'Qaradhawi tak haramkan parti Islam baru AMANAH'
Usaha Parti Amanah Negara (AMANAH) melobi jaringan Islam antarabangsa mencapai langkah kanan selepas pertemuan dengan tokoh sarjana Islam dunia Yusuf Al-Qaradawi.
Gambar: Delegasi AMANAH di dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh gerakan Islam dunia termasuk Setiausaha Agung Kesatuan Ulamak Se-Dunia Prof Ali Alqaradaghi, di Doha, Qatar
Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub berkata pemimpin kanan mereka Datuk Dr Mujahid Yusuf telah bertemu dengan Al-Qaradawi di Qatar pada Sabtu lalu.
“Dalam pertemuan itu tidak disebut langsung tentang haramnya wujud sebuah parti Islam lain selain daripada PAS,” kata Salahuddin dalam satu kenyataan malam tadi.
Bekas naib presiden PAS itu juga berkata AMANAH berbincang dengan Al-Qaradawi berkaitan “kejelasan fikrah Islam” kerana bimbang terjerumus kepada pemikiran awal ISIS atau seumpamanya.
“Lalu Prof Dr Yusuf Al Qaradhawi menyokong usaha untuk membetuli salah faham ini di kalangan pengamal politik Islam,” katanya lagi.
AMANAH dalam usaha memperkenalkan parti Islam baru itu di peringkat antarabangsa, khususnya di kalangan gerakan Islam antara 13 hingga 18 Oktober lalu.
Selain Salahuddin dan Mujahid, turut menyertai mereka Timbalan Penasihat Umum AMANAH Abdul Ghani Shamsuddin dan Bendahari Asmuni Awi.
Misi mereka bermula dengan pertemuan bersama Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Islam Sedunia Dr Ali Al-Qaradaghi pada 13 Oktober, yang menjelaskan kenapa AMANAH perlu wujud dalam persada politik Malaysia.
“Perbincangan kami berlangsung dalam suasana amat mesra dengan saling bertukar pandangan dan memperjelaskan beberapa isu yang dibangkitkan mengenai AMANAH,” kata Salahuddin.
Manakala dalam pertemuan dengan Sheikh Dr Ibrahim Munir, setiausaha agung Ikhwanul Muslimin itu mencadangkan supaya usaha mencapai persefahaman di kalangan parti politik Islam, termasuk PAS digerakkan.
Semua itu supaya politik Islam dapat diperkukuhkan di Malaysia, kata Salahuddin memetik pesanan Ibrahim.
Justeru, kata Salahuddin, AMANAH terbuka untuk bertemu, dan komited untuk berbincang dengan mana-mana pihak demi kepentingan perjuangan Islam dan umah.
“AMANAH juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada tokoh-tokoh ulama dan gerakan Islam tersohor dunia yang menunjukkan sikap terpuji dengan mengambil pendekatan terbuka, dan memberi peluang untuk berbincang dengan AMANAH dan bukan mengambil pendekatan mencerca ataupun menghukum sewenang-wenangnya,” katanya.
'Haram, kata Ayah Chik'
Bagaimanapun, ketika AMANAH mengambil langkah itu selepas, di kalangan akar umbi PAS, idea yang lain pula diketengah.
Pemuda PAS Kuala Selangor dalam Facebook contohnya menerbitkan tulisan berjudul “Petikan ucapan Ayah Chik (Hadi): Haram tubuh parti Islam selagi PAS masih ada: Dr Qaradawi ”.
Tulisan itu antaranya menyebut, Qardawi menghubungi Hadi untuk mendengar sendiri pendapatnya perihal parti Islam baru di Malaysia.
“Saya pun menulis surat menerangkan tentang parti baru ini. Selepas surat itu sampai kepadanya, Dr Al-Qaradawi menyatakan haram menubuhkan parti baru kerana PAS sudah ada.
“Pendapatnya ini turut ditulis oleh setiausahanya,” kata Hadi seperti dilaporkan Facebook itu.
