29 Dis 2015

2 Kerja: Cadangan Menteri Berakal Kometot Dikecam Hebat

Idea 'Dua Kerja' Ahmad Maslan Keterlaluan - Rakyat Malaysia

PETALING JAYA: Cadangan seorang timbalan menteri supaya rakyat Malaysia melakukan dua kerja bagi mengatasi kos sara hidup semakin meningkat menimbulkan kemarahan banyak pihak, sehingga mendapat pelbagai reaksi termasuk dijadikan bahan jenaka.

Ahli Parlimen Umno dan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad merupakan salah seorang yang mengkritik idea Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan.


Shahrir yang dipetik dalam sebuah portal berita sebagai berkata bahawa langkah itu akan memberi kesan kepada kebajikan keluarga.

Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin berkata, menteri sepatutnya mencari penyelesaian untuk membantu rakyat dan bukannya mencadangkan sesuatu yang menambah beban mereka.

"Seorang menteri seharusnya menjadi seorang yang waras, bijak dan cekap dalam menyelesaikan masalah rakyat dan negara," katanya di Facebook.

"Jika akal yang bijak dan kecekapan tidak diperlukan untuk menjadi seornag menteri, maka apa istimewa sangat dengan jawatan yang mana mereka menerima gaji dan pelbagai keistimewaan?" katanya tanpa merujuk kepada sesiapa.

Ahmad pertama kali dipetik oleh Astro Awani pada Sabtu lalu sebagai berkata: "Saya fikir tidak salah (mempunyai dua kerja) walaupun kita ada peraturan-peraturan, tetapi ia masih menjadi satu cara untuk menangani kos sara hidup meningkat.

"Rakyat Malaysia seharusnya memulakan perniagaan secara dalam talian (online) untuk mendapatkan pendapatan tambahan," katanya pada satu majlis bersama usahawan-usahawan Johor.

Pelawak, Harith Iskander menjadikan perkara itu sebagai bahan jenaka. "Saya seorang pelawak, pengacara, penulis, jurulatih, pelakon. Saya tidak membuat lima kerja. Saya membuat lima perkara berbeza. Satu kerja mengambil masa sehingga satu hari," katanya di Twitter.

Pemandu bas sekolah, Premala turut membidas cadangan tersebut.

"Saya memandu membawa kanak-kanak ke sekolah setiap pagi, membawa mereka pulang ke rumah dan melakukan perkara sama pada sesi sekolah petang selain menjaga anak-anak saya. Ia cukup banyak dan saya kepenatan setiap hari," katanya.

"Walaupun ada yang menawarkan saya kerja kedua untuk menghantar pelajar-pelajar ke sebuah sekolah antarabangsa, saya katakan tidak. Saya akan tergesa-gesa ke sana ke sini dan meletakkan nyawa kanak-kanak dalam bahaya."

Setiausaha Agung MTUC, N. Gopal Krishnam turut berkata, idea mempunyai dua pekerjaan itu tidak konstruktif kerana ia akan menjejaskan kehidupan peribadi dan keluarga.

"Kajian menunjukkan bahawa mempunyai dua pekerjaan akan membawa kesan negatif kepada kesihatan dan produktiviti," katanya sambil menambah ia akan mengakibatkan masalah sosial jangka panjang.

"Kerajaan seharusnya memikirkan semula pendekatannya untuk memastikan pekerja mempunyai pendapatan yang cukup untuk menyara mereka dan keluarga," katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad kemudiannya memberi penjelasan di Twitter dengan mengatakan bahawa tajuk berita Astro Awani mengenai "Kerajaan menggalakkan melakukan dua kerja" adalah tidak tepat.

"Saya katakan kementerian menggalakkan perniagaan dalam talian yang bermaksud untuk meningkatkan pendapatan. Ia merupakan trend perniagaan terbaharu.

