10 Feb 2016

[VIDEO & GAMBAR] #BebasAnwar: Semua Pembangkang Hadir Kecuali PAS

Tiada pemimpin PAS hadir sambutan setahun Anwar dipenjara

Himpunan 365 #BebasAnwar #BebasRakyat sempena genap setahun Datuk Seri Anwar Ibrahim di penjara di Sungai Buloh malam tadi menyaksikan tiada seorang pun pemimpin PAS hadir memberikan sokongan.

Sebaliknya, sekurang-kurangnya 15 pemimpin politik pembangkang daripada PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) menyampaikan ucapan secara bertali arus di atas pentas sementara di depan pintu masuk penjara itu.

Jurucakap penganjur daripada kumpulan yang menggelar diri mereka "Pro98 Reformis Malaysia", Dr Badrulamin Bahron berkata, mereka menjemput PAS bermesyuarat untuk penganjuran acara malam ini sejak 2 bulan lalu tetapi tidak diendahkan.

"Saya rasa terkilan kerana sepanjang perjalanan program daripada mesyuarat ke mesyuarat walaupun kami jemput tapi pimpinan PAS di semua peringkat tidak ada yang hadir dan kemuncaknya tidak ada seorang pun pada malam ini.

"Sedangkan, program malam ini acara rakyat untuk membebaskan ikon perjuangan rakyat bagi meneruskan agenda reformasi," kata pengerusi tetap PKR Sabak Bernam itu ketika ditemui selepas acara tamat pada 12 malam.

Bagaimanapun, ketidakhadiran pimpinan PAS tidak merencatkan mood sambutan acara.

Bahu jalan di depan Penjara Sungai Buloh dipenuhi kereta sejak jam 8 malam lagi.

Gerai menjual makanan ringan turut didirikan, tidak ubah seperti ceramah kempen pilihan raya. Mencuri perhatian ramai ialah puteri sulung ketua umum PKR itu, Nurul Izzah Anwar yang cuba meniup semangat kira-kira 1,000 penyokong.

Katanya, orang ramai tidak perlu bersedih dengan pemenjaraan Anwar yang dianggap sebagai seorang tahanan politik.

"Ingat pesanan saya, jangan sedih.

"Nak sedih buat apa? Bukan kita yang rasuah. Kitalah patriot yang sebenar," kata ahli Parlimen Lembah Pantai itu disambut tepukan gemuruh hadirin.

Selain Nurul Izzah, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam ucapan ringkasnya menggesa orang ramai untuk meneruskan perjuangan suaminya.

"Selagi hayat dikandung badan kita teruskan perjuangan kerana inilah yang Datuk Seri Anwar mahu kita lakukan," kata Dr Wan Azizah.

Sebelum itu, tepat 10 malam Dr Wan Azizah dan Nurul Izzah melepaskan beberapa ekor burung merpati ke udara sebagai simbolik kepada gesaan mereka agar Putrajaya membebaskan Anwar.

Pada acara sama, sasterawan negara yang kini menganggotai DAP, Datuk A Samad Said turut mendeklamasikan sajak bertajuk "Puisi Lara Datuk Seri Anwar Ibrahim".

Sebelum itu juga, aktivis pelajar Mashitah Sulaiman turut mendeklamasikan sajak berjudul "Rajawali" yang ditujukan kepada Anwar.

Hadir sama pada sambutan malam tadi daripada Amanah ialah presidennya, Mohamad Sabu, setiausaha agung, Anuar Tahir, ahli jawatankuasa pusat Dr Mohd Hatta Ramli dan Khalid Samad.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan Ng Suee Lim daripada DAP turut hadir dan berucap dalam dialek Jawa.

Majlis tamat dengan bacaan doa diketuai Badrulamin dan nyanyian lagu "Negaraku".

Pada 10 Februari, 2015 Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 5 tahun ke atas Anwar sekali gus menamatkan kerjayanya sebagai ketua pembangkang dan ahli Parlimen Permatang Pauh.