YANG SEBENAR
ULASAN GB
Astaghfirullah...
Dah teruk dan terdesak sangat nampaknya. Sanggup menngunakan nama dan memfitnah Al-Qardhawi untuk menyatakan AMANAH itu haram sedangkan seluruh dunia tahu Al-Qardhawi sudah pun membicarakan hal tersebut di dalam kitabnya bahawa: "keplabagain parti politik adalah sama seperti kepelbagaian mazhab fiqh.
Sebelum ini, dipergunakan nama TG Nik Aziz, dikatanya TG Nik Aziz bersetuju dengan "Kerajaan Perpaduan" sedangkan hakikatnya TGNA adalah penentang wahid terhadap penubuhan Kerajaan Perpaduan.
Jawatan "Naib Presiden Ketua Ulamak Sedunia" nampaknya bukan sahaja sudah menjadi tiket untuk ia menabur fitnah dan pembohongan, malah dipergunakan untuk memaki dan melabel golongan yang yang tidak sependirian dengannya dengan jebon, barua, tolol dan seumpamanya.
Semakin jauh dia dan partinya dari kebenaran dan keadilan... semakin lama PAS menjadi semakin jahat dan semakin dekat mengikut perangai UMNO...

PETIKAN UCAPAN AYAH CHIK
HARAM TUBUH PARTI ISLAM SELAGI PAS MASIH ADA: DR QARDAWI
PAS Ditubuhkan tahun 1951 oleh para alim ulama dan pemikir Islam selepas parti-parti lain diharamkan. Sebelumnya ada Sarekat Islam. Apabila diharamkan, tubuh pula PKMM. Apabila PKMM haram, Hizbul Muslimin pula ditubuhkan. Selepas Hizbul Muslimin diharamkan barulah PAS ditubuhkan.
Sekarang ini ada pula pihak lain mahu tubuhkan parti Islam lain dalam keadaan PAS masih ada. Ini tidak betul dan tidak kena. Penubuhan sebagai menyambung mata rantai tidak mengapa, tetapi tubuh parti Islam baru tidak pasal-pasal memang tidak dibenarkan.
Saya dapat berita mereka (parti Islam baru) telah menjelajah ke seluruh dunia berjumpa gerakan Islam. Pergi ke Tunisia, Jordan, Qatar, Turki. Rombongan mereka turut disertai DAP. Tujuannya untuk belajar tentang hudud dari mereka yang tak laksanakan hudud.
Mereka turut berjumpa Dr Yusof Qardawi. Kebetulan saya dijemput ke Persidangan Gerakan Islam di Turki. Beberapa pemimpin gerakan Islam berjumpa saya bertanyakan perihal parti Islam baru di Malaysia. Saya terangkan keadaan sebenar kepada mereka.
Kembalinya saya dari Turki, mereka sampai ke rumah Dr Qardawi. Lantas Qardawi menghubungi saya untuk mendengar sendiri apa pendapat kita. Saya pun menulis surat menerangkan tentang parti baru ini. Selepas surat itu sampai kepadanya, Dr Qardawi menyatakan haram menubuhkan parti baru kerana PAS sudah ada. Pendapatnya ini turut ditulis oleh setiausahanya.
Umur Dr Qardawi kini melebih 90 tahun. Lebih tua dari Tok Guru Nik Aziz. Fizikalnya sangat uzur, tetapi semangatnya masih kuat. Fikirannya juga masih baik. Jangan pula bila mendengar fatwa Qardawi ini, mereka katakan pendapat Qardawi tidak boleh diterima kerana sudah nyanyuk. Nauzubillah.
Alhamdulillah. Rasanya tak perlulah lagi kita besarkan-besarkan perkara ini. Nanti ia dianggap besar pula. Padahal perkara ini hanya kecil dan (parti tersebut) hanya serpihan sahaja.
InsyaAllah bahtera ini akan terus belayar dengan baik.
