9 Okt 2015

[VIDEO & GAMBAR] Pasar Lama Chow Kit Terbakar

KUALA LUMPUR: Pasar lama Chow Kit dekat Jalan Raja Bot, di sini, musnah dalam kebakaran tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 12.26 tengah malam.




"Seramai 28 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa, Sentul dan Hang Tuah dengan kekuatan tiga jentera bergegas ke lokasi kejadian.

"Sehingga kini, api masih marak dan kami sedang berusaha mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan sekitar," katanya ketika dihubungi tadi. -BH




1 ulasan:

  1. Macam tak percaya pasar Chow Kit terbakar, adakah akan di naik kan satu projek bersekala besar di kawasan itu?? Bila melibatkan marhaen (rakyat biasa) mereka sang penguasa tidak akan ambil peduli. Cara dan tindakan itu macam tak kena, Chow Kit pasar basah terbakar??? Ada sesuatu yang belum nampak jelas sekarang ini.......tak faham ..!!

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.