10 Nov 2015

Apabila PAS Mahu Menjadi Tuan Penasihat Kepada Musuh....

PAS jadi penasihat musuh, soal Mujahid

Parti Amanah Negara (AMANAH) membidas PAS yang didakwa cuba mengelirukan ahli akar umbi parti dengan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia menjadi penasihat kepada kerajaan negeri Terengganu.

"Bagaimana boleh anda jadi penasihat kepada musuh?" soal Naib Presiden AMANAH Datuk Mujahid Yusof Rawa.



Katanya, ahli parti sentiasa diberitahu bahawa PAS sebagai sebuah parti politik perlu memenangi kerusi bagi merebut Putrajaya.

"Ini adalah sesuatu yang sangat asas.

"Ahli-ahli PAS sentiasa diberitahu bahawa parti perlu melaksanakan pembaharuan yang lebih efektif di negara ini dan bukannya menjadi penasihat kepada BN atau Umno," kata Mujahid kepada Malaysiakini.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman pada 6 November lalu yang berkata beliau sedang mempertimbangkan untuk melantik Hadi sebagai penasihat kerajaan negeri BN.

Hadi berkata PAS bersedia untuk bekerjasama dengan Umno dalam isu-isu pentadbiran dan sedia menasihatkan Umno serta tidak menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ahmad Razif berkata, PAS telah menunjukkan kesediaan untuk membuka pintunya untuk mula bekerjasama dengan BN dan Umno.

Mujahid berkata pendirian terbaru ini membuktikan bahawa PAS sangat keliru dengan perjuangannya, tetapi ini diburukkan lagi dengan pihak yang cuba mengelirukan akar umbi pula.

Soalnya, mengapa PAS mahu menjadi sebuah parti politik tetapi kini mahu memainkan peranan sebagai penasihat kepada BN dan Umno.

"Anda (PAS) juga boleh menjadi sebuah NGO (badan bukan kerajaan) yang hanya memberikan nasihat; jadi tiada keperluan bercakap mengenai kerusi atau memenangi pilihan raya," kata Mujahid.

"Jangan perbodohkan ahli dengan berkata PAS adalah sebuah parti politik tetapi pada keesokan harinya, berkata yang penting bukan kerusi tetapi PAS boleh berperanan sebagai penasihat," katanya lagi

ULASAN GB

Diakui atau tidak, PAS kini dalam dilemma. Ini ekoran sikap presiden PAS yang semenjak akhir-akir ini membuat kenyataan-kenyataan yang memperlihatkan beliau suka jika PAS bekerjasama dengan UMNO sekalipun beberapa pimpinan PAS yang lainnya tidak bersetuju malah ada yang menentangnya terang-terangan.

PAS mahu menjadi "Tuan Penasihat" kerajaan UMNO BN.

Sedangkan Rasulullah saw pernah ditawar dengan pelbagai tawaran oleh Quraisy Mekah, ditawarkan habuan berbentuk jawatan-jawatan tertinggi, namun Rasulullah menolak mentah segala tawaran itu. Berbeza dengan Presiden PAS, tak ditawarkan jawatan apa-apa, tetapi tak semena-mena menyatakan mahu menjadi Penasihat kerajaan UMNO BN.

Semakin hari PAS semakin jauh dari kebenaran. Diperburukkan pula oleh sikap "taksub" pengikut-pengikutnya menjadi PAS semakin tidak relevan di dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan dan menghapuskan kemunkaran dan kezaliman.

Kerana sikap beliau itulah maka Parti Amanah Negara ditubuhkan sebagai sebuah parti Islam alternatif di negara ini. PAS, sekalipun namanya "parti Islam" namun dari segi akliah, akhlak dan tindakan sudah jauh dari Islam.

17 ulasan:

  1. Lebih baik jadi penasihat kpd pentadbiran negeri negeri Kelantan tu dulu..tolong selesaikn isu guru2 YIK, isu balak,isu mangsa banjir yg dah hampir2 setahun x berumah dan bla bla bla..ni esok jd penasihat kerajaan Malaysia buat menghabiskn beras je..kena bayar gaji, guna duit rakyat tapi peranan habok pun tarak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu.. dok sibuk nk nasihat musuh parti sendiri yg tk sihat dibiarkn sakit terus

      pegi nasihatkn pencuri balak suruh taubat dn tadbir dgn jujur

      Padam
  2. aku setuju 100% hadi jadi penasihat BN agar BN cepat lingkup.Tenguklah sekarang atas nasihat hadi Pas semakin celaru .ahli bawahan seta ulamk2 yng mengajar di masjid pun tak tahu nak cakap apa .nak komplen Hadi ulamk dunia ,kalau tak komlain rosak Pas .haru,haru,hara.hara,hari ,hari.