Kehadiran semalam menunjukkan perubahan anak muda dan sokongan orang lama masih utuh bersama PAS. Malah yang lebih mengejutkan, orang bukan Islam turut bersama mahu membantu perjuangan Islam. Ini semua adalah tanda-tanda awal kemenangan buat Islam.
MORAK, TUMPAT, KELANTAN
18 OKTOBER 2015/5 MUHARRAM 1437
(Alang Ibn Shukrimun)
ULASAN GB
Astaghfirullah...
Dah teruk dan terdesak sangat nampaknya. Sanggup menngunakan nama dan memfitnah Al-Qardhawi untuk menyatakan AMANAH itu haram sedangkan seluruh dunia tahu Al-Qardhawi sudah pun membicarakan hal tersebut di dalam kitabnya bahawa: "keplabagain parti politik adalah sama seperti kepelbagaian mazhab fiqh.
Sebelum ini, dipergunakan nama TG Nik Aziz, dikatanya TG Nik Aziz bersetuju dengan "Kerajaan Perpaduan" sedangkan hakikatnya TGNA adalah penentang wahid terhadap penubuhan Kerajaan Perpaduan.
Jawatan "Naib Presiden Ketua Ulamak Sedunia" nampaknya bukan sahaja sudah menjadi tiket untuk ia menabur fitnah dan pembohongan, malah dipergunakan untuk memaki dan melabel golongan yang yang tidak sependirian dengannya dengan jebon, barua, tolol dan seumpamanya.
Semakin jauh dia dan partinya dari kebenaran dan keadilan... semakin lama PAS menjadi semakin jahat dan semakin dekat mengikut perangai UMNO...
Soalan ini ditujukan khas buatk Tuan Haji Hadi Awang dan sekiranya ada penyokong dan ahli Pas ingin menjawab dipersilakan.
BalasPadamAjaran Islam bagaimanakah yang PAS ingin tonjolkan kepada rakyat Malaysia?
orang ugama ke, orang awam ke kalau sekali berbohong maka seribu kali pembohongan lagi diperlukan untuk menutup satu pembohongan yg telah dibuat. Dan salah satu sifat sifat orang munafik yg sangat dilarang oleh Islam ialah "berbohong". Oleh itu lu fikir la sendiri!!!!!
PadamWHY MESTI PERLU GUNA TGNA SEBAGAI ALAT POLITIK. COME ON. ENOUGHLAH DIA SUDAHPUN BERTEMU DENGAN ALLAH SWT TAK PAYAH NAK GUNA NAMA DIA.NAK GUNA, GUNA NAMA NI TGHA YG MASIH LAGI HIDUP. WE ARE NOT TOLERATE WHOEVER GUNA NAMA TGNA SEBAGAI ALAT POLITIK SEBAB WE ALL RESPACT HIM SBB KRN DIALAH GOLONGAN PROFESIONAL DAN ULAMA DAPAT BERSATU DLM PAS. PERPECAHAN GOLONGAN ULAMA DAN PROFESIONAL HANYA OCCUR SELEPAS TGNA PERGI RAHMATULLAH.
BalasPadamAku ikut cakap hadi la.
BalasPadamParti pas haram sbb umno masih ada.
Sbb umno pun parti Islam.
Terima kasih.
b.p: al Ketumi@al fhil kudoo....
BalasPadamAjaran yg boleh membenarkan ahli2nya memaki dan mencarut pihak lwn.... cuba lihat komen2 yg condong kpd PAS dlm iternet......
....istilah spt... DIP..., al J......, ba...... (nk tulis pun tak sampai hati)..., dll byk ditulis dan tidak melambangkan keislamannya. ..
bila Syeikh Yusuf al-Qaradawi mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, kenapa pula masih ada suara-suara dalam Pas yang ingkar malah mahukan presiden mereka pula sebagai PM? Bila pendapat Syeikh yang tidak menguntungkan, mereka senyap buat tak tahu. Bila pendapat Syeikh yang belum pasti kesahihannya, cepat pula dicanangkan di seluruh negara.