Mahkamah mengetepikan permohonan Anwar yang meminta hukuman lebih ringan daripada dijatuhkan Mahkamah Rayuan sebelum itu dan pada masa sama menolak permohonan pihak pendakwa yang mahu hukuman ditingkatkan. -TMI


Mat Sabu: Najib kekal berkuasa kerana rakyat M'sia penakut

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu mendakwa rakyat Malaysia penakut dan tidak mempunyai keazaman untuk menolak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, tidak kira betapa buruk tanggapan mereka terhadap pentadbirannya.

"Kita semua penakut," katanya yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu ketika berucap di majlis mengingati ulang tahun pertama pemenjaraan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan Penjara Sungai Buloh malam tadi.

Anwar menjalani hukuman penjara selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak penghakiman Mahkamah Tinggi membebaskan ketua umum PKR itu dalam kes Liwat II.

Dalam nada menyindir, Mat Sabu mengeluh bagaimana Najib akan terus berkuasa kerana rakyat Malaysia berdiam diri.

"Kita masih berdiam diri. Bersuara jantan tapi hati betina," katanya.

Dan kerana rakyat Malaysia penakut, katanya, rakyat dan negara, telah ketinggalan.

Mat Sabu berkata, walaupun Indonesia, Thailand dan Myanmar telah menyambut kejayaan transformasi politik, tetapi Malaysia tidak berubah.

"Sampai bila nak jadi begini?

"Kami merayakan kejatuhan orang lain tetapi (pemimpin bermasalah) kita, kita tak jatuh kerana kita sanggup ditipu," katanya lagi.

Mat Sabu mengakhiri ucapannya dengan menyeru kepada rakyat untuk bangun dan melakukan perubahan.

"Cis! Mari kita bangun!" katanya sebelum melontar mikrofon dan berjalan beredar dari pentas. -mk








ULASAN GB

GB tak perlu ulas panjang, kita berharap pemimpin-pemimpin PKR sedar hal ini.

Jika alasan untuk berbaik dengan PAS ialah untuk mengekalkan pertandingan satu lawan satu, namun apa ertinya jika semangan permuafakatan dan kesetiakawanan di dalam Pakatan Harapan terpaksa digadaikan.

Kni terbukti bahawa parti sejarah itu tidak lansung menghiraukan Anwar. Yang mereka pentingkan ialah mereka yang hendak menjadi juara, yang lain bagi mereka tidak penting.

Pakatan Harapan tidak perlu melayan karenah sedemikian, Rakyat boleh melihat dna menilai dengan terang dan nyata.

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan....

30 ulasan:

  1. rasanya semalam ade diwar2kan kata presiden pas akn turut hadir tp rupanya hanya omong kosong belaka..... terbuktilah pas ni hanya menggunakan islam utk kepentingan sendiri...

    BalasPadam
  2. mana pkr nak letak muka? kak wan kena bertindak tegas. nyata Anwar Ibrahim tidak dihormati langsung oleh pas. krn Anwarlah pas berjaya merebut Kelantan tganu Kedah.

    sila pecat semua ahli pas dlm pentadbiran dr exco hingga ke jkkk bermula dgn din ayam. dilantik kejwtn ketua krn pengalaman 8 tahun saja dlm kerja kontrak Islam? 8 tahun? ingat byk sgt ke pengalaman 8 tahun?

    BalasPadam
  3. Betul sptmana diucapkan sdra mat sabu. Kita meraikan kejatuhan pemimpin zalim negara lain, tp kita sendiri memelihara pemimpin zalim.. kita meraikan undang2 Islam di Brunei, tapi kita gagal di negara sendiri.. buatlah apapun, rakyat tetap terima seadanya.. sepatutnya g$t dinaikkan kpd 50%, minyak rm5 seliter.. rakyat tetap diam, patuh kpd bos jibmah..

    BalasPadam
  4. Perjuangan Hadi adalah untuk KEPENTINGAN MENANTU DAN ANAK CUCU. Memang sudah terbukti dan sekirnya ada yang tidak nampak maka mereka bukan saja Buta Mata tapi pekak Telinga.

