31 Dis 2015

DAP Bidas Kenyataan Zuhdi Yang DIsiar Harakahdaily

Dr Zuhdi kitar bahan fitnah UMNO, abai hubungan dagang Malaysia-Israel

KUALA LUMPUR 30 DIS: Kenyataan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang mengaitkan DAP berkaitan isu Israel tak ubah mengitar semula bahan fitnah UMNO, parti yang menjalin hubungan dagang dengan negara itu.

Ketua DAPSY Perak, Howard Lee Chuan How, berkata tohmahan itu menunjukkan Dr Zuhdi berketandusan isu dan idea, malah ia mirip kepada telatah dan taktik lumrah digunakan UMNO BN.

“Tambahan lagi dengan tingkah laku mereka terdekat ini yang begitu mesra UMNO, mereka terpaksa meminjam bahan fitnah daripada UMNO,” katanya pada kenyataan media hari ini.

Sekalipun kenyataan Dr Zuhdi itu di portal HarakahDaily itu sudah ditarik balik, Horward menyifatkan Dr Zuhdi seakan-akan mengikut teladan Menteri Propoganda kepada Adolf Hitler iaitu Joseph Goebbels yang menggunakan startegi mengulangi pembohongan supaya ia kelihatan sebuah kebenaran.

Justeru, katanya, DAPSY membidas, mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan fitnah Dr Zuhdi, malah mempersoal kredibilitinya yang membuat kenyataan berdasarkan sumber tulisan blog yang diragui kewibawaannya.

“Ternyata ia kenyataan berniat jahat untuk memburuk-burukkan nama dan memberi persepsi negatif kepada DAP dengan menggunakan isu sensitif dalam kalangan masyarakat Melayu dan umat Islam,”
katanya.

Howard turut mempersoal pendirian Dr Zuhdi dalam hubungan dagang antara Malaysia- Israel yang diakui Kerajaan UMNO BN, sebagai negara ketujuh destinasi eksport utama Israel pada 2013.

“Adakah Dr Zuhdi menyokong hubungan dagang itu selepas segelintir kepimpinanan PAS dilihat berkira-kira untuk bersama dengan UMNO atas nama Melayu dan Islam?”
katanya.

Mengenai pendirian DAP terhadap konflik Israel-Palestin, beliau berkata, pendirian parti itu sentiasa konsisten iaitu menolak keganasan dan penindasan regim Tel Aviv terhadap rakyat Palestin.

“Malah DAP menyokong perjuangan rakyat Palestin. Mereka yang inginkan pencerahan bolehlah merujuk beberapa kenyataan media dan ucapan pimpinan DAP di Parlimen,” katanya. -Roketkini

ULASAN GB Nampaknya harakahdaily akur bahawa kenyataan Zuhdi itu tidak benar, maka lantaran itu kenyataan itu telah ditarik balik dan dipadam dari portal harakahdaily.

Lawatan ke alamat harakahdaily yang menyiarkan kenyataan Zuhdi itu mendapat jawapan "Page Not Found".

Jika tidak ada angin masakan pohon bergoyang. Jika kenyataan Zuhdi itu benar, masakan harakahdaily mencabut semula siaran kenyataannya.

Ia menunjukkan harakahdaily sendiri tidak mampu untuk "mempertahaankan" lenyataan Zuhdi, lantaran itu ianya dipadam dari portal berkenaan.

Harakahdaily kini sudah jadi cacamarba. Kerana kini ada dua suara di dalam PAS. Muammar Ghadafi di dalam tulisannya menyatakan:

Saya perhati Datuk Seri Hadi Awang, Dr Mohd Zuhdi Marzuki, Nasrudin Hassan Tantawi, Datuk Takiyuddin dan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz semacam senada.

Beriya sangat nak menggatal dengan Umno. Dalam hal yang sama, saya lihat pimpinan seperti Iskandar Samad (naib presiden), Tuan Ibrahim (timbalan presiden) dan Idris Ahmad (naib presiden) semacam membawa arus yang bertembung dengan arus Hadi dan kelompok di atas.

Saya melihat semacam ada 2 arus. Arus tengkujuh pantai timur melawan arus negeri selat.

