20 Jan 2016

PAS Dengan UMNO Boleh, Kenapa PKR Bersama AMANAH Tak Boleh?

Hadiri acara AMANAH hak PKR

PKR tidak ada masalah jika pemimpin parti itu menyertai sebarang program Parti Amanah Negara (AMANAH).

Pengerusi Biro Penyelaras Ahli Parlimen dan Adun PKR, Datuk Johari Abdul berkata, hal itu kerana kedua-dua parti berkenaan mempunyai ikatan dalam Pakatan Harapan.

Jelasnya lagi, PKR juga tidak pernah memberi komen kepada PAS apabila parti berkenaan mengambil keputusan untuk menghadiri acara bersama Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.


Johari berkata ketika Pakatan Harapan ditubuhkan pada September tahun lalu, PAS tidak hadir walaupun Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mengutus surat jemputan.

“Tidak ada paperwork (yang mengikat) antara PAS dan PKR. Sebab itu kita menghormati apa sahaja tindakan dan kenyataan yang dibuat PAS.

"Begitu juga jika kita ambil tindakan untuk menghadiri mana-mana program oleh mana-mana parti pun, tiada yang mengikat kita.

“Saling hormat-menghormati keputusan parti dalam Pakatan Rakyat masih wujud apabila PAS berjumpa Umno, kita pun tak buat komen (apa-apa) kerana itu hak mereka.


PRU tak lama lagi

"Malah tidak wujud solid agreement (perjanjian bertulis yang mengatakan) tidak boleh buat ini, itu,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Sebelum ini PAS Kelantan menyatakan kekesalan mereka terhadap pimpinan PKR menghadiri program anjuran AMANAH di negeri itu dan meminta ia tidak diteruskan "demi kebaikan bersama".

Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata tindakan seperti itu boleh menimbulkan ketidakselesaan dalam hubungan politik antara PAS dan PKR di negeri tersebut.

PAS - setakat ini - masih meneruskan gabungan politik dengan PKR namun memutuskan hubungan dengan DAP serta AMANAH. Pada masa sama PKR turut membentuk gagasan pembangkang di bawah Pakatan Harapan bersama DAP dan AMANAH.

Sementara itu, Johari berkata, sekiranya PAS serius ingin bersama dalam Pakatan Harapan, parti itu dipelawa menyertai memandangkan pilihan raya umum akan berlangsung tidak lama lagi.

“Majlis presiden akan berbincang dan membuka ruang kepada mana-mana parti lain mahu menyertai Pakatan Harapan. Tak ada masalah, apatah lagi pilihan raya umum sudah tidak lama,” katanya.



ULASAN GB

Seperti yang GB ulaskan sebelum ini, PAS nampaknya begitu terdesak dan sudah melalut sehingga sanggup untuk "memaksa" parti lain untuk tidak bekerjasama dengan AMANAH. Diancamnya untus hubungan dengan PKR sepertimana mereka telah memutuskan hubgan dengan DAP.

Kita mengalu-alukan langkap PAS untuk memutuskan hubungan dan PKR, soalnya apakah mereka berani melakukannya?

Terdapat 5,000 ahli PAS yang memegang pelbagai jawatan lantikan politik di dalam kerajaan negeri Selangor. Apakah mereka itu bersedia untuk meletakkan jawatan?

Ternyata gertakan PAS itu hanyalah omongan kosong.

Menuduh AMANAH kononnya sebagai tongkat UMNO, kita nyatakan, ia hanyalah dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih! Presiden PAS sendiri akui PAS berkawan dengan UMNO dan itu hak PAS, katanya. Jadi amat wajar PKR menjawab kata-kata Presiden PAS itu, "Berkawan dengan AMANAH hak PKR!

20 ulasan:

  1. Memang pas boleh, Kerana pas Ada ulama pas suci mulia berilmu tinggi. Siapa berani lawan?

    BalasPadam


  2. AMANAH ada 2.6 Billion ke ?

    Nak berkawan atau bersama boleh tapi mesti ada billion-billion tau..

    BalasPadam


  3. PAS kena guna gear undur..
    Dewan ULamak kena luluskan PAS boleh bersama-sama UMNO.

    Jika ini keputusan Dewan ULamak sebelum ini PAS tidak kisah PKR hadir majlis ceramah AMANAH.

    Kerjasama PAS UMNO hangat-hangat tahi ayam. Buat masa ini ..

    Seperti yang di ketahui AMANAH kerahkan ahlinya menyertai bantahan TPPA dan PAS pun berura-ura akan turut serta, Jika PAS tidak di benarkan oleh Dewan, adakah PKR pun tidak boleh?

