3 Okt 2015

[VIDEO] Sahih: Parti Amanah Negara Telah Diluluskan

RoS lulus penubuhan Amanah semalam

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) meluluskan permohonan Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia untuk meminda undang-undangnya termasuk penukaran nama pertubuhan itu kepada Parti Amanah Negara (Amanah).

Ketua Pengarahnya Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata permohonan itu diluluskan semalam berdasarkan kepada keputusan Kongres Luar Biasa yang diadakan pertubuhan berkenaan pada 25 Ogos dan 8 September lepas.



"Kelulusan yang diberikan ini antara lain merangkumi pindaan nama pertubuhan tersebut daripada Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia kepada Amanah, pertukaran alamat daftarnya serta pindaan perlembagaannya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata melalui kongres luar biasa itu parti berkenaan melantik jawatankuasa baharu iaitu Mohamad Sabu sebagai pengerusi dan Salahudin Ayub sebagai timbalan pengerusi.

Ahli jawatankuasa lain ialah Mujahid Yusuf (naib pengerusi 1), Hasanuddin Mohd Yunus (naib pengerusi 2), Mohd Anuar Mohd Tahir (setiausaha agung), Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (penolong setiausaha), Asmuni Awi (bendahari agung) dan Suhaizan Kaiat (setiausaha organisasi).

Razin berkata parti itu turut melantik 13 ahli jawatankuasa lain dan 2 juruaudit.

Pada 31 Ogos lepas, Mohamad yang merupakan pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) mengumumkan pembentukan Amanah, yang merupakan penjenamaan semula Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia untuk digunakan sebagai nama rasmi wadah politik GHB.

Bagaimanapun, Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia tidak dibenarkan sama sekali untuk mengadakan sebarang aktiviti atau program atas nama Amanah selagi pertukaran nama belum diluluskan.

GHB merupakan platform bagi golongan profesional PAS yang dikatakan kecewa selepas ditolak anggota parti itu melalui muktamar tahunannya Jun lepas. – Bernama










11 ulasan:



  1. Terputus habis lah hubungan pemimpin Amanah dengan PAS dan Hj Hadi bererti hentikan lah sebarang tomahan dan bersaing lah secara sihat serta lawan lah musuh yang sebenarnya.

    Mustahil Amanah akan membunuh PAS semata-mata tujuan untuk membuktikan Amanah lebih baik dari PAS. Suatu hari nanti, akan menjadi satu kenyataan di mana Amanah lah yang akan selamatkan PAS.

    Mendedahkan keburukan masing-masing adalah tidak baik untuk kedua-dua pihak tetapi adakalanya isu seperti kerugian balak terpaksa di dedahkan secara terbuka kerana masing-masing sudah tidak bersama. Ianya bukan lagi isu parti yang boleh di bawa dalam mesyuarat kerana bagi Amanah ianya adalah isu rakyat.

    Jangan lah ada yang menuduh Amanah sengaja mencari sebab untuk memburukkan PAS !

    Kepada Allah kita kembalikan.

    BalasPadam
  2. Salam:


    ALHAMDULILLAH Step 1. Telahpun diLULUSkan.syabas tak terhingga pada urusetia yg mengerakkannya.Bukan senang bro!!musuh terlalu ramai yg menhendaki AMANAH tak diluluskan.

    Step 2. MEMOBILISASI merekruit ahli-ahli baru seramai mungkin.Di cadangkan ahli-ahli dapat mendaftarkan saorang minima 3 ahli baru,termasuk keluarga terdekat,ipar duai,kawan2 dan orang2 atas pagar.setakat hari perasmian hingga kini,kita ada 35k, jika saorang dapat bawa 3 orang minima, insyallah 100k dalam tangan dihujung tahun ini.diperingkat pusat dicadangkan ada group-group yg khas memobilisasikan kemasukkan ahli-ahli baru.Kalau boleh ada kominukasi antara ahli dan pusat tentang kemasukkan ahli baru.

    Step 3.....event-event..


    Step 4, saringan pertugas-pertugas pilihanraya AMANAH disemua DUN dan PARLIMEN.

    Step 5, joint-venture pertugas-pertugas, PAKATAN HARAPAN tentang strtegy2 PH


    sTEP 6, post-mortem


    step 7:Final...


    Semoga AMANAH dapat mengambil alih POLITIK NEGARA yg sihat untuk negara tercinta ini.

    go AMANAH go.

    wassalam.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah...ayuh parti Amanah buktikan bahawa kamu adalah sebuah parti yg amat didambakan oleh rakyat malaysia...saya akan terus menyokong parti Amanah selagi ia berada di landasan yg betul dan ikhlas membantu rakyat...

    BalasPadam
  4. Syabas, tahniah, congrats, mabruk, kong hei, bravo, viva Amanah!!! Mari jom masuk PAN ramai ramai untuk selamatkan masa depan Malaysia!!!

    BalasPadam
  5. Ayuh tinggalkan pas yang pemimpinnya asyik memfitnah rakan dan mencagarkan isteri...

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah moga jadi perjuangan suci,jujur & ikhlas demi Islam ! ABU !

    BalasPadam

  7. Syukur Alhamdulillah. Sebagaimana saranan Saudara Omar uaha memantapkan dan memperkukuhkan parti serta meningkatkan bilangan ahli dilakanakan.
    Di waktu yang sama kita kena memahami tabiat dan budaya khususnya orang melayu. Penyokong PAN sangat ramai di luar sana tetapi untuk mencari borang, isi, hantar dan bayar adalah satu bentuk kerumitan pada sebahagian besar rakyat Malaysia khususnya orang Melayu. Ada yang sibuk ada yang malas. ada yang tak cakna ada yang tak peduli.