    BalasPadam
  5. pas terbukti parti zalim yg menyokong kezaliman

    jgn lagi kita sokong dan cenderung hati kpd org zalim dan menjilat org yg lebih zalim.

    biarkan si zalim bantu membantu dlm kezaliman sehingga Allah menghukum mereka.

    biarkan mereka perasan sgt islam dan sgt ulamak. biar mereka perasan Allah segan dgn Quran Hadith dimulut mereka, title ulamak (yg mereka sendiri guna),serban jubah dan nama parti mereka.

    sedangkan telah dinyatakan Nabi saw adanya golongan yg Quran Hadith cair dimulut mereka tp mereka keluar agama seperti anak panah keluar busur. biarkan mereka hidup dlm khayalan perasan berada disyurga bersama bidadari.

    membela kezaliman keatas anwar bukan bermakna kita membela anwar seorg. anwar menjadi ikon kezaliman umnu dan kita perlu bela kerana rakyat juga akan senasib anwar.

    klu kezaliman terhadap anwar sudah tidak diendah pas, jgn harap pas akn bela rakyat yg dizalimi.

    tinggalkan puak zalim supaya kita tk disentuh oleh api neraka.

    BalasPadam
  6. Imbau semula ke belakang..terlalu byk sokongan pas pada anwar dan parti keadilan..sehingga bila saya beli Harakah saya jadi keliru samada Harakah ini suara pas atau keadilan...berita yg di muat kan lebih pada anwar dan parti keadilan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Inilah pemikiran byk jemaah pas...satu tika dulu...saya sendiri keliru dan fikir mcm tu..namun skrg tidak...sebb saya sendiri dah tau..apa itu pakatan rakyat...kerjasama itu penting dalam pakatan...sebb dlm pakatan...sepatutnya sudah tiada nama parti.yg perlu ada adalah kesefahaman...satu tujuan utk menjatuhkan umno...jika kita termakan dakyah umno...pasti kita akan jd umno...hahaha...matlamat itu penting dari parti...

      Padam
  7. Org2 pas sudah mcm robot sudah tidak boleh berfikir sendiri. Jika tuang presideng kata setuju hadir, saya rasa tanpa berfikir dua kali mrk pasti memenuhi tempat itu. Perkara sebaliknya akan berlaku dan sudah pun berlaku kerana keengganan dan sikap keras kepala bapak presideng.Di sini kita nampak yang cerdik tetap di marang yang bangang kebengongang tunggu arahang..

    BalasPadam
  8. Tuan gb tlg sampaikan pada pimpinan pkr,sudah nampak jelas lagi bersuluh pengkhianatan pas kpd pkr,apa lagi yg ditagih dari pas..lambat laun dkhianati lagi dan lagi dan lagi.. Apakah pkr terlalu hina hingga sanggup menggadai prinsip setiakawan semata2 mahukan pas.last2 imej pkr skrg nampak buruk/hina/jijik dimata rakyat..Pimpinan pkr kena tahu skrg ni rakyat memandang hina pkr kerana masih menagih pas...berubahlah pkr, sebelum ajak rakyat berubah, tunjukn dulu displin dan prinsip tegas pkr...kalau tidak rakyat anggap sama je pkr pas bn semua dr acuan yg sama kalau jd pemimpin pastilah sama bn.sekian luahan peminat setia pkr suatu ketika dahulu (skrg lebih meminati pan)

    BalasPadam
  9. jangan salah sangka

    hadi tak datang sebab tak sempat sarung baju dewa ulamak PAS mcm ADUN Paya Jaras pakai

    baru nampak semangat Gong Xi Fa Cai


    BalasPadam
  10. Salam:

    Berbeza dgn TGNA dan Ustz Fadhil noor, bersahabat dan berkawan dgn orang yg di zalimi.Tapi Hadi berkawan dgn orang yg menzalimi.

    Inilah corak haluan yg Hadi nak bawa pada para pengikutnya,persetankan mereka yg dizalimi termasuk majority rakyat.yang penting Aku,bini2 aku,anak2 aku,keluarga aku,kroni2 aku..."tak diusik" .