    UMNO bukan parti serpihan PAS. Apa yang ada pada AMANAH, sudah ada pada PAS. Mengapa jugak AMANAH yang jadi pilihan PKR ??

    BalasPadam
  4. PAS macam gila talak nampaknya.

    BalasPadam
  5. sebab amanah lebih di percayai dari pas..

    BalasPadam
  6. As salam,diharapkan apa yg berlaku pada PAS hari ini dapat dijadikan Iktibar /Pedoman oleh Kepimpinan AMANAH. Allah telah tunjukkan satu persatu bukti kebenaran agar mereka insaf/sedar diri,"Tapi mereka ego,sombong, angkuh, mendabik dada" dengan pelbagai dalih, helah, alasan,diberi seolah-olah mereka semua"MAKSUM",mereka buat takpa,jangan pihak lain buat,nanti dikeluarkan dalil & hadis untuk menghalalkan/mengharamkan perbuatan mereka.Adakah ini akhlak Pemimpin Parti Islam? Semua yg berlaku ini dalam perancangan Allah taala,sekarang rakyat dapat lihat PAS dari hari ke hari makin kucar-kacire, tunggang-langgang,berkecamuk disebabkan sikap kepimpinan mereka sendiri.Kini semakin terserlah sikap sebenar mereka,imej Islam di mata golongan Bukan Islam menjadi semakin buruk disebabkan perangai pemimpin mereka sendiri.Masalah rakyat/Negara langsung diketepikan entah ke mana?Lesap!.Rupanya apa yg mereka perjuangkan selama ini hanyalah memenuhi tembolok perut sendiri,suku-sakat dan nafsu semata-mata.Tapak asas yg dibina bertahun-tahun lamanya oleh tokoh-tokoh PAS terdahulu habis musnah sama sekali gara2 sikap kepimpinan PAS"CAI"pada hari ini.(kemenangan yg tidak ada Keberkatan),kepimpinan PAS(CAI) hari ini seringkali mengeluarkan kenyataan yg berlawanan antara satu sama lain,putar belit jadi bahan mainan, sindiran, gurauan di media massa, lagaknya sama seperti perangai pemimpin UMNO,mereka menganggap seolah2 rakyat Malaysia bodoh,jahil,bebal,sehinggakan tak boleh menilai yg mana BENAR atau SALAH? Tunggu!! ingat semua Pemimpin Pas,kamu semua pasti akan dihukum,disumpah-seranah oleh Rakyat disebabkan sikap kamu sendiri yg CURANG terhadap AMANAH yg telah diberi.Masanya pasti akan tiba.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terbaik ulasan tuan....memang kata2 tuan ini terbuku dalam diri saya...terima kasih

      Padam
  7. Kejujuran AMANAH tidak sembunyi drp rakyat hubungan politik dgn DAP, tiada pd pas krn pas berpusing2 lidah MENYEMBUNYIKAN drp ahli2nya dan rakyat hubungan sulit dgn UMNO.

    BalasPadam
  8. YB2 Pas ni dok pening sbb dh tertelan pil kuda. Sbb tu tak ketahuan..ke kiri ..ke kanan..tak tentu hala.

    BalasPadam
  9. Pemimpin PAS semua dari kalangan ulama dan ulama pula banyak punyai dalil dengan pelbagai ulasan jadi kita usah tersilap langkah jika tidak mahu jatuh lubang kerana lubang yang digali oleh ulama PAS ini sangat dalam danjurangnya pula sangat jauh bagaikan jurang lubang api neraka,jika jatuh susah hendak bangun oleh itu berhati-hatilah bila mendengar hujahan pemimpin PAS.

    BalasPadam
  10. tanda2 pas kelantan akan tewas pru dan umnu kembali ambil kelantan

    benda basic mcm ni pun tak tahu... semata2 bertindak atas dendam kesumat terhadap Amanah

    perjuangan pas adalah dendam terhadap Amanah. pas parti dendam.

    islam pas adalah islam ego sombong dan permusuhan.
    islam pas adalah islam benci membenci.
    islam pas adalah pecah belah.
    islam pas sudah assobiyah.

    kita sedang mencari2 apalah lagi akhlak dan nilai islam yg tinggal dlm pas sekarang, semakin hari semakin terhakis.

    kalau nilai professionalisma tu memang dh takde dlm pas.


    BalasPadam
  11. Perbuatan pas ni perbuatan bodoh..dan sombong...