Percayalah, hukum kebenaran dan keadilan berjalan, PAS kini terus berpecah... dan akan terus karam....

17 ulasan:

  1. GB..GB ni tak serik2 kacau PAS. Kan PAS ni semakin kuat! Lagi berpecah lagi kuat. PAS ni memang hebat menggunakan hukum pecahan atom nuklear dan big bang. Bila seluruh dunia cakrawala meletup, maka segala apa yg ada semakin tersusun rapi, semakin cantik dan kuat.

    Jadi kita sama2 tunggu dan lihat akan teori hukum alam ini.

    BalasPadam
  2. Salam:

    Sudah macam satu trend dalam PAS bila president dan pemimpin2 sekapal dgnnya "MEMPERKATAKAN SESUATU walaupun bersifat FITNAH" eco walaun-walaun akan cepat menyatakan pada mereka2 yg mempertahankan diri sebagai "PEMBAWA FITNAH " pula.

    Kutukan kepada DAP bertali ARUS,dari bapa kepada Anak,dari president kepada wala-walaun yg kemetot pemikiranya.
    Apa yg kita perhatikan sekarang ini ada 2 symptom issue yg akan mereka highlightkan atau jajakan...Pada DAP...Issue islam/israel/melayu dan untuk Amanah dicari ruang-ruang kesilapan yg amat "minima" utk dijajakan.

    Tenang issue-issue BERAT, negara,ekonomi,penyelewengan pemimpin-peminpin umno ,kerendahan moral pemimpin umno dgn puteri umno,kenaikkan harga barang,gaji2 pekerja yg tak naik-naik............banyak lagi.Sedikitpun tak terdetik dihati Hadi,Zuhdi,Takkiyudin.. untuk memperkatakannya,malah nak menasihatkannya lagi jauh.Sanggup kata mereka, nak memaafkan dos-dosa dulu,,,,mungkin dosa2 yg sedang berlaku...dosa yg akan datang.

    Mana HUDUD..HUDUD..HUDUD..sekarang kita di Ambang akhir 2015......fajar Hudud tak nampak lagi......Hadi,anak Hadi Mana hudud??..Nik amar dulu kamu janji nak letak jawatan pasal hudud.........Mana hudud??....nahi..kabhi..nahi..elek purchek..
    Terkadangkala EMO sikit, tapi nak buat macamana Ulamak2 yg mengelarkan dirinya ulamak, "MENIPU" Kita,ahli-ahli bawahan PAS ,DITIPU Hidup-hidup.

    dIPOHON KEMAAFAN PADA AHLI-AHLI pas YG TERSINGGUNG.Saya comment Hadi kerana dia naib ulama dunia,sebagai penguni dunia beragama islam,saya berhak bertanya dia Hadi "MANA" Hudud???kalau tak boleh buat cakap tak boleh buat.jangan KONA kiri/kona kanan, tipu-tipu.Nabi s.a.w tak mengajar umatnya "MENIPU"

    wassalam.

    BalasPadam
  3. Zuhdi zuhdi....gelaran masa kecik org panggil GENDUT....suka menyamar mlm2 masa kat kampung...hshaha....dah besaq piang...jadi lagu ni pulak...tp xpa...org dah kenai dah sapa dia ni dlm pas....pi mampuih ke dia lah...keje lecturer kat um yg sentiasa selamat jeeeeee....xda sapa nak kacau daun pun...org dok sibuk dgn harga kos hidup yg makin naik...gaji sama gak...dia dok sibuk nak cr salah org lain...kan dah kantoi....nak kena duku kapla jingga dia tu nnt...

    BalasPadam
  4. Karam PAS kerana kapalnya dibocorkan oleh pemimpinnya sendiri.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Karam PAS kerana puak2 ni le. Dah kena mind kontrol terus meratip, dap dap dap. Jenis apa punya maknusia ni...

      Yang sebenarnya kalau dap dan pakatan pegang kuasa, puak2 ini akan lari tak cukup tanah. Sampai lubang cacing rakyat cari. Bukan apa. Saja nak tanya, apa kabor..