    "FALSAMPAH " baru PAS:"PERUT" dan yg bawah perut kena jaga dulu.islam untuk semua sudah tiada lagi...."elek purchek""nahi kabhi nahi.

    SEKIAN.

    BalasPadam
  11. PAS begitu cemburu dengan populariti DSAI melebihi Presiden mereka hingga mereka hilang pertimbangan tentang keadilan dan kezaliman.

    BalasPadam
  12. Takde apa aku nk ulaskan cuma aku kecewa dgn pkr.harap pkr betulkan diri sebelum pru kalau tidak, akan menerima nasib spt pas.

    BalasPadam
  13. Sudah terang lagi bersuluh, PAS perlu ditinggalkan oleh PKR. Dalam dada peminpin mereka Anwar tidak ada nilai sedikit pun. Apatah lagi puak2 wala' dan sesetengah akar umbi dalam PAS. Mereka menerima hukum kebenaran ala UMNO yang telah dikenakan kepada ANWAR. Kalau x caya cuba anjur pula kempen membebaskan Khir Toyo, pasti puak2 ini akan duduk di saf hadapan sekali....

    BalasPadam
  14. Dgr cter pas nk pecat husam.huhuhu.berani ke deme.. Elok sgtla tu pintu pan sentiasa terbuka utk husam/rani dll selain geng walaon

    BalasPadam
  15. Islam jenis apa yg PAScai cuba bawak ni.. penuh hasad dengki..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kerana perbuatan ulama pas, saya dan kebanyakan Cina India kazadan iban dan takut dekati Islam.

      Dah banyak kali ditikam ditipu difittnah Oleh parti Islam dan ulama besar Islam.

      Latest, apa bukti Cina sokong TPPA? Cina sign tppa dengan America? Atau Nama "kapir" boleh dihina sebagai kambing hitam??

      Padam
  16. Janganlah pedulikan perangai ulamak-ulamak dan tuan-tuan guru fotostat ni. Perangai macam bapak saudara Nabi s.a.w. yang sebelah sana. Datang pun bukan ada salam sampul surat, takde elaun serta majlis sambutan dan kerusi empok. Biarlah mereka bersekongkol dengan orang-orang yang zalim. Talian hayat mereka bukan panjang pun. Tunggu masa sahaja.

    BalasPadam
  17. Tiada seorang pun pimpinan Pas yang berucap pada Perhimpunan 365 #BebasAnwar #BebasRakyat sempena genap setahun Datuk Seri Anwar Ibrahim di penjara membayangkan betapa parti siasah ini tidak pernah mengenang dan menghargai jasa pihak-pihak lain. Pas beranggapan kemenangan mereka pada PRU 12 dan PRU 13 adalah kemenangan mutlak mereka. Pas merasakan undi yang memenangkan mereka dalam sesuatu dun atau parlimen datang dari ahli-ahli walaqun parti. Hakikatnya Pas silap perhitungan. Setiap undi yang diperoleh oleh Pas datang penyokong-penyokong Pakatan Rakyat yang mengundi semata-mata untuk menyahkan Umno dari kerajaan-kerajaan negeri dan Putrajaya.

    Seakan-akan Pas merasakan DSAI, PKR dan DAP tidak pernah berjasa kepada mereka. Tanpa kedua-dua parti ini, dan tanpa sosok tubuh bernama Anwar Ibrahim jangan Pas bermimpi mencapai kemenangan seperti sekarang. Pas tidak pernah belajar statistik. Pas tidak dapat mencerakinkan perbezaan bilangan ahli dan bilangan undi yang diperoleh. Perbezaan inilah gambaran sebenar betapa pengundi Pas bukan kerana Pas, tetapi kebencian mereka terhadap kezaliman sang pemerintah. PRU 14 kelak akan mengajar Pas erti kerjasama, tetapi ketika itu juga parti ini telah menjadi parti sejarah. Ketika itu segalanya telah terlambat.

    BalasPadam
  18. Umno pun fikir 2kali nak berkawan dgn pas.. parti yg sanggup khianat pd sokongan rakyat utk kepentingan diri.. parti yg sgt angkuh, sombong..

