4 Mac 2016

Himpunan 27 Mac Bukan Sekadar Undurkan Najib

Jangan hanya lawan Najib, laksanakan reformasi - Dr Mujahid

Amanah tidak mahu bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hanya menentang perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sebaliknya menyokong usaha mereformasi sistem pentadbiran negara.

Naib presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata, bukan sesuatu yang baharu apabila Dr Mahathir menentang Najib kerana Pakatan Harapan (PH) dan sebelum itu Pakatan Rakyat (PR) sudah lama berbuat demikian.


"Apakah ini hanya tentang Najib? Tiada yang baharu kerana PR dan PH selama ini telah pun menyebut demikian tapi tidak berlaku apa-apa malah kami mahu perubahan struktural, tuntutan Bersih contohnya dan lain-lain,” kata Mujahid kepada Dr Mahathir seperti yang ditulisnya dalam catatan pertemuan dengan Dr Mahathir di Yayasan Perdana Isnin lalu.

Dalam sidang media di Wisma Amanah semalam, Mujahid berkata tiada sebarang perbincangan serius antara Amanah dan Dr Mahathir sebaliknya hanya bersetuju dengan Dr Mahathir yang ingin bersama-sama membaiki sistem pemerintahan negara ini.

"Sebagai wakil rakyat, ahli Parlimen legislatif, kami merasakan ia suatu yang perlu diambil perhatian. Itu sahaja, tidak ada yang lebih daripada itu," jelasnya.

Menulis dalam catatannya, Mujahid berkata, Dr Mahathir menyatakan kekesalan terhadap Najib.

“Saya ingat dia oghang baik, tapi la ni dah jadi teghuk sangat dahhh... menyesai saya sokong dia dulu," kata Dr Mahathir dalam loghat Kedah.

Mujahid berkata, beliau berasa terpanggil untuk bertemu Dr Mahathir kerana seruan bekas perdana menteri ke-4 itu agar melupakan kepentingan parti demi menyelamatkan negara belum pernah disuarakan sebelum ini.

“Hari ini Tun M menjadi penentang tegar Najib kerana menganggap PM 1Malaysia telah menjadi terlalu berkuasa dan telah membahayakan masa depan negara.

“Saya terpanggil bertemu dengan Tun M apabila seruan beliau melupakan kepentingan parti dan bersatu selamatkan Malaysia belum pernah diucapkan sebelumnya ketika dia menentang Pak Lah. Isu Pak Lah adalah masalah dalaman Umno tapi nuansa penentangannya terhadap Najib adalah soal negara,” katanya yang juga ahli parlimen Parit Buntar.

Justeru kata Mujahid, beliau menunggu gelombang baharu Dr Mahathir yang dimulakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dahulu.

“Pertemuan hampir dua jam itu takkan saya lupa kerana sejurus pertemuan dengan kami, Tun M mengisytihar dirinya dan Tun Asmah keluar meninggalkan Umno.

“Saya menanti-nanti gelombang baru yang Anwar Ibrahim telah mulakan, apakah Tun M menyambung usaha reformasi DS Anwar sebagai menebus 'dosanya' yang lampau? Kita menanti penuh debar perhimpunan 27 Mac nanti,” katanya.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli; ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud selain naib presiden PKR, Tian Chua dan bekas ahli parlimen Batu Berendam Tamrin Ghafar. - Malaysia Dateline

20 ulasan:

  1. Tuan Dr Mahathir. Inilah peluang sekali seumur hidup Tuan untuk buktikan Tuan orang baik. Kalau Tuan terlepas peluang ini pasti Tuan kena jawab banyak perkara dalam kubur jap saja lagi.

    Aku bercakap sebagai mangsa kezaliman Tuan dan orang2 lantikan Tuan sampai aku jadi papa kedana sekarang ini. Selama 20 tahun, baru hari ini aku memanggil namamu Mahathir, pemberian ibumu semata2 aku ingin sekali melihat Tuan ikhlas bangun bersama rakyat jelata untuk berubah ke arah yang lebik baik dengan sesungguh2nya.

    Selamat berjuang Tuan Dr Mahadhir...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu laa, hang ingat Mahathir tu tuhankz? padahal, dia tak suruh hang bertuhankan dia. Tu hang p7nya salah laaa, bukan dia...

