Rafizi ditangkap di luar Parlimen, disiasat bawah OSA
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli ditangkap sebaik keluar daripada kawasan parlimen sebentar tadi.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Kamarul Bahrin yang menyaksikan penangkapan itu berkata, beliau melihat sejumlah 15 anggota polis sedang menunggu untuk menangkap Rafizi.
“Saya berada di belakang kereta Rafizi sewaktu beliau ditahan. Saya melihat Rafizi diarahkan untuk keluar dari kereta dan diiring untuk masuk ke kereta polis.
“Saya keluar dari kereta saya untuk bertanya polis sebab penahanan tetapi beliau hanya memberitahu polis lain untuk meneruskan tugas tanpa menjawab soalan saya,” katanya kepada FMT.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitternya mengesahkan penangkapan tersebut. Beliau dalam satu kenyataan turut memaklumkan Rafizi ditahan di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi kerana menyampaikan rahsia rasmi secara salah.
Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Zin mengesahkan bahawa Rafizi dibawa ke Bukit Aman, walaupun ada khabar angin mengatakan beliau dibawa ke IPD Dang Wangi.
Terdahulu, Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR berkata beliau sanggup ke penjara untuk mendedahkan dokumen yang diklasifikasikan di bawah OSA, yang didakwanya mengaitkan 1MDB dengan Lembaga Tabung Amanah Tentera. -FMT
ULASAN GB
GB tidak terkejut dengan penangkapan Rafizi, malah GB rasa Rafizi sudah bersedia terlebih awal dengan tindakan polis berkenaan.
Seorang pejuang kebenaran dan keadilan tidak gentar dengan semua itu. Penangkapannya membuktikan apa yang didedahkan adalah benar. Jika tidak masakan dia ditangkap.
Jika takut dialun gelombang usah berrumah di tepi pantai, jika takut menghadapi risiko, usah bicara soal perjuangan - ini adalah ungkapan yang pernah GB ucapkan dahulu ehemmmm di era mahazalim walaupun kemudiannya ada yang menyatakan ia ungkapan DSAI.
Walaupun begitu hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Rafizi kini sedang digilap untuk menjadi seorang pemimpin negara. Tak semacam ada beberapa orang "pemimpin muda" sebuah parti pembangkang yang lebih selesa duduk bersama PM yang umum sudah tahu perangainya...

IGP sahkan Rafizi ditahan di bawah OSA
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mengundang tangkapan dengan mendedahkan dokumen yang diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Bercakap kepada Malaysiakini, beliau berkata ahli parlimen Pandan itu sepatutnya sedar tentang kesan dan akibat tindakannya.
"Bagaimana anda boleh salahkan pihak polis? Kami hanya ksanakan apa yang dinyatakan dalam undang-undang.
"Laporan polis telah dibuat terhadapnya. Berikutan itu, kami telah memeriksa dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk menentukan sama ada dokumen itu memang dikategorikan sebagai sulit.
"Apabila kami mengesahkan ia adalah dokumen OSA, maka kami perlu bertindak," katanya.
Lebih-lebih lagi, Khalid berkata Rafizi sendiri mengisytiharkan bahawa beliau memiliki dokumen OSA dan bercadang untuk mendedahkan kandungannya.
Beberapa pihak juga mengkritik cara penangkapan itu dengan Ahli Parlimen Subang R Sivarasa menyamakan ia sebagai penculikan ala Gestapo.
Mengulas bidasan itu, Khalid berkata: "Mereka boleh kata apa yang mereka suka, kita mematuhi SOP (prosedur operasi standard) kami dan undang-undang."
Rafizi ditahan di pintu pagar Parlimen petang ini di bawah Seksyen 8 Akta OSA.
Pemimpin PKR itu bulan lalu mendedahkan apa yang didakwanya sebagai dokumen sulit yang menunjukkan kaitan antara Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan 1MDB.