"Saya ada tiga kerja: ahli parlimen, timbalan menteri dan ketua penerangan Umno. Ramai dah di Malaysia buat dua kerja. Berusaha gigih cari kerja yang halal," katanya. -mstar

Asri: Jika akal tak bijak, apa perlu jadi pak menteri

Saranan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan agar rakyat melakukan dua kerja bagi menampung kos sara hidup terus dikritik pelbagai pihak.

Tidak terkeculi, kenyataan tersebut turut mendapat kritikan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam status di laman Facebooknya hari ini.

Meskipun tidak menyebut nama menteri berkenaan secara langsung, Asri dipercayai merujuk kenyataan Ahmad semalam yang meminta supaya rakyat Malaysia melakukan dua pekerjaan sehari.

Menurut Asri seseorang menteri seharusnya bijak dan waras bagi melayakkannya diberikan pelbagai kelebihan termasuk gaji dan keistimewaan lain.

Selain itu katanya, seseorang menteri juga sepatutnya mencari penyelesaian untuk meringankan beban rakyat dan bukan menambahkan lagi beban mereka.

“Menteri itu sepatutnya mencari penyelesaian untuk rakyat, bukan membuat cadangan yang membebankan lagi rakyat.

“Menteri itu hendaklah seorang yang sangat waras, bijak lagi tangkas menyelesaikan permasalahan rakyat dan negara.

“Jika akal yang bijak dan tangkas tidak diperlukan untuk menjadi seorang 'pak menteri', maka apakah kelebihan jawatan itu sehingga diberikan gaji dan pelbagai peruntukan yang istimewa untuknya?," soal Asri dengan sinis di laman Facebook.

Sebuah portal semalam melaporkan saranan Ahmad supaya rakyat melakukan dua kerja bagi menampung kos hidup di negara ini.

Meskipun dikritik keras kerana cadangan tersebut, Ahmad Maslan sekali lagi tampil mempertahankan kenyataan itu dan mengatakan beliau sendiri melakukan tiga pekerjaan dalam kerajaan dan partinya Umno.

“Saya ada 3 kerja: anggota parlimen, timbalan menteri, ketua penerangan Umno. Ramai dah di Malaysia yang buat #2Kerja," katanya.

“Berusaha gigih cari rezeki yang halal,” kata Ahmad Maslan.
-mk


18 ulasan:

  1. Dato Ahmad Maslan ni tak bodoh.

    Yg bodoh org yg lantik dia jadi menteri.

    Lepas ni Bangla jual notebook kat Bukit Bintang tu bolehlah hantar resume kat Najib.

    BalasPadam
  2. Mad..kau tolong jangan bukak mulut boleh tak..bau longkangg lah..

    BalasPadam
  3. Amat malang Malaysia mempunyai seorang menteri yang CPGAnya 3.85 tapi bercakap macam lulusan SRP sahaja. Entahlah. Patutlah taraf pendidikan lebih rendah kalau dibanding dengan Thailand serta Indonesia.
    Siapa yang memberi ijazah sarjana kat menteri ni? Universiti mana? ...
    Teringat aku akan seorang pemimpin UMNO yang cuba kelentong dengan letak Dr di depannya semasa pilihan raya ... he he he ... la ni pun dia masih menjadi MP lagi. Yang bodoh ialah rakyat yang memilih dia terutama pengudi di kawasan dia tu. Pengundi di kawasan menteri ni BODOH jugakah???? Hahahahah ....

    BalasPadam
  4. Menteri2 najib ni dah memang bodoh azali..yang aku tak paham ni..kenapa lah rakyat masih pilih mereka2 ni..maknanya rakyat lagi bodoh..

    BalasPadam
  5. Symptom2 maslan ni dah berjangkit pada pas.lihatlah kenyataan drp zuhdi,abduh, taki dan ramai walaon pas dah sama mcm matmaslan ni..elok sgtla pas bgabung dgn umno. Sama2 matmaslan

    BalasPadam
  6. Hei pak menteri anda jangan samakan diri anda sama seperti rakyat biasa. Anda dilantik atas pilihan rakyat jangan sembarangan cakap tanpa usul periksa. Baru dilantik sudah sombong begitu.apalagi kalau ditambah sepenggal lagi rakyat akan hancur akibat menteri yang tonggong begini.