      Padam
  2. Salam


    YAAHHH, Tindakkan yg cukup BIJAK,selamatkan Malaysia.REFORMASI semua struktur pengurusan negara.Menambah baik apa yg kurang,meninggikan mutu pelajaran,Separation of POWER tidak berpusat pada PM saorang sahaja.meningkatkan ekonomi,kurangkan rasuah/atau tiada langsung,tiada kronisma,nepotisma.Penerapan nilai-nilai islam melaui kepimpinan melalaui teladan.Jika kefahaman rakyat sudah baik,barulah rujuk pada majlis raja2 tentang pembentangan undang2 islam,jika setuju,dapatkan majority parlimen,jika tidak,teruskan apa yg termampu.walaupun hingga 1000 tahun lagi..lagi dan lagi..

    Teruskan usaha..go amanah go.

    BalasPadam
  3. UMNO semakin bongkak dan terus tidak memperdulikan kesan tindakan pemimpin nya kerana terlalu yakin, di buat macamana sekali pun, segala helah dan muslihat menghadapi pilihanraya telah di susun.

    Dengan dakwat nya, dengan rekod pengundinya, dengan perbelanjaan besar nya dan dengan penggunaan jentera kerajaannya memastikan mereka orang UMNO terus berkuasa.

    Jangan berpura-pura tidak sedar kedatangan 1.5 juta warga Bangla ada kaitan dengan pilihanraya akan datang.

    Itu lah sebabnya Ali Rustam begitu yakin UMNO tidak akan tenggelam. Sebab dia dah tahu bagaimana UMNO akan menang. Nazri dan Ismail Sabri senang-senang menghina Tun sebab yakin UMNO akan terus berkuas

    Yang mana perlu di dulukan (prioriti). Untuk bersihkan SPR kena tolak Najib dulu. Nak tolak Najib dan UMNO, SPR kena bersih dulu.

    Tetapi UMNO akan kalah jika semua rakyat tolak UMNO. Apa yang pengundi takutkan ialah seperti mana Tun Mahathir pernah mendakwa negara akan jadi huru-hara sekiranya UMNO kalah. Awal-awal, UMNO telah menguna cara samseng sebelum pilihanraya lagi.

    Sebaik-baiknya demi untuk menyelamatkan Negara, orang Johor dan Kedah berikan sokongan penuh kepada PH. Menangkan PH. Dan rakyat di negeri Selangor dan Pulau Pinang terus menyokong kerajaan negeri sehingga UMNO tidak dapat berbuat apa-apa.

    Apa juga helah SPR UMNO dapat di gagal oleh pengundi sendiri. Yang untung Bangsa Johor sebab Sultan nya mempunyai Tentera. So apa pengundi Johor nak bimbangkan sebab keselamatan mereka terjamin.

    Jika pengundi Kelantan tolak PAS dengan kemengan di Johor dan Kedah, sudah cukup mengoyahkan UMNO.

    Dan paling utama ialah orang Pekan. Pilih Najib atau pilih untuk selamatkan Malaysia...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu sebabnya kita kena jatuhkan najib dn sekufu2nya sebelum pilihanraya.. reformasi total sshaja yg akan menjamin pru 14 bersih dr penipuan puak2 perompak haramjadah ni..

      Padam
  4. Jom rakyat Malaysia semuanya....kita pakat-pakat turun!

    27 March 2016 dan 2 April 2016!

    Mari kita bersatu....selamatkan Malaysia, tanah tumpah darahku!

    BalasPadam
  5. Juga mungkin bakal termakbul doa almarhum TGFN spy tun melihat umno bungkus sblm dia pergi menghadap ilahi...kalau dia sempat bertaubat dan menebus dosanya, alhamdulillah..penguburan umno suatu yg baik baginya..sebab dia yg mula dan dia mengakhirinya dgn baik...najib mengakhiri teori RAHMAN dgn menguburkan umno..

    BalasPadam
  6. Alangkah indahnya jika Mahathir Muhamad bergabung semula bersama Anwar Ibrahim untuk menentang Jibby dan pengampu pengampunya...Allah Maha Kuasa...tiada yg mustahil di sisi-Nya...Aminnn...