Dalam temu bual baru-baru ini dengan Malaysiakini, isteri Rafizi juga berkata beliau bersedia sekiranya suami beliau ditangkap berhubung isu berkenaan.
Jika didapati bersalah, ahli parlimen pembangkang itu berisiko menghadapi hukuman penjara maksimum tujuh tahun. -mk
ULASAN GB
GB tidak terkejut dengan penangkapan Rafizi, malah GB rasa Rafizi sudah bersedia terlebih awal dengan tindakan polis berkenaan.
Seorang pejuang kebenaran dan keadilan tidak gentar dengan semua itu. Penangkapannya membuktikan apa yang didedahkan adalah benar. Jika tidak masakan dia ditangkap.
Jika takut dialun gelombang usah berrumah di tepi pantai, jika takut menghadapi risiko, usah bicara soal perjuangan - ini adalah ungkapan yang pernah GB ucapkan dahulu ehemmmm di era mahazalim walaupun kemudiannya ada yang menyatakan ia ungkapan DSAI.
Walaupun begitu hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Rafizi kini sedang digilap untuk menjadi seorang pemimpin negara. Tak semacam ada beberapa orang "pemimpin muda" sebuah parti pembangkang yang lebih selesa duduk bersama PM yang umum sudah tahu perangainya...
Pemimpon ditangkap dan terus ditangkap.. rakyat hanya dok menganga saja..
BalasPadamIni adalah hukum alam.. kahkahkah.. hukum alam terus berjalan.. rakyat teruskan menganga saja dibuli penguasa..
Nak marah.. penguasa melayu.. xboleh berbuat apa.. apa perlu dibuat.. menganga sajalah..
Kenapa??? Apakah bila penguasa itu Melayu maka rakyat tengok saja lah. Mentaliti mcm ini lah yg menyebabkan Melayu terus tertindas ditindas Melayu di bumi yg nama asalnya Tanah Melayu. Aku Melayu tetapi sedih sangat2 tengok Melayu yang semakin LAYU dan BODOH kerana di pimpin oleh MALAYU.
PadamKita doakan supayadiberikan semangat yg kental dan ketahanan jiwa
BalasPadamApa yg kita bole laku kan utk selamat kan pejuang Rakyat ini? Cukupkah hanya dgn Doa?
BalasPadamSaya doakan YB Rafizi akan mendaoat perlindungan dpd Allah swt.
BalasPadamYer.
BalasPadamBeliau sedang melalui proses menjadi pemimpin hebat.
Pemimpin yg hebat perlu melalui ujian saringan dsbgainya.
Bukan setakat pong pang ceramah shj.
Kita doakan beliau/keluarga tabah,kuat dlm menempuh kesukaran.
Teruskan perjuangan mu Rafizi kami tetap setia menyokong mu.
BalasPadamCelaka .... Lahanat
BalasPadamYang curi duit bebas
Yg bocorkan jenayah kena tangkap
Betul negara malaysiaL ....
Org seperti rafizi ni la sebenarnya memiliki sifat seorg ulama... berilmu,berjuang langsung tidak gentar...sebab iman mengatasi segalanya..cuma dia xberserban dan tidak memberi kuliah agama, beliau xdpt title tok guru...tp perangai perjuangannya umpama mujahiddin di medan perang.lgsg tidak gentar...semoga beliau diberi kekuatan dan semoga hayatnya diberkati Allah...ameen-
BalasPadamMoga rafizi tabah..
BalasPadamJiwa yg kental adalah lambang seorang pejuang. Hatinya seperti batu dan prinsip perjuangan tidak bergocang mengikut musim. Inilah pemimpin. Inilah sebenarnya jihad dan inilah individu yg mampu mempertahankan hak rakyat. Namun pemimpin seperti ini sangat sukar dicari. Pemimpin seperti ini tiada di dalam UMNO dan PAS. Memang tiada. Yang ada dalam UMNO dan PAS hanya pemakan dedak dan pak turut yg tiada keistimewaan lansung. Mereka hanya berjuang untuk diri sendiri.