    BalasPadam
  3. Buat apalah nak jadi penasihat kepada parti Umno yang jahatnya memang tidak boleh diperbaiki tu...
    Tak payahlah buang masa, In Shaa Allah rakyat Malaysia hanya menunggu PRU 14 untuk menghukum Umno.

    Eloklah, jadi penasihat kepada golongan artis dan program hiburan yang melampau2 masakini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Majlis raja2 pun dia tak hirau..kau tu sapa hadi..

      Padam
  4. Pas mempunyai banyak pakar.....dan yang paling pakar adalah Din cap Ayam. Sekaran presiden telah muncul dgn gaya Hj. PAUL HADI STADLEN OF APCO! Hebat tak pas.......!!!

    BalasPadam



  5. Ketidak-pastian PAS samada bergabung dengan UMNO atau tidak, meletakan UMNO mungkin kawan atau UMNO juga mungkin musuh !!

    PAS hanya boleh jadi penasihat kepada UMNO sekiranya PAS mengaku UMNO dan PAS sudah berkawan. Mustahil PAS menjadi penasihat sekiranya UMNO dan PAS bermusuh.

    Apabila Rasulullah saw ditawar dengan pelbagai tawaran oleh Quraisy Mekah, Rasulullah menolak mentah segala tawaran itu. Tugas Menteri adalah sebagai Penasihat kepada PM. Malah apa tugas sekalipun adalah memberi nasihat kepada PM melainkan SPRM dan PDRM yang sepatutnya berkecuali.
    Ia nya samalah dengan sogokan yang di terima oleh Hj Hadi dari MB Terengganu.

    Kalau tak silap Rasulullah saw pernah di minta memilih negeri mana supaya Baginda di angkat menjadi Raja, pun di tolak.

    Sedangkan Rasulullah saw boleh menerima jawatan tersebut dengan berbagai alasan seperti alasan PAS berbaik dengan UMNO dan menyokong bajet Najib. Dengan jawatan dan apa habuan sekalipun akan memudah Rasulullah saw berdakwah dan memperjuangkan Islam.

    Tetapi PAS sekarang ambil contoh Obama dan bukan dari Rasulullah saw.
    Hj Hadi ikut jika orang lain boleh buat, PAS pun boleh buat.

    Siapa lah Hj Hadi yang ingin menundukkan UMNO dengan cara begini ?

    BalasPadam
  6. Makin sehari makin teruk akan kecelaruan fikiran Haji Hadi. Seorang pun tidak berani membawa Haji Hadi berjumpa pakar sakit jiwa. Eloklah Hadi Hadi direhatkan kerana penyakit sawannya sudah mula menjangkiti beberapa orang lain yang mengaku ulamak dan ostad. Dahulu ada juga Almarhum Tuan Guru Ni Aziz menjadi orang tua untuk menasihat dan menegur. Sekarang?? Nak harapkan Aaron Dean? Tak payah!!

    BalasPadam
  7. Hadi sudah jadi seorang desprado. Tindakannya yang "one.man show" berpunca dari satu ibu mazmumah iaitu "ego". Ahli2 Pas.kalau masih sayangkan parti mereka hendaklah menyingkirkan presiden dan komrad2nya @ join parti lain.

    BalasPadam
  8. Nk harap haron ding? Dia lah yg calon n sokong hj hadi. Patut nye dia berkecuali. Haprak betui. Mad yakob pula tk pernah sepatah menegur n kritik umno bn. Ada dengar ke? Haron hadi mad yakob semua pro umno. Pelik bukan pas ni? Mad yakob dah 2x ngadap najib di putarjaya. Ada tok guru nik aziz ngadap najib di putarjaya? Takdak. Nik aziz ada maruah n wibawa. Mana paschai? Sila jawap. Haha

    BalasPadam
  9. alaaa bagi la dia nk jadi penasihat..apa yg dok kalot sangat...hadi nak rasa nanti mcmna merengkok dlm penjara mcm anuar kena...kah kah..tu gara gara nk nasihat dari dalam la tuu...kalu kena angin tak pa la...klu tak kena angin kes liwat la jawabnya...hahaha..masa depan mmg sukar d ramal..Tuhan saja yg tahu....apa pon respsect kat pak sheikh...tahan sampai la nie..Alhamdulillah

    BalasPadam



  10. Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
    Ambil lah NASEHAT...Dari AL-QURAN
    Hidup Jangan...Ter Jerat "UMPAN"
    Ter "CEKIK" Umpan...Merana lah BADAN