    BalasPadam
  7. Semoga makbul doa2 yg baik utk menjadikn lebih baik...moga dpt jatuhkan najib Dan naik yg terbaik dikalangan terbaik...memacu terus Negara kearah lebih baik Dan diterapkan nilai2 Islam buat tontonan seluruh rakyat Malaysia yg berbilang bangsa Dan agama...buktikan kemampuan PH...saya Yakin dan percaya...perkara ini x mustahil boleh berlaku...sekuat mama pun jentera umno...sehebat mana pun duitnya...xkn sekali pun boleh lawan kekuasaan Allah S.W.T...cuma keyakinan Tu harus Ada pd setiap penyokong PH....itu shj...

    BalasPadam
  8. MENYESAL SUDAH TAK BERGUNA SEBENARNYA TUN M SBB ALLAH DAH MAKBULKAN DOA ARAWAH USTAZ FADLI AGAR TUN M UMUR PANJANG AGAR DPT LIHAT SEMUA KEROSAKKAN YG DIBUAT TUN M SENDIRI. NVM MUNGKIN ARWAWAH USTAZ FADLI BERDOA SEDEMIKIAN UTK MEMBERI KESEDARAN KPD TUN M DAN BERTAUBAT KPD ALLAH SELAGI MANA MASIH HIDUP. USTAZ FADLI NOOR DAH TIADA DI DUNIA NI BUT YOUR STILL ALLIVE TUN M. NOW IS YOUR DUTY DO REFORMASI LAKUKAN APA YG USTAZ FADLI NOOR BUAT U BUAT. DENGAN NI ARAWAH USTAZ FADLI NOOR AND ANWAR IBRAHIM DPT MAAFKAN YOUR FOR WHAT YOUR WHAT YOUR HAVE DONE TO BOTH OF THEM AND AT LEAST WE CAN CALL YOUR AS HERO IF YOUR BLH DO REFORMASI AND GULINGAN PEMERINTAH REJIM NAJIB DAN WANITA PUAKA SEPUPU MARCOS OUT FRM PARLIMEN, DIBAWA KE MUKA KEADILAN AND KICK OUT DARI BUMI MALAYSIA DIHARAM SEMASA SEKALI KEMBALI KE M,DIA NAJIB AND WANITA PUAKA SEPUPU MARCOS. IF DO THAT WE WILL CALL YOUR AS HERO ON PAR DENGAN TGNA DAN USTAZ FADLI WALAUPUN U ADA DOSA DENGAN RAKYAT M,SIA, DULU, KINI DAN SELAMANYA. SO PLEASE DO IT.

    BalasPadam
  9. Sejahtera semua hendaknya.
    Sesungguhnya Allah itu maha berkuasa.
    Kenali diri kita dan terimalah hakikat kebenaran.
    Untuk Che Dek..
    Tanyalah hati dgn keiklasan,
    Kenapa ini yg jadi pada negara ini.
    Sia sia saja keringat dan pemikiran yg tercurah selama ini
    namun kita kebelakang dari mereka yg kita anggap mundur selama ini.
    Dimana keberkatan dari yg esa....
    Sebelum terlambat, sebelum Maha Suci Allah memanggil kamu
    ada baiknya mintalah kemaafan dari orang yg pernah anda arniaya.
    Jika ada.
    Itu pun kalau dihati kecil anda mengatakan ADA..
    Jika keiklasan ada ,akan lebih ihlaslah lagi rakyat untuk turun
    bersamamu walau bermandikan keringat.

    Bertanyakan khabar untuk yg berada di Sungai Buluh.
    .itu pun kami sebagai pencinta keamanan dah boleh sedikit tersenyum..
    Keiklasan itu hati namun yg riak itu lidah.
    Moga di berkati.

    BalasPadam
  10. Betul tu bukan setakat undur najib aje.undur hadi sekali dan golongan malaon walaon mata duitan tu. Elok sgtla hadi kata pas x ikut sekali sbb kita nk kuburkan pas sekali.

