Bukan lapan tapi muktamad 10 kerusi Amanah untuk Ahli Majlis PBT
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini muktamad memperoleh 10 kerusi Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hasil rundingan PAS, PKR dan DAP.
Pengarah Komunikasinya, Khalid Samad dipetik berkata,keputusan kerajaan negeri menambahkan dua lagi kuota tambahan berbanding hanya lapan kepada 10 kerusi dan peningkatan ini sangat dihargai Amanah.
"Terima kasih tidak terhingga kepada Kerajaan Selangor sebab memasukkan Amanah dalam pentadbiran negeri menerusi lantikan ini.
"Amanah sangat menghargai jasa baik Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana mengiktiraf Amanah meskipun masih baharu, kami yakin angka ini akan dipertingkatkan lagi tahun demi tahun," katanya ketika sidang media di pejabatnya di sini.
Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam menjelaskan pembahagian kerusi ahli majlis PBT iaitu dua ahli majlis di Hulu Selangor, Sabak Bernam, Sepang, Kuala Langat manakala Kuala Selangor dan Subang masing- masing seorang wakil Amanah ditempatkan.
"Jumlah 10 ini pun kita dah puas hati memandangkan Adun Amanah hanya dua orang.
"Kami turut menghargai jasa baik PKR dan DAP yang mengorbankan dua kerusi PBT milik parti mereka kepada Amanah," katanya.
Ketika ditanya sama ada Amanah mengidamkan posisi Exco di Selangor, Khalid berkata, buat masa ini cukuplah dengan posisi sedia ada.
"Exco? Tak payahlah lagipun susah perlu libatkan istana. Tapi kalau nak bagi kita terimalah.
Semalam Pengerusi Amanah Negeri Selangor, Ir Izham Hashim menyambut baik dan berterimakasih dengan kesediaan Pakatan Harapan Negeri Selangor memberi ruang kepada Amanah Selangor berperanan dalam PBT negeri.
Menurut beliau, apa yang penting bukanlah bilangan kerusi PBT yang diperolehi Amanah tetapi memastikan Pakatan Harapan terus kukuh di Selangor.
Pada awalnya dipersetujui lapan kerusi ahli majlis PBT bagi penggal 2016-2017 dibahagikan kepada wakil Amanah.
Menurut Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baharu, Ean Yong Hian Wah, kontroversi pembahagian kuota ahli majlis PBT selesai hasil perbincangan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang dipengerusikan Menteri Besar, pada Rabu.
Dalam pada itu hari ini, Mohamed Azmin memaklumkan isu pelantikan ahli majlis selesai sepenuhnya dan pihaknya gembira semua pihak menerima formula diputuskan sebelum ini.
Beliau berkata, penelitian sudah dibuat di pihak Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), perbincangan diadakan katanya berjalan dengan baik dan lancar.
“Saya gembira semua pihak menerima hakikat ini dan kita sudah membuat keputusan. Ini bukan soal kuasa, bukan soal jumlah kerusi tapi tanggungjawab besar semua yang berkaitan kepada pembayar cukai,” katanya ketika sidang media selepas mengadakan lawatan ke Kampung Bukit Lanchong, pagi tadi sebagaimana dilapor media sinarharian online hari ini.
Ketika ditanya sama ada wujud ruangan perbincangan berikutan Parti Amanah Negara (Amanah) mahukan kerusi lebih, beliau menjawab perbincangan sudah dilakukan dan pihaknya sudah membuat keputusan.
Katanya, apa yang perlu difokuskan adalah tanggungjawab yang dilantik untuk ‘delivery’ kepada rakyat. -MD
ULASAN GB
Kita mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada parti-parti rakan komponen di dalam Pakatan Harapan, PKR dan DAP yang telah berkorban untuk memberikan kerusi PBT kepada AMANAH.
Demikianlah makna "pakatan" yang sebenar. Sedia bertolak ansur dan ia adalah penting bagi menjamin penerusan pembangunan Selangor dan mengukuhkan Pakatan Harapan.
Kita usah hirau dengan sikap PAS lagi yang jelas tamak dan haloba. Menang pilihanraya dengan tiket Pakatan Rakyat tetapi kemudian "mengkhiannati" rakyat apabila mereka mengambil keputusan untuk "berperang" dengan DAP dan AMANAH dan dalamasa yang sama berbaik-baik dengan UMNO.