      Padam
  5. Masih ramai pemimpin yg dlm PAS yg masih ok...kebanyakannya yg golongan profesional dan PAS selangor mcm dr rani, dr halimah dll...cuma problem pada puak2 tertentu pimpinan pusat yg geng2 ostad ni...membawa kpd perbezaan halatuju pas tu sendiri...kesian...pas yg sekarang bukan yg dulu...apakah pemikiran golongan2 ini...kalau sebab pemikiran berbeza , oklah...jgn disbbkn ada habuan lain...tu mencacatkan perjuangan islam tu sendiri...

    BalasPadam
  6. Sejahtera hendaknya.
    2015 hampir melabuhkan tirainya.
    Siapa sangka tahun ini adalah tahun neraka bagi pas.
    Tahun jahanam bagi Hadi.

    Sebelum melangkah ke tahun baru ,terpikirkah dek Hadi
    Kenapa ini yg terjadi???

    Bagi kami yg di luar gelanggang hanya mengharapkan tahun esok lebih
    baik dari tahun ini.
    Tak kira apa fahaman politik ,bangsa dan ugama ini kehendak manusia.

    Namun begitu ,perkara yang sebaliknya berlaku kpd rakyat Malaysia.
    Kos sara hidup yg semakin tinggi dgn di bebani cukai itu dan ini.
    Bermakna tahun ini lebih teruk dari tahun lepas.

    Cuba kita fikir sejenak..siapakah yg lebih layak untuk jadi pemimpin
    diantara...Mahadir , Pak Lah , Najib , Anuar dan Hadi.

    Kalau semua rakyat Malaysia boleh berfikir secara rasional pasti akan
    ada jawapannya.

    Bagi pemimpin parti pasti mereka mengatakan dia adalah yg terbaik.

    Untuk rakyat kebanyakan pasti akan merasakan kita telah melakukan
    kesilapan yg besar untuk anak cucu kita.

    Untuk masa yg akan datang diharap kita tidak melakukan kesilapan lagi.

    Kita sama sama doakan agar orang yg teraniaya di rahmati Ilahi walau
    dimana dia berada.

    Aminn.


    BalasPadam
  7. Ulamak ape jadi kaki penipu?layak ke digelar ulamak?Zuhdi ni tak pernah glamer pun sblm ni dalam PAS...Stlh PAS halau keluar geng yang progresif naikkan nama PAS baru keluar Zuhdi kononnya penyelamat PAS yang IQ nya setanding Ahmad maslan parti keris telanjang..kalo PAS nak jadi cam dulu semasa zaman TGNA kena tendang keluar hadi pil kuda dan walaon2 chai pilih ajk cara demokrasi baru PAS boleh diterima semula Ahli2 yg lari dan pengundi atas pagar.Geng2 UG terus masuk UMNGOK baru rakyat tak terpedaya oleh besarnya lilitan serban atas kepala.Panasnya hati aku bila fikir perangai hadi dan walaon2 chai rasa menyesal buat pondok panas PRU lepas sanggup masuk hutan tebang buluh pukul 1 am bila dah menang khianat dan maki ahli yang pernah berjasa.Tuhan je yang balas perbuatan korang..jangan lagi tipu rakyat dengan dalil2 penipu korang .

    BalasPadam
  8. iskandar..ust deris dan tuan brahim tuan man kompom tak dak dah dlm pas dlm pemiliham sekali lagi...hahahaa...geng walaun mesti kasi bom ampai habis...hahaaa...mesti gerakan dalam dah mula di atur nie...kena la pulak yg pi mengundi nanti jenih bebal tak tentu pasal..emosi mengalahkan otak...jenis dok melewaq kot kampong dok cari salah orang...jenis p mengaji kuliah ust fawaz baru 2 3 tahun dah ambik pot langsi semua orang tak islamik mcm depa...dulu maza dok habag dah dlm kuliah dia tapi kita x ambik pot kisah puak nie..la ni haaaaa..seketoi!!

