan OKU. Orang yang mulut celupar seperti ini layak mati digelek lori balak!

    BalasPadam

  6. Mana cacat nya saudara Rapelson?

    Dia balas dengan tulisan tangan.
    Dia sendiri pegang borang penamaan calun?

    Antara saudara Rapelson dengan Hj Hadi, yang mana satu keluar masuk hospital?

    Siapa yang hari-hari kena telan pil termasuk pil kuda...?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hadi bukan masuk hospital, Dia ambil mc utk mencandat SOTONG

      Padam
  7. Yg menuduh itu sebenarnya cacat walaupun bukan cacat fizikal tetapi ternyata cacat otak dr segi fikiran tidak waras.dia igt pemberian tuhan kekal,org yg normal pn blh jadi lebih cacat drp rapelson jika Allah mengkehendaki..

    BalasPadam
  8. usai muktamar telah diramalkan parti pasCHAI takkan ke mana selain kembali ke parti asal mereka iaitu amno di bawah pimpinan Jibby...bukti Haron, Nasa dan Hassan dah makan dedak dan menyokong perkauman.....Musuh dan lawan mereka sekarang BUKAN lagi amno, peRasuah dan penyeleweng tapi RAKYAT MALAYSIA yang tak makan dedak...pasCHAI akan berkubur dari persada politik selagi ada veto diktator Hadi Marang..flip flop klukklek sampai RUU355 dan Hudod dah hilang entah ke mana? Itu lah kecacatan paling malang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulama pas suci mulia dah tahap tinggi jadi penasihat penerima derma billion. Memang Tak pandang oku

      Padam
  9. Siratol MUSTAQIM...LURUS Ber CAHAYA
    Menyuloh TERANG...Jasad dan MINDA
    Menyuloh Menyinari...NILAI Di Dada
    Menyuloh MAKNA...ISI dan "Kulit" Nya
    Memahami ERTI...Hakikat yg SEMPURNA
    Menghalusi Hakikat...AMANAH Yg'ESA


    Budak2 HINGUSAN...Mencari MAKNA
    Hanya MELIHAT..."Kulit" dan RUPA

    Budak2 HINGUSAN...Kontot AKAL Nya
    MngHAFAL "Bunyi"...Di Anggap ULAMAA
    Dgn SORBAN dan Jubah...SENANG Di Auta.

    Budak2 HINGUSAN..."Gagah" PERKASA
    Siku dan LUTOT...Menjadi SENJATA

    Budak2 HINGUSAN...Di Gula2 Ber JUTA
    Ponteng dan FITNAH...Mnjd SANTAPAN Nya




    Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
    Carilah Hakikat...Sbnr7 KESEMPURNAAN
    Hayatilah KESEMPURNAAN...Sifat-NYA-TUHAH
    Yg Kaseh Mem-BERI...Yg Mem-BERIkan Kehidupan
    Yg Kaseh Mem-BERI...Udara Darat dan LAUTAN
    Yg Kaseh Mem-BERI..."NAFAS" dan Oksigen
    Jd Kan lah Kaseh Mem-BERI Itu...Sbg AMALAN
    Yg Kaseh Mem-BERI...Simpati dan EHSAN
    Yg Kaseh Mem-BERI...Sesama INSAN
    Kelak kan Kau "RASAI"...Damainya KEINDAHAN
    Dan Damainya Diri Mu...Di Dakapan TUHAN




    BalasPadam
  10. Rapelson richard hamit tu wlpn berkeadaan begitu masih mampu bwk kereta manual sejak dari zaman universiti lg.

    BalasPadam
  11. Trima kasih saudara rapelson kerana mnjadi calon amanah..aku doakan kau berjaya..dan berkhidmat seikhlas2nya..

    BalasPadam
  12. Semoga menang, seterusnya membela nasib rakyat Sarawak.Wahai rakyat Sarawak kita bangkit demi membela masa depan anak2 Sarawak. Amanah Johor

    BalasPadam
  13. Betul ker hina dia Kerana oku? Atau Kerana "kapir"? Kan penasihat kepada penerima derma berbillon hari hari kata kapir jahat halang hudu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. 'Hudud pas' sekarang dah jadi budu..disimpan lama2 menjadi masam dan perkasam.

      Padam
  14. Sedih. Apa nak jadi dengan PAS ni. Mereka yg bijak pandai dihumbankan keluar parti. Sekarang dah melalut sampai boleh mengata dan menghina sesama manusia. Ingatkan dgn ulama yg control lebih baik. But it's worst than before

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.