    BalasPadam

  7. Ahmad Maslan mengesahkan rakyat benar-benar tertekan dengan segala cukai dan kenaikan harga barang. Pakaian sekolah telah naik 30%. Sekali keluar duit lebih untuk bulan ini, bermakna sengsara lah satu keluarga untuk 3 bulan akan datang. Itu pun jika tidak ada apa-apa keperluan lain yang perlu keluarkan duit.

    Rakyat bukan berbelanja lebih tetapi terpaksa kena keluar duit lebih. Ini semua ini kerana mata wang kita teruk !

    BalasPadam


  8. Hj Hadi yang tidak bertanggung jawab sebagai wakil rakyat di parlimen dan beberapa pengikutnya yang hanya duduk di kerusi Parlimen dan tersipu-sipu apabila pembangkang berdiri memegang 'Mana RM 2.6 Billion'.

    Mereka, pemimpin PAS, , perlu di persalahkan kerana menyokong Bajet Najib. Kalau Ahmad Maslan tidak cerdik sekurang-kurang nya Ahmad Maslan ada memberi idea.

    Pemimpin PAS dan Hj Hadi lagi teruk dari Ahmad Maslan sebab langsung tidak memikirkan kekeluhan dan rungutan rakyat terutama orang Melayu Islam.

    Dalam kesukaran begini pun, mereka (Pemuda PAS) membuat kenyataan 'Amanah hanya tunduk dan mengikut kata DAP' dan menuduh tanpa selidik mengenai gambar Dr Mariah.

    Macam lah tindakan mereka boleh membantu rakyat menghadapi kehidupan seharian.

    Sepatutnya dengan bersama UMNO, mereka ketengahkan pandangan berupa nasihat kepada pemimpin UMNO supaya potong gaji ke, elaun ke, kurangkan lawatan luar negara ke.. ini tidak macamana UMNO dulu macam itu lah UMNO selepas bersama PAS ! Yang berubah PAS.

    BalasPadam
  9. Saja nak tanya..kat Malaysia ni sapa lebih berkuasa..PM ke Agong..rakyat dah sengsara..dia buat dek ajer..

    BalasPadam
  10. Arghh..tension akuuuu dgr idea2 maslan ni...dh la susah hidup skrg ni.dgr pulak menteri bangamg cmni...aku sumpah kau hidup susah 7keturunan spy ko merasa apa yg aku rasa...

    BalasPadam
  11. Kalau nak sebut pemimpin pas bodoh memang ramai sebab itu beria benar nak bergabung dgn umno yg ramai bodoh macam mat maslan Dan se angkatan dgnnya. Adakah mereka nak membantu rakyat

    BalasPadam
  12. Kalau nak sebut pemimpin pas bodoh memang ramai sebab itu beria benar nak bergabung dgn umno yg ramai bodoh macam mat maslan Dan se angkatan dgnnya. Adakah mereka nak membantu rakyat

    BalasPadam
  13. SEJAHTERA SEMUA..
    SAYA SETUJU DGN 6;21.

    APA KITA NAK PELIK DGN NAGIB AND THE GENG..
    MEREKA SEMUANYA BIJAK BERPOLITIK.

    BIJAK DALAM MENJAGA PERIUK NASI MASING MASING.

    KALAU KITA TAK FIKIR JAUH KITA AKAN KATA MEREKA BUAT KENYATAAN BODOH.
    TAPI SEBENARNYA TIDAK.

    MEREKA BUAT BEGITU SEMATA MATA NAK ALIH PANDANGAN ORANG RAMAI DARI
    MENGUTUK PM TERCINTANYA....ITU SAJA.

    TAPI YG PALING BODOH DAN TIDAK BOLEH PERCAYAI ..HADI.

    BUKAN SEKARANG DIA NI BODOH TAPI LAMA DAH..

    DIA LANTIK ANUAR JADI KETUA TAPI BILA ANUAR DI AMBANG PINTU PENJARA..