    BalasPadam
  12. Dahulu saya memang percaya bahawa Pas bukan gila kuasa. Pas menyertai politik kerana semata-mata memenuhi tuntutan mencari keredhaan Allah. Namun begitu, segalanya telah berakhir setelah berakhirnya era kegemilangan Pas di bawah kepimpinan Al-marhum Fadhil Noor dan TG Nik Aziz. Perjuangan Pas kini hanya bertunjangkana kuasa, pangkat dan habuan. Perjuangan berlandaskan Islam sudah menjadi bukan nombor wahid lagi. Pas sanggup memutuskan tahalus siyasi dengan DAP, dan berkerat arang dan berpatah rotan dengan Amanah. Pas menganggap DAP dan Amanah adalah musuh nombor satu mereka, sedangkan mereka inilah yang bertungkus lumus membantu kemenangan Pas pada PRU 13.

    Kini Pas telah bermain mata dengan Umno/BN. Pas sanggup berunding dengan musuh Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat terkubur disebabkan sikap Pas yang tidak jujur dalam muafakat. Musuh kepada musuh sebenarnya kawan, dan kawan kepada musuh adalah musuh yang sebenar. Dahulu Umno / BN adalah musuh kepada Pakatan Rakyat dan kini tetap menjadi musuh kepada Pakatan Harapan. Dengan adanya rundingan Pas bersama Umno, maka menyerlahkan lagi betapa Pas kini menjadi musuh kepada Pakatan Harapan yang mahu menyahkan Umno / BN dari tampuk pemerintahan negara.

    Gelagat Pas begitu aneh. Pas mempertikaikan kehadiran pemimpin-pemimpin PKR dalam program-program ceramah Amanah. Pas merasakan diri mereka besar, dan mahu menggunakan kuasa menghalang dan mengambil tindakan terhadap pimpinan PKR yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti parti Amanah. Pada hakikatnya Pas sudah hilang pertimbangan dan hilang kewarasan, kerana tiada perjanjian rasmi antara Pas dan PKR. Pas telah mengingkari semangat setiakawan semasa Pakatan Harapan masih wujud, dan kini PKR pula mengulangi dan membelakangi kehendak Pas. Rupa-rupanya Allah telah membayar tunai kepada Pas kerana tidak telus dalam persefahaman. Pas kini merasakan apa yang dirasakan oleh DAP dan PKR satu jketika dahulu. Pas, kamu ini bagaimana?

    BalasPadam

  13. Semasa di sunting oleh UMNO, Pemimpin PAS mendabik dada dan berulang-ulang kata PAS parti yang kuat sebab itu UMNO beriya-iya mengorat PAS.
    PAS langsung tidak memandang PKR sebelah mata semasa pemimpin PKR mengangkat plakad 'Mana RM 2.6 billion'. PAS perasan ketika itu dia lawa dan bergetah.

    Masa itu, AMANAH di hina di caci dan PKR pula di tuduh bergantung sangat pada PAS kerana PKR menang disebabkan gerak kerja ahli-ahli PAS.

    Apa lagi, tunjuk kan lah kekuatan PAS dengan gerak kerja ahli-ahli PAS, tinggalkan je PKR.

    BalasPadam
  14. Pemimpin2 jelas sidah tidak matang dan kebudak2an dan nampak bodoh baik dari percakapan,perbuatan dan tindakan dgn penyokong2 jahil agama menyokong membabi buta kononnya wala kpd ulamak@ularmak ooi..

    BalasPadam
  15. pemimpin pas dah jadi bangang. ahli pas jadi bingung. rakyat jadi semakin bengang.

    BalasPadam
  16. Mohon maaf kepada TN 20 Jan 16 1.08 PTG. Bangang ertinya seseorang itu tahu akan kebenaran, nampak akan kebenaran tetapi masih percaya kepada penipuan. Bingung ertinya seseorang itu nampak akan kebenaran, nampak dengan jelas akan kepalsuan tetapi hairan mengapa ketuanya atau orang yang dipercayainya memilih kepalsuan. Bengang? Bengang ertinya kalau boleh mereka yang bangang ni disepak, diterajang kerana bodoh yang amat sangat!!

    BalasPadam
  17. PAS kan Islam dan pemimpinnya tentu adil.

    Jadi jika PAS beri surat kepada pemimpin PKR sebab bersama AMANAH, PKR pun berilah surat kepada Hj Hadi sebab bersama UMNO.

    Bagaimanapun hubungan PAS UMNO dah tak menjadi seperti yang di rancang. Untungnya PAS ialah jika PAS sanggup meninggalkan UMNO maka PKR tentu di desak menjauhkan diri dari AMANAH.

    Kalau kaki u turn dan putarbelit... maka tinggallah PAS bersendirian.

    BalasPadam
  18. Ibarat bekas Suami cemburu melihat bekas istei yang diceraikan bersama Suami baru ....

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.