29 Apr 2016

Mahkamah Putuskan "UMNO Celaka" Bukan Hasutan

Mahkamah putuskan kenyataan 'celaka' Rayer bukan hasutan

Mahkamah Sesyen Pulau Pinang hari ini membebaskan ADUN Seri Delima RSN Rayer dari satu daripada dua tuduhan hasutan yang difailkan terhadapnya.

Hakim Roslan Hamid memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa kenyataan 'celaka' oleh Rayer yang dibuatnya semasa ceramah mempunyai kecenderungan menghasut.


Rayer menghadapi dua pertuduhan menghasut mengikut Seksyen 4 (1) b Akta Hasutan kerana didakwa mengeluarkan perkataan 'celaka' terhadap Umno semasa ceramah bagi kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor pada Mei 2014.

Bagi pertuduhan kedua, Rayer didakwa mengeluarkan perkataan yang sama terhadap Umno di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada Mei 2014.

Perbicaraan masih diteruskan di bawah hakim Ibrahim Osman di Mahkamah Sesyen yang lain.

Ketika ditemui di luar mahkamah, peguam Rayer, Gobind Singh Deo menyambut baik keputusan mahkamah untuk membebaskan anak guamnya daripada pertuduhan itu.

"Seperti yang kita katakan sebelum ini, tidak ada kesalahan dalam kes ini," katanya yang juga adalah Ahli Parlimen Puchong.

"Hari ini, kita menyaksikan bagaimana mahkamah membuat keputusan yang sama yang membuktikan apa yang kita perkatakan selama ini.

"Sekarang, kami gesa Peguam Negara untuk meneliti penghakiman mahkamah dan tidak membuat rayuan terhadap keputusan itu," katanya.

"Kami harap AG akan menerima keputusan ini." -mk

11 ulasan:

  1. Tentula AG buat rayuan...UMNO BARU celaka

    BalasPadam
  2. Adakah ini bererti UMNO memang celaka ?


    Akan timpa lah kecelakaan ke atas UMNO, selepas ini.

    BalasPadam
  3. Siapa yg mendifinasikan perkataan tu sebagai hasutan..dah tak boleh beza antara hasut dan tak hasut.

    BalasPadam
  4. UMNO MEMANG CELAKA. PAS PUN SAMA SEBAB IKUT MEREKA.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Actually, kecel@kaan pas tu dah jauh lebih tinggi banding dengan sebarangan orang

      Padam
  5. Habiskan masa dan duit bayar gaji hakim hanya utk kes remeh-temeh. Bodo betol la amano turr

    BalasPadam
  6. aku rase macam terhasut la dgn perkataan tu..umno yg selama ni aku sygi dan sangjungi rupa nya tuutttt..terhasut sudah aku lepas adun ni cakap camtu

    BalasPadam
  7. Umno memang CELAKA dari dulu smpai sekarang

    BalasPadam
  8. klu umno tu cilakak,mcm mana pulak ada beberapa ekok ostak2 yg sekarang ni bukan kuat jilat umno,ostak2 ni nak dapat celakak juga ke ke

    BalasPadam
  9. Orang melaka cakap celaka biasa aje siap dengan lahabau lahawau sekali

    BalasPadam
  10. Guru penasihat kepada president menerima derma berbillion SUPER CELAKA

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.