    BalasPadam
  19. Trima kasih GB, api perjuangannye jgn dipadam, jgn dilupakan..

    BalasPadam
  20. Aku pernah berpendapat supaya nekad bertanding di kawasan pas kerana perjuangan mereka slow...tidak proaktif...perjuangan mereka agak lambat dan terlalu bermuka2 lagi dgn umno...berpuluh tahun berjuang melawan umno patut la pas xpernah menang...akai xdak...org pasang jerat kau pegi masuk...mmg jahanam lah...

    BalasPadam
  21. Dari awal kes Anwar masuk mahkamah, pemimpin PAS menghilangkan diri. Yang hadir menyokong Anwar ialah mereka yang sekarang dalam AMANAH. PAS macam berimamkan Saiful pulak.

    Negara kita tak seperti negara lain. Pemimpin dalam pemerintah dan dalam pembangkang bermaruah dan tolak PM macam Najib. Tentera, Polis dan Peguam Negara nya tidak di beri makan dedak

    Dinegara lain dua tiga kali buat demo, pemimpinnya letak jawatan.

    Tiba-tiba dapat pulak sokongan dari PAS.

    Rakyat bukan semua penakut tapi ramai yang tak sedar-sedar akibat yang ditanggung oleh negara apabila kehabisan dedak kerana pemakan dedak tidak memberi apa-apa hasil dan terus-terusan minta di beri dedak !

    BalasPadam
  22. Pas sakit hati pd anwar pasal"langkah kajang"

    BalasPadam
  23. byk sebab hadi dengki pada anwar..

    anwar ketua pembangkang
    bila anwar takde, wan azizah pula jd ketua pembangkang
    hadi terkilan lagi

    dlm meeting ketua parti, hadi jadi pendengar saja sebb tkde idea
    politik yg bernas.

    satu2nya hujah hadi ialah cuba menonjol kunun parti PR yg lain tk islamik.. hanya PAS perjuang islam.

    kita jgn lupa. mungkin bukan anwar saja satu2nya yg dicemburui hadi.

    mungkin juga TGNA turut dicemburui beliau. tp tk nampak sebb dlm hati dan ketika itu pun beliau masih hidup dan popular.

    bila anwar dan TGNA sudah tiada maka seolah2 nk tunjuk perasaan dgn berbaik dgn najib. cemburu campur merajuk.

    seolah2 nk bagitau pemimpin pembangkang bahawa padan muka u all sebab mengenepikan aku. lebih baik aku berbaik dgn musuh u all, biar u all rasakan.


    BalasPadam
  24. Pas? President pas tengah busy buat kerja penasihat kepada penerima derma 2,600 juta!

    Ataupun tengah cari Pasal dengan dap Cina kapir yang niat jahat Kerana sokong TPPA???

    Btw, parti mana sign TPPA dengan America? Melayu Islam ker Cina "kapir"?

    BalasPadam
  25. Ini mcm punya perangai, pakatan harapan masih mengharapkan pas? Aduhai...

    BalasPadam
  26. IF RAKYAT M,SIA TAK SEDAR. NAJIB NAK TIPU KITA FINE. BUT SEBELUM LU BIARKAN NAJIB DAN KONCO DIA MENIPU. FIKIRKAN MASA DEPAN ANAK KITA PLEASE KERANA WE ALL DAH NAMPAK NAJIB NAK HANCURKAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA SECARA HALUS, BUDJET PENDIDIKAN DITURUNKAN, BIASISWA JPA DIHAPUSKAN DAN BANYAK LAGI. IF U ALL TAK NAK FIKIRKAN MASA DEPAN U, AT LEAST FIKIRKANLAH MASA DEPAN ANAK KITA, DAN JANGAN KERANA TAK NAK AMBIL TAHU U HANCURKAN MASA DEPAN ANAK KITA DENGAN CARA MEMBIARKAN NAJIB DAN ISTERINYA WANITA JEMBALANG HANCURKAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA. WALLUHALAM LU FIKRLAH SENDIRI.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.