    BalasPadam

  11. Siratol MUSTAQIM...Jalan yg LURUS
    NIAT yg Lurus...Di HATI yg Lurus
    BENAR Jujur...AMANAH yg Kudus
    TERANG dan Mudah...Telus dan TEMBUS

    BalasPadam
  12. Assalamu'alaikum...saya berharap para pemimpin PAKATAN RAKYAT fikir la semasak-masaknye sebelum bekerjasama dengan Tun dr Mahathir dan bekas pemimpin-pemimpin UMNO (beracuankan UMNO). Saya bimbang rakyat akan di tipu untuk kali kedua...seandainya berlaku peralihan kuasa dan usaha TUN dr Mahathir berjaya apakah PAKATAN RAKYAT akan mendapatkan manfaat dari kejayaan itu? Saya fikir para pemimpin PAKATAN RAKYAT buat lah perjanjian bertulis win-win situation dengan kumpulan pimpinan Tun Dr. Mahathir terlebih dahulu. Kerana cakap mulut bekas pemimpin beracuankan UMNO ni kadang-kadang tidak boleh dipercayai...sekadar pendapat dari saya...

    BalasPadam
  13. Kalau nak jatukan Najib & UMNO, jatukan sekali "barua" si Najib yang bernama Hj Hadi "broker". Sebab dia tuang penasihat... Hj Hadi cakap macam orang mabuk pil kuda, "saya anti parti Umno, tetapi saya berkawan dengan orang Umno". Apa bezanya "saya anti perbuatan jenayah, tetapi saya berkawan dengan si penjenayah" atau "saya anti rasuah, tetapi saya berkawan dengan pelaku rasuah". Kalau macam tu Hj Hadi ni boleh dikategorikan sebagai "barua" UMNO la... atau "pengkhianat". Apa yg dia cakap dulu tu terkena kepada diri dia sendiri... politik Hadi itu adalah politik "natang", bukannya politik "matang"..!!!

    BalasPadam
  14. Skrg pakatan memburu serigala menggunakan serigala...hanya tun n da konco2 yg dlm umno yg dh bpaling tadah ni tau apa strategi kotor umno gunakan dulu utk menang pilihanraya...dan tun boleh bongkarkan utk menewaskan najib...jika tun ikhlas utk menyelamatkan negara, tun mesti mulakan strategi utk counter apa yg bakal najib lakukan sbb tun yg tau apa org umno lakukan utk tewaskan pembangkang...cthnya, masukkan bangla bagi ic utk undi dsbnya..andai tun tau, blh dedahkan...blh mulakan strategi utk elakkan dorg manipulate segala yg dorg ada..

    BalasPadam


  15. Siratol MUSTAQIM...Jalan Yg LURUS

    Jalan NYA Simple...Takjub MIRACLE

    Tak Wujud HALOBA...Tamak dan RAKUS

    Seteguh7 AMANAH...Lambang PRINSIPLE

    UMPAN Gula2...Untuk Budak2 yg BerHINGUS

    Million and Billion...Telah pun Di SWINDLE

    Budak Hingusan...Yg Ber SORBAN Ber Tarbus

    MUSANG Ber Janggut...Yg Very2 un'SANGKA'rabel

    Hanya Shbt2 yg Benar7 AMANAH...Dapat Menyuloh TEPAT dan Tembus



    BalasPadam
  16. Saudara Anwar Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan menyokong Tun Mahathir.

    Tindakan Saudara Anwar Ibrahim menunjukkan politik matang yang sebenarnya. Lebih dari itu, Islam yang sebenarnya.

    Saudara Anwar Ibrahim tidak memusuhi sesiapa pun malah tidak juga berdendam.

    Mulia sungguh Saudara Anwar Ibrahim.



    BalasPadam
  17. Baharu bermakna berubah2. Itulah yg berlaku sekarang. Kalau dulu Tun Dr. Mahathir bersama UMNO tetapi sekarang tidak lagi. Kalau dulu Hadi menentang UMNO
    tetapi sekarang bersekongkol dg UMNO. Inilah yg Allah aturkan utk kita rakyat Malaysia dimana yg bathil selama ini berada diatas akan dibawa turun untuk digantikan dg yang haq. Subhanallah!

    BalasPadam
  18. 27 Mac juga adalah hari untuk mengharamkan dedak kepada yang bukan haiwan.

    27 Mac juga adalah hari pembebasan Anwar Ibrahim.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.