BalasPadamSyeikh Abdul Ghani Shamsuddin sebagai ahli Kesatuan Ulama Sedunia dituduh tidak wala' kepada Naib Presidennya, tapi bagaimana pula kalau Naib Presiden tak ikut cakap Presiden?
Harap-harap lepas ni jangan le Tuang Presideng dakwe "mimpi jumpa nabi, bagitau haram ada parti Islam lain selain PAS"
BalasPadamHj Hadi tidak mampu berhujah sendiri lalu menguna 'satu cerita' entah ya entah tidak.
BalasPadamHj Hadi mengesahkan Amanah sendiri pergi ke rumah Dr Qardhawi. Bagus lah kan.
Kata Hj Hadi "Lantas Qardhawi menghubungi saya untuk mendengar sendiri 'apa pendapat kita'. Saya pun menulis surat menerangkan tentang parti baru ini"
Tajuk cerita nya ialah jika sudah ada parti Islam maka haram tubuh parti Islam yang lain.
Jadi pendapat siapa yang patut di ikut, Dr Qardhawi kah atau Hj Hadi kah ?
Dan Hj Hadi pun menerangkan parti baru, biar betul?
Apa tujuan Hj Hadi sebenarnya ? Pada satu masa Hj Hadi kata Amanah bukan parti Islam dan pada satu masa pulak Hj Hadi kata Amanah parti Islam.
Kan senang Hj Hadi bagitahu Dr Qardawi yang Amanah bukan parti Islam. Sekarang ini tak pasal-pasal secara teratur, Amanah adalah parti Islam.
Dr Qardhawi pulak dah jumpa pemimpin Amanah yang datang ke rumah nya tentu dia di beri penerangan oleh pemimpin Amanah, begini begitu. Yang sepatutnya Hj Hadi katakan kepada Dr Qardhawi ialah PAS adalah parti Islam dan masih berada di landasan Islam.
Dan tentu lah sebagai Ulama Dr Qardhawi mengatakan memang boleh tetapi sebaiknya biarlah satu sahaja parti Islam untuk mudah kan kerja ntuk Islam. Mungkin Ulamak dunia yang lain bersedia menjadi pendamai antara Amanah dan PAS.
Tang sampai part ini rasanya kesian pulak kat Hj Hadi. Kenapa lah ahli PAS seperti ahli UMNO membiarkan Najib merosakan segala-gala nya !!
Kepada Allah kita kembalikan.
Hadi Awang telah berfatwa penubuhan parti Islam yang lain menjadi haram selagi Pas masih wujud di Malaysia. Jika kenyataan Hadi Awang ini benar, maka haramlah menubuhkan Parti Amanah Negara. Justeru, berdosalah sosok tubuh pemimpin-pemimpin yang menubuhkannya, dan sama berdosalah individu-individu yang menjadi ahli AMANAH. AMANAH menjadi haram kerana lahir dari serpihan Pas. Barangkali Tuan Presiden Pas ini terlupa dengan parti HAMIM dan BERJASA. Kedua-kedua parti ini juga adalah serpihan Pas dan juga dasarnya juga adalah Islam. Hadi Awang hanya bercakap mengenai AMANAH kerana gugatannya boleh melenyapkan Pas dalam kamus politik Malaysia. Hamim dan Berjasa adalah dua parti Islam yang hidup segan, dan kalau hendak dibubarkan lagi segan. Persoalannya, kenapa Hadi Awang tidak pernah menfatwakan mengenai kedua-dua parti ini? Hadi Awang, engkau ini bagai mana?
BalasPadamMungkin hadi ingat die tu presiden ulamak dunie next nt.Kahkahkah... Pelik bin Ajaib katanya parti nyamuk aje tp punya lah melalak kat parti Amanah mcm anjing menyalak bukit.opssss. Kahkahkahkah
BalasPadam
BalasPadamCoba lah adukan kpd Qardhawi pasal pilkuda...HARAM ke? dok HARAM??