Mereka enggan utuk memberi sedikit ruang pun kepada AMANAH dengan tidak melepaskan sebarang kerusi PBT. Namun hukum kebenaran dan keadilan berjalan. PAS dilihat oleh rakyat sebagai pihak yang hanya mementingkan diri sendiri dan tidak boleh bekerja di dalam satu pasukan.
Demikianlah, rakyat boleh dan akan menilai sikap PAS itu. PRU akan datang kita akan dapat menyaksikan apa kesudahannya dengan sikap PAS yang "selfish" itu.
Peribahasa ada menyebut, "orang tamak selalu rugi" - itu hukum alamiah yang tidak diambil iktibar oleh parti itu. Biar si Luncai terjun dengan labu-labunya.

Terus perjuangkan hak rakyat..
BalasPadamItulah hakikat PAS samada didalam parti atau pentadbiran sudah merasa kemarok dengan jawatan...tapi bukan semua kerana bukan semualah PAS harubiru macam lodeh
BalasPadamSalam:
BalasPadamAlhamdulillah 10 kerusi PBT,yg diberi oleh PKR/DAP parti yg mempunyai dasar bukan Islam,telah menunjukkan "SETIAKAWAN" yg TULIN,manakala parti yg mengaku membawa dasar Islam terlalu "KEDEKUT PIANG".Sebagai orang islam kita kena YAKIN seYAKINnya rezeki Allah dah "TETAPKAN" sejak "AZALI" lagi,tak perlu dirisaukan.
BETULAH TELAHAN orang-ramai PAS ni,tak boleh ajak "BERKAWAN" HAK DIA HAK DIA,HAK ORANG DIA NAK (Seperti di Damansara/sg nibong penang dan 3 tempat lagi di terengganu.)
Sebagai pandangan peribadi saya,saya menasihati Amanah kurangkan "POLIMIK"Tentang permitaan kerusi itu/kerusi ini,kalau boleh tumpukan pada orginisasi dan kerja-kerja yg "BERQUALITY".
Jadikan pengajaran "umno" lingkup sebab ahli-ahlinya/pemimpin berebut2 jawatan harta/pangkat sangup berbunuh-bunuh/fitnah/adu domba antara satu-sama lain,Penyakit ini sudah melarat pada PKR DAN BERTAMBAH MALANG LAGI PAS juga mewarisi penyakit-penyakit dari umno ini.
Amanah kena tumpukan pada "KOMUNIKASI" pada ahli-ahli dan pada majority rakyat.."bagaimana nak sampaikan informasi pada semua orang" sudahkah gerakerja menghasilkan akbar sendiri sudah dibuat??????sementara nak tunggu akbar sendiri boleh tak tumpang sekejap dgn AKBHAR KEADILAN,ROKTKINI dan selangorkini...Sekarang ini "INFORMASI TERKINI YG BENAR"Terlalu sangat penting untuk dihebahkan.Jika keewaangan menjadi masaalah,belajar dari DAP/pkr,bagaimana mereka dapat kumpul dana untuk tampung kos operasi parti.
sekian,wassalam.
salang1pink..yg penting kerjosama..dgn rakan buat musuh dgn musuh ciumolot
BalasPadamTahniah AMANAH. Allah jualah yang menarik dan memberi. Bersyukurlah, gunakan peluang ini untuk menunjukkan kebolehan AMANAH untuk menawan hati rakyat. Kerja dengan ikhlas, orang akan hargai. Give more than you can.
BalasPadamAlahai..perangai pemimpin PAS pusat dan Selangor ni..mulut kata Islam..Hadis Nabi dan Firman Allah swt.
BalasPadamtapi...kemaruk wang ringgit, pangkat..memang geng2 lidah bercabang gak.. serupa Najib and the geng.
Kpd ahli2 PBT AMANAH, jalankanlah tugas dan tanggungjawab anda dengan penuh dedikasi, bersih dan cemerlang.
BalasPadamIngat, Allah sentiasa memerti dan menyaksikan segala apa yg anda lakukan demi kebaikan agama, bangsa dan negara.
Buktikan kemampuan sebenar anda agar rakyat jelata, bukan saja di Selangor bahkan juga di seluruh negara, dapat memberikan penilaian yang tinggi yang akan menjamin posisi Amanah pada PRU14 nanti.
Tahniah kpd PH (DAP, PKR & Amanah) Selangor.