    Saya cadangkan sebagai tambahan kepada cadangan saudara2 yang lain:

    1. mula naikan bendera amanah di merata tempat.

    2. Adakan konvoi berkereta dengan benera Amanah seluruh negara- ekspedisi Amanah.

    3. Lakukan pra pendaftaran secara Online. Petugas kemudian asingkan permohonan mengikut negeri dan daerah. kemudian lakukan followup untuk pengisian borang.

    4. Buka booth pendaftaran bergerak Amanah.

    Semoga Amanah tumbuh subur dan membesar sehingga mampu menjadi payung rakyat berteduh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukur banyak2 kita lafazkan kepada Allah Swt akhirnya PARTI AMANAH RAKYAT telah sempurna dizahirkan mengikut undang2. Kira dah sempurna rumah kita. Dapatlah kita duduk elok2 sambil berkerja bersama2 macam mana nak jadikan dunia ini mendapat rahmat dan hidayah Allah. Macam mana kita hendak tadbir urus dunia supaya Allah suka kita. Supaya kita balik jumpa Dia nanti tak kena marah. Rezeki Aku bagi, tapi pada orang lain jugak yang kau sembah. Rezeki aku bagi supaya kau bagi2 pulak kepada orang lain. Jangan pulak kau kebas licin. Esok kau mesti balik jumpa aku. Kalau aku terajang kau cukup2, kau jangan nyesal.

      Lebih kurang macam tu lah Pencipta kita dok leterkan dalam kitab al qur'an tu. Jadi kepada Amanah. Tolong amanah sungguh2 ye. Kecekapan pengurusan sangat penting pada zaman tenet ni. Dah lantik orang2 cerdik ke belum? Lantik segera untuk buat kerja. Jangan kita kalah dengan cina Dap. Mereka ni cekap pasal urus tadbir ni. Ini zaman laju. Kerja dan keputusan mesti laju. Biar kawan2 bukan islam tabik hormat pada kita. Pukul 5 subuh banjir. Pukul 5.30 dah ada khemah dan nasi. Pukul 7 esok semuanya dah dapat duit. Dia nak duduk menumpang atau menyewa dah selesa dah. 5 bulan kemudian rumah baru dah siap. Ini cara kerja yang kita nak buat. Wajib ada sikap hendak memberi dari nak mengambil. Kalau umno bn pulak, sikap mereka terbalik. Sebab itu ramai rakyat teraniaya.

      Padam
    2. Maaf banyak2 tuan gb. Saya tersilap tulis PARTI AMANAH RAKYAT di atas tadi. Ayat yang betul adalah PARTI AMANAH NEGARA (PAN).

      Padam



  8. AMANAH-Langit..."Mem-BERI" kan HUJAN
    AMANAH-Matahari..."Mem-BERI" kan CAHAYA
    AMANAH-Tumbuhan..."Mem-BERI" kan OKSIGEN
    AMANAH-"Mem-BERI"..."SYSTEM"-SEMESTA


    "SYSTEM"-SEMESTA..."SYSTEM" Yg'ESA
    "SYSTEM"-Ar-RAHMAN...Maha7'PEMBERI
    Mem BERI Mem BERI...Mem BERI Per CUMA
    Alangkah INDAH nya..."SYSTEM" ILAHI


    "SYSTEM"-ILAHI...Di Langit & BUMI
    TASBIH Memuji...Saling Mem BERI
    Yg Angkuh SOMBONG...Songlap Men CURI
    Ponteng FITNAH...Onar yg KEJI


    CAHAYA Mentari...Di BERI Per CUMA
    OKSIGEN Di Udara...Di BERI Per CUMA
    HUJAN yg Turun...AIR per CUMA
    "SYSTEM"-Ar-RAHMAN...Mem BERI Per CUMA




    Wahai Sahabat...Sahabat yg AMANAH
    AMANAH lah Seperti...LANGIT dan BUMI
    LANGIT dan Bumi...Menyerah PASRAH
    TAHMID Memuji...Saling Mem BERI


    AMANAH Itu...AMANAH Mem BERI
    AMANAH-ALLAH...Di BERI Per CUMA
    Itu lah ""LAMBANG""...Warisan NABI
    Mem BERI Per CUMA...Alangkah Indah NYA


    Wahai Sahabat...Sahabat yg AMANAH
    Musuh AMANAH...Adalah FITNAH
    Musuh AMANAH...Adalah RASUAH
    Songlap dan FITNAH...Di Laknat ALLAH


    Wahai Sahabat...Sahabat yg AMANAH
    Fitnah-RASUAH..."Ibu" MASAALAH
    Fitnah-RASUAH...VIRUS Mem BARAH
    Di Laknat ALLAH...Muflis dan MUSNAH


    Wahai Sahabat...Sahabat AMANAH
    AMANAH-ILAHI...Kaseh Mem BERI
    AMANAH-ALLAH...Menyerah PASRAH
    Totally-ABSOLUTE...To d Highest INTEGRITY


    Wahai Sahabat...Sahabat AMANAH
    AMANAH Itu...Mem BERI Ter PUJI
    Menjadi Ke KASEH...Segala yg PASRAH
    Di Sanjung MALAIKAT...Di LANGIT dan BUMI


    Sahabat AMANAH...Sahabat Ter PUJI
    Di Sanjung MALAIKAT...LANGIT dan BUMI
    Ter "UNGGUL" Di BUMI...Di Langit yg TINGGI
    Itu lah "HAKIKAT"...ISLAM yg SEJATI



    BalasPadam
  9. Gumbira gumbira.
    Proses pembersihan akan berjalan.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.