4 Feb 2016

[VIDEO] Bashah Tidur Jadi Viral, Dicabar Tunjukkan Sijil SPM

'Harap Ahmad Bashah tidak lena sewaktu angkat sumpah'

ALOR SETAR – Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah secara sinis dinasihati tidak terlena ketika majlis mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu hari ini.

Pesanan itu disampaikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sewaktu pengumuman melepaskan jawatannya, hari ini.


“Saya harap Ahmad Bashah sewaktu angkat sumpah nanti tidak terlena,” katanya sambil mendapat tepukan gemuruh dari perwakilan Umno Bahagian Jerlun yang hadir pada sidang media di Wisma Darul Aman, hari ini.

Kenyataan dibuat dipercayai ekoran rakaman Ahmad Bashah tertidur ketika Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mua’adzam Shah sedang bertitah yang mula tersebar di media sosial.

Respons kepada kenyataan itu, Ahmad Bashah berkata, perkara seperti itu tidak wajar ditimbulkan.

Sementara itu, Mukhriz berkata, walaupun desakan peletakan jawatan itu lebih kepada cubaan untuk menutup mulutnya, namun beliau menegaskan tidak akan berdiam.

“Saya tidak akan berdiam. Saya akan terus berkhidmat selagi rakyat mahu saya. Saya akan setia bersama Umno, pada masa sama saya juga harap Umno boleh melalui satu transformasi yang drastik dan dramatik.

“Ini perlu dilakukan segera sekiranya kita berhasrat untuk menang PRU14. Kalau tidak dilakukan, saya bimbang masa depan Umno sebagai sebuah parti yang memerintah,” katanya.

Adun Ayer Hitam itu turut mengakui ditawarkan jawatan dalam kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya bagi meredakan konflik politik Umno Kedah.

“Ya, Perdana Menteri menawarkan jawatan timbalan menteri. Tapi sudah tentu saya tidak menerimanya.

“Kalau ada sebarang tuduhan saya gagal mentadbir kerajaan negeri, itu boleh saya terima. Tapi pada waktu sama, ahli exco juga berperanan dan harus memikul sebahagian daripada tanggungjawab tersebut,” katanya.

Sebelum ini, gambar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang dikatakan terlelap ketika istiadat penganugerahan pingat di Istana Anak Bukit diviralkan di media sosial. Perkara itu turut menjadi perbualan hangat masyarakat dan pengguna laman sosial, khususnya ketika berlaku pergolakan dalaman Umno Kedah yang menyatakan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai MB Kedah.

Di dalam perkembangan berasinga, ahli parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang mencabar Bashah untuk menunjukkan sijil SPM bagi membiktikan beliau bukan sekadar hanya berkelulusan SRP.

Kit Siang menegaskan Bashah sendiri patut segera perjelaskan samasa beliau berkelulusan SRP atau SPM.

Lokman Noor Adam sebelum ini mempertahankan menteri besar Kedah yang baru dilantik Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dengan menyangkal dakwaan bahawa beliau hanya mempunyai kelayakan Sijil Rendah Pelajaran (SRP).

“Sebenarnya Ahmad Bashah, bukan hanya ada SRP tetapi beliau (adalah) lepasan SPM. Fitnah jentera siber Mukriz (Mahathir) hanya sekadar untuk membunuh karakter Ahmad Bashah,” kata di laman Facebook.

Tetapi Lokman akhirnya terjerat dengan kenyataannya sendiri dan seolah-olah mengakui Bashah hanya berkelulusan SRP.

“Apa tidaknya, majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri di Kedah lebih yakin dengan seorang yang berkelulusan SRP berbanding Mukriz yang belajar sampai ke Jepun dan Amerika.

Seterusnya Kita Siang juga bersikap jujur dan telus mengenai video beliau terlena seweaktu mendengar titah di raja di Istana Kedah yang menjadi viral di laman sosial.

Bashah sebelum ini menafikan kandungan video itu dengan menyatakan ia diedit namun apa yang nyata menunjukkan video yang berdurasi 1:03 minit itu tiada kesan edit.

Ramai warga siber terutama warga Kedah sendiri mencemuh perlantikan Bashah sebagai MB Kedah yang baru dengan menyakan bahawa Najib sengaja melantik yang bodoh-bodoh supaya mereka mudah diperbodohkan.
,br> Malah dari kalangan penganalisis politik pun mmeragui kemampuan Basha.