    ANDA SEMUA PUN TAHU APA HAJI INI BUAT...

    SAMPAI BILA BILA PUN SAYA TAK AKAN SOKONG INI HAJI.

    KALAU ANDA BERANI TOLONG KASI SBB YG BOLEH TERIMA AKAL

    KENAPA KITA PERLU SOKONG HADI????????????????????...

    BalasPadam
  14. sebnarnya apa yg d mksudkn amat maslan ni sebnarnya memng bnyak dah orang lakukan sejak dri dahulu lagi..sebab itu ada pepatah
    melayu menyebut berjagung2 dahulu semntara mnggu padi masak, mksudnya mncari pelbagai sumber untk mndptkan kelebihan, pnjawat awam trutamanya ada melakukan krja2 sampingan untk mndpat kelbihan, skarang ni ramai sda yg brniaga secara on9, tada masalah pn amatmaslan brkata sedmikian, ambk jak cara positif agar hati kita sndiri pn senang, tak payahla nk mngeluh hidup ni susah dn hidup mnderita...sbnarnya khidupan kita semuanya adalah ujian allah..

    BalasPadam
  15. Dia x buka mulut pun kira dah cukup baik

    BalasPadam
  16. INILAH MENTERI PALING BODOH SEKALI DI DUNIA. LU ADA CHECKAH TIDAK BERAPA RAMAI SDG MENGANGUR TANPA PEKERJAAN? KALAU DI NEGARA LUAR CONTOH USA, ENGLAND DAN JEPUN, DENGAR SHJ KADAR PENGANGURAN NAIK EVAN 0.0001% , MENTERI KEWANGAN DIAORG TERUS BUAT MESYUARAT TERGAMPAR SELESAI MASALAH NI ASAP, SBB PENGANGURAN IS UMPAMA PENYAKIT KANSER DARI SEGI EKONOMI. INI M,SIA DAH NAK MASUK KANSER TAHAP KETIGA DAH, NO ACTION BEEN TAKEN UTK SOLVED MASALAH PENGANGURAN DI M,SIA LEPAS TU SIGN TPPA LAGI. HOW TO COMPETE DGN NEGARA LUAR KALAU KES KECIL NI PUN U TAK DPT NAK SOLVED.? IF U DPT SOLVED PUN, U SAID U HAVE 3 JOBS BUT REALITI SEMUA ITU UNDER 1 JOBS DESRIPTION IAITU WAKIL RAKYAT. LU NI TAHU BEZAKAH TIDWK WAT IS JOBS DESRIPTION AND WAT IS JOB.? U THINK WE ARE IDIOT? LU MR. MASLAN JGN CUBA-CUBA NAK TEST KESABARAN RAKYAT M,SIA SILAP HARI NANTI RAKYAT AKN BERDEMO SAMPAI CEROBOH PEJABAT PERDANA MENTERI. WALLAHUALAM.

    BalasPadam
  17. Pendapat saya, kata- kata Ahmad Maslan ada benarnya. Bukan untuk menyebelahinya tetapi jika kita berfikir isi yang ingin disampaikannya kita akan lihat kebenarannya. Beliau menyarankan kita semua supaya melakukan pekerjaan sambilan untuk menampung kehidupan seharian kita kian meningkat kosnya. mudah saja kita bercakap dan mengaarah supaya kerajaan mengahapuskan cukai, tukar kepimpinan dan sebagainya. Tapi kita sendiri saja lemah dalam mengadaptasikan diri dengan perubahan ekonomi semasa. Kerajaan perlu memikirkan semua lapisan dan golongan masyarakat dan sudah tentu cara yang diambil ada yang sesuai dan ada pihak yang perlu menyesuaikan diri. Tetapi sekiranya jelas menunjukkan ada ketirisan atau salahguna kuasa yang dilakukan oleh pihak kerajaan, itu yang harus ditentang dengan hujah dan bukti bukannya dengan kata kata kesat seolah- olah akalnya hanya dijari.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.