BalasPadamMana ulama pas suci mulia murni ilmu tinggi?
BalasPadamBusy kerja penasihat kepada penerima derma billion ??
Takpa Rafizi.. berani kerana benar. Mendedahkan OSA memang salah dari segi undang2. Kalau jatuh hukum pun apalah sangat. Tapi kandyngan yang didedahkan adalah lebih membawa impak dan buka mata rakyat akan penyelewengan 1mdb dan najib ni. Satu pengorbanan besar Rafizi untuk rakyat Msia.
BalasPadamterbaik rafizi bukan macam lain2 pemimpin muda.
BalasPadamterbaik sdr rafizi anda adalah pemimpin hebat dalam pembikinan.
BalasPadammcm israel pula....sama2 mengucap dua kalimah tp buat org mcm ni..semoga allah kakukn kakitgn orang bersubahat dgn pemimpin rasuah....hukum karma pasti berjalan
BalasPadamBagus juga tangkapan rafizi tu biar rakyat nampak lg jelas lg kekejaman regim hamno.
BalasPadamYB Rafizi sedang mentarbiah Ulama2 dan Usta2 jadi-jadian tentang erti berkata benar dihadapan penguasa yang zalim.
BalasPadamInsya Allah, Rafizi akan menjadi seorang pemimpin ulung di negara ini jika beliau berjuang dengan jujur dan ikhlas menentang kezaliman, kemungkaran dan kemaksiatan yang dilakukan oleh puak-puak yang berkenaan.
BalasPadamSekarang ni menentang penyalahgunaan wang negara dan rasuah dilihat spt perkara yg terpaksa dibayar dgn harga yg teramat amat mahal.
BalasPadamRafizi mengundang untuk di tangkap lalu dia di tangkap. Syabas Khalid Twit kerana berani ambil tindakan.
BalasPadamTapi Mahathir mengaku menghasut yang lebih berat dari kesalahan Rafizi malah Mahathir terang-terang sanggup dipenjarakan, mengapa Tuan hanya bersembang kopi O dengan Mahathir?
Lain kali kalau Tuan nak tangkap ke apa ke tak payah lah Tuan nak bagi alasan, guna saja kuasa Tuan sesuka hati.
Mendedahkan kelewatan pembayaran pencen Tenyera, adakah merupakan satu kesalahan ?
Nik abduh berani buat macam rafixi ke.
BalasPadamnasrudin tantawi lagi sekor pemimpin
pas yang merapu.rafizi pasti tambah
tak macam pemimpin pas yang taksub
membabi buta pada hj hadi yang makan
dedak .
Inilah cara "Melayu" membela Melayu. Melayu Jahat, Bohong, Zalim, ... shj yang dibela. Hidup Melayu. Hidup Melayu. Hidup Melayu.
BalasPadamSaat kita berpeluk tubuh...ada pemimpin yg ditangkap sedang dituduh...demi menegak
BalasPadamkebenaran...menjunjung tinggi erti kebenaran...pastinya kita tertanya dimana letaknya nilai diri kita seorang pejuang kebenaran???bangkitlah wahai teman2...usah bersenang2 dgn APA yg ada skrg...pasti akan hilang jika kita tak terus berjuang...sedarlah wahai semua pembaca Dan pengulas didalam blok INI...tiada nilai jika kita bijak shj berkata tapi tiada gerakan,perbuatan,contoh Dan penerangan yg menyeluruh...adakah kamu semua selesa???cukup2lah...bangkit semua...berani bersuara kerna yg benar2 haq...jika kamu tak bisa membantu...Allah pasti akan membantu...kita menuntut haq kita sebagai rakyat...kita menuntut kezaliman Dan kerakusan umnu agar dilenyapkan...kita menuntut kerajaan yg adil lagi telus malah berjiwa rakyat bawahan...semoga usaha teman2 akan dibalas didunia mahu pun diakhirat...