Pensyarah dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, menteri besarnya yang baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dilihat perlu ‘melawan’ aura yang ditinggalkan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Mukhriz seorang menteri besar yang popular dalam kalangan rakyat Kedah khususnya dalam kalangan generasi muda dan sudah pasti krisis itu tidak akan berakhir begitu sahaja dengan berlakunya pertukaran baton kepimpinan.

“Cabaran besar untuk mereka iaitu sejauh mana mampu untuk menggunakan tempoh masa yang singkat ini untuk memulihkan bukan sahaja perpaduan dalam parti tetapi juga persepsi dalam kalangan rakyat Kedah,” lapor Sinar Harian.

FMT pula melaporkan rata-rata akar umbi UMNO menyifatkan Ahmad Bashah tidak layak menjadi Menteri Besar kerana kemampuannya untuk mentadbir negeri ‘Jelapang Padi’ itu diragui.

Ketua Umno Cawangan Bandar Laguna, Zahran Abdullah berkata Ahmad Bashah tidak sesuai menjadi Menteri Besar kerana tidak menepati citarasa anak muda sekarang.

Katanya, Ahmad Bashah yang juga ADUN Bakar Bata tidak mampu menjadi idola untuk orang muda kerana sudah ‘lapuk’. “Kita tidak nafikan beliau orang lama dalam politik di Kedah, tapi beliau (Bashah) sebenarnya sudah lapuk. “Beliau lebih kepada seorang pengikut yang setia dan bukan seorang pemimpin.



13 ulasan:

  1. Tdbir kedah jadi negeri srp je lah

    BalasPadam
  2. Jangankan Sijil SPM PHD pun UMNO boleh cetak. Apa yg UMNO tak leh buat. Tak percaya ckp aku sekejap lagi sijil SPM Ahmad Bashah akan jadi viral.. haha. Salah2 hemat sijil lebih tinggi dari SPM lagi dia ada. Najib mesti dah mengarahkan org2 dia buat semua tu. Yang pastinya sesetengah org2 UMNO mungkin ada yang tak pernah masuk dewan peperiksaan tapi ada Sijil. Org2 UMNO ni semua muka2 tembok yg dunggu.

    BalasPadam
  3. buang yg jernih.....ambil yg keruh
    buang yg cerdik.....ambil yg bodoh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pantun dua kerat...hihihi... Tk tido...cuma terrrrr lena jer.... Dh tua..aq srp jee.

      Padam


  4. Kalau masa itu ada SPM ke atau SRP jadi Guru. Itu sebab dalam UMNO asalnya ramai yang Cikgu-Cikgu...........

    Yang tamat sekolah pun dah kira terror. Anak-anak lelaki masa itu main di bendang dan mandi di kali ... Kebanyakkan nya menolong ayah di bendang. Umur 19 - 20 tahun dah kahwin.

    Paling busuk , jadi askar melayu..

    Siapa Ahmad Basha sebenarnya ?

    BalasPadam
  5. Zaman dulu tak ada SRP tp LCE,
    SPM pun tak ada,tapi MCE..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada lg kee...kan kedah pon banjir....hihihi

      Padam
  6. alang2 nak tunjuk sijil, cetak atau beli sijil cambridge. baru gempak

    BalasPadam
  7. Nanti dia tunjuk sijil kursus kebersihan kantin sekolah..

    BalasPadam
  8. Jangan dia tunjuk sijil kawin yang baru dah lah...

    BalasPadam
  9. Dlm umno ramai yg ada kelulusan PHD (Perangai Hasad Dengki)

    BalasPadam
  10. jadi pemimpin xperlu sijil tinggi2 pun xpe. tp hati dan jiwq ada kasih kepada rakyat cinta allah. kalau ada menteri cerdik 3.85 cam amat maslan pn xguna kan? biar lulusan rendah xpe, tp bijak. dan yg paling penting org kerajaan yg mtadbir sebagai tulang belakang mb. menteri yg ada skrg ni smua lulusan tinggi...tp xde kasih pd rakyat. smua kira perut sdr sj. harapnya mb baru ni buktikan yg sijil bkn ukuran utk bjaya

    BalasPadam
  11. lulusan UPSR je nii...ooooppps Peperiksaan Penilaian Darjah 5..haha

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.