Coba rujukkan kpd Qardhawi hal Komunis Broka & Barua...HARAM ke??? dok HARAM????
Terangkan kpd Qardhawi Esos Balak Ponteng U-Turn n AUTA...Guaner HARAM belaka!?
Cerita kat Qardhawi Trngganu BUNGKUS Kedah LINGKUP sape ketuanya?
Tahniah kpd Saf Pimpinan Amanah yg tidak melompat walau difitnah.Saf pimpinan Amanah telah menunjuk saksiyah Islam yg djhajati oleh semua.
BalasPadamInsya Allah kemenangan untuk memartabatkan Islam Rahmat untuk semua pasti akan datang.
Mungkin dia dah naik darjat macam imam syiah kot. Maksum!
BalasPadamHairan juga ye. Kata parti nyamuk. Kata tahan dua tahun sahaja. Namun dia punya gelabah, mulut sampai berbuih, air lior meleleh dan cakap tak tentu hala. Makin lama makin teruk. Takde ke sesiapa nak bawa pergi jumpa doktor pakar!!!
BalasPadamJika dikiaskan PAS tu Al Jama'ah atau Sawadul 'azam, mk betullah kata Ayah Chik tu.
BalasPadamTp betul ke gitu ?
Hadiiii....hadiiiii.....hadiiiiii
BalasPadamEngkau ini bagaimana.
Jiwa mereka semakin kacau setelah berjaya menghalau geng progresif dari parti. Sepatutnya mereka gembira dan tumpukan bagi melonjakkan pas ke tahap tertinggi.
BalasPadamSaya simpati dgn PAS... ibarat layang2 yg putus talinya....
BalasPadamAs salam.
BalasPadamNi ler gamaknya natijah kempen "PAS ganti UMNO" ..sampai kepimpinan ulamak pun dah berperangai buruk macam kebanyak pemimpin UmNo yg rosak tu ??
hehe..padan ler pun.
Seriously, MARILAH kita doakan untuk kita & TGHH, ulamak & ahli PAS yang terlibat supaya segera bertaubat, kembalilah ke fitrah. Fikrah mung dah sesat larat. Sudah, susah ler berbuat jahat @ zalim kepada diri & penyokong kalian. Baliklah ke pangkal jalan! Amin Yaa Allah Yaa Rabb!
Aku rasa pas je yg 2 tahun.pastu melingkop
BalasPadamHadi akan dipecat dari naib presiden ulamak sedunia dan akan dilantik semula sebagai presiden ulamak islam sejepun.
BalasPadamJangan bimbang, ug akan rancang bagaimana untuk merampas jawatan Presiden Persatuan Ulama Sedunia. Kalau perlu tuduh Qardhawi dituduh syiah... tuduh je, kalau perlu kata agen Yahudi, liberal, calon DAP dan sebagainya... paling penting kena guna CAI... supaya berkecai.
Padam
BalasPadamJika kedua-dua nya parti Islam pun apa salahnya ? Kerja lah dan berkhidmat lah sebaik-baiknya untuk rakyat, untuk keadilan, untuk kemajuan, asalkan tidak langgar displin dan akidah dalam Islam.
PAS parti Islam. Amanah parti Islam.
Malangnya PAS sekali lagi menguna 'hukum' sewenang-wenangnya dengan meng'haram'kan Amanah kerana sudah ada parti Islam iaitu PAS !
Jauh kah Ilmu dan pengetahuan Hj Hadi dengan Ustad Ahmad Awang atau dengan Ustad Abdul Ghani Shamsuddin sehingga perkara sebegini adalah sepatutnya begitu jelas pada mereka berdua. Maksudnya, Hj Hadi memperlekehkan orang lain dalam kelompok Ulama.
Hj Hadi menyentuh umur Dr Qardhawi, 90 tahun.. tapi Hj Hadi tak terfikir umur nya berapa tahun yang sudah mula sakit dan berpenyakit !!