    BalasPadam
  9. Mana hududnya...? Bukankah AJK cai hebat lagi ulamak. Anda ahli JKPP...fokuskan isu hudud supaya rakyat melihat perjuangan Pas itu benar kerana hudud. Bukan cari makan dengan menipu ahli-ahli yang walaq...kesian nasib mereka di kampung.

    BalasPadam
  10. Ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah usaha nak mengalihkan perhatian rakyat dari kegagalan Hj Hadi dan dan geng2nya yang sudah beberapa kali dikencing oleh UMNO dan Najib khasnya. Fitnah keatas Amanah dan DAP juga bertujuan untuk menutup cerita tentang kebodohan pemimpin2 PAS serta kerja2 bohong mereka kepada ahli2 yang kononnya akan "berperang" dengan UMNO sekiranya Hudud Hj Hadi tak dapat dibentang yang mana sekarang ni, PAS bukan sahaja tak memerangi UMNO malah nak berpeluk2 dan "menasihati" UMNO, macamlah mereka2 itu orang2 yang pandai dalam hal ehwal pentadbiran dan terkenal sebagai makhluk2 yang "suci dan amanah" kepimpinan mereka!

    Dalam menjaga negeri Kelantan pun banyak isu2 besar dan kerosakan yang mereka lakukan, besar kemungkinan jika puak2 ni diberi peluang memegang tampuk pemerintahan negara, mahu lingkup satu Mesia ni! Hentikan je lah kerja2 jahat dan fitnah tu wahai HJ Hadi and geng, rakyat sudah nampak wajah kamu yang sebenar iaitu saling tak tumpah macam muka2 penyamun2 yang duduk dalam kepimpinan UMNO. Kembar lain ibu dan lain bapak tapi perangai memang sama dan serupa! Dalam UMNO pun ada penyamun2 dan tikus2 yang pakai PhD maka tak mustahil dalam PAS pun ada gak spesis2 tu!

    Nick.
    Cape Tiger.

    BalasPadam
  11. Bila ada title Dr masyarakat ingat cerdik rupanya tk cerdik pun.

    BalasPadam
  12. Mustafa juga berkata, presiden parti itu turut bersetuju dengannya bahawa Zuhdi 'cirit birit mulut dan tulisan'.

    "Ini kerana, Zuhdi bukan sahaja cirit birit mulut, tetapi tangan pun, kerana ada tulisan dan cakapnya yang berikan persepsi negatif kepada PAS," kata Mustafa dipetik sebuah portal.

    sila rujuk sumber;
    http://www.antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WmapJlbQ==

    BalasPadam
  13. Anom 8.01, mmg betul masih ramai dlm PAS berfikiran terbuka tapi yg aku tak faham kenapa yg berfikiran terbuka ni masih bersama PAS. Dah tahu PAS skrg tak boleh nak dibetulkan selagi geng2 tu berkuasa. Aku menyeru kepada mereka ini berhijrahlah ke mana2 parti dlm PH demi kebaikan rakyat. Kiranya parti baru pun selepas dpt kuasa masih tak berubah tukar lagi, insyaallah disatu masa akan ada satu parti yg betul2 berjuang utk rakyat. Kita dah tahu yg ada skrg mmg 99% tidak ada ciri2 utk kebaikan/kesenangan rakyat.

    BalasPadam
  14. Memang ramai dalam fikiran terbuka tetapi tak ada iman.

    Macam solat ada untuk orang uzur dan ada untuk musafir.

    Mereka menguna berbagai alasan ..

    BalasPadam


  15. Apa lah Zuhdi, buat malu je.

    Belum suruh tarik dan minta maaf, dah kecut.

    Lain kali guna kepala otak bukan kepala lutut.

    Sama lah macam anak Tuan Presiden, tunggu dua minggu. Leong Sik suruh Najib saman dalam 3 hari je.

    Tak sangka PAS jadi se hodoh begini dengan tingkah laku pemimpin nya yang ada..

    BalasPadam
  16. Hai bekas pemimpin2 PAS..kalo ade hati nurani keluarlah dari PAS..perjuang kan lah jalan yg diredhai dan bukan jalan yg sesat. Mcm kata bekas MB Terengganu.Mereka nie ya-hud-i munafik agama yg terlaknat.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.