6 Okt 2015

Sebuah Parti "Harapan Rakyat" Dibentuk Untuk Gagalkan "Pakatan Harapan"?

Bekas pemimpin dan aktivis PKR daftar parti baharu?

Ahli PKR seumur hidup, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard mendakwa ada gerakan dalam kalangan pemimpin dan aktivis parti itu untuk menubuhkan parti baharu.

Dia mendakwa telah mendapat maklumat daripada seseorang dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan di Putrajaya bahawa kumpulan berkenaan telah hadir untuk mendaftarkan parti itu pada minggu lalu.


Katanya, seramai 13 orang telah hadir untuk mendaftarkan parti baharu itu.


“Saya cuba mendapatkan butiran lanjut dan dikenal pasti antaranya ialah individu yang mengaku sebagai Presiden Akar Umbi Keadilan yang kini memegang jawatan sebagai Naib Ketua Cabang, Pengarah Pilihanraya DUN Bukit Antarabangsa, bekas Setiausaha Kerja Pemuda Pusat, bekas Setiausaha Kerja PKR Pusat dan beberapa orang lain yang turut masih memegang jawatan di peringkat Pusat.

“Cuma pelik kerana apa relevannya tindakan ini ? Ramai mungkin menuduh mereka ejen UMNO tetapi jika ia usaha musuh kenapa dibuat secara senyap?” katanya.

Dakwaan terbaharu Chegubard itu turut disebarkan menerusi aplikasi WhatsApps.

Dia mendakwa, selepas siasatan lanjut dilakukan kemungkinan ia usaha terancang dan kemungkinan turut melibatkan sekutu lain parti pembangkang.

“Adakah Pas terlibat ? Adakah ia kena mengena dengan proses rampasan kuasa kartel Azmin (Mohamed Azmin Ali) yang mengasak Mesyuarat MPP Khas mempertikaikan tindakan Presiden dan kemungkinan wujud undi tidak percaya?

“Saya mengingatkan diri sendiri dan semuanya, UMNO dan Barisan Nasional tidak kuat namun dalam sejarah membuktikan lawan berpecah dan lemah menjadi kekuatan regim. Hati – hati dengan “trojan Hourse”….” katanya.

Sebelum ini Chegubard mendakwa kumpulan penyokong Azmin cuba menggulingkan Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan mendesak diadakan mesyuarat MPP khas bagi membincangkan semula sokongan dan penyertaan PKR dalam Pakatan Harapan.

Dia mendakwa sekiranya Wan Azizah membuat u-turn terhadap keputusan itu, ia sudah tentu memalukan Presiden kerana tidak sokongan penuh Ahli Majlis MPP. -FMT

ULASAN GB

Jika laporan di atas adalah benar, maka ternyata ia adalah satu usaha pihak tertentu yang cuba untuk menggagalkan pendaftaran Pakatan Harapan yang terbentuk hasil dari rundingan meja bulat yang diumumkan oleh DS Wan Azizah. Apatah lagi nama parti baru itu ialah "Harapan Rakyat", mirip dengan nama "Pakatan Harapan". Ia seolah-olah cuba mengelirukan rakyat dengan nama itu dan cuba menghalang RoS untuk menafikan pendaftaran Pakatan Harapan.

Seterusnya kita berteka-teki pula ia kerja siapa.

Sebelum ini sudah ada laporan mengenai satu petisyen yang dikatakan ditandatangani oleh 22 Ahli Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR supaya mesyuarat tergempar diadakan susulan penubuhan Pakatan Harapan selepas sesi sidang meja bulat, 21 September lalu.

Mereka menyifatkan keputusan yang dibuat itu sebagai tergesa-gesa.

Walau bagaimanapun seorang pimpinan PKR menyatakan penandatangan petisyen itu silap apabila mereka berkata presiden bertindak bertentangan dengan kehendak MPP.