Alhamdulillah. Kita terimalah apa yang diberi buat masa ini. InsyaAllah kerusi-kerusi akan bertambah selepas PRU akan datang. Banyak kerja perlu dibuat, banyak keringat perlu mengalir sebelum mendapat hasilnya. Semoga tuan-tuan tidak menipu rakyat dan semoga usaha tuan-tuan diberkati Allah s.w.t. Amin.
BalasPadamSombongnya Parti Ajak Sendodon...tiada tolenransi, hak ana tetap hak ana. Tiada hubungan,tiada sirah untuk berkorban kepada ahli masjid baru. 27tahun ana dalam jemaah masjid lama. Akhirnya...beginilah kesudahannya.
BalasPadam
BalasPadamPAS bukan tamak atau kedekut.
Jika PAS yakin kuat dan boleh menang PRU, tidak menjadi hal PAS memberi kerusi kepada Amanah.
PAS sudah lemah dan bertambah teruk lagi bila Hj Hadi dengan Najib bertukar lagi dari Sedondon jadi Ta'awun. Lepas ini warna apa pulak lah ..
Dalam kesepakatan ketiga-tiga parti di Selangor antara PKR, DAP dan PAS, PAS Selangor ikut perangai PAS di lain-lain negeri. Jika ujud persefahaman dan kesepakatan di antara PAS dengan PKR dan DAP, PAS sepatutnya sanggup berkorban demi masa hadapan semua pihak untuk terus mentadbir Selangor.
PAS Selangor telah gagal menunjukkan sikap seperti mana yang diharapkan oleh rakyat Selangor. Malah selepas ini PAS akan terus menuduh Amanah mengikut kata-kata DAP tanpa mengatakan DAP anti-Islam. Kerana menuduh Amanah mengikut kata-kata DAP sudah cukup menyampaikan message yang DAP ialah parti Cina.
Jika benar DAP Cina bermakna bukan Amanah mengikut kata-kata DAP, tetapi DAP yang mengikut dan tunduk pada AMANAH.
Kepada Ahli PBT Amanah laksanakanlah tugas dengan penuh kredibiliti.
BalasPadamSebaiknya hentikan polemik tentang jawatan ini, khususnya dalam pentadbiran kerajaan Selangor atau pun Pulau Pinang. Biar Amanah dilihat tidak meminta-minta dan tidak terpesona dengan jawatan. Terpulanglah kepada kebijaksanaan MB/KM berkenaan dan tolak ansur dengan PKR/DAP.
Pertambahan 2 kerusi memperlihatkan amalan baik yang berlaku dalam PH.
Seterusnya diharapkan agar gerak kerja Amanah dan ahli-ahli akar umbi Amanah perlu berfokus kepada menarik seramai mungkin kehalian dan juga mempopularkan Amanah melalui pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Kurangkan kepedulian terhadap isu-isu yang melanda Pas. Biarkan Pas terus dengan kusut masai dan terus menerima laba daripada kerakusan segelintir ulama mereka mengejar habuan politik.
Usaha yang dilakukan Amanah Melaka dilihat amat baik dengan mewujudkan sistem pendidikan awal kanak-kanak yang diurus tadbir oleh Amanah Negeri. Inilah peluang baik untuk kita kemukakan alternatif terhadap sistem pendidikan Islam tanpa mengkesampingkan ilmu dan kemahiran duniawi.
Elakkan sikap melabel musuh politik dengan caci maki dan tuduhan berunsur tanpa siasat. Pamerkan sikap kita sebagai ahli Amanah yang berteraskan Rahmatan Lil Alamin.
Mudah-mudahan usaha kita diberkati Allah.
Orang tamak selalu rugi
BalasPadampas mencari redha Allah.
BalasPadamlg besar habuan, kira lagi besarlah redha Allah...
hiihihihihiii...
tak kemaruk jwtn, tp kemaruk RM...
sbb tu elaun kat kelantang dinaikkan supaya kalau rakyat tendang pru depan, pencen tinggi...
Pas memang tamak. Hak cikgu yik pun derang tak serah kat agensi berkaitan. Barua betol
BalasPadamWakil Amanah dalam PBT adalah wakil rakyat yg hanya berkerja untuk rakyat, pastikan kepentingan peribadi diletakkan ketepi,kepentingan agama dan rakyat diutamakan.
BalasPadam