    Apb Sudah...Ter "CEKIK" Umpan
    Merana lah BADAN...Jadi TUNGGANGAN
    NASEHAT Syaitan...Menjadi SANTAPAN
    Menjadi PENASEHAT...Menambah Ke ZALIMAN


    "Wa-SYARIK-Hum-Fil-AMWAL"...Firman Yg"ESA
    HARTA Lah "Punca"-Nya...SYIRIK & Murtad
    NASEHAT AL-Quran..."TEMBUS" Dan Nyata
    NASEHAT Daripada-NYA...Jitu Dan TEPAT


    Apabila HARTA...Menjadi "REBUTAN"
    AMANAH Yg Suci...Tiada Ber HARGA
    AMANAH Ummat..."Haru-Biru" Di Per OLOK2 Kan
    AMANAH ALLAH...Di Hina Di DUSTA






    Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
    Cintai Lah AMANAH...Sepenuh Nya HATI
    AMANAH Itu...Ke Cintaan-Nya TUHAN
    Kelak Ke Cintaan-NYA Itu...Dapat Kau "RASAI"


    Bila Ke Cintaan-NYA...Telah Kau "RASAI"
    Nikmat Cinta-NYA...Tidak Ter PERI
    HARTA Dan Kuasa...Kan 'SIRNA' Di Hati
    Tinggal Lah AMANAH...Yg MEKAR Me Wangi

    Bila AMANAH...Mekar Me WANGI
    Langit Menjadi...Kaseh SEJATI
    BUMI pon Menjadi...Cinta ABADI
    Malaikat-NYA Ber Bondong...Setia Me LINDUNGI





    BalasPadam
  11. Bagi ambo senario kemelut pas ini menyerlahkan kebodohan hadi awang yg mendapat pembantu yg bodoh bpolitik. Atau dgn mudah kata hadi awang mdp penasihat dr golongan ustaz muda yg ada sifat haloba.

    BalasPadam


  12. UMNO Terengganu pun macam main-main je. Kalau betul buatkan lah satu pejabat yang cantik untuk Hj Hadi. Jangan lupa kereta... Tanya Hj Hadi dulu, dia nak pakai kereta apa ?

    Dulu ada juga suara bekas MB Terengganu Ahmad Said dan akan dedahkan bila tiba masanya..... hamPAS jugak !

    BalasPadam
  13. Ada udang harimau dalam Mee. Bodohnya UMNO Terengganu nak lantik orang memerintah negeri selama sepenggal je jadi Penasihat kepada sebuah parti yg memerintah sejak merdeka hingga kini.

    BalasPadam
  14. Meminjam kata-kata Mahathir, "saya lebih suka berkawan dengan syaitan yang dikenali dari malaikat yang tidak dikenali". Tidak mengapalah dengan slogan Mahathir ini kerana pemikirannya sekular yang tidak bertunjangkan ajaran agama. Agak ganjil dan aneh, Naib Presiden Ulama Sedunia, merangkap Presiden Pas sanggup menggunakan slogan Mahathir ini untuk mencapai matlamat politiknya. Terkini, Hadi Awang menawarkan diri untuk menjadi penasihat kerajaan BN.

    Umum sudah mengetahui bahawa musuh politik Pas yang paling tegar Umno / Barisan Nasional. Pimpinan Pas mendoktrinkan ahli-ahlinya perjuangan Pas adalah untuk mencegah kemungkaran BN mentadbir negara. Ahli-ahli akar umbi Pas mewalaqi kepimpinan untuk menjatuhkan BN, apatah lagi kononnya mereka adalah ulama bertaraf dunia. Apa yang berlaku sekarang presiden mereka telah membuat pusingan U untuk bersengkokol dengan BN. Apabila bersengkokol, pastinya BN akan menjadi kuat dan Pas akan merudum lemah. Kepada ahli-ahli Pas yang taat membuta tuli, gunakanlah otak untuk memikirkan kesan dari tindakan presiden bermukah dengan musuh politik. Ahli-ahli Pas, kalian ini bagaimana? Amanah membuka pintu seluas-luasnya menerima kehadiran kalian!

    BalasPadam
  15. Benar parti PAS serpihan parti UMNO.. itu berlaku kerana UMNO telah mungkar dan ini dpt dilihat sehingga sekarang dan diperakui semua pihak.

    Benar parti PAN serpihan parti PAS... itu pula berlaku kerana PAN telah mungkar kerana sanggup menolak hudud sekiranya DAP menolak hudud dan ini dpt dilihat sehingga sekarang dan diperakui semua pihak..

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.