"Selepas kami berbincang dengan panjang lebar dalam mesyuarat pada 20 September, presiden akhirnya memberitahu MPP: 'Beri saya mandat untuk membuat keputusan apa yang perlu dilakukan semasa perbincangan meja bulat'.

"Dan mereka bersetuju dengan itu. Jadi ia tidak sepatutnya menjadi isu sama sekali," kata sumber itu dengan syarat tidak dinamakan.

Beliau mendakwa tidak semua penandatangan sebahagian daripada "puak Azmin"; beberapa penandatangan kemudian menyesal menandatangani petisyen itu apabila keadaan situasi dijelaskan kepada mereka, katanya.

Sumber itu berkata, beliau berpandangan tiada gunanya melambatkan pelancaran Pakatan Harapan kerana PAS tidak akan mahu menyertainya.

19 ulasan:

  1. Biarakn apa usaha apa tindakan oleh pihak yang dendan dan dengki untuk mnegada apa juga pakatan,kalau bolih tubuhkan lagi Pakatan haramjadah yang mneggabungkan Pas ,Pkr dan Umno,silakan biar Malaysia hancur sehancur2nya,DAN kalau diteliti puncanya terjadi demikan adalah dar sikap peminpin ulamak Pas sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Penyamun yang uzur tapi ada duit berkapal2. Pembelot yang lama berdendam tapi tak tertunai hajat dan macam2 jenis manusia munafik akan buat kerja memporak porandakan mana2 organisasi yang nak buat baik.

      Bagi sahaja rm50 dan janji jawatan bakal kaya bergaya maka bergegaslah dia bangun. Orang2 macam ini sudah ada bersepah2 semenjak umur dunia lagi. Tak tahulah apa nasib mereka dalam kubur tu. Nak tunggu kiamat entah bila pun kita tak tahu lagi.

      Tubuhlah apa parti mereka hendak tubuh pun. Rakyat yang siang malam ngadap tenet dah tahu awal2 lagi siapa pilihan mereka. Nanti anak cucu kita pun nak tengok muka siapa orang baik dan muka siapa tak boleh pakai dalam cacatan sejarah nanti. Kasihanlah jadi anak yang bapanya adalah pemimpin dibenci rakyat.

      Padam
  2. Biarkan mereka nak tubuh parti baru, mereka lupa apa pun parti rakyat sudah bijak dan bermaklumat, tubuhlah seratus parti pun kalau tiada penyokong jadi macam parti KITA lah.

    BalasPadam


  3. 'Harapan Rakyat' ! Biarkan ..

    Mereka hanya membuat rakyat terharap-harap dan selama-lama nya mengharap.

    'Pakatan Harapan' pula, hasil dari berpakat akan menghasilkan tindakan-tindakan dan akhir nya menjadikan harapan rakyat satu realiti.

    'Harapan Rakyat' ialah melihat 'Pakatan Harapan' menumbangkan UMNO dengan menjadi kan pakatan antara Amanah, PKR dan DAP satu pakatan yang kuat .

    BalasPadam
  4. Cadangan penubuhan Parti Harapan Rakyat adalah memenuhi kehendak demokrasi. Pendokong-pendokong demokrasi seharusnya rasional dengan ura-ura penubuhan parti baharu ini. Berikan kepada rakyat untuk berfikir dan bertindak melalui disiplin dempkrasi. Sesiapa pun yang menubuhkan parti Harapan Rakyat ini tidak penting, tetapi persoalannya relevenkah kewujudannya sekkarang? Biarkan sahaja parti ini didaftarkan, setidaktidaknya memberikan tugas kepada ROS untuk meluluskannya. Biarkan sahaja parti ini didaftarkan, sekadar menambah bilangan parti yang ada di Malaysia.

    Tidak seperti Parti Amanah Negara, parti-parti baharu yang ditubuhkan tidak menampakkan sebarang kepentingan untuk rakyat. AMANAH ditubuhkan kerana Malaysia memerlukan sebuah parti Islam yang progesif dan inklusif sebagai alternatif kepada Pas yang dilihat sebagai konsevatif dan eksklusif. Lantaran Pas yang menghancurkan Pakatan Rakyat, maka sudah menjadi kewajiban AMANAH, DAP dan PKR berkongsi wadah dalam Pakatan Harapan (PH) untuk menumpaskan BN pada PRU 14 akan datang. Jika parti baharu Harapan Rakyat ini tidak bergabung dengan Pakatan Harapan atau BN, parti ini akan bersaing dengan parti BERJASA, HAMIM dan KITA sebagai parti-parti yang bersaing di Arkib Negara.

    Sejarah kemungkinan berulang. Manalah tahu, Parti Harapan Rakyat ini akan mengulangi sejarah Parti Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia yang akhirnya dimodifikasi menjadi Parti Amanah Negara. Tanpanya, Parti Amanah Negara seakan-akan menemui jalan buntu untuk ditubuhkan. Kewujudan parti pekerja ini setidak-tidaknya dapat juga menutup mulut Pas yang berkokok berderai-derai mengangkat parti mereka sahajalah yang kononnya memperjuangkan Islam. Kini rakyat Malaysia yang cintakan politik Islam, ada dua pilihan Pas atau AMANAH. Demi menyuburkan kelangsungan demokrasi di Malaysia, rakyat mesti berfikir jauh kehadaPAN dan melupakan kelemahan-kelemahan yang lePAS.

    BalasPadam
  5. Tuan Greenboc,

    Dalam setiap analisa politik, suatu hal yang kurang diambil perhatian ialah kritik terhadap nalarsumber. Menurut pengamatan saya, Chegubard ini bukanlah seorang perawi politik yang boleh dipegang begitu sahaja nalarsumber berita nya.

    Contoh nyata ialah pendedahan beliau terhadap apa yang cuba digambarkannya sebagai konflik dalaman PKR ini. Ini kerana Chegubard sendiri punya kepentingan tertentu dalam sepak terjang politik dalaman PKR.

    Faktor ini wajar diambil kira dan diberikan perhatian. Chegubard bukan seorang pengamat politik atau aktivis bebas. Tidak mustahil Chegubard sedang cuba melakukan lobi atau gerak politik tertentu bila menghebahkan andaian2 sebegini ke publik.

    Sesiapa yang lama mengikuti politik dalaman PKR secara dekat pasti mengetahui Chegubard memang dari dulu lagi tidak pernah sebulu dengan Azmin.

    Ketika munculnya persaingan antara Azmin vs Ezam dikalangan pimpinan muda diperingkat awal penubuhan parti Keadilan Nasional yang kemudiannya menjadi PKR setelah bergabung dengan Parti Rakyat, Chegubard diketahui sangat dekat dan memihak kepada Ezam Mohd Noor.

    Dalam Angkatan Muda PKR dizaman kepimpinan Ezam, Chegubard adalah anak buah dan askar Ezam yang setia. Ezam adalah mentor Chegubard dalam PKR. Semua orang lama PKR tahu hal ini.

    Kebencian Chegubard terhadap Azmin sebenarnya bukanlah berita baru. Tidak menyukai sesuatu tokoh dalam organisasi itu sebenarnya lumrah dan hak kita kerana namanya manusia setiap orang punya style dan gaya masing2 yg tidak semestinya disenangi oleh semua.

    Tetapi lain halnya dengan chegu Bard ini. Tidak sukanya Chegubard ini kepada Azmin kadang keterlaluan. Dalam banyak hal ianya mendekati hasad dan tidak lagi rasional.

    BalasPadam
  6. Memandangkan berita ini terlanjur berkaitan sosok seorang Chegubard, izinkan saya mengulas pemerhatian saya terhadap sepak terjang politik Chegubard. Pendapat saya ini tentunya berdasarkan pengamatan saya secara pribadi yang pastinya tidak lepas dari kesalahan.

    Chegubard menurut hemat saya sebenarnya punya potensi dan bakat untuk pergi jauh dalam politik. Beliau punya kemampuan orasi dan pidato yang baik, suatu kriteria penting untuk naik dalam tangga hieraki kepimpinan, khususnya dalam gerak kerja organisasi parti opposisi yang mahu menjatuhkan pemerintah yang sedia ada (UMNO).

    Chegubard juga seorang yang rajin dan sangat aktif membuat program2 politik. Hal ini perlu diakui dan diberikan pujian. Dari demonstrasi jalanraya hinggakan kepada ceramah, program2 penerangan politik dan kerja2 amal kemasyarakatan, Chegubard selalu memberikan komitmen yang tinggi dan sangat cekap mengatur gerak kerja. Chegubard juga pintar mengerahkan anak2 buahnya untuk menjayakan sesuatu program.

    Namun selama penglibatan aktifnya dalam PKR, Chegubard terus mengalami nasib malang dalam percubaan demi percubaannya menguasai Angkatan Muda Keadilan. Mengapa hal ini boleh terjadi?

    Jawapannya menurut hemat saya ialah kerana Chegubard kurang cerdik dalam seni berpolitik. Benar, sesederhana itu sahaja jawapannya.

    BalasPadam
  7. Berjaya membuat program politik dan berjaya dalam politik sebenarnya adalah dua hal yang berbeza. Dibandingkan dengan Chegubard, Azmin mungkin kurang kreatif dan kurang banyak membuat program2 politik tetapi sebagai politikus, Azmin jauh lebih berjaya dari Chegubard.

    Setelah bergelut dalam sepak terjang politik PKR sebegitu lama, Chegubard masih gagal menempatkan dirinya sebagai pemimpin pelapis PKR.

    Hal inilah menurut hemat saya barangkali menjadi punca sakit hati Chegubard terhadap Azmin selama ini.

    Kedudukan yang seharusnya dimiliki oleh Chegubard itu sekarang telah diambil alih oleh Shamsul Iskandar, Rafizi Ramli, Nurul Izzah, Nik Nazmi, Dr Afif dan lain2 pemimpin pelapis, sedangkan di peringkat menjayakan program2 politik Chegubard sangat kedepan suatu ketika dahulu.

    Menurut hemat saya kegagalan Chegubard ini sebenarnya adalah kerana kelemahan yang ada pada diri chegubard situ sendiri.

    Pemain politik yang berjaya perlu tahu ada waktunya untuk melawan, tetapi ada waktunya pula kita berkawan. Ada waktunya kita menjadi garang, tetapi ada waktunya kita perlu menjadi penenang.

    Ada waktunya kita bertegas setegas-tegasnya, tetapi ada waktu kita perlu berkompromi tanpa menggadaikan prinsip2 yang paling fundamental dalam perjuangan.

    Hukum politik yang tidak tertulis ini sebenarnya diamati dengan baik oleh semua tokoh politik yang berjaya. Lihat sahaja permainan dan seni politik tokoh seperti Mahathir, Anwar Ibrahim, Almarhum Ustaz Fadhil Noor , Almarhum TG Nik Aziz dan yang terbaru Azmin Ali (ya).

    Mereka semua faham akan kepentingan untuk consolidation - memperkukuhkan kedudukan dengan melebarkan persahabatan, sambil mencari tempo yang tepat untuk melakukan gerak politik dan menjatuhkan lawan masing2.

    Namun hal ini terus-terusan gagal difahami oleh Chegubard. Perhatikan sahaja. Selama bertahun2 chegubard aktif dalam PKR (dan sehinggalah berita 'sensasi terbaru' PKR ini dihebahkan oleh chegubard) hanya satu sahaja cara dan style politik yang difahami oleh Chegubard - style politik combative - menyerang dan menyerang membuta tuli tanpa henti.

    BalasPadam
  8. Ini tidak terlalu menghairankan sebenarnya kerana mentor politik Chegubard adalah Ezam. Dan Ezam memang diketahui dari dulu berpolitik secara begitu - berterus2an menyerang, membongkar itu dan ini dan selama2nya mencari sensasi. Kita semua dapat melihat kemana akhirnya kemajuan jalan politik yang ditempuh Ezam itu.

    Chegubard kurang memahami kepentingan seni politik berhemah, berdiplomasi. Walaupun jasa Chegubard dalam membongkar kemungkaran UMNO BN banyak juga, Chegubard kurang cerdik dan kurang berhemah dalam menempatkan dirinya dikalangan pimpinan parti yang lain.

    Bandingkan sejenak politik Chegubard dan politik Shamsul Iskandar. Pasca era Ezam, setelah anak Mohd Nor itu mula menjauhkan diri dari aktiviti politik PKR seterusnya meninggalkan parti, persaingan politik di AMK berubah sekelip mata menjadi persaingan antara Chegubard vs Shamsul Iskandar.

    Walaupun Shamsul Iskandar juga tergolong dikalangan anak didik Ezam dalam AMK suatu ketika dahulu, Shamsul Iskandar bijak menyesuaikan diri dalam politik dalaman PKR di era nama Ezam sudah lagi tidak semegah dan seharum sebelumnya. Berbanding Chegubard, Shamsul memilih untuk berbaik2 dengan Azmin malah mereka akhirnya menjadi rakan sekutu politik yang akrab dalam PKR.

    Tidak salahnya juga sebenarnya bila Chegubard memilih untuk tidak mahu menjadi pengampu Azmin. Namun cara Chegubard cuba menggasak dan menjatuhkan Shamsul Iskandar dari kepimpinan AMK membuatkan ramai anggota parti yang asalnya bukan dari kem Azmin atau Shamsul memilih untuk menyokong Shamsul kerana gerak kerja politik chegubard yang dinilai terlalu aggresif malah melampau.

    Sebagai sebuah platform untuk menggerakkan aktiviti politiknya diluar dari pengaruh AMK, chegubard menubuhkan Suara Anak Muda Malaysia atau singkatannya SAMM. Nama SAMM yg dipilihnya itu ada yg menilai sebagai suatu percubaan secara halus untuk mengaibkan Shamsul Iskandar yang popular dengan nama singkatan 'Sam' dikalangan aktivis parti.

    BalasPadam
  9. Perlu diakui SAMM pernah menempuh zaman2 keemasannya. Hampir di setiap program politik berskala nasional, SAMM turut terlibat dan menjadi salah satu penggerak penting dalam mencipta gelombang politik baru.

    SAMM menjadi sinonim dengan imej anak muda yang rebel dan radikal. Ramai juga anak muda tidak berparti menjadi aktivis SAMM. SAMM dilihat sebagai sebuah NGO anak muda yang cenderung kiri dan revolusioner. Dan nama Chegubard menjadi semakin melonjak dan popular di skala pentas politik tanahair.

    Meskipun demikian, kesilapan terbesar Chegubard bila menggerakkan SAMM adalah kemana halatuju dan fokus politik Chegubard itu sendiri. Kalau chegu Bard memang mahu bergerak aktif 100% diatas platform NGO tentu tiada ada masalah. Masalahnya chegu Bard masih punya cita-cita politik dalam PKR.

    Maka terjadilah pertembungan kepentingan. Semakin aktif SAMM mengadakan program, hal ini lama kelamaan menimbulkan pergeseran pengaruh dikalangan aktivis AMK dan anak muda yang bergerak dalam SAMM.

    Dikalangan anggota AMK dan aktivis PKR, ada yg menjadi kurang senang bila 'kejayaan2' SAMM mengadakan program2 itu dijadikan seperti senjata sindiran untuk memperlekeh kemampuan organisasi AMK dan PKR.

    Pergeseran pengaruh ini akhirnya menimbulkan bibit2 permusuhan yang tidak sepatutnya terjadi dikalangan anak muda yg pro Pakatan Rakyat. Ini diperburuk lagi dengan sikap Chegubard sendiri yg kurang mahu mengadakan aktiviti bersama dengan PKR, khususnya AMK melalui SAMM.

    Bila SAMM mengadakan sesuatu program, hampir pasti AMK tidak akan diundang untuk turut menjayakan. Hinggakan diwaktu program yang besar seperti perhimpunan BERSIH, SAMM memilih jalur jalan yang berbeza dari AMK untuk berarak ke Dataran Merdeka.

    Kejayaan berterusan SAMM dalam menjayakan pelbagai program tetapi dalam masa yg sama cuba menyisihkan AMK daripada programnya sebenarnya suatu hal yang counter-productive bagi Chegu Bard kerana Chegubard masih punya cita-cita politik dalam PKR.

    Dikalangan anggota dan pimpinan PKR, ada yang mula sangsi terhadap niat Chegubard yang terlalu kedepan dalam mempromosikan SAMM tetapi menanggapi dengan dingin dalam menganjurkan program2 bersama AMK dan personaliti2 tertentu pimpinan PKR, khususnya apa yang digolongkan sebagai kelompok atau group Azmin.

    Tindak tanduk Chegubard yang dilihat seolah2 terlalu megah dan angkuh dengan program2 anjurannya itu sedikit sebanyak mempengaruhi kemerosotan populariti nya dalam PKR.

    Tanpa barangkali disedari oleh Chegubard, sikap nya itu diam2 telah menyebabkan beliau membuat banyak musuh yg tidak perlu dalam AMK dan PKR. Ini semua sebenarnya menyumbang kepada kekalahan Chegubard dalam pemilihan ketua AMK peringkat nasional.

    BalasPadam
  10. Chegubard juga kurang pintar menjaga hubungan baik dengan pimpinan atasan parti. Bukan mahu menghina tetapi politik Chegubard ini lebih berjaya barangkali sekiranya ianya diperingkat memilih ketua kampung. Bila berdepan dengan barisan elit pimpinan parti yang punya pendidikan tinggi, Chegubard sesolah2 seperti kera sumbang yg tidak pandai menempatkan diri.

    Chegubard juga sering membuat sekutu dan rakan politik yang salah. Contohnya agak banyak untuk disebut semuanya disini.

    Waktu Zaid Ibrahim menentang Azmin dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden, Chegubard bermati2an berkempen untuk Zaid Ibrahim. Chegubard masuk dalam 'cai' Zaid Ibrahim sebagai calon ketua AMK.

    Meskipun Zaid waktu itu sudah mula berani kurang ajar, mengkritik Wan Azizah, Dr Syed Husin Ali dan Anwar Ibrahim melalui wawancara dengan akhbar Utusan Malaysia yang diketahui umum adalah musuh gerakan perubahan rakyat, Chegubard masih dengan kurang cerdiknya mempertahankan Zaid Ibrahim atas alasan demokrasi.

    Setelah kalah dalam pemilihan AMK sebelumnya, atas rekomendasi dari Saifuddin Nasution dan persetujuan dari Wan Azizah Presiden Parti,sebagai pengiktirafan akan potensi yang ada pada Chegubard, PKR telah bersetuju untuk melantik Chegubard sebagai Timbalan Setiausaha Agung - satu jawatan penting dan sangat terhormat bagi tokoh muda seperti Chegubard.

    Seharusnya penghormatan besar yg ditunjukkan oleh parti kepadanya diterimanya dengan baik tetapi tidak. Tetapi itulah chegu Bard dan cara politik kampungannya.

    Bukan hanya Chegubard menolak tawaran jawatan Timbalan Setiausaha Agung itu, secara sangat kurang cerdik (saya cuba menahan diri dari menggunakan perkataan tolol) malah kurang beradab, Chegubard menulis sebuah kenyataan terbuka yang berjelanya bertele-tele, menyerang pimpinan parti, termasuk Saifuddin Nasution sendiri, yang kononnya tidak bertegas dalam memperbetulkan salahguna kuasa dan kemungkaran yang terjadi dalam pemilihan parti.

    Kata orang putih, hal ini ibarat menghina setelah dicederai (add insult to injury). Sudahlah waktu itu PKR diserang bertubi2 oleh media massa UMNO kononnya gagal mengadakan pemilihan parti dengan betul dan disensasikan segala kekurangan yg ada untuk menggambarkan PKR sebuah parti yg kecoh dan anarkis sifatnya, Chegubard tokoh parti sendiri menyimbah lagi minyak ke api walaupun pemilihan parti telah pun berlalu.

    Dihinanya Saifuddin dan Kak Wan sedemikian rupa, secara umum dan terbuka pula dalam waktu mereka (Saifuddin & Kak Wan) memberi pengiktirafan kepada Chegubard!

    BalasPadam
  11. Kesilapan memilih sekutu politik dalam PKR sekali lagi ditunjukkan oleh Chegubard bila cheguBard menyokong pencalonan Tan Sri Khalid Ibrahim menentang Azmin pada pemilihan jawatanTimbalan Presiden.

    Umum akhirnya tahu apa kesudahan TSKI dalam PKR. Bagaimana dengan keras kepala dan degilnya TSKI cuba mempertahankan lagi kedudukannya sebagai MB hatta setelah majoriti anggota DUN Selangor tidak lagi menyokongnya. Bagaimana khianatnya TSKI memecat seluruh anggota Exco PKR & DAP dan cuba menubuhkan kerajaan bersama UMNO & PAS melalui pintu belakang.

    Namun tidakkah aneh, manusia seperti TSKI ini yg dijulang oleh Chegu Bard utk jawatan no2 dalam parti, TSKI inilah yg membiarkan Wan Azizah dihina sedemikian rupa waktu kemelut jawatan Menteri Besar terjadi tapi sekarang cheguBard mahu menggambarkan dirinya pula sebagai loyalist kak Wan dalam parti?

    Tunggu sebentar. Tidakkah lebih aneh lagi, Chegubard yg dalam berita diatas cuba menggambarkan Azmin dan kelompoknya sebagai 'trojan horse' dalam parti, tetapi Chegubard yg sama ini lah selama ini menyokong personalti2 dalam parti yg akhirnya terbukti berkhianat pada parti?

    Ezam, Zaid Ibrahim dan terakhir Khalid Ibrahim semuanya pernah disokong dan dijulang bermati2an oleh chegubard dalam parti. Tidak anehkah?

    BalasPadam
  12. Dalam alam fikiran manusia yang miskin imaginasinya dan dangkal ilmunya, seseorang tokoh yg dibencinya itu akan dilihat berada dimana2. Seperti sosok khayali seekor momok yg mengintai2 dibalik kegelapan, bayang2 musuhnya itu akan selamanya menghantui dan merasuk fikirannya.

    Kerana kerdilnya jiwa seseorang itu, musuhnya akan dilihat lebih besar dari hidupnya yg sebenar (bigger than life). Itulah yang terjadi kepada musuh2 politik Anwar Ibrahim. Anwar dilihat berada dimana2. Disebalik setiap gerak politik yg merugikan mereka, pasti Anwar lah yg diduga pelaku dan penggeraknya. Disebalik setiap musibah, tiada orang lain - pasti si celaka Anwar lah pembawa sial nya.

    Hal yg sama sekarang terjadi kepada musuh2 politik (dan pendengki) Azmin. Azmin dilihat berada dimana2. Besar sungguh pengaruh Azmin ini. Setiap kali ada yg tak betul dalam PKR, tidak ada orang lain, pasti Azmin lah dalangnya - menurut mereka.

    Sejarah penyakit mental "Azmin ada dimana2" ini pertama kali mula dikesan ketika ianya menyerang dan membelit ke otak Ezam Mohd Nor. Punya kronik penyakit ini sampaikan Ezam jadi tak tertolong lagi dan lari balik ke UMNO.

    Khabarnya walaupun setelah masuk kembali ke tong taik lamanya, penyakit "Azmin ada dimana2" tidak juga sembuh. Buktinya ada di youtube. Betapa sakau nya Ezam, meratib dan meracau. Semuanya gara2 penyakit "Azmin ada dimana2".

    Begitu hebat sekali penangan saka "Azmin ada dimana2" ini sampaikan ianya boleh melompat dan berjangkit pula ke kepala Hasan Ali, pakar motivasi Summer Camp kita yg bergelar phd.

    Semua pasti ingat betapa parahnya penyakit mental ini disaat kemuncak Hasan Ali diserang penyakit ini, sampaikan hal dalam kain rumahtangga Azmin di bawa2 nya jadi modal ceramah. Betapa terkutuknya Hasan Ali. Semuanya kerana penyakit "Azmin ada dimana2" ini.

    Seperti penyakit berbahaya yang lain, penyakit "Azmin ada dimana2" ini tidak pernah berjaya dibasmi. Setelah Hasan Ali, penyakit ini sempat melompat dan bertenggek di jambul Khalid Ibrahim. Sampai tergagap2 Khalid menawarkan diri mahu melawan Azmin yang "ada dimana2 itu" sebelum ditendang keluar dari PKR.

    Mutaakhir, pesakit terbaru "Azmin ada dimana2" terus dikesan. Tak ubah seperti sakit saka, penyakit mental yg merasuk ke kepala mentornya Ezam kini menurun ke kepala Chegubard. Maka meroyanlah Chegubard, melolong dan meracau, menyambung kisah tahyuli - "Azmin ada dimana2".

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jelas kupasan tuan illyas. Harap kau membaca kupasan khas tentang kau sendiri, chegubard. Satu das sahaja saya hendak lepaskan bedilan untuk hapuskan saka di kepala kau tu. Bam. Wahai saka, nyah kau dari saudara kami yang amat kami hormati lagi dikasihi yakni chegubard agar dia kembali waras sebagai pemimpin sejati untuk rakyat yang selaku menyebut2 namanya.

      Semoga beliau tenang, waras, pandai seni politik dan selalu tawadduk dalam menasihati orang lebih tua.

      Akhirnya kami doakan beliau mendapat ganjaran pahala atas kerendahan budi pekerti dan kerja kuat di mana matlamatnya semata2 membawa rahmat kepada semua makhluk di seluruh alam.

      Padam
  13. Urmmm.jgn la kerana dendam djadikan modal politik krn rakyat jd mangsa

    BalasPadam
  14. KITA TENGOK NANTI SIAPA PEMIMPIN PARTI BARU INI

    SENANG NK KENAL ORGNYA

    KETOKOHAN PEMIMPIN JUGA PENTING UTK SESEBUAH PARTI DITERIMA RAKYAT

    INSYAALAH AMANAH ADA KEKUATAN INI

    KITA SEMAKIN MELIHAT BEGITU BERSUNGGUH2NYA PIHAK TERTENTU UTK PASTIKAN PH GAGAL... ITU TANDA KETAKUTAN YG AMAT SGT

    BalasPadam
  15. En illias, saya percaya pandangan anda bahawa cikgubard ni memang kurang seni berpolitik, kalau boleh betulkan lah kerana kita perlu juga orang2 seperti cikgubard juga. Pemerhati

    BalasPadam
  16. Ketegasan saya, saya tetap dengan PR, saya tak peduli awak awak.. awakawak pemimpin yang mengejar pangkat bagai, gaduh sakan bagai, terpulang!!...suka hati lah yang penting undi PR, PR sekali lagi PR. Mana mana bersekongkol dengan BN (umno) boleh